Wednesday, June 12, 2013

Black 505: Merantau Ke Seluruh Pelosok Malaysia


KANGAR: Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.

Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan.

Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.

(Berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat)

Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas.

Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar.

Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.


-harakahdaily

Kebanjiran Pendatang Filipina Menjejaskan Kek Ekonomi Warga Tempatan

Lubuk cari makan warga Filipina

LAHAD DATU  –  Masalah kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Lahad Datu bukan sesuatu perkara yang baru.

Bagi penduduk di daerah itu, kisah warga asing yang menjadi  ‘raja’  tepi jalan dan kaki lima  adalah fenomena biasa yang dapat dilihat sejak sekian lama.

Tinjauan di sekitar kawasan Pekan Lahad Datu  semalam mendapati  tidak kurang 200 penjaja tanpa lesen mendominasi kawasan kaki lima sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu.

Kebanyakan mereka menjual sayur-sayuran, barangan kering malah  ada juga yang   menjual rokok dan  barangan keperluan harian yang lain.

Hasil pemerhatian selama lebih sejam di kawasan berkenaan mendapati mereka sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa melayu menguatkan bukti bahawa mereka ini bukanlah rakyat Malaysia .

Kami mendekati seorang wanita berusia awal 50an yang menjual barangan   keperluan termasuk ubat-ubatan antaranya ubat perangsang seks.

Wanita itu pada mulanya enggan ditembual akhirnya mengaku berniaga  tanpa lesen di kaki lima hadapan pasar sejak tiga tahun yang lalu.

Dia ada menjual  rokok tanpa cukai  dan ubat seks yang diimport dari Indonesia tanpa ada sebarang pelekat ataupun tertera kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah ketika ditembual, dia berasa tidak rasa senang meskipun kami sudah  membeli barangan yang dijual.

Akhirnya wanita separuh abad itu mengaku tidak mempunyai sebarang dokumen untuk berniaga di kawasan berkenaan dan meminta maaf kerana terpaksa  berbohong demi menutup kesalahan kerana merasakan seolah-olah kami adalah pihak berkuasa.

Kami berjalan  dan mendekati seorang lagi  pemuda berusia awal 20an yang menjual barangan wanita antaranya sepit  dan pengikat rambut dan barangan keperluan diri berhampiran pasar ikan.

Sebaik tersedar kamera kami merakamkan gerak-gerinya, lelaki itu tiba-tiba bercakap dalam bahasa yang kami tidak fahami. Rupa-rupanya setelah diselidiki  dia berbahasa Sulu!

Pemandu kami yang merupakan anak tempatan Sabah  memberitahu bahawa lelaki itu berkemungkinan memberi isyarat kepada rakan-rakannya lain supaya berjaga-jaga.

Bukan setakat itu,kami juga disorak sepanjang tinjauan ini dilakukan seolah mereka tidak senang gambar mereka dirakamkan.

Peniaga tempatan  tidak senang

Kami memasuki kawasan bangunan pasar ikan berusia 50 tahun. Di situ kami melihat  ramai peniaga menjual pelbagai jenis ikan. Perniagaan masih  rancak meskipun hari sudah petang,ini kerana jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur ,pasar  basah seperti itu kebiasaan sudah lenggang kerana lazimnya orang suka ke pasar pada waktu pagi.

Ketika sedang leka melihat beraneka jenis ikan yang dijual, seorang peniaga menawarkan untuk gambarnya diambil.

Peniaga itu memperkenalkan diri sebagai Am berusia 30 tahun, anak jati Lahad Datu. Kami sempat bertanya tentang situasi penjaja tanpa lesen diluar.

Lubuk cari makan warga Filipina

“Abang,mereka sudah lama di sini,memang tidak boleh buat apa-apa,kami terpaksa terima hakikat mereka (penjaja haram) berniaga diluar dan kami berniaga di dalam.


“Kalau operasi dibuat sekalipun jika ditangkap, tidak lama kemudian mereka akan kembali berniaga di sini,bukan kami boleh buat apapun,”katanya dalam nada yang agak marah.

Tambahnya ,penjaja kaki lima juga turut mewujudkan persaingan apabila menjual barangan jauh lebih murah dari harga pasaran dan tindakan itu sekaligus menutup periuk nasi warga tempatan.

An mengakui memang sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan kerana penjaja-penjaja bijak menghidu kehadiran pihak berkuasa. Kami kemudiannya keluar dari kawasan itu selepas beropu

Orang ramai bimbang

Penduduk yang ditemui menyifatkan kebanjiran warga asing dari Flipina  terutama di kawasan felda juga membimbangkan.

 Japrun Jaafar,49, berkata, penjaja kaki lima ini memang budaya mereka.

“Kami penduduk felda sudah lali dengan kehadiran mereka, Hendak cakap macam mana lagi.Kalau ditegur kita pula yang dimarahinya,”katanya

Menurutnya   hubungan kekeluargaan juga diakui menjadi punca mereka membanjiri kawasan pecan di felda dan pekan Lahad Datu.

Namun bagi Joani Abdul Samat,49, berharap hanya tindakan tegas dari pihak berkuasa mampu membanteras kehadiran warga asing yang ramai di Sabah khususnya.

“Kami hampir dengan negara jiran,mereka bebas masuk dan keluar tanpa dokumen  ,harap selepas krisis pencerobohan yang berlaku di daerah ini boleh mengubah cara pihak berkuasa keselamatan bertindak,”katanya.

