Saturday, November 10, 2012

Pelajar Program Tuisen Rakyat Selangor Melawat P. Pinang

Setiap tahun-tahun sebelum ini, pejabat ADUN Sri Muda saban tahun menganjurkan program lawatan sambil belajar selepas tamat program PTRS. Dengan itu, sebahagian pelajar kelas tuisen ini telah mengikuti program melawat Pulau Pinang dan jamuan makan malam tajaan YB Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketau Menteri Pulau Pinang diadakan pada 17/12/2011.








Wednesday, November 7, 2012

Agensi Kerajaan Diminta Pantau Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh



198 views
Email
SHAH ALAM, 6 NOV : Pihak berkuasa diminta terus menjalankan pemantauan dalam musim hujan ini supaya kejadian tidak diingini seperti banjir kilat atau tanah runtuh di Selangor dapat dibendung.
Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, kejadian banjir di kawasannya pada 27 Oktober lalu dan beberapa hari selepas itu begitu membimbangkan.
Menurutnya, diharapkan agensi terlibat iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak segera bagi menanganinya.
“Kita meminta semua pihak berkuasa terus memantau keadaan ini dalam musim hujan supaya banjir dapat dielakkan daripada berlaku.
“Bagi mencegahnya, diharap MBSA, MPK, JPS dan JKR menyegerakan perancangan membina kolam tadahan sementara di DUN Sri Muda sepertimana dicadangkan supaya air boleh dialirkan ke kolam ini sebelum masuk ke laluan biasa,” katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.
Shuhaimi berkata, dalam kejadian banjir pada 27 Oktober lalu sebanyak 20 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan Rumah Kebajikan Sri Munirah di DUN Sri Muda.
Bagaimanapun, katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan ketika banjir seterusnya pada 31 Oktober dan 1 hingga 2 November lalu.
“Kita membekalkan makanan untuk makanan pagi hingga malam kepada semua mangsa dan hampir 530 keluarga menerima bantuan itu.
“Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menghulurkan bantuan seperti MBSA, MPK, JKR, JPS, Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja, Majlis Perwakilan Penduduk dan Ketua Kampung yang terlibat dalam membantu mangsa serta kerja berkaitan,” ujarnya.
Shuhaimi berkata, antara kawasan dalam DUN Sri Muda terlibat banjir adalah Kampung Johan Setia, Kampung Teluk Gong, Kampung Sri Nadi, Kampung Sri Gambut, Kampung Baru Satu dan Dua, Kota Kemuning, Kampung Bukit Rimau, Kampung Bukit Naga, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Harun Estate.
Katanya, Kerajaan Negeri diminta segera menghulurkan bantuan dalam kes itu menerusi Geran Selangorku  bukan sahaja bagi DUN Sri Muda tetapi kawasan Klang keseluruhannya.
“Semua pihak perlu bekerjsama dalam menangani masalah banjir itu kerana hasil tinjauan dilakukan mendapati antara punca kejadian adalah daripada sikap orang ramai serta pihak tertentu seperti pemaju.
“Terdapat projek pembinaan jambatan dan saliran serta parit yang dikorek tidak sempurna. Orang ramai juga membuang bahan buangan ditempat tidak sepatutnya,” katanya lagi.

Sunday, November 4, 2012

YB Melawat Kerja Membersihkan Parit - 30/10/2012











YB Shuhaimi Melawat Kilang Tanpa Permit

Disebabkan pejabat YB menerima pelbagai aduan kacau-ganggu kilang tanpa permit, maka ini merupakan kali ke-2 YB melawat kilang ini untuk mengatasi masalah rakyat pada 30/10/2012.






Mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Masalah Banjir

Pada 30/12/2012 YB Shuhaimi Shafiei sekali lagi mengambil langkah pro-aktif untuk menangani masalah banjir pada musim tengkujuh dengan memanggil semua agensi kerajaan berkaitan untuk membersihkan parit-parit kampong segera.






YB Shuhaimi Shafiei Meninjau Aduan Rakyat

Sebagai wakil rakyat, YB sekali lagi turun padang bersama pegawai MBSA meninjau progres kerja-kerja naik-taraf sistem perpartian akibat aduan penduduk Kampong JalanKebun pada 30/12/2012.












Friday, November 2, 2012


Wan Azizah offered four seats In Selangor for GE 13


Wednesday, 31 October 2012 Super Admin
E-mailPrintPDF
 
(Malaysian Digest) - Selangor PKR is ready to offer as many as four state seats to be contested by PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail for the upcoming 13th general election.
State information chief Shuhaimi Shafiei said the four seats offered are the 'safest', based on the previous election results.
The seats offered are Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia and Sementa.
"We are ready to offer our suggestions and views to the PKR central leadership if it is true that Dr Wan Azizah intends compete in Selangor. We just want her to win in the seats.
"For now, we haven’t received any direct instructions from the party leadership. We believe that whatever was announced by Dr Wan Azizah is a party strategy,” he was reported as saying in Sinar Harian today.
However, Shuhaimi stressed that the choice of seats ultimately lies with the central leadership.
"Our offer of the seats is based on the track record. Even I, being the current Seri Muda assemblyman, am willing to make way if the president wishes to contest in the state.
"What’s important is that all members and party machinery will give 100 per cent to ensure a win for the party and the president," he said.
Yesterday, the daily had reported that Dr Wan Azizah is still undecided on whether to contest in Selangor or Penang, both of which are Opposition-controlled states.
Dr Wan Azizah, who is wife of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, said the options were her own personal choices.
Barisan Nasional, meanwhile, are unperturbed over the possibility that the PKR president could contest in Selangor.
State Umno information chief Abdul Shukor Idrus said the public's growing awareness of BN's transformation plans have led the Opposition to feel insecure.
"Based on the numerous transformation plans carried out by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the PKR leadership is now playing close attention to Selangor.
"We cannot rule out the possibility that even Anwar and other PKR leaders will contest here," he said.
Abdul Shukor declared that BN are 100 per cent ready to recapture the state they lost in 2008.
"We will make sure that Pakatan Rakyat will have to pay close attention to Selangor and focus less on other states."