Monday, February 6, 2012

Perarkan Maulidur Rasul

YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda bersama dengan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Tuan Kamarudzaman Sanusi dan Tuan Tan Ah Kow hadir menyertai perarkan ini sambil merasmikan penurapan semula jalan di Laman Palma, Jalan Kebun. Ia berjaya disempurnakan pada 05/02/2012.













Sunday, February 5, 2012

Umno bayangkan strategik kotor pertahan Putrajaya

Aslani M, 05 Feb 2012
MACHANG, 5 Feb: Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor.

Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir.  Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.

Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid.

“Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah,” katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam.

Hadir sama anggota-anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Setiausaha PAS Kelantan, Zulkefli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Bendahari, Hanifa Ahmad dan veteran PAS, Datuk Omar Mohamad.

Sebelum itu rombongan jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat tiba di Gua Musang pada awal pagi dan mengadakan kuliah Subuh di Masjid Ladang Sungai Terah serta minum pagi bersama rakyat.

Pada malam tadi pula diadakan ceramah di Dataran Hijau, Batu 30, Machang dan di Gaal, Pasir Puteh. Dan pagi ini pula mengadakan kuliah Subuh di Besut dan program penerangan di Kuala Terengganu.

Manakala esok pula Jelajah Lajnah Penerangan berada di Pahang. Kelantan merupakan destinasi ketiga program berkenaan selepas Sabah dan Sarawak. Program terbabit diadakan setiap hujung minggu dijangka berakhir hujung bulan ini.

Tahun lepas seorang aktivis Gerakan Kembali Royalti Minyak Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali ditampar dipercayai samseng Umno ketika memasang sepanduk menuntut royalti di Kampung Sireh.

Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang.

“Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi.

“Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

“DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain,” ujarnya.

Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Saturday, February 4, 2012

BELUM MAMPU TAWAN SELANGOR!!! Program Najib, Muhyiddin gagal rampas Selangor - Khir Toyo

Pengundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja
SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.
Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.
“Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.
“Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

“Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.
52 peratus pengundi bukan Melayu


Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.
Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.
“Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat,” katanya.
Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.
Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.
Pusingan akhir


Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.
“Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.
“Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya,” tambahnya.
Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama kekalahan BN.
Penyapu bukan sial


“Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas,” kata beliau.
Dr Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India.
Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan.
“Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah,” katanya. 

 __________________________________________________
Saya angkat ke blog ini untuk pertimbangan pembaca. Saya setuju BN sukar tawan semula Selangor! Cuba cari di mana kekurangannya kenyataan mantan MB ini...


-EBDSM



Hubungan Malaysia-Israel

Bahan bacaan ini walaupun panjang ia memberikan banyak maklumat untuk pembaca memahami secara mendalam tentang isu Israel yang kerap dibangkitkan seminggu ini. Semoga ia menjadi sedikit panduan pada semua pembaca. - Editor


Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia.Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Isi kandungan

Latar belakang

Jarak negara Israel dengan Malaysia sangat jauh. Majoriti rakyat Malaysia yang berugama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang berugama Islam. Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.
Dalam al Quran, Israel merujuk kepada Bani Israel yang degil dan menyeleweng. Ramai Nabi dan Rasul dari keturunan Israel seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ishak a.s., Nabi Musa dan lain-lain. Sedangkan Nabi Muhammad keturunan Arab. Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama samawi yang muncul di Semenanjung Arab. Baitul Maqdis menjadi kota suci Yahudi dan Kristian dan kota suci ke-3 bagi umat Islam. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah oleh Nabi Muhammad.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan melawat negara Israel

Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya.Sebelum ini, negara-negara lain seperti China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.[1]

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.
Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Football Association of Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Israel proksi Amerika Syarikat

Cendekiawan dan jutawan Yahudi dari Jerman dan seluruh dunia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana dasar bebas negara tersebut.Bilangan Yahudi Amerika kecil sahaja tetapi menjadi pelobi dasar luar Amerika yang cukup berjaya. Survival dan keselamatan Israel di bumi Arab menjadi teras dan tidak pernah berganjak sejak 1948.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Iarael dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Perang Arab Israel

Malaysia berpendapat Perang Arab Israel perlu ditamatkan dan biarkan rakyat asal menentukan arah tuju negara Palestin mahupun Israel. Malaysia amat mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Iarael-Palestin. Tetapi anggota Majlis Keselamatan PBB sentiasa sahaja tidak memihak kepada OIC atau tidak dikuatkuasakan. Kejayaan Razali Ismail menyertai Majlis Kesrelamatan PBB juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun , penduduk 27 juta tidak mampu memberikan tekanan politik dan ketenteraan kepada Israel, Britain apalagi Amerika Syarikat. Malaysia selesa menjadi ahli Komanwel dan NAM. Dasar berkecuali ini dilakukan oleh Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Tun Dr Mahathir.