Difahamkan selain berbangsa Sulu,pendatang asing tanpa izin berketurunan Bugis,Bajau Pilau,dan Bajau Sibutu.

Polis sentiasa pantau

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsuddin Mat ketika ditemui memberitahu peratusan jenayah melibatkan warga asing tidak membimbangkan.

Walau bagaimanapun pihaknya sentiasa memantau keadaan itu lebih-lebih selepas krisis pencerobohan pengganas berlaku sebelum ini.

“Polis melalui gabungan  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Eszon) sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan yang lain memastikan kehadiran mereka dikawal.

“Lazimnya jika mereka terlibat dengan jenayah kita akan kenal pasti dan tangkap dam untuk yang tiada dokumen ketika akan dikenakan tindakan dibawah Akta Imigresen,”katanya

Jelasnya,kebanyakan warga asing tanpa dokumen ini dikesan terlibat dengan kegiatan  curi motorsikal dan pecah kenderaan .

Malah katanya  Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Sabah (RCI) juga masih berjalan dan mana-mana yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal


sinarharian

Tukar Sistem Pilihan Raya - Subky Abdul Latif





12 JUN ―Jika Pakatan Rakyat selepas PRU13 banyak bercakap tentang polemik betapa wajarnya difikirkan mengubah sistem pilihanraya yang memberi kemenangan kepada undi popular, bukanlah ia menganjurkan supaya ditukar sistem pemerintahan beraja kepada pemerintah republik.
Yang menyebabkan ada orang terkeliru konon Pakatan Rakyat mahukan republik adalah sakatan pemimpin-pemimpin Umno yang menempelak Pakatan Rakyat kalau sudah suka sangat dengan sistem pilihan raya yang memberi kemenangan kepada undi popular, maka pergilah pindah ke mana-mana negara republik.
Jangan tinggal lagi di Malaysia yang memakai sistesm beraja dan kemenangan pilihan raya ditentukan oleh banyak kerusi yang diperolehi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bukan didasarkan kepada jumlah undi terbanyak pada keseluruhannya.
Dalam PRU13 lalu, Pakatan Rakyat setelah merasa yakin ia ditipu berjaya mendapat sekitar 51 peratus undi popular sedang BN hanya beroleh kurang dari 48 peratus. Kalau ia menang pula disekitar 30 kerusi lagi yang dikatakan ditipu, maka tentulah undi popular itu lebih dari 51 peratus.
Atas andaian itu, maka Pakatan Rakyat mengira ia telah menang dan ia sepatutnya berkuasa kerana ia memenangi undi popular. Kerana itulah ia bercakap supaya sistem pilihan raya itu ditukar, jangan lagi menggunakan sistem yang diguna di Britain seperti yang berjalan di negara ini sejak sebelum merdeka.
Sistem pilihan raya itu jadi begitu bukan kerana ia berada di bawah sistem beraja. Tidaklah sistem republik saja yang memakai sistem undi popular itu. Negara beraja dan negara republik boleh menentukan sistem yang mereka suka.
Pakatan Rakyat mahu mengubah sistem piliihan raya saja. Ia tidak pernah terfikir untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Yang menjadikan sebuah negara itu berdaulat dan maju, bukan kerana sistem yang digunakannya. Tetapi ialah bersih, adil, tidak rasuah dan kecekapan pimpinannya.
Jika dibandingkan Malaysia yang memakai sistem beraja, didapati setakat ini, ia lebih teratur dari Filipina dan Indonesia yang menggunakan sistem republik. Indonesia lebih dulu merdeka dari Malaysia. Demikian juga Filipina. Tetapi dalam beberapa hal Malaysia ke depan dari dua republik itu.
Malaysia tidak menghantar rakyatnya menjadi buruh di Filipina dan Indonesia. Sebaliknya pekerja dari kedua-dua republik itu yang datang bekerja di Malaysia.
Jika kita katakan negara beraja itu lebih maju dari negara republik, maka tidaklah semesatinya betul. Kampuchea sebuah negara beraja. Tetapi ia tidaklah lebih maju dari Republik Vietnam. Bahkan Vietnam sekarang adalah bergerak maju untuk bersaing dengan Thailand dan Malaysia, dua buah negara beraja di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.
Ketika Malaysia dan Thailand mula merancang pembangunan ekonominya, Vietnam masih berperang menentang pencerobohan Amerika. Tetapi setelah perang tamat, ia merancang pembangunan ekonominya, bukan mustahil ia muncul sebagai negara ASEAN yang berlumba sama maju dengan Malaysia dan Thailand yang beraja.
Oleh hal yang demikian Pakatan Rakyat tidak sedia terjebak dalam polemik sensitif mengenai sistem beraja dan sistem republik. Selagi raja tidak mencampuri urusan politik seperti Maharaja Jepun, Raja Thailand dan Ratu di Britain tiada ada keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk menyentuh kedudukan raja-rajanya.
Yang Pakatan beri perhatian ialah untuk merombak sistem pillihan raya supaya ia menjamin kemahuan rakyat tidak disia-siakan.



