Monday, March 4, 2013

Projek IC Mahathir Memberi Kesan Pada Insiden Lahad Datu




KUALA LUMPUR, 4 Mac - Pemerhati melihat pencerobohan Sabah oleh kumpulan bersenjata Sulu bahawa “Projek IC” kembali menghantui Malaysia, sementara seorang ahli akademik berkata tuntutan seorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah.
Pemerhati diminta memberi komen terhadap “Projek IC”, iaitu pendatang asing didakwa menerima kewarganegaraan tanpa mengikut undang-undang, yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI).
Apabila ditanya tentang hubungan “Projek IC” dengan ketegangan di Sabah, penulis Karim Raslan berkata, “aspek hitam” kini sudah mula didedahkan.
“Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia (Projek IC) dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.”
“Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa dibelakang Projek IC ini?” kata Karim lagi.
Apabila ditanya apa yang perlu dilakukan, Karim berkata: “Kita perlu menyiasat butiran tentang bagaimana (Projek IC) dijalankan, dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
”Dr Andrew Aeria, seorang profesor dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), berkata proses haram Projek IC ini menghantui Malaysia, dan berkata apa yang berlaku di Sabah  menunjukkan “kegagalan polisi” sebelum ini.
“Kes ini menunjukkan kegagalan polisi. Projek IC yang haram serta kegagalan dalam memantau sempadan (bersama tidak ada penyelesaian mengenai isu padjak dalam status Sabah dari Kesultanan Sulu lama) menghantui kita.
Pakar akademik itu merujuk kepada pertindihan tuntutan terhadap status Sabah, apabila Sultan Sulu mengatakan ‘padjak’ merujuk kepada sewa, manakala Malaysia membayar setiap tahun kepada Sultan tersebut untuk mendapatkan hak ke atas Sabah, yang menjadi sebahagian dari Malaysia berdekad lamanya.
Andrew berkata cara terbaik ialah Parlimen perlu membuat sidang khas mengenai isu ini: “Ini untuk memastikan Parlimen menyusun tindakan dan merancang apa kerajaan boleh lakukan.”
Tetapi Dr Arnold Puyok, seorang penganalisis politik di Sabah, berkata pencerobohan Sabah dan inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) adalah isu yang berbeza, dan berkata pencarian kebenaran mesti diteruskan.
“Penduduk Sabah mahu kerajaan menunjukkan kesungguhan politiknya. Saya tidak melihat ada kaitan antara pencerobohan dengan inkuiri RCI. Kerajaan mesti terus mencari kebenaran melalui RCI.”
Pensyarah UiTM Sabah itu mencadangkan dialog diadakan bagi menyelesaikan masalah ini.
“Dialog antara Filipina dan Malaysia mesti diadakan. Wakil sah dari Sultan Sulu perlu dijemput sekali. Dialog tersebut mesti mencari penyelesaian jangka panjang untuk hubungan Sabah-Sulu,” katanya.
Apabila dihubungi, Farish A Noor, ahli akademik yang berpengkalan di Singapura mengatakan tuntutan ke atas Sabah dari seseorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu “tidak adil” untuk rakyat Sabah.
“Apa perasaan rakyat Sabah apabila seorang dari Filipina datang entah dari mana mengaku dirinya raja? Saya meragui rakyat Sabah akan menerima dakwaan tersebut,” kata profesor dari S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melalui email.
Beliau juga ditanya mengenai laporan dari kerajaan Filipina akan membawa isu tuntutan Sultan Sulu kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Filipina boleh bawa isu tersebut ke mahkamah tetapi ia tidak akan membawa erti, dan mana-mana mahkamah tidak akan memihak kepada Sultan Sulu kerana dua sebab: Ada ramai mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, jadi siapa Sultan yang sebenar? Kedua, kesemua negara di ASEAN mengakui sempadan masing-masing, dan tidak ada negara boleh membuat tuntutan berdasarkan sejarah hari ini,” katanya lagi.
Beliau berkata maklumat perlu disebarkan mengenai krisis di Sabah bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
“Sepertimana dikawal selia oleh kerajaan Malaysia, tidak timbul keraguan bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan penjagaan keselamatan dan operasi, tetapi kekurangan maklumat menyebabkan tercetus pelbagai spekulasi.
“Banyak yang kita baca di Internet bersifat spekulasi, bagaimanapun saya merasakan maklumat perlu disampaikan dalam keadaan terbuka dan tidak beremosi.”
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan kerajaan melindungi maklumat, dan berkata pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan puak bersenjata Filipina Jumaat lalu, selepas kumpulan bersenjata dari Sulu itu mendarat di Kampung Tanduo selama dua minggu, menyebabkan kematian seramai 15 orang, dimana kampung tersebut kira-kira 130 km dari bandar Lahad Datu.
Semalam, lima anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap di Semporna, kira-kira 150 km dari Lahad Datu.
Semalam seorang militan Filipina dipukul sampai mati oleh penduduk kampung di Sabah, sementara pemberontak Sulu mendakwa mereka menahan beberapa rakyat Malaysia dan menahan mereka sebagai tahanan.
RCI mengenai isu pendatang asing ini akan diketuai bekas hakim Tan Sri Steve Shim bermula esok.

