Tuesday, January 14, 2014

Sirah Nabi Muhammad S.A.W


Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama limatahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.

Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Ke Madinah

Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur

Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,

"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak,

"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,

"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"

Ada
 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

Monday, January 13, 2014

Islam Hiasan Atau Hakiki - Dr. Maza


Apakah jenis Islam yang kita inginkan ataupun pentingkan? Islam yang hakiki yang berteraskan kepada intipati ataupun tujuan syariat Islam itu diturunkan oleh Allah?

Ataupun Islam hiasan yang kelihatan pada luaran kulitnya ataucosmetic adjustments padahal intipati tidak memenuhi tujuan asal Islam itu sendiri?
    
Dahulu Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali (w 505H) menulis kitabnya yang terkenal Ihya ‘Ulum al-Din bagi menangani penghayatan Islam tanpa roh yang sebenar. Tujuan beliau menangani perbahasan fekah yang kontang tanpa isi kerohanian dalam menghayati ibadah.

Al-Imam Abu Ishaq Al-Syatibi (w. 790) telah menulis al-Muwafaqatmembahaskan Maqasid al-Syariah (The Highest Objectives and intents of Islamic Law) bagi menjelaskan apakah tujuan utama di sebalik syariah yang kita lihat dan amalkan.
    
Dalam buku Radical Reform, Prof Tariq Ramadan menolak apa yang dinamakan Islamic economy, Islamic politic, Islamic medicinedan seumpamanya. Beliau menolak istilah-istilah ini.

Beliau menyatakan tiada sama sekali apa yang dinamakan Islamic economy sebaliknya yang ada hanyalah garis panduan umum serta falsafah bagi tujuan ekonomi yang ditetapkan oleh Islam.

Bagi beliau tiada yang dinamakan Islamic economy, sebaliknya yang ada ialah etika Islam dalam ekonomi. Kata beliau “There is no Islamic economy, therefore, but an Islamic ethics of the economy.”

Hiasan
    
Ia mungkin soal pengistilahan, tetapi yang hendak ditekankan, apakah faedahnya meletakkan nama Islam untuk ekonomi, perubatan dan seumpamanya, padahal ia hanya satu hiasan luaran bukan hakikat yang hendak dicapai oleh syariat Islam itu sendiri.

Jika dinamakan perbankan Islam, tapi unsur penindasannya sama dengan yang tidak bernama Islam, hanya sekadar istilah arab dan syariah sahaja yang dipentingkan, apalah maknanya? Allah tidak memerlukan harta kita, Allah mahu kita tidak zalim dan tidak menindas antara satu sama lain.
    
Pakaian, istilah, hiasan, corak dan bahasa yang dikaitkan dengan Islam tidak memberi erti jika tidak memenuhi tujuan asal ataupun matlamat syariat Islam dalam perkara yang berkaitan.

Saya berikan satu contoh di sini, sebuah kedai makan yang bersih dan selamat makanannya tanpa memperlihatkan ciri-ciri zahir agama lebih memenuhi tuntutan Islam dibandingkan sebuah kedai makan yang peniaganya berkopiah dan dindingnya bergantungan ayat-ayat al-Quran tetapi tidak bersih dan kualiti makanannya di tahap yang rendah.
    
Bagi seorang peniaga makanan, menyediakan makanan yang bersih dan selamat adalah satu kewajiban. Itulah intipati tanggungjawab seorang peniaga makanan. Sementara memakai kopiah dan mengggantung ayat al-Quran di dinding bukanlah satu tuntutan.

Ia satu pilihan. Bahkan kadang-kala ia boleh menjadi satu cara penipuan jika ada tujuan yang tidak jujur. Sabda Nabi: “Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan.” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).

Tipu
    
Apabila kita membaca hadis Nabi SAW yang bersabda:

“Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar.” (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan lain-lain. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi).

Kita tahu yang jahat ialah sesiapa yang menipu pelanggan. Dalam konteks kedai makan penipuan adalah makanan yang kotor dan tidak selamat. Tidak dikatakan penipu orang yang tidak memakai kopiah ataupun tidak menghiasi kedainya dengan ayat-ayat al-Quran.
    
Memakai kopiah dan menggantungkan ayat al-Quran itu merupakan hak peniaga atas premisnya. Namun jika itu semua dilakukan untuk menarik pelanggan supaya merasa kedai makannya mengikut ajaran Islam sedangkan hakikat tidak, maka itu satu penipuan.
    
Lebih baik dia jangan meletakkan ayat-ayat Tuhan di dinding jika itu sekadar mengelirukan pelanggan. Dia bagaikan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.

Mungkin bagi muslim mereka dapat bezakan antara perangai orang yang tidak ikut ajaran Islam dengan kesucian ayat yang digantung.  Namun bagi bukan Islam mungkin mereka akan salah sangka dengan Islam.

Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?

Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku.” (Riwayat Muslim)

Intipati
    
Demikian juga Islam tidak pernah menetapkan jenis masakan. Bukanlah masakan Arab itu lebih disukai Allah dibandingkan masakan Barat. Seseorang yang suka makanan Arab tidak bererti dia lebih soleh daripada yang suka makanan melayu ataupun Barat.

Apa yang Allah sebut dalam al-Quran: “Dan makan dan minumlah, tapi jangan berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan." (Surah al-A’raf, ayat 31)
    
Jika kita lihat dalam urusan pentadbiran, apakah yang menjadi tujuan pengurusan pentadbiran dalam Islam? Islam tidak pernah mendetilkan rupa paras politik Islam, sebaliknya hanya memberikan garis panduan umum sahaja.