- Penulis Bebas Subky Abdul Latif

Tuesday, June 11, 2013

Blackout 505: 22 Jun Ini Di Padang Merbok


PETALING JAYA 10 JUN : Pakatan Rakyat (PR) memutuskan mengadakan perhimpunan aman Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini berikutan tiada program lain dijalankan di kawasan itu pada tarikh berkenaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata pihaknya mengambilkira pandangan pihak terlibat di mana pada tarikh asal iaitu 15 Jun, terdapat program karnival dan majlis perkahwinan akan diadakan di kawasan itu dan berhampirannya.

Sehubungan itu, PR memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman #blackout 505 dalam tempoh 10 hari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti ditetapkan.

“Permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telahpun dibuat pada Jumaat 7 Jun lalu. DBKL juga mengesahkan tiada mana-mana pihak membuat permohonan mengadakan acara di padang itu pada tarikh tersebut.


“Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa majoriti rakyat Wilayah Persekutuan bersama PR maka DBKL dan Tengku Adnan diminta menghormati hasrat rakyat selain Padang Merbok adalah milik rakyat.

selangorku

Petisyen yang Dikemuka Melibatkan 25 Kawasan Parlimen & 10 Dun



Pakatan Rakyat akan mula memfailkan 35 petisyen berhubung kesalahan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya 5 Mei, bermula hari ini sehingga tempoh tersebut berakhir pada Khamis.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan berkenaan akan melibatkan kos permulaan sebanyak RM500,000 dan Pakatan seterusnya perlu mengumpul sebanyak RM1 juta lagi.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Rafizi (kiri) berkata jumlah berkenaan adalah untuk menampung kos deposit awal untuk petisyen, sebanyak RM15,000, dan kos RM30,000 untuk setoap petisyen yang difailkan.

Kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen berkenaan atau sekiranya plaintif tewas dalam kes tersebut.

Pakatan bagaimanapun akan dapat menjimatkan kos kerana kebanyakan daripada kos guaman tersebut adalah percuma, kata Rafizi.

Petisyen yang akan dikemukakan itu melibatkan 25 kawasan parlimen dan 10 kawasan DUN, katanya.


malaysiakini

Dunia Belum Kehabisan "Black Gold" - CEO Petronas




KUALA LUMPUR, 10 Jun — Dunia belum kehabisan minyak dan gas walaupun telah berpuluh tahun aktiviti penggerudian dan pengeluaran minyak dijalankan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (gambar).

Jika peserta industri melihat luar Asia dalam skala global, bekalan masih banyak untuk dikeluarkan, dan dunia masih membuat pencarian konvensional, katanya dalam ucapan keadaan industri di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-17 di sini hari ini.

“Berikutan penemuan baharu, perkembangan teknologi dan pengalaman operasi, secara teknikalnya, sumber yang boleh diperoleh dianggarkan mencukupi untuk selama dua abad pada penggunaan semasa,” katanya.


Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, rizab dunia telah meningkat sejak 1990 di sebalik pertumbuhan pada penggunaan, dan setakat 2011, anggaran adalah kira-kira 1.5 trilion tong dengan 5.9 trilion tong lagi sumber boleh diperoleh yang masih belum ditemui, tambah beliau.

Shamsul Azhar berkata Iraq mempunyai rizab minyak terbukti kelima terbesar dunia pada 143 bilion tong.

Bagaimanapun, memandangkan tenaga adalah penyumbang utama kemakmuran ekonomi, pergantungan ke atas tenaga jangka pendek meningkatkan risiko gangguan bekalan dan pergolakan harga, kata beliau.

Katanya, pelbagai pelaburan huluan di blok penggerudian dan pembinaan jaringan paip baharu dan terminal regasifikasi menunjukkan strategi keselamatan tenaga.

“Serupa juga dengan PETRONAS, kami memulakan pencarian dan strategi pengeluaran agresif, mencuba pelbagai cara baharu, perairan yang lebih dalam dan lapangan yang lebih kompleks,” katanya sambil menambah untuk memastikan keselamatan tenaga, peserta industri perlu diberikan kebebasan untuk menentukan keberuntungan komersil pasaran sendiri.

“Dengan itu, peserta industri mempunyai fleksibiliti untuk menguruskan risiko mereka sendiri, berusaha untuk memberikan bekalan dan memenuhi permintaan pada harga yang ditentukan pasaran,” kata Shamsul Azhar.

Beliau juga menyeru semua syarikat minyak, penyedia perkhidmatan dan pembuat dasar bekerjasama untuk mencipta penyelesaian yang menggalakkan penggunaan teknologi dan menarik kecemerlangan operasi.

“Industri kita harus berterusan mencari wadah untuk beroperasi dengan bertanggungjawab dan mesra alam,” katanya.

— Bernama

Monday, June 10, 2013

Dakwat Yang Tidak Kekal Manifestasi SPR Gagal


SHAH ALAM, 10 JUN: Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu.

Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

“Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas.

“Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti

Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik.

“Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan.

“(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.


selangorku

Selangor Sedia Bayar Kos Petisyen Pilihan Raya - TSKI


KUALA LUMPUR, 10 JUN – Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan sumbangan bagi membiayai dana kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, langkah tersebut bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita Kerajaan Negeri melalui (Program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid dipetik dari portal Selangorku.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Kelang itu, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dengan berkongsikan data yang diperolehi menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti penyelewengan dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, kerajaan negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui Geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta.


Hari ini Rafizi Ramli mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen di seluruh negara pada minggu ini.

Menurut pengarah strategi PKR itu, PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu,19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

“Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang diperuntukkan Akta Pilihan Raya.

“Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu sahaja lebih RM2 juta,” katanya.

Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara berasingan mengikut negeri masing-masing.

Serentak dengan itu, PKR, jelas pemimpin muda itu akan memfailkan tindakan undang-undang termasuk petisyen berasingan di Sabah menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu berdasarkan keterangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja (RCI) Sabah, dakwanya.


malaysianinsider

Anwar Ibrahim: Ucapan Penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN Ke-9 (2013)





GOOD GOVERNANCE



Friday, June 7, 2013

Perhimpunan #Blackout 505 Selaras dengan Akta Perhimpunan Aman Yang Termaktub Dalam Perlembagaan




SHAH ALAM, 7 JUN: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli mendakwa polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan Perhimpunan Aman #Blackout505 apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.

Sebaliknya menurut Rafizi, polis dan DBKL tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman dan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.

“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.

“Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi ketika dihubungi TV Selangor.

Bagaimanapun menurut Rafizi yang bertindak sebagai salah seorang sekretariat Pakatan Rakyat(PR), perhimpunan tersebut akan diteruskan pada 15 Jun ini seperti yang dirancang sebelumnya.

Terdahulu dalam isu sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman #Blackout505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.

Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.

selangorku

Thursday, June 6, 2013

Bazooka PR Pada PRU-13 Menyebabkan MCA Tutup Kedai



Jangan sama sekali menyamakan DAP dengan MCA. Jika dibuat perbandingan, ideologi DAP yang berjuang demi seluruh anak Malaysia sudah menunjukkan jurang yang nyata. Ternyata, Barisan Nasional (BN) kekal dengan prinsip politik pecah dan perintahnya. Ia lebih jelas jika kita melihat pecahan komponen BN seperti UMNO, MCA, MIC dan parti suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan bukti rakyat berani bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap BN. Amalan politik pecah dan perintah BN yang menggugat perpaduan semua bangsa negara ini telah lama membuahkan hasil yang jelek. Ini ditambah lagi dengan gejala rasuah, monopoli dan kronisma melampau. Sebab itu tidak hairan apabila undi popular PRU13 lalu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).


Apa jadi dengan MCA, Gerakan?

Selepas tewas teruk, MCA dan Gerakan dengan nada kecewa seolah-olah tidak mampu lagi menampung kekecewaan mereka, lantas kita mendengar bahawa ada pimpinan mereka yang menyalahkan rakyat dengan tohmahan tidak tahu bersyukur. Perangai menyalahkan orang ini sama sahaja seperti UMNO.

Sepatutnya, jika MCA dan Gerakan mahu menjadi parti politik yang ikhlas dan berintegriti, mereka seharusnya bekerja keras, memberi khidmat dan menjadi pengkritik sebarang dasar kerajaan yang tidak pro kepada rakyat. Malangnya komponen BN ini tidak buat begitu, mereka menjalankan ‘ops tutup kedai’, seolah-olah mahu menjatuhkan hukuman kepada rakyat kerana tidak memilih mereka.
Walaupun sesetengah mereka menyatakan mereka tidak akan metutup pusat perkhidmatan secara langsung tetapi hanya akan menghadkan aktiviti mereka kepada kerja dalaman parti, ada pula yang terang-terang menyatakan bahawa dek kerana rakyat tidak menyokong MCA dan Gerakan, tidak bersyukur terhadap jasa baik yang ditaburkan mereka pada masa lalu, lebih baik mereka ‘tutup kedai’ dan memberi perkhidmatan kepada kawasan yang menghargai mereka.

Majlis tertinggi MCA sudah dua kali memutuskan sekiranya mereka kalah teruk, semua ahli MCA tidak akan menerima apa-apa jawatan dan pelantikan sama ada oleh kerajaan di peringkat kerajaan tempatan, negeri, atau Pusat. Saya tidak akan memberi pandangan di atas sesetengah kes di mana ia selaras dengan kemahuan mereka iaitu ‘cakap serupa bikin’ kerana saya rasa rakyat sudah membuat keputusan sendiri.

Tindakan itu menyimpulkan bahawa MCA dan Gerakan tidak punya integriti untuk terus berkhidmat dan mereka wajar dihukum rakyat dengan lebih dahsyat pada PRU-14 akan datang.


Beza DAP dan MCA ibarat langit dan bumi

Apa yang sedang berlangsung dalam senario politik Malaysia kini membuktikan bahawa mentaliti politik MCA dan Gerakan, mentaliti BN secara amnya adalah berdasarkan balasan dan bukannya demi membela dan membangunkan masyarakat.

BN telah banyak mengkhianati rakyat. Ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan. Pemimpin BN seolah-olah tidak endah dan tidak malu dengan membiarkan sentimen perkauman dimainkan siang dan malam, mereka juga tidak peduli terhadap kenaikan kos hidup yang tidak seimbang membebankan rakyat.

Saya pernah diberitahu seorang cerdik pandai yang berpengalaman dalam bidang politik dan kemanusiaan, katanya mana-mana individu yang tidak tahu malu, adalah seorang yang tidak bermaruah; dan sesiapa yang tidak bermaruah tidak layak diamanahkan apa jua keyakinan atau kepercayaan kerana mereka sanggup membuat apa sahaja demi kepentingan diri sendiri.