Jarak yang jauh menyukarkan Malaysia terlibat dalam Perang Arab-Israel. Pemimpin kerajaan dan pembangkang di Malaysia dilihat hanya berkokok di luar tanpa sebarang penghantaran tentera atau logistik. Berbanding dengan Mesir, Jordan, Syria, Libya dan Turki, peranan Malaysia amat pasif sekali. Negara Arab ini bersempadan daratan dengan Israel khususnya Mesir, Jordan dan Syria.

Kekeliruan sejarah

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak begitu memahami sejarah kewujudan Israel. Memandangkan Orang Melayu beragama Islam, maka mereka dilihat lebih menyokong Arab/Palestin yang majoritinya beragama Islam.

Pada peringkat awal, perang ini dilihat sebagai perang antara Islam dan Yahudi. Kemudian bertukar kepada perang Arab-Israel. Seterusnya ditafsir sebagai perang Israel-Palestin. Apabila PLO lantang di Palestin, perang ini dilihat antara Israel-PLO. Sekarang perang ini dilihat antara Israel-Hamas atau perang Israel-Hizbullah sahaja.

Bagi menjelaskan isu dan sejarah perang ini, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan buku khas berhubung sejarah kewujudan Israel ini dan mengapa Malaysia tidak menyokong Israel dan menyokong Palestin.

Israel dan Freemason

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada dakwaan mengatakan ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason mula didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil parti PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan. [2]

Kerjasama ketenteraan Singapura-Israel

Walaupun Singapura telah lama disingkirkan dari Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu menentukan hala tuju Singapura. Lee Kuan Yew mahu Singapura menggunakan teori terkepung iaitu di kelilingi negara Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Singapura terpaksa membangunkan angkatan bersenjata dengan bantuan Israel yang juga 'terkepung'.

Lee Kuan Yew mengarahkan Goh Keng Swee untuk menghubungi Mordechai Kidron, Duta Israel di Bangkok pada 9 September 1965, hanya beberapa bulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar bisa terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Singapura adalah tangan Israel di Asia Tenggara.[3]

Selepas Perang Yom Kippur, Singapura membeli 72 kereta kebal MX-13 light dari Israel yang kononnya berlebihan. Sedangkan Malaysia tidak memiliki sebuah pun ketika itu.Pada Mei 1969 Singapura membenarkan Israel membuka kedutaan di Singapura. Singapura juga membeli satelit Indosat dari Indonesia. Angkatan bersenjata Singapura berjaya dibangunkan dengan bantuan 18 pegawai tentera Israel. [4]

Pada November [1986]] ,Presiden Israel Chaim Herzog dari Israel melawat negara sahabatnya Singapura. Pesawat Israel terpaksa melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi. Tentangan rakyat Malaysia berhubung penggunaan ruang udara ini tidak diendahkan oleh Dr Mahathir kerana tidak mahu dilihat terlalu anti-Yahudi. Bantahan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Singapura.

Chaim Herzog menjadi tentera pejuang Israel dalam perang 6 hari antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 26 Oktober 1973. Perang ini dikenali juga dengan nama Perang Yom Kippur atau perang Ramadan. Israel menang mutlak dalam perang ini. Malahan Israel menguasai Bukit Golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Pada Oktober 1993, Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin melawat Singapura dan merupakan perdana menteri Israel pertama melawat negara itu. Yitzhak juga melawat Indonesia. Ketika ini tidak ada lagi bantahan dari rakyat Malaysia. [5]

Peranan Dr Henry Kissinger

Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat. Pada 6 Mac 1987 ,pengerusi ISIS , Dr Noordin Sophie telah mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Israel

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan Steven Spielberg . Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.[6][7]

Pada Ogos 1984 ,persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.[8]

Pertemuan pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" . [9] [10]

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan.

Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Wolfowitz , seorang Yahudi Amerika.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11][12]

Zahid meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia]] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive".[13]

Yahudi menguasai dunia

Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan barani mati. Tafsiran semula al Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi ( Ini dinyatakan oleh Tun M dilaporkan akhbar Utusan Malaysia)  [14]Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post , Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semetic. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini. Tetapi mereka mengawal dunia. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas .Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi.[15] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [16]

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum.Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur.Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval . Dr Mhathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove , iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [17]

Era Najib Tun Razak

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [18]

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. [19]

Konvoi Malaysia turut terlibat dalamViva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[20][21]

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[22] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[23][24].

Pada 13 April 2010, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.
[25]

Rujukan bernombo

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul Bukan Sekadar Berarak

 

Menjelang Rabiu'awwal, menjadi kemestian dimana umat Islam akan menyambut hari tersebut dengan pelbagai cara dan gaya. Lazimnya, di desa dan kampung, sambutan diadakan dengan majlis berzanji dan membaca rawi. Semua sanak saudara, rakan-taulan dijemput bersama-sama menghadiri majlis tersebut. Pastinya ia sesuatu yang cukup bermakna.

Di bandar pula, umumnya mengetahui bahawa sambutan Maulidir Rasul ini, pasti bertambah meriah dengan disertai perarakan. Ribuan manusia akan berarak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam suasana yang begitu menggembirakan.

Dalam hal ini, baik muda mahupun tua, semuanya bersemangat untuk tidak melepaskan peluang turut serta dalam perarakan tersebut.

Persoalannya, mengapa majlis berzanji dan perarakan ini diadakan sempena maulid nabi? Mengikut sejarah, sememangnya budaya ini tidak pernah disambut pada zaman Rasulullah. Mana tidaknya, Rasulullah senantiasa ada bagi membincangkan persoalan agama sekaligus menyempurnakan agama ketika itu.

Hanya pada zaman fatimiyyah, setelah berlalu tempoh yang panjang di kala umat Islam mula melonggarkan ajaran agama, maka timbul idea dari pemimpin-pemimpin Islam ketika itu untuk mengadakan hari-hari tertentu bagi mengajak umat Islam kembali memahami ajaran agama.

Dalam kaitan ini, maka memperingati hari Israk dan Mikraj, sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya telah diadakan.

Oleh yang demikian, hari-hari penting dalam Islam kini telah disambut dengan pelbagai cara antaranya dengan mengadakan ceramah, kuliah, seminar, perarakan dan pelbagai lagi.

Cuma, wajarkah sambutan Maulidur Rasul itu disambut dengan perarakan besar-besaran sehingga menelan belanja begitu besar bagi menghadapinya?

Dua tahun lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang enggan mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Hal ini menimbulkan kekecohan dalam masyarakat sehingga ramai yang mengkritik dan tidak kurang juga yang memuji.

Lebih mendukacitakan, mengapa kita lebih menitik-beratkan hal yang hanya cabang dalam agama berbanding hal yang lebih berat seperti masalah akidah dan keruntuhan akhlak yang masih kitikal pada masa kini.

Pada hemat saya, perarakan bukanlah jalan terbaik dalam menyambut sambutan Maulidur Rasul. Kerana rata-rata masyarakat hanya memahami 'kulit' berbanding 'isi'.

Apa tujuan perarakan tersebut? Adakah dengan perarakan dengan berpakaian berwarna-warni yang disertai selawat beramai-ramai, mengibarkan pelbagai cogan kata pujian di sepanduk-sepanduk itu mampu memperingatkan kita kepada Baginda Rasul junjungan?

Dalam hal ini, cara sebenar memperingati Rasulullah adalah melalui penghayatan. Penghayatan di sini bermaksud, penghayatan mengenai syariat. Dalam kerangka yang lebih besar, syariat yang dimaksudkan adalah dari sudut akhlaq, sahsiah, budaya, perundangan, pendidikan dan lain-lain. Mengapa sehingga kini, penghayatan dalam semua elemen tadi tidak dipraktikkan? Walhal, ini adalah sunnah (ikutan) yang diajar oleh Baginda Nabi. Jika penghayatan syariat ini masih kabur dalam pengamalan masyarakat, maka tidak hairanlah seandainya rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai penyelewengan masih berlaku sekarang ini.

Justeru, perarakan tidak boleh dijadikan kayu ukur kecintaan kepada Rasulullah. Bagi menghindari taqlid buta yang diamal dalam masyarakat, maka, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memberi kefahaman melalui program-program ilmiah yang disusun melalui masjid dan surau.

