Saturday, August 18, 2012
Saturday, August 11, 2012
TEMA MERDEKA NEGERI SELANGOR: SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA
8 OGOS 2012
Negeri Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka Pakatan Rakyat "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berpandangan walaupun tema ini ringkas tetapi ianya mempunyai makna yang mendalam dan mampu menyeru seluruh rakyat Selangor - tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik - untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan .
Apa yang penting, Kerajaan Negeri Selangor berharap rakyatnya mempunyai jiwa yang merdeka serta bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
Kami berharap tema ini akan memeriahkan lagi perayaan kemerdekaan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada ambang Merdeka pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, August 9, 2012
Landslide fears in Putra Heights
Friday, August 3, 2012
SESI TAKLIMAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERKAITAN ISU AIR DAN TALAM CORPORATION
Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sesi taklimat berhubung isu air dan Talam Corporation pada ketetapan seperti berikut:
TARIKH : 7HB OGOS 2012 (SELASA)
MASA : 10.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : PLENARY HALL, TINGKAT 1
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)
Syarikat-syarikat yang beroperasi di Selangor, Dewan-dewan perniagaan dan orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.
Sesi taklimat akan disampaikan oleh Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Farid atau Puan Hasniza di talian 03- 5510 2005. Pertanyaan juga boleh disalurkan melalui e-mail dialamat farid@ssic.com my atau hasniza@ssic.com.my.
雪州政府主办水供及达南公司问题汇报会
(莎亚南30日讯) 为了让雪隆一带的企业界及商界人士对于雪州政府与达南公司解决债务问题,以及雪州水务的状况有深一层的了解,雪州投资中心将于8月7日(星期二)上午10 时在莎阿南会议中心一楼会议室举行有关达南公司与水供问题汇报会。
雪州政府邀请在雪州营运的公司、商会及所有对上述课题有兴趣的公众人士出席。入场免费。
凡有意出席者,请联络法里德先生(En Farid)或哈斯妮莎女士(Puan Hasniza)报名,电话03- 5510 2005;此外,公众人士亦可电邮至farid@ssic.com.my 或hasniza@ssic.com.my 报名,以方便主办单位保留席位。
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, August 1, 2012
THE ARREST OF RAFIZI RAMLI
AUGUST 1, 2012
THE ARREST OF RAFIZI RAMLI
I condemn the arrest of Parti Keadilan's Strategy
Director, Rafizi Ramli, this morning. The arrest is politically
motivated with the purpose to silence a man exposing scandal after
scandal involving those controlling Putrajaya
presently.
I am convinced that his arrest is related to the
National Feedlot Corporation(NFC) and George Kent — which has just
been awarded the Ampang LRT-extension contract.
By exposing continuously these scandals for
months, he has built powerful enemies and now they are using what
is at their disposal.
This is Prime Minister Dato' Seri Najib Razak's
personal vendetta being played out by the various government
agencies.
The charge against Rafizi under the Banking and
Financial Institutions Act (BAFIA) is only a smokescreen to put
fear into the hearts of Malaysians trying to unearth the truth
behind contracts and cronyism involving Barisan Nasional (BN)
leaders.
I commend Rafizi and the courage he has shown, and
to his family I ask them to bear through these hard times and
remember that social justice will prevail in the end.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
---
KENYATAAN MEDIA
1 OGOS 2012
PENANGKAPAN RAFIZI RAMLI PADA OGOS 1 2012
Saya mengecam sekeras-kerasnya penangkapan SdrRafizi Pengarah Strategi Parti Keadilan awal pagi ini.
Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.
Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga Georg Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.
Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.
Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi PM Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.
Rafizi telah dituduh di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran disebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan UMNO/ Barisan Nasional (BN).
Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
Kenyataan Media
Timbalan Presiden Keadilan
1 Ogos 2012
KEADILAN mengecam keras tindakan pihak polis yang menahan saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan adalah bukti jelas keterdesakan UMNO - BN akibat pendedahan butiran skandal National Feedlot Corporation (NFC).
KEADILAN percaya UMNO - BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat. Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara.
Justeru, KEADILAN menyeru supaya seluruh rakyat bangkit menyatakan solidariti bersama saudara Rafizi Ramli serta mendesak supaya beliau diadili secara adil di Mahkamah. Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan perjuangan demi rakyat.
Salam perjuangan
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, July 30, 2012
Tabung simpanan tetap BN sudah retak!
Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan. Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya.
Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.
Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.
Penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Mohd Najib yang cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu. Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.
Mohd Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.
Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.
Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Mohd Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.
Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar. Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai "fixed deposit" atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.
Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.
Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.
Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin.
Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.
Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi.
Kesimpulannya, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. Wallahualam.
-Oleh A Kadir Jasin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.