themalaysianinsider

Sunday, March 3, 2013

Kes Lahad Datu :Rakyat Mahukan Gambaran Jelas





KUCHING: Rakyat Malaysia disaran agar mendapatkan maklumat terkini mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh puak pemisah dari Filipina melalui media arus perdana dan bukannya media alternatif seperti blog dan internet.
Panglima 1 Divisyen, Mejar Jen Datuk Mohd Zaki Haji Mokhtar berkata tindakan sedemikian adalah penting untuk mengelakkan orang ramai terdedah  kepada kenyataan berlebihan dari penulis blog dan sebagainya.
“Jika kenyataan berlebihan, persepsi orang awam boleh terganggu dan menganggap (pasukan) pertahanan negara tidak menjalankan tugas dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun Tentera Darat (TD) Ke-80 di Padang Kawad Kem Penrissen, disini.
Katanya, maklumat boleh ditokok tambah oleh mana-mana pihak di laman web, yang tidak boleh dikawal.
“Kita tidak mahu rakyat tertipu dan menganggap situasi kini teruk sedangkan banyak usaha telah dilakukan,” ujarnya.
Pada 13 Februari lalu, kira-kira 100 lelaki bersenjata dikepung oleh pasukan keselamatan kerana dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina.
“Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali-sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut,” jelasnya.
Tambah beliau, pihaknya mengesyaki mereka adalah puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.
“Perjanjian damai kerajaan Filipina dengan pemberontak Islam itu ditandatangani pada lewat tahun lalu untuk menamatkan konflik selama 40 tahun di selatan negara terbabit, tetapi sesetengah puak menyuarakan ketidakpuasan hati (bangkangan).
Sejak itu, ada daripada mereka yang termasuk pengikut puak serpihan kumpulan Misuari memutus untuk mencetuskan beberapa masalah dan ketegangan di Sabah,” katanya.
Dalam respons yang berbeza, Presiden Filipina, Benigno Aquino juga telah memberi amaran kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III sebelum ini bahawa beliau akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan itu di Lahad Datu.
Aquino berkata amaran dikeluarkan berikutan tindak-tanduk ahli kumpulan puak berkenaan yang mengaku diri adalah Askar Diraja Kesultanan Sulu.
“Beliau (Sultan Jamalul) diarah untuk memanggil pulang 180 pengikutnya itu supaya meninggalkan sebuah perkampungan nelayan dekat Lahad Datu yang diceroboh masuk sejak Februari lalu. Sekiranya tidak memilih untuk bekerjasama, tindakan undang-undang akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi semua,” kata Aquino.