Sejarah menunjukkan bahawa DAP mempraktikkan politik mengikut perjuangan (conviction politics) dan BN pula mengamalkan politik berdasarkan pampasan (compensation politics). Jelas, BN, khususnya MCA dan Gerakan bukan saja berfikiran sempit malah ketinggalan zaman. Kasihan kepada mereka yang memberi keyakinan kepada MCA dan Gerakan.

Tidak kira betapa teruknya DAP tewas dan ditolak rakyat, DAP tidak pernah meninggalkan perjuangan. Lebih penting lagi, DAP tidak pernah menyalahkan rakyat yang tidak memilih mereka malah terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa peduli kepada imbuhan mahu pun balasan yang diperoleh sama ada positif atau negatif.


Tamatkan politik perkauman sekarang!

Satu hal yang penting selain memberi perkhidmatan kepada rakyat ialah menamatkan politik perkauman. Dengan adanya BN yang ditunjangi parti perkauman UMNO, MCA dan MIC, Malaysia akan terus dibelenggu dengan pelbagai jenis ‘hantu’ kaum yang menghasut. Inilah rahsia kemenangan mereka sejak berbelas penggal memerintah negara.

Sehari wujudnya MCA, MIC dan UMNO, ia bermakna sehari lagi wujudnya politik perkauman; sehari hilangnya parti politik berasaskan perkauman, maka berakhirlah politik perkauman yang menjadi asas penindasan, diskriminasi dan mainan politik yang menakut-nakutkan rakyat. Sudah tiba masanya parti berasaskan perkauman dijauhi.

Rakyat menunggu masa depan Malaysia yang lebih baik. Malaysia milik semua rakyat Malaysia. Kini tibalah masanya untuk menamatkan politik perkauman dan politik balas dendam. Malaysia sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen mengangkat rakyat sebagai tuan, raja sebagai payung negara. Ayuh bersama bergandingan tangan menghapuskan politik perkauman, menjunjung ketuanan rakyat!


- Roketkini

4 lagi Suspek Menghina Agong Wajib Tampil Beri Keterangan



Suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya yang ditahan semalam, dibebaskan lapan jam kemudian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis masih menunggu empat lagi rakannya bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil memberi keterangan.
  
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

Dalam satu kenyataan semalam, SKMM menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut meminta rakan suspek tampil bagi membantu siasatan

malaysiakini.


DSAI Beri Keterangan Saman Papagomo 27 Jan Tahun Depan



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jan tahun depan untuk mendengar keterangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau terhadap penulis blog ‘Papa Gomo’ kerana didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks.

Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu.

Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa defendan turut meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej itu ialah plaintif.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu.
Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei menafikan bahawa beliau pemilik blog ‘Papa Gomo’.

Beliau menegaskan alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman Anwar itu bukan miliknya dan beliau tidak mengenali plaintif secara peribadi.

Anwar dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Wan Muhammad Azri itu berkata beliau boleh membuktikan bahawa defendan adalah pemilik blog ‘Papa Gomo’.

Beliau mendakwa defendan turut melakukan serangan peribadi terhadap parti pembangkang dan pemimpinnya tanpa membuat sebarang justifikasi.


- Bernama

Wednesday, June 5, 2013

KEADILAN Menanti Ketua Pembangkang BN Selangor. Siapa ?

PETALING JAYA: Siapa Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional (BN) Selangor masih belum diputuskan sehingga hari ini walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bersidang pada 28 Jun.
Buat kali kedua atau penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) pada 2008, BN Selangor terpaksa menyesuaikan diri sebagai ahli-ahli pembangkang ataupun kini mereka sudah pun dapat menyesuaikan diri bagaimana hendak memainkan peranan sebagai parti pembangkang.
Menurut sumber, lima nama wakil rakyat BN telah disenarai pendek untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang perlu diputuskan segera atau paling lewat sebelum 21 Jun ini.
Mereka ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).
Ketua Pembangkang yang baru akan menggantikan Datuk Satim Diman yang tidak bertanding dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu.
Sesiapa pun yang dipilih, beliau mestilah seorang yang vokal dan berani menyuarakan masalah dan keperluan rakyat. Pemimpin tersebut perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memantau bajet kerana ia adalah wang rakyat.
“Oleh itu, penekanan yang mencukupi mesti dibuat pada aspek ini dalam mesyuarat DUN nanti,” kata sumber tersebut.
Tetapi sesiapa sahaja yang dipilih BN negeri untuk mengisi jawatan itu akan menghadapi tugas berat kerana kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengurus sumber alam dan dana negeri dengan bijaksana dan berhemah.
Memandangkan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama ini telus dan bebas rasuah malah pengurusan kewangannya ibarat ‘past with flying colours’ maka agak sukar bagi mana-mana pemimpin BN negeri untuk menimbulkan isu kewangan di DUN nanti.
Malahan Abdul Khalid mengakui bahawa beliau seorang yang ‘kedekut’ dan berjimat cermat dalam perbelanjaan negeri sehingga dikritik oleh ahli partinya sendiri pada Kongres Nasional PKR ke 9 di Petaling Jaya pada 25 Mei lalu.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, Abdul Khalid berjaya menambah rizab dana negeri dari RM400 juta kepada RM2.6 bilion dalam tempoh lima tahun sahaja.
Sebab itu, apabila timbul isu pelantikan menteri besar Selangor tempoh hari, ketiga-tiga pemimpin DAP, PAS dan PKR hanya menghantar satu nama sahaja, iaitu nama Abdul Khalid, untuk dipersembah dan diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kerajaan negeri telah menetapkan 21 Jun ini bagi tarikh majlis angkat sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP Hannah Yeoh sebagai Speaker dan timbalannya dan juga Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Hannah Yeoh muncul sebagi wanita pertama dilantik Speaker, baik di DUN maupun di Dewan Negara dan Dewan Rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

fmt.