Tambahan pula, bulan Rabiu'awwal merupakan bulan menyambut kelahiran Baginda, justeru, amat wajar umat Islam memperbanyak selawat ke atas Baginda. Firman Allah Taala "sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas nabi..," (Al-Ahzab: 56)

Tambahan pula, majlis bacaan kitab sirah, seperti kitab Syamaail Muhammad karangan Imam Tarmizi, yang mengisahkan secara mendalam tentang hal keperibadian Rasulullah sewajarnya diadakan bagi memberi kefahaman sebenar kepada Umat Islam agar mereka lebih mencintai Rasulullah dan mengambil pengajaran dari perjuangan Baginda melalui pendekatan pendidikan berbanding perarakan semata-mata yang wajar dijauhi.
 
 
YB DR HJ YAAKOB SAPARI
EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 2, 2012

Noh Omar Didakwa Gagal Bela Nasib Rakyat Di Tanjung Karang

Thursday, 02 February 2012 | Ruangan: Berita
Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 2 FEB : Gagal menunaikan janji pilihanraya umum ke-12 dan sikap sambil lewa Datuk Seri Noh Omar merupakan faktor utama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Osman Shamsudin meletakkan jawatan selepas 28 tahun berkhidmat.

Menurut Osman, beliau meletakkan jawatan sebagai JKKKP secara rasmi pada tahun 2010 kerana kecewa dengan sikap kerajaan BN dan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, segala permohonan bantuan untuk urusan kemudahan infrastrukur dan baik pulih surau juga tidak pernah dilayan.

“Umno-BN hanya mementingkan kroni semata-mata. Segala permohonan peruntukan untuk tujuan pembangunan surau dan jalan raya tidak diluluskan, malah tidak diendahkan.

 “Sebaliknya, mereka menyuruh saya meminta dana daripada kerajaan negeri. Tetapi apabila tiba musim pilihanraya, tidak perlu suruh pun mereka akan buat,” tegasnya.

Jelasnya, sebelum Noh dilantik sebagai menteri, beliau begitu mesra dengan penduduk setempat dan memenuhi setiap janji yang dibuat, namun kini tidak lagi.

Ujarnya, keputusan untuk meletakkan jawatan dibuat setelah melihat tiada perubahan dari segi kepimpinan Noh sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

“Bila saya mintak peruntukan, satu pun tidak dapat. Sebagai contoh, kalau saya minta empat, sekurang-kurangnya berilah satu. Ini langsung tak dapat. Mereka kata tiada duit, malah meminta saya untuk memohon dana daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sekarang,” katanya.

Osman dalam pada itu turut berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan negeri kerana banyak menghulurkan bantuan untuk urusan baik pulih kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.

Beliau berkata, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai JKKKP, namun sokongan padu akan terus diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Selangorkini

Wednesday, February 1, 2012

DATUK SERI OMAR TIDAK SEPATUTNYA MEMPOLITIKKAN MASALAH RAKYAT

 
 
Saya mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Noh Omar untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang. Tetapi ianya mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti.
 
Walaubagaimanapun terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Datuk Seri Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.
 
Pertama, laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau 'certificate of fitness' (CF). Pada lazimnya penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF (temporary certificate of fitness) diperolehi.
 
Bagi pembagunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan-kelulusan seperti dari Jabatan Bomba memerlukan masa untuk mendapatkannya. Tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.
 
Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat. Adalah lebih baik beliau menumpukan masa dan tenaga untuk menyelesaikan isu National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan kementerian beliau.
 
Telah terbukti di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kemajuan pembinaan projek-projek terbengkalai di Ukay Bistari adalah lebih baik dari di bawah Barisan Nasional. Kerajaan sekarang telah menjalankan pelbagai usaha usaha untuk memastikan projek-projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional dapat diselesaikan. 
 
Setakat ini sebanyak 30 peratus dari 141 projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional telah berjaya diselesaikan di bawah Pakatan Rakyat.   
 
 
Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor
Merangkap ADUN Chempaka


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawatan YB Shuhaimi bersama Ahli Majlis SJK(C) Chung Hwa - 30/01/2012.

 

ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei sempena Tahun Baru Cina bersama dengan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam tuan Kamarudzaman & Tan AK telah melawat Lembaga Pengelola dan PIBG  SJK(C) Khe Beng - 30/01/2012