fmt

Media Menolak & Menafi




Teringat pada usia kecil aku dulu, menonton berita di kaca tv merupakan aktiviti wajib bagi seisi keluarga dan sebarang program tv lain adalah diharamkan.
Di pagi hari, akhbar harian dari tulisan rumi kadangkala jawi  merupakan santapan wajib dicerna bersama hidangan sarapan.
Begitu dulu masyarakat kita menyanjung tinggi dan menghargai maklumat yang diterima atau mungkin itu saja sumber mudah serta murah yang ada.
Keadaan sebaliknya kini berlaku dimana masyarakat tidak hanya boleh menerima maklumat dari berita perdana malah dari pelbagai sumber alternatif dari internet seperti akhbar elektronik, blog, Facebook, twitter, YouTube dan bermacam lagi media sosial lain.
Apa yang membezakan sumber maklumat sebenarnya adalah kecepatan maklumat disampaikan dan yang paling penting adalah kesahihan maklumat yang disampaikan itu sendiri.
Kita boleh membanding bandingkan maklumat yang diterima dari pelbagai sumber itu dan kemudiannya  menilai sendiri bagi memperolehi kebenaran.
Percaya atau tidak, hakikat media arus perdana kita telah jauh tersimpang dari landasan matlamat sebenar dalam menyampaikan maklumat.
Amat menyedihkan lagi apabila media menjadi pentas merosakkan pemikiran dengan menabur fitnah atau ‘spin’ khususnya kepada pihak pembangkang dengan mengambil sedikit kata-kata pemimpin tersebut yang mengolah persepsi para pendengar dan pembaca.
Sebagai bukti nyata, akhbar utama kita sering kali disaman atas tuduhan menfitnah serta diperintah membayar denda jutaan ringgit.
Masyarakat ingin perolehi adalah maklumat yang cepat dan tepat, bukan setengah jam atau dua ringgit dibazirkan untuk menonton juga membaca akhbar yang semua kenyataannya hanya berbaur hasutan dan memburukkan pihak lain.
Tahap ketelusan maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana serta kebolehpercayaan terhadap masyarakat kini semakin pudar dan sukar diterima.
Kesan apabila terdapat percambahan sumber pada ketika ini, sering kali wujud kekeliruan dikalangan masyarakat kita dalam menerima maklumat.
Apa yang dikhuatirkan adalah sifat malas yang diwarisi masih menebal dikalangan anak bangsa khususnya melayu menyebabkan mereka gagal memperolehi maklumat yang betul.
Kadangkala aku berfikir bahawa adakah benar sebahagian dari kita gagal dalam membuat penilaian, atau sebenarnya sedar hakikat yang benar namun membiarkan saja diri diperbodohkan.
Apakah amalan yang dilakukan oleh media perdana bertujuan baik bagi mengelakkan masyarakat bimbang dengan status semasa keadaan pembangunan, ekonomi, dan sosial?
Masyarakat perlu diberi pendedahan yang jelas tentang keadaan ekonomi semasa yang kian meruncing bukan hanya memainkan isu sensitif seperti agama dan berunsur perkauman demi mencapai matlamat politik.
Spin yang provokatif
Kelmarin aku terbaca surah amanat menjelang PRU 13 dari saudara Anwar Ibrahim, sungguh jelas apa yang hendak beliau sampaikan.
Segala mesej dan luahan beliau itu dikupas satu persatu tentang kes yang mengaibkan beliau serta mengaitkan bagaimana beliau tidak diberi ruang untuk memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut di media rasmi.
Beliau juga mengulas dengan terperinci tentang kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin utama dalam kerajaan, dimana pembaca tidak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi untuk menilai sendiri pengolahan fakta pada kes tersebut.
Terkini pula adalah putarbelit media yang berbaur politik berkenaan komen Tuan Guru Nik Aziz terhadap pemberian BR1M kepada rakyat oleh kerajaan.
Aku melihatkan bahawa tindakan ‘spin’ akhbar perdana terhadap komen yang dibuat oleh seorang ulama itu amat provokatif dan hanya akan menambahkan kebencian masyarakat terhadap media perdana.
Begitu juga kisah sebelum ini bagaimana Tuan Guru Hadi Awang tidak diberikan ruang menjelaskan pada media televisyen  tentang ‘Amanat Hadi’ sebaliknya dihentam habis habisan pula.
Saban hari kita perhatikan penolakan masyarakat terhadap pimpinan kerajaan semakin ketara dari segenap lapisan usia dan kaum serta dari semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak.
Tidak dinafikan malah telah dizahirkan oleh masyarakat secara terang terangan dengan beberapa insiden yang berlaku baru baru ini seperti pada sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dan Kajang (Dong Zhong).
Sebenarnya penolakan ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kegagalan media perdana dalam menyampaikan maklumat dan berita yang sahih dan adil kepada umum.
Penolakan ini juga adalah hasil pencerahan masyarakat dalam menerima maklumat dan menimba ilmu seterusnya mencetus kepada kebangkitan rakyat.
Jujur aku katakan yang aku amat bimbangkan keadaan semasa dengan penolakan dikalangan masyarakat terhadap media perdana dan kerajaan.
Mengkaji apa yang berlaku di timur tengah, telah berlaku revolusi dengan bermulanya apabila berlaku penolakan ketara terhadap kerajaan mereka.
Revolusi yang berlaku itu adalah berpunca dari penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan, budaya rasuah, perlanggaran hak asasi manusia, ketidakstabilan ekonomi dan inflasi serta masalah pengangguran.
Merenungkan faktor diatas, persis keadaan berlaku kini boleh diumpamakan seperti minyak menanti sedikit percikan api sahaja untuk ianya dibakar.
PRU 13 nanti pasti bakal menjadi titik penentu penerimaan masyarakat terhadap pentadbiran sekarang atau mungkin penolakan secara total akan berlaku.


fmt

Saturday, March 2, 2013

YB Shuahimi Shafiei Disambut Meriah

Di seluruh DUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei disambut meriah, termasuklah perayaan Tahun Baru Cina 2013 yang dianjurkan oleh persatuan penduduk tempatan. Umpamanya, mnajlis pada 23/02/2013 di Putra Indah amat meriah diraikan bersama YB.
















Raikan Tahun Baru Cina di Putra Indah

YB Shuhaimi Shafiei bersama-sama dengan penduduk Putra Indah, Putra Heights raikan perayaan Tahun Baru Cina 2013 pada 23/02/2013.