Tun M Akui UMNO Mewujudkan Perasaan Takut Kepada Orang Melayu


PETALING JAYA: Tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan Umno memenangi 88 kerusi parlimen, hakikat ini disanggah oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri dan juga Presiden Umno itu mendakwa jumlah kerusi parlimen yang dimenangi Umno hampir menyamai jumlah 89 kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat (DAP, PAS dan PKR).
Kenyataan ini disanggah oleh Dr Mahathir ketika bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, di mana menurut beliau kemenangan Umno dalam Pilihan Raya Umum yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam Umno.
Tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutama kepada parti lawan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP yang mahu menubuhkan kerajaan persekutuan di Malaysia.
“Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada Umno,” kata Dr Mahathir, dipetik dari blog kerengga.
Najib melahirkan perasaan bangga dengan pencapaian Umno walaupun sebenarnya prestasinya lebih buruk berbanding dengan prestasi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Pak Lah ketika beliau menjadi perdana menteri berjaya memperolehi 140 kerusi parlimen untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 berbanding dengan prestasi Najib yang merosot kerana hanya berjaya mendapat 133 kerusi.
Tindakan Najib untuk menggambarkan kekuatan Umno dan kejayaannya membawa kemenangan 88 kerusi bagi Umno berbanding 79 kerusi yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008, tidak lain adalah bertujuan agar ahli Umno tidak cuba menjatuhkannya.
Tetapi dengan kenyataan Dr Mahathir ini yang menyanggah kenyataan Najib berhubung kekuatan dan kejayaan Umno ini pastinya akan menimbulkan senario baru dalam Umno.
Dr Mahathir juga secara tidak langsung mengakui kemenangan Umno adalah kerana kejayaan program menakut-nakutkan orang Melayu mengenai DAP yang sering dipropagandakan dengan fahaman ekstremis Cina yang mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu.


fmt

Tuesday, June 4, 2013

Jangan Keterlaluan , Agong Payung Agama & Negara - Shuhaimi Shafiei



KUALA LUMPUR, 4 Jun — Suspek yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook kini disahkan telah berjaya ditahan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam satu kenyataan ringkas awal hari ini berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM telah berjaya menahan suspek yang merupakan seorang wanita bagi siasatan lanjut.

“Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya,” kata Timbalan Pengarah, Komunikasi Strategik SKMM Rahayu Abdul Aziz dalam kenyataan tersebut.

Agensi berkenaan turut berkata wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika disabitkan kesalahan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM turut menggesa rakan-rakan suspek tampil bagi membantu penyiasatan mereka.

“SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.”

Pemuda Umno juga melalui ketuanya, Khairy Jamaluddin semalam menggesa SKMM bertindak tegas terhadap individu yang menghina Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di laman Facebook.
Khairy berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu diambil kerana ia melampaui batas.

“Pemuda Umno memandang serius beberapa ‘posting’ yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah ‘posting’ dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun saya selaku Ketua Pemuda Umno menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab,” katanya

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh juga minggu lalu mengesahkan pihaknya telah menerima enam laporan polis berhubung tindakan menghina Ynag di-Pertuan Agong tersebut.

Beliau berkata kesemua enam laporan tersebut dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kes berkenaan jelasnya boleh disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.


malaysianinsider


Monday, June 3, 2013

Pandangan Penganalisis Politik - MSO

Pandangan Penganalisis Politik-MSO

Isu Azmin dan Dr Rani, Elok Khalid Tidak Jelaskan


Cara MB Selangor Khalid Ibrahim hendak menjelaskan fasal apa Azmin Ali dan Dr Rani Osman tidak disenaraikan dalam barisan Exco Selangor, tidak ubah seperti orang hendak melepaskan pukat rusuk di tengah panas. Usaha itu baik, tetapi keadaan tempat diambil untuk menghuraikannya tidak begitu menyenangkan. Panas dan memedih kulit belakang.

Lebih baik Khalid tidak cuba menjelaskan isu berkenaan. Rasanya tinggal saja isu itu biar ia mereput sendiri lebih baik. Betapa pun alasan diberikan, orang tidak akan terima, kerana hakikatnya kenapa Azmin dan Dr Rani tidak dapat jadi Exco orang sudah tahu. Sudah dihadam dan sudah pun menjadi najis.

Faktor masa dan kapasiti yang disebut Khalid itu menyebabkan orang akan ketawa. Kapasiti apa? Memang jumlah Exco hanya 10 orang saja. Dan cara pembahagian 6:4:4 itu tidak menjejaskan mereka untuk mendapat peluang menjadi Exco, sebab mereka ketua. Ketua biasa diletakkan di hadapan bukan di belakang.

Diberi juga alsan kerana mereka ketua parti, maka elok mereka menumpukan kepada parti. Apakah kerja untuk memperkasakan parti terletak dibahu mereka, dan bukankah jawatan Exco membantu mereka? Apakah Khalid sudah ubah semangat perlantikan Exco bahawa ketua parti tidak boleh menjadi Exco kerana mereka harus perlu menumpukan tugas kepada memperkasakan parti? Tidakkah jawatan MB itu dapat dipegang bila parti berkuasa?

