YB Melawat Kerja Membersihkan Parit - 30/10/2012
Sunday, November 4, 2012
Friday, November 2, 2012
Wan Azizah offered four seats In Selangor for GE 13
(Malaysian Digest) - Selangor PKR is ready to offer as many as four state seats to be contested by PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail for the upcoming 13th general election.
State information chief Shuhaimi Shafiei said the four seats offered are the 'safest', based on the previous election results.
The seats offered are Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia and Sementa.
"We are ready to offer our suggestions and views to the PKR central leadership if it is true that Dr Wan Azizah intends compete in Selangor. We just want her to win in the seats.
"For now, we haven’t received any direct instructions from the party leadership. We believe that whatever was announced by Dr Wan Azizah is a party strategy,” he was reported as saying in Sinar Harian today.
However, Shuhaimi stressed that the choice of seats ultimately lies with the central leadership.
"Our offer of the seats is based on the track record. Even I, being the current Seri Muda assemblyman, am willing to make way if the president wishes to contest in the state.
"What’s important is that all members and party machinery will give 100 per cent to ensure a win for the party and the president," he said.
Yesterday, the daily had reported that Dr Wan Azizah is still undecided on whether to contest in Selangor or Penang, both of which are Opposition-controlled states.
Dr Wan Azizah, who is wife of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, said the options were her own personal choices.
Barisan Nasional, meanwhile, are unperturbed over the possibility that the PKR president could contest in Selangor.
State Umno information chief Abdul Shukor Idrus said the public's growing awareness of BN's transformation plans have led the Opposition to feel insecure.
"Based on the numerous transformation plans carried out by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the PKR leadership is now playing close attention to Selangor.
"We cannot rule out the possibility that even Anwar and other PKR leaders will contest here," he said.
Abdul Shukor declared that BN are 100 per cent ready to recapture the state they lost in 2008.
"We will make sure that Pakatan Rakyat will have to pay close attention to Selangor and focus less on other states."
Wednesday, October 31, 2012
Anwar : Mampu Tawan Putrajaya Dengan Politik Bersih
By
Afix Redzuan
– October 28, 2012Posted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Exco, Fokus, Pakatan Rakyat, Politik & Berita Nasional, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan
965 views
TANJONG KARANG, 28 OKT – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar
Ibrahim percaya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya dengan
permainan politik bersih tanpa perlu mengikut rentak budaya kotor
Umno-BN.
Bercakap dihadapan 400 orang penduduk pada majlis Jelajah Merdeka
Rakyat di Dun Permatang, Anwar berkata, kemenangan secara matang itu
lebih signifikan daripada menggunakan budaya fitnah dan penindasan.
“Saya tidak datang untuk mencerca Najib, Rosmah dan Umno.
“Saya nak menang rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya.
Jelasnya meskipun Umno-BN menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk
media, namun hakikatnya mereka terus merasa goyah memandangkan sehingga
kini banyak isu yang gagal dipertahankan melainkan memburukkan PR.
Beliau menambah, apa yang penting, rakyat jangan terkeliru dengan
dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta
sebenar.
“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah.
“Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujarnya lagi di Warung Nasi Ambeng Ibu, Kampung Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar beliau untuk menurunkan harga
minyak dalam tempoh 24 jam selepas PR menawan Putrajaya selain
membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beserta
hutangnya.
Jelajah Merdeka Rakyat turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama
rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi
motosikal berkuasa besar.
Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR
Selangor, Shuhaimi Shafiei, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan
Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Sunday, October 21, 2012
Menjawab Auta TV3
![]() |
| Air tidak surut : gambar ini diambil jam 5.30 petang hari jumaat dihadapan rumah ketua kampung johan setia |
Saya tidak berkesempatan menonton
TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di
Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan
banjir di Kampung Johan Setia.
Mengikut lapuran dari
penonton-penonton TV tersebut kononnya Umno Cawangan mengakui bahawa
saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi tidak
berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku.
Untuk makluman semua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri.
Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan
Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan
Pengairan dan Saliran Klang.
1.
Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Johan Setia @ Kg. Sc.
Mukim Klang, Selangor Darul Ehsan (siap Julai 2012) Kos rm350,000
2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem
Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia
Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di
Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos
rm320,000
3. Kerja pengorekan dan
pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga
ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000
4. Kerja pengorekan dan
pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke
persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000
Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000.
5. Disamping itu, susulan dari
banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja
pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan
Rojian.