Majlis Tahun Baru Cina 2013 Bandar Puteri

YB Shuhaimi Shafiei hadir di Bandar Puteri raikan Majlis Tahun Baru Cina 2013 anjuran pemaju IOI pada 23/02/2013. Sempena majlis ini, YB juga berkesempatan agihkan Ang Pau kepada budak-budak yang menghuni di situ.
















Friday, March 1, 2013

Malaysia tetap stabil walaupun kerajaan bertukar, kata pakar ekonomi AS





KUALA LUMPUR, 1 Mac — Pertukaran sesebuah kerajaan dalam Pilihan Raya 2013 tidak bermakna kestabilan ekonomi dan sosial Malaysia akan tergugat, kata pakar ekonomi Amerika Syarikat Nouriel Roubini hari ini.
Nouriel Roubini: Mengambil bahagian dalam forum “Datum Economic Forum 2013” di Kuala Lumpur. — Gambar fail ReutersRoubini menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan dalam proses demokrasi dan ekonominya diiktiraf diperingkat antarabangsa, dua faktor ini dilihat beliau sebagai faktor utama menjamin kestabilan dalam negara ketika ini serta dijangka kesinambungannya akan berterusan.
“Sudah pastinya tidak lama lagi pilihan raya yang demokratik berlangsung dalam negara ini dan terdapat ketakpastian dalam pilihan raya ini,” kata Roubini (gambar) dalam satu forum “Datum Economic Forum 2013” di ibu kota hari ini.
“Saya ingin berkata, tidak kira apapun keputusannya, negara ini sudah menunjukkan kestabilan politik dan institusi.”
Pakar ekonomi tersebut yang terkenal dalam ramalannya keatas kejatuhan ekonomi di Amerika pada 2008 dan 2009 walaubagaimanapun memberikan pandangan kestabilan tersebut hanya akan kekal sekiranya proses demokratik berjalan dengan baik jika tidak sebaliknya akan berlaku seperti “Kebangkitan Negara Arab”.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan politik selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
“Oleh sedemikian, selagi terdapat proses demokratik dan selagi kejelasan polisi selepas pilihan raya ia pastinya adalah sesuatu yang positif.
“Walaubagaimanapun, pastinya terdapat ketakpastian yang kecil,” tambah beliau lagi.
Apabila ditanya oleh salah seorang peserta sama ada langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan lagi tarikh pilihan akan memberikan kesan buruk kepada pasaran dan pelabur di Malaysia, Nouriel menjawab: “Saya tidak masuk campur dalam politik negara ini.
“Rakyat akan pilih wakil mereka dalam pilihan raya nanti. Negara ini demokrasinya stabil dan komitmen polisi luar ekonominya telah membawa kepada kejayaan dan disegani dikalangan negara luar lain,” tambah beliau lagi.
Sehubungan itu, Nouriel menegaskan segala ketakpastian dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi akan ditangani menerusi proses yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
“Ketakpastian akan ditangani menerusi proses demokratik dan institusi demokrasi yang kuat dalam negara ini,” kata pengerusi badan Roubini Global Economics di Amerika Syarikat.
Beliau juga memberikan pandangan secara tak langsung terhadap beberapa langkah kerajaan yang memberikan pelbagai gula-gula politik seperti wang dan barang keperluan untuk meraih dengan menyifatkannya sebagai langkah yang tidak menguntungkan ekonomi sesebuah negara.
“Setiap kali adanya pilihan raya, sesiapa yang berkuasa sebelum pilihan raya akan memberikan wang tunai kepada orang ramai.
“Ini bagi meningkatkan peluang untuk menang dan tingkatkan defisit pada tahun pilihan raya. Tapi diharapkan langkah tersebut tidak diulangi semula,” ujar Nouriel yang juga dikenali sebagai “Dr Doom” itu lagi.
Pelbagai spekulasi tentang pilihan raya dikeluarkan oleh ahli politik kebelakangan ini, antaranya memberikan situasi kekecohan yang akan berlaku sekiranya pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk kuasa di Putrajaya.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyifatkan perubahan kerajaan bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada.
Dr Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya.
“Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka.
“Oleh sebab itulah negara terus-menerus mencapai kemajuan sehinggalah sekarang ini,” kata beliau pada Januari lalu.
Najib juga meminta rakyat supaya tidak membuat “perubahan” yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
Menjelang pilihan raya tidak lama lagi tahun ini, pentadbiran Najib dan Umno yang dipimpinnya berhadapan ujian paling getir sejak kemerdekaan terutamanya apabila PR membangkitkan pelbagai isu kontroversi melibatkan pemimpin politik dalam Umno.
PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi Barisan Nasional kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun.

- themalaysianinsider

Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian


KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
(Gambar PhilStar.com)
(Gambar PhilStar.com)
“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.
tianMengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.
“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.
“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.
Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.
Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.
Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal.

-keadilandaily