Sunday, January 29, 2012
Isu Palestin: Media kawalan Umno putar belit kenyataan Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).
Beliau menyebut:
"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
Keadilandaily
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, January 27, 2012
Debat: Apa yang Najib takut?- Anwar
Wednesday, January 18, 2012
Anwar kemuka notis saman Utusan RM50 juta
Anwar kemuka notis saman Utusan RM50 juta
ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali
| Abdul Rahim Sabri 10:18AM Jan 18, 2012 |
Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.
Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.
"Latarbelakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) secara efisien dan profesional," kata Khalid.
Menyifatkan Dr Ahmad Yunus berpengalaman dalam bidang belia dan sukan, Khalid berkata rombakan kecil portfolio itu berkuatkuasa hari ini dan ia dilakukan bagi "memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar".
Pada masa yang sama, Khalid juga turut mengumumkan pelantikan ADUN Meru dan pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).
Manakala ADUN Bandar Baru Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT), yang mana kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Dr Hasan sebelum ini.
Ditanya mengapa permilihan Dr Ahmad Yunus mengisi kekosongan kerusi exco itu, Khalid berkata pertimbangan itu dibuat berdasarkan atas "dasar kerja dan ia tidak bermaksud membelakangkan PAS".
"Keputusan melantik Dr Ahmad Yunus, Dr Rani dan Dr Shafie adalah keputusan yang dibincang... Kualiti perbincangan di antara kumpulan parti (dalam Pakatan) adalah 'rigorious'.
"Pelantikan Dr Yunus tidak bermaksud untuk membelakangkan PAS. Kita merujuk kepada PAS, bagaimana dengan (calon) ini... Kita berdiskusi dengan kepimpinan (PAS).
"Saya diberikan tanggngjawab untuk menentukannya... Saya rasa pelantikan Dr Yunus dapat restu daripada kepimpinan PAS dan Dr Abd Rani," kata Khalid sambil menolak tanggapan pelantikan itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan semua pihak dalam Pakatan.
Malah, Khalid juga turut "bercakap" kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco kerajaan negeri yang baru.
Ditanya mengapa rombakan kecil di mana beliau sendiri memegang exco hal ehwal agama, Khalid menegaskan peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.
"Saya mengambil alih tugas berkenaan kerana Datuk SUK dan Datuk Penasihat undang-undang negeri (juga) adalah ahli Majlis Agama Islam (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Saya ambil alih kerana dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan JAIS," katanya sambil berpendapat Dr Ahmad Yunus berpengalaman dan mampu mengambil alih daripada tugasnya sebelum ini.
Khalid juga menjelaskan jawatan Dr Abdul Rani dan Dr Shafie bukan bertaraf exco, dan tidak boleh menghadiri mesyuarat kerajaan negeri kerana kedua-dua tokoh tersebut tidak menerima watikah perlantikan daripada Sultan Selangor.
"Walaupun PAS pusat mencadangkan Dr Abd Rani sebagai penggantinya, tetapi (pemilihan saya) atas pertimbangan berdasarkan kerja. Saya tidak kata Dr Abd Rani tak boleh bekerja.
"Daripada apa yang dimaklumkan oleh menteri besar, saya memegang portfolio belia dan sukan yang dipegang oleh beliau. Beliau memberikan amanah dan ia merupakan satu kesinambungan supaya ia berjalan lebih lancar," katanya.
Dr Ahmad Yunus, 47, mempunyai seorang isteri dan mempunyai empat orang anak, dan berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan UM pada tahun 1991. Selain ADUN dan pembantu exco belia dan sukan, beliau merupakan yang dipertua (YDP) PAS kawasan Kuala Langat.
Beliau juga memegang jawatan antaranya sebagai ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Selangor dan timbalan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor.
Pernah dan masih bertugas sebagai doktor dan pengarah -sehingga kini - di beberapa buah pusat perubatan dan hospital antaranya di Perak, Pulau Pinang, Sarawak, dan Selangor.
Monday, January 16, 2012
RM600, 000 lebur bayar kad kredit keluarga Shahrizat
Sunday, January 15, 2012
Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana
| Susan Loone 12:47PM Jan 15,2012 |
Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.
Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.
"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.
"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.
"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.
Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.
Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.
"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.
Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.
"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.
"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar.
Wednesday, January 11, 2012
Masalah Sampah Selesai 24 Jam Selepas Aduan
|
11/01/2012
290 View
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, talian bebas tol itu akan mula dikuatkuasakan pada 17 Januari depan dan beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.
"Selepas daripada pukul 6 petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa tetapi ia direkodkan. Pengadu hanya perlu memberitahu di mana lokasi, masa dan sebagainya.
"Saya juga ingin meminta pengadu atau orang awam untuk memberi maklumat spesifik (lengkap) di mana berlakunya masalah kutipan sampah selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula," jelasnya.
Masalah pungutan sampah dan sisa pepejal di Selangor menjadi isu hangat apabila penduduk mendakwa kegagalan kontraktor menjalankan tugas selepas kerajaan negeri melalui PBT mengambilalih kerja-kerja pembersihan di negeri ini daripada Alam Flora Sdn Bhd.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memaklumkan, perkhidmatan talian bebas tol akan membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mahupun cadangan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.
Beliau berkata, talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menurut Menteri Besar apabila pusat aduan ini beroperasi nanti, PBT akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima.
Jelasnya, dengan maklumat yang diperolehi, PBT akan menggunakan semua maklumat ini untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.
Langkah ini juga kata Menteri Besar, membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan perbuatan khianat terhadap urusan sampah di negeri ini.
Sementara itu, ketika ditanya tentang bantahan yang dikemukakan Persatuan Sisa Pepejal dan Pembersihan Hulu Langat (protem) bersama 70 kontraktor lain terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana menawarkan tender baharu kepada orang luar, Ronnie berkata, perkara itu perlu dilaksanakan mengikut proses tender.
Katanya, dakwaan kontraktor terbabit bahawa tindakan yang dilaksanakan MPKj itu adalah semata-mata mahu mengambil syarikat kroni dan parti politik tertentu dan mengetepikan peranan mereka dalam urusan pungutan sampah dan sebagainya juga adalah tidak benar.
"Semua kontraktor perlu mengikuti proses tender, supaya ia adil. Saya rasa mereka bimbang mereka tidak dapat menyertai proses tender. Bagaimanapun, tidak semestinya kontraktor yang menyertai proses tender akan diberikan kontrak.
Mereka perlu mengikuti beberapa kriteria dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri serta PBT. Satu sistem yang adil akan dilaksanakan," katanya.
Monday, January 9, 2012
| CATATAN PERJALANAN TEAM PENERANGAN KEADILAN SELANGOR 901: 9 JAN 12 |
1 pagi: Minum di Restoran Pelita Sri Hartamas dengan 20 rakan KEADILAN Selangor sambil berborak tentang strategi masuk ke Jalan Duta pagi nanti. Sambil melayani twitter BebasAnwar901 dan update berita terkini
2 pagi: Kembali sebentar di 'base' berhampiran kawasan MK selepas pekena setengah pinggan mee goreng mamak
3 pagi: Wacana 'pagi buta' dengan lima orang kuat termasuk tuan rumah. Tajuk wacana; Bebas atau Salah. Keputusan; SSWF kata Salah, MAT kata, Salah, KHI kata Salah, Tuan Rumah kata Salah. saya kata BEBAS. Ada alasan - lain kali tulis ulasannya. Tunggu pagi nanti siapa betul. Masing masing berhujah.
3.30 pagi: Melelapkan mata sebentar
4.50 pagi: Keluar bersama semua rakan rakan dan terus menghala ke Masjid Wilayah. Jalan di tutup di beberapa tempat. Simpang hadapan ke mahkamah di tutup sepenuhnya. Hujan renyai renyai dan adakanya agak lebat
5.20 pagi: Memasuki masjid. Bertembung dengan YB Dr Mariah, Dr. Md Noor Manuty, Hj Yahya dan ramai pimpinan parti. Utz Shamsul sedang mengepalai solat hajat. Kemudian solat subuh oleh Imam Masjid Wilayah. Hujan renyai renyai amat syahdu di luar
6 pagi : Bersama semua penyokong Pakatan Rakyat mula dari masjid hadir dan berkeliaran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan 901 dan mendengar keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berlegar-legar walaupun masih hujan renyai. Kelihatan Naib Presiden PKR Tian Chua bersarapan pagi di medan selera sebelah kompleks mahkamah dengan rakan lain. Ingat nak join, tak ada parking...