Tuesday, October 9, 2012
Umno BN hanya boleh menang dengan penipuan SPR dan JPN
(Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 8 Oktober: Umno BN boleh menang pilihan raya umum ke-13
hanya dengan penipuan dan konspirasi di antara Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.
“Sebab BN tak ada cara lain untuk menang melainkan muslihat dan penipuan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pendedahan sebelum ini, Projek Analisis Daftar Pengundi
Malaysia (Merap) mendapati, terdapat kira-kira 100,000 nama bermasalah
dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan menjadi 400,000
pengundi meragukan.
Merap menjelaskan, 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pemilih itu mampu mengubah 35 kerusi Parlimen.
“Daftar pengundi tercemar. Ribuan nama meragukan dalam senarai. Bila kita semak ke lokasi sebenar, alamat tidak wujud.
“Sebagai contoh di Jalan 25/135, Taman Seri Muda. Rumah berakhir di
nombor 85. Tapi dalam daftar pemilih ada nombor 86, 87 sehingga angka
200 lebih,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu.
“Bantahan telah dibuat pada suku kedua 2011. Dari 136 nama, kita
berjaya gugur 122 nama dengan kos RM10 setiap nama. Pelikya, pada suku
pertama 2012, nama sama ada semula dalam daftar. Kalau ini bukan
penipuan dan muslihat, apa lagi?
“Ini jelas manipulasi Umno BN menggunakan SPR dan JPN,” tegasnya.
Menurutnya, antara kes berkaitan membabitkan dari kawasan DUN Seri Andalas (Dr Xavier Jayakumar-KEADILAN) ke DUN Seri Muda.
“Umno BN perlu lapan hingga sembilan kerusi DUN untuk menang di
Selangor. Memindah pengundi Melayu akan mencipta persepsi Selangor
dikuasai DAP. Ini strategi serampang dua mata mereka. Kita akan lawan,”
katanya.
PR SELANGOR SOKONG SIDANG DEWAN KHAS
PETALING JAYA, 5 OKT: Pakatan Rakyat Selangor menyokong penuh langkah
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan sidang khas Dewan
Negeri Selangor (DNS) bagi membincangkan tiga kertas putih.
Persidangan khas itu itu nanti akan membentangkan Kertas Putih Talam
Corporation Bhd (Talam) yang menerangkan kaedah pengutipan dan transaksi
yang digunapakai untuk mengutip hutang berjumlah RM392 juta dari Talam.
Demikian menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dalam
sidang media Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan di Ibu Pejabat PKR
Selangor di Pusat Perdagangan Dana 1, hari ini.
“Selain itu dua lagi pembentangan lain pula melibatkan isu penyusunan
semula perkhidmatan industri air di negeri Selangor dan pendedahan
Kerajaan Negeri berhubung sejumlah 110,000 nama pengundi yang diragui
dan gagal dikesan sehingga kini,” ujar Saari.
Menurut Saari lagi, rakyat Selangor wajar mengetahui sikap
berdolak-dalik Kerajaan Pusat dalam menangani isu air Selangor melalui
sidang khas tersebut.
Dalam sidang media itu, PR Selangor turut mengalu-alukan reformasi DNS
yang dikemukakan oleh Speaker DNS untuk mengadakan persidangan dewan
selama dua hari setiap bulan.
Selain itu beberapa usul lain juga akan dibawa dalam sidang khas yang dijangka diadakan pada bulan November itu.
Antaranya usul mengecam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memasang
billboard ‘Selamatkan Malaysia, Mansuhkan ISA’ bagi membuktikan
perjuangan PR Selangor terus konsisten dan selaras dengan prinsip
kebenaran, keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Selain Saari, turut hadir dalam sidang media tersebut, Ketua Penerangan
PKR Selangor, Suhaimi Shafie dan Setiausaha Publisiti DAP Selangor,
Janice Lee
Monday, October 8, 2012
PKR S'gor mahu Faekah dipecat
|
Pengarah
Pilihan Raya PKR Selangor Borhan Aman Shah mendesak supaya setiausaha
politik menteri besar negeri itu, Faekah Husin meletakkan jawatan kerana
mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan hubungan dalam Pakatan
Rakyat.
Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya ke atas Faekah yang "menimbulkan salah faham" apabila mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.
"Kita
minta agar menteri besar ambil tindakan pada Faekah. Semua tahu kita
minta dia dilucutkan daripada jawatan yang ada. Ada beberapa perkara
yang dia buat dah jadi salah faham.