Kalau begitu sesiapa pun hendak duduk seperti Khalid. Tidak menjadi ketua tetapi dapat menjadi MB. Ia mudah, ringkas dan menguntungkan. Khalid tidak payah bersusah memperkasakan parti yang memungkin dia menjadi MB. Serah saja kepada sang ketua.

Peraturan dibuat Khalid itu atau cuba diketengah Khalid itu songsang 'kalak'. Maksudnya songsang jenis tahap biawak. Ia umpama biawak yang berjalan mengiring macam ketam. Formula atau teori 'ekonomi' Khalid dalam hal ini berada di tahap 'gombal' dan tidak boleh dipakai.

Selogiknya ketua partilah yang menjawat jawatan lebih tinggi dalam kerajan seperti MB atau Exco itu. Tidak berbangkit di sini soal kuasa dan perkenan sultan. Kuasa dan perkenan sultan itu hal lain yang ganjil dan ajaib. Tindakan sultan dalam amalan sebegini adalah sesuatu yang luar biasa.

Lebih baik Khalid berterus terang saja menceritakan hakikat sebenarnya. Ketelusan dan integriti Khalid selama ini tercemar dengan cerita ala-ala pak pandir dan sekelompok kumpulan lawak Jawa begitu mengenai Azmin dan Dr Rani itu. Khalid harus insaf sesiapa di dalam dunia ini bila dia bertanding dalam pilihan raya, cita-cita tertingginya menjadi MB kalau peringkat negeri. Peringkat pusat pula menjadi perdana menteri.

Hanya wakil rakyat yang 'terputus wayer' sahaja yang tidak pernah ada cita-cita ditahap itu. Lazim mereka yang syahwat hidup akan ada keigininan untuk berkahwin.

Tolollah seseorang ahli politik itu kalau tidak ada azam dan cita-cita demikian. Apakah Khalid seorang yang bersifat demikian? Nampaknya tidak. Beliau juga seperti seronok dengan jawatan MB Selangor. Lebih seronok dari menjadi Pengerusi Eksekutif PNB atau jaga estet sawit, di Guhtrie.  Kepada Khalid jangan cuba mengajar orang makan pisang kalau kita sendiri cerah perut bila makan pisang. Ajarlah orang makan apel seperti mana apa yang kita makan baru orang lain juga sihat dan gemuk seperti kita.

Sebelum ini Setiausaha Politik Khalid juga, Faekah Hussein cuba memberi penjelasan apa yang berlaku. Kononnya perlantikan Exco Selangor tidak ada campur tangan mana-mana pihak dan ia mendapat kerjasama baik dari pihak Sultan. Iya ... baik, baik sebab kerjasama itu berpihak kepada anda.

Cuba kalau kerjasama itu tidak berpihak kepada anda, tidak cukup mulut untuk bercakap mengenainya dan tidak cukup kertas untuk menukil fasal itu.

Tidak terlambat untuk Khalid atau Faekah untuk menjelaskan kedudukan sebenrnya. Tidak ada guna kita bersikap hendak menjaga aib muka orang lain tetapi terpaksa melomorkan najis ke muka orang lain di satu pihak. Biarlah bersikap adil dan pro. Berkata benar itu lebih baik dari segala-galanya.

Lagipun baik Azmin dan Dr Rani mereka sudah menerima hakikat kenapa mereka tidak boleh menjadi Exco. Bukan kerana soal kapasiti dan masa seperti Khalid sebutkan tetapi kerana lain yang begitu dijaga untuk tidak diluahkan. Khalid tidak perlu mengambil hati kedua mereka dan penyokong mereka lagi. Guna saja alasan yang benar itu untuk menceritakan segala-galanya.

Khalid bilanglah, orang tidak marah sebaliknya orang akan menerima asalkan ia benar dan tidak cuba ditimbuskan dengan perkara-perkara lain seperti kapasiti dan masa itu. Walaupun Khalid sudah baik, tetapi beliau perlu menjadi lebih baik dan ikhlas dengan berterus terang dalam soal ini.





Apakah Skop Kerja Jawatan Pegawai Politik - Shuhaimi Shafiei


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar yang didakwa tidak pernah dibincangkan secara lanjut dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, MPN Selangor juga ingin mengetahui skop kerja jawatan itu supaya lebih jelas peranannya.

“MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Manakala saranan MPN Selangor di Kongres ke-9 PKR di disanggah tidak mahu pentadbiran kerajaan negeri melibatkan orang politik,” katanya.

Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.

Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.

“PKR Selangor bertegas saranan pemantapan organisasi melibatkan ahli Pakatan Rakyat (PR) berkelayakan perlu dilakukan dan menyokong apa juga usaha pemantapan secara menyeluruh perlu segera dilaksanakan bermula di pejabat MB, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pihak berkuasa tempat (PBT) dan seterusnya GLC lain,” katanya.

Beliau berkata, peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu segera ditangani kerajaan negeri kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor.

Malah katanya, PKR Selangor menekankan  penglibatan anggota PR yang berkelayakan supaya dasar bersama PR boleh segera dimulakan bagi memenuhi mandat besar diperoleh dalam PRU13

sinarharian

SPR Harus meyakinkan Rakyat



PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal buat PKR dalam menuntut reformasi pilihan raya.

“Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa Kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia,” kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, PKR sekali lagi menuntut SPR untuk mengembalikan kepercayaan awam, memulihkan kredibiliti serta wibawa sebagai sebuah badan bebas yang menjadi tonggak kepada sebuah negara yang demokratik.

Sebagai langkah permulaan, selaras dengan usul di Kongres Nasional Tahunan ke 9 PKR pada 25 Mei lalu, PKR kekal menuntut agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar segera meletakkan jawatan.

“Ini bagi memulihkan kredibiliti dan reputasi SPR sebagai sebuah entiti demokrasi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Menurut beliau, Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan pembentukan SPR. SPR bukanlah sebuah agensi ataupun jabatan Kerajaan dan tidak boleh menjadi alat kepada mana-mana parti politik.

“Oleh kerana itu, PKR bersama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa agar kawal selia SPR tidak boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri,” tegas beliau.

Azmin juga menyarankan agar suatu badan bebas ditubuhkan di bawah bidang kuasa parlimen bagi mengambil alih peranan SPR untuk membuat syor-syor terhadap urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya.

“Cadangan ini adalah bagi memastikan tidak berlaku ‘conflict of interest’ dan penyalahgunaan kuasa serta menjamin tugas dan peranan SPR yang lebih efektif dan bertanggungjawab dalam pengurusan pelaksanaan pilihan raya,” katanya.

fmt

Pesanan Presiden




KUALA LUMPUR, 2 Jun — Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan anggota partinya agar meneruskan perjuangan mereka walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah berlalu, serta tidak termakan dengan "helah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wan Azizah menegaskan, tindakan Najib mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan di bawah jawatankuasa khas pilihan Parlimen (PSC) adalah cubaan mengalih perhatian sebenar dalam isu penipuan pilihan raya dan menjadikan beliau seolah-olah sedaya upaya memperbaiki imej pengendali pilihan raya tersebut sebagaimana tuntutan aktivis Bersih dan Pakatan Rakyat (PR).

"PRU13 belum selesai, kemenangan kita dirampas, kita kena teruskan lagi ... sebab ini kalau kita biarkan PRU13 berlalu begitu sahaja, rakyat akan lupa.

"Kita juga jangan terpedaya dengan helah Najib ... dulu semasa Bersih, kita lari bertempiaran, pedih mata, kemudian selepas berhimpun, masuk Parlimen dengan wakil rakyat, wujudkan jawatankuasa khas, tapi tak banyak perubahan pun," kata Wan Azizah dihadapan pemimpin akar umbi PKR ketika majlis minum petang di Taman Tasik Perdana di sini.

Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu, Najib semalam mengumumkan SPR akan dikawal selia oleh panel PSC yang merangkumi pemimpin daripada kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi meningkatkan kredibiliti mereka.

Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa, isu persempadanan pilihan raya juga menyebabkan PR tewas apabila SPR terlibat untuk menewaskan pembangkang.
"Saya percaya rakyat dah beri kita mandat dalam pilihan raya lalu ... Namun persempadanan semula menjadi masalah, dia pusing-pusing nak kalahkan kita.

"Undi-undi ini SPR memang terlibat nak kalahkan calon PR," katanya lagi, dan mengingatkan kepada wakil rakyat PKR agar meneruskan khidmat mereka di kawasan yang telah dimenangi.

"Kita dah menang, di tempat kita menang, kita kena beri khidmat kepada rakyat," katanya.
Pengumuman Najib itu dilihat cubaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR, namun pemimpin pembangkang juga turut menggesa agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar digantikan dengan muka baru bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Malahan, pembangkang turut menuntut agar PSC yang diwujudkan bagi mengawal selia SPR harus diketuai oleh PR bagi mengelakkan konflik kepentingan kata pemimpin daripada gabungan pembangkang.

Pengarah pemerhati pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), Ong Kian Ming berkata ianya disebabkan rasa tidak percaya terhadap SPR. Lebih tinggi dalam kalangan pemimpin PR berbanding BN.

Pengendali pilihan raya itu dituduh memihak kepada BN oleh pembangkang dan membantu parti dengan 13 parti komponen itu kekal berkuasa dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

"Kita sudah lihat contoh PSC untuk pembaharuan pilihan raya tidak menunjukkan banyak tindakan berkesan diambil ... salah satu puncanya kerana ia diketuai BN," katanya merujuk kepada jawatankuasa yang dipengerusikan pemimpin komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula membandingkan situasi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di kebanyakan negara-negara Komanwel, yang menjadi lumrah pemimpin pembangkang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Di negara yang mempunyai jawatankuasa berkenaan, PAC biasanya bertanggungjawab memantau perbelanjaan kerajaan bagi memastikan keteluasan akauntabiliti.

Pemimpin PAS itu berkata, kepentingan seperti itu boleh dilihat dalam cadangan pembaharuan sistem "first past the post" yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh bagaimanapun menegaskan pembaharuan pilihan raya perlu dilaksanakan supaya SPR lebih adil, telus, dan bebas sebelum PR mengetuai PSC itu dapat dilaksanakan.

Ahli Parlimen Kuantan itu turut beranggapan langkah diambil Najib adalah cara mengalih perhatian rakyat terhadap dakwaan penipuan pilihan rata yang dibangkitkan PR.

Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR telah menganjurkan Himpunan "Black 505" di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya.

Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.


malaysianinsider