6.25 pagi : Kelihatan sebuah helikopter Polis DiRaja Malaysia terbang meninjau situasi kawasan mahkamah. Di Masjid Wilayah yang terletak bersebelahan Kompleks Mahkamah, sekitar 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di tepi jalan masjid dan menunggu isyarat untuk berjalan ke tempat perhimpunan. Suasana terasa tegang apabila melewati simpang yang di kawal Polis tapi teratur
6.40 pagi : Keadaan di pintu masuk utama mahkamah mulai sesak dibanjiri orang awam dan penyokong Pakatan sebaik sahaja selesai solat subuh. 901 setakat ini dianggarkan sudah mencecah sekitar 4,000 orang.
7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan 901 supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah. Lenguh tangan update 901 di twitter.. haha
Suasana perhimpunan amat terasa dengan lensa media tertumpu pada kami dan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" Pengarah strategi Rafizi Ramli di belakang
7.10 pagi : Keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Harap cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.
7.30 pagi: William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Parking Lot dihadapan mahkamah agak penuh dan keadaan terkawal. Kami berlegar di kawasan pakir saja
7.55 pagi: Rakan baik teman, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan
8.05: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Amizamberkawal dan menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis "Rakyat Hakim Negara", "Tolak Fitnah Bebas Anwar". Selain itu sticker 'Rakyat Hakim Negara" berwarna biru muda mula di edar kepada orang ramai.Begitu juga topeng Anwar juga mula di edar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. keadaan terkawa. Kami di sudut pakir update 901 selang beberapa minit. Bateri ipad pun dah tinggal 50% ni
8.15 pagi: YB Azmin Ali tiba bersama bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin . Juga kelihatan Adam Adli dan Sofwan yang berkerusi roda sambil melaung "Hidup Mahasiswa"
8.30 pagi: Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Dr Syed Husin Ali, Ronie Liew serta MBTS Khalid Ibrahim tiba diperkarangan mahkamah. suasana terkawal dan orang ramai semakin ramai masuk
8.35 pagi: DS Anwar tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. turut serta Presiden KEADILAN DS Wan Azizah serta anak-anak. Laungan Reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas membahang
8.50 pagi: Anwar dan keluarga bergerak masuk ke ruang mahkamah. Kelihatan seorang wanita tua diberi bantuan oleh Squad AMK. Masih update 901.
9.39pagi: Terbaca twitter Anwar Bebas! Kaget semuanya bila dimaklumkan hal ini. Antara percaya dan tidak aku dapatkan kepastian dari dalam mahkamah
10.20 pagi : SAH, BEBAS!! Twitter 901 menjadi sibuk. Lenguh tangan melayani pertanyaan.. Sebahagian penyokong sudah mula bergerak ke Masjid Wilayah setelah mendapat tahu Anwar telah dibebaskan mahkamahmelalui sumber lain. Bunyi letupan seperti kereta berlanggar dan meletop.. Ramai bertempiaran ke arah bunyi
Kelihatan DS Anwar bergerak keluar dari perkarangan mahkamah dan bergerak ke Masjid Wilayah. Laungan tanpa henti oleh penyokong Pakatan sambil mengangkat ibu jari. Ramai penyokong mahu meyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah
10.45 pagi : Satu lagi letupan kedengaran di tepi Jalan. Pelbagai teori diberikan.
11.10 pagi : Kenderaan yang membawa DS Anwar sekeluarga sudah beredar dari kawasan mahkamah. Polis mengarahkan penyokong bersurai kerana keadaan tidak selamat ekoran letupan disyaki bom
Kami terus ke gerai di Sri Hartamas, makan dan sembang. JAB belanja makan, telahan aku benar. Anwar Bebas!!!!!
Bersurai.