"Desakan ini daripada semua cabang PKR Selangor. Jika dia rasa ini sebagai tekanan untuk dia, terpulang sama ada menteri besar hendak ambil tindakan atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata, desakan itu mewakili pandangan daripada majlis pimpinan PKR negeri.
Faekah sebelum ini telah mempersoalkan niat Azmin (kiri) ketika memberi kenyataan kepada akhbar Sinar Harian, yang melaporkan bahawa Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan menang pilihan raya umum.
Azmin menafikan membuat kenyataan seumpama itu.
Faekah
bagaimanapun tangkas mengulas perkara itu, yang menyebabkannya menerima
teguran daripada timbalan pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin
dan setiausaha PKR negeri, Shuhaimi Shafiei.
Susulan itu, Faekah hari ini dilaporkan berkata, beliau akur dan tidak akan mengeluarkan kenyataan menyentuh kedudukan Khalid.
Bagaimanapun, Borhan berkata beliau bersama kepimpinan cabang Selangor yang lain menanti "perubahan" yang akan ditunjukkan Faekah.
Jika perkara sama berulang, Borhan berkata Faekah akan dianggap berlaku khianat kepada parti.
"Kalau ikhlas (akur), kita tengoklah ada perubahan ke tak. Kalau masih berulang, kita anggap (Faekah) khianat," katanya yang mahu Faekah berhati-hati dalam membuat kenyataan dalam isu seperti itu.
Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya ke atas Faekah yang "menimbulkan salah faham" apabila mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.
"Desakan ini daripada semua cabang PKR Selangor. Jika dia rasa ini sebagai tekanan untuk dia, terpulang sama ada menteri besar hendak ambil tindakan atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata, desakan itu mewakili pandangan daripada majlis pimpinan PKR negeri.
Faekah sebelum ini telah mempersoalkan niat Azmin (kiri) ketika memberi kenyataan kepada akhbar Sinar Harian, yang melaporkan bahawa Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan menang pilihan raya umum.
Azmin menafikan membuat kenyataan seumpama itu.
Susulan itu, Faekah hari ini dilaporkan berkata, beliau akur dan tidak akan mengeluarkan kenyataan menyentuh kedudukan Khalid.
Bagaimanapun, Borhan berkata beliau bersama kepimpinan cabang Selangor yang lain menanti "perubahan" yang akan ditunjukkan Faekah.
Jika perkara sama berulang, Borhan berkata Faekah akan dianggap berlaku khianat kepada parti.
"Kalau ikhlas (akur), kita tengoklah ada perubahan ke tak. Kalau masih berulang, kita anggap (Faekah) khianat," katanya yang mahu Faekah berhati-hati dalam membuat kenyataan dalam isu seperti itu.
PKNS TIDAK KELUAR WALAU SESEN UNTUK SELAMATKAN TALAM
'Penduduk perumahan PKNS dinasihatkan jangan terpedaya hasutan karut'
SHAH ALAM, 3 OKTOBER 2012 – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekali lagi menekankan ia tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corp seperti mana yang didakwa pihak-pihak tertentu.
Perbadanan itu juga kesal dengan tindakan segelintir penduduk perumahan PKNS yang mengadakan demonstrasi di hadapan Ibu Pejabatnya mendesak Perbadanan itu melangsaikan hutang perumahan mereka kerana kononnya mendakwa PKNS telah mengambil alih hutang Talam.
Ketua Pegawai Integriti PKNS Norita Mohd Sidek berkata penduduk terbabit telah dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu.
"Kami tidak menyalahkan penduduk ini. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka. Namun begitu, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar sama sekali," kata Norita.
Norita juga mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak sebarangan memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kerana maklumat tersebut boleh disalahgunakan. Beliau merujuk kepada borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS melangsaikan hutang rumah mereka.
"Kalau ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ianya hanya akan mengeruhkan keadaan."
Dalam pada itu, PKNS sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO-NGO yang dikenalpasti terbabit dalam menghasut penduduk perumahan PKNS membuat tuntutan yang tidak berasas dan karut itu.
"Sebagai sebuah agensi kerajaan negeri yang berpengalaman selama 48 tahun dalam pembangunan hartanah dan mengutamakan ketelusan di dalam sebarang keputusan yang diambil, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap PKNS," tambah Norita lagi.
Pada 5 September lalu, Menteri Besar Selangor juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa semakan yang dilakukan oleh firma audit bebas, KPMG Transaction and Restructuring Sdn Bhd mendapati perlaksanaan kutipan hutang bernilai RM392 juta itu dibuat secara telus dan tertib mengikut undang-undang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Subscribe to:
Posts (Atom)