Pentadbiran dan politik dalam Islam samada hendak dinamakan etika Islam dalam politik ataupun politik Islam, terpulang. Namun perkara yang menjadi tujuan Islam dalam politik ialah kemaslahatan negara. Bukan kemaslahatan pemimpin ataupun parti tertentu sahaja, sebaliknya ialah kemaslahatan umum untuk semua negara.

Pengurusan pentadbiran dalam Islam berteraskan al-Quwwah danal-Amanah ataupun efficiency and accountability. Jika sesiapa sahaja mampu  mencapai pengurusan yang amanah dan cekap dalam ertikata yang Islam kehendaki, maka dia telah menunaikan maksud dan tujuan pentadbiran politik dalam Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qasas ayat 26)
    
Bagaimanakah reka bentuk kerajaan dan pendekatan yang hendak diambil dalam mencapai maksud amanah dan cekap itu, Islam tidak tetapkan. Asalkan ia adil, tidak zalim atau tidak menyanggahi prinsip-prinsip umum Islam maka segala pendekatan dan cara boleh diambil.
    
Islam tidak pernah menetapkan pemimpin itu mesti bergelar mullah ataupun ustaz ataupun ulama. Tidak pula mesti berjubah dan berkopiah. Tidak pula ditentukan mesti nama-nama negeri, kampung, pejabat ditukar kepada istilah-istilah Arab.

Jika ulama dilihat mampu membawa kepada ketelusan dan kecekapan pentadbiran maka mereka dilantik. Jika selain ulama lebih mampu, mereka dilantik. Apa yang al-Quran tegaskan yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58)
    
Dalam minat yang tinggi rakyat kita untuk kembali kepada Islam, mereka hendaklah dapat membezakan antara hakikat dan hiasan. Bukan hiasan itu tidak perlu, tetapi hiasan itu hendaklah menggambarkan hakikat.

Jika hiasan itu tidak menggambarkan hakikat maka itu penipuan dan ia bukan tujuan asal Islam yang Tuhan kehendaki.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN adalah bekas mufti Perlis.

Saturday, January 11, 2014

Susulan Kes Raja Ropiah Kita Tidak Mahu Rakyat Kata SPRM Dwi Standart - Shuhaimi Shafiei


SHAH ALAM 10 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ubah seperti ‘kura-kura’ dalam menjalankan siasatan membabitkan salah laku pemimpin Umno seperti Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata sikap ‘efektif’ SPRM hanya dapat dilihat jika dakwaan itu membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, tindakan ‘double standard’ SPRM secara tidak langsung mencalar kredibiliti agensi berkenaan yang sepatutnya adil dalam melakukan siasatan.
“Oleh kerana dakwaan (ke atas Raja Ropiah) itu sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan efektif daripada agensi berkenaan, maka kita seru ia dilakukan dengan lebih pantas.
“Kita tidak mahu rakyat lihat, kalau isu membabitkan pimpinan PR, SPRM begitu efektif dan pantas dalam melakukan siasatan serta mengeluarkan hukuman.
“Hal itu bakal mewujudkan persepsi bahawa SPRM bersikap dwi standard,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Terdahulu, badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13 menggesa SPRM menjelaskan status terkini siasatan ke atas pemimpin Wanita Umno, Raja Ropiah berhubung bayaran RM160 juta anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Astanacanggih dan Awan Megah.
Jingga 13 mempersoal sikap SPRM yang membisu berhubung perkara itu walaupun sudah dilaporkan lebih setahun lalu.
Pada masa sama, Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda menggesa SPRM bertindak tegas terhadap isu yang dibangkitkan kerana membabitkan jutaan ringgit wang rakyat.
“Seperti yang dimaklumkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa Raja Ropiah boleh dikatakan mendapat keuntungan atas angin, walaupun mungkin urus niaga itu sah dari segi undang-undang.
“Tetapi, dari segi moral ia tidak beretika, maka penjelasan terperinci perlu dilakukan untuk memastikan mereka yang didakwa dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati bersalah,” katanya.
Semalam, Rafizi mendedahkan syarikat Awan Megah pada dasarnya diberi RM13 juta sebagai ‘wang percuma’ ekoran kontrak membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) tidak sah dan terbatal.
-NFN FZL

selangorkini

Friday, January 10, 2014

Pandangan Dr Yusuf Al-Qardhawi Mengenai Kalimah Allah


Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.
Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.
Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.
Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.
Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.
Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.
الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.
وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.
وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.
وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم
Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.
Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.
Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “
Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata:“Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..
Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Thursday, January 9, 2014

Prosuder Operasi Standart JAIS Yang Baru Dikuatkuasa Serta-Merta

Prosedur Operasi Standard (SOP) baru Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang berkuatkuasa serta-merta hari ini memperuntukkan pihak berkuasa agama itu perlu mendapatkan kebenaran kerajaan negeri sebelum apa-apa serbuan melibatkan perkara sensitif dilakukan.
Perkara itu disahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di Shah Alam lewat petang tadi.
"Kerajaan negeri juga akan meneruskan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais untuk memastikan penguatkuasaan pada masa hadapan dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab," kata Abdul Khalid ketika sidang media sejurus tamat mesyuarat berkenaan.
"Ia (SOP) akan diimplementasikan sekarang dan sudah berkuatkuasa. Tiap-tiap tindakan akan dibuat bersama," katanya.
Selangor juga jelasnya telah merancang untuk mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam untuk pemahaman Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988.
"Pada masa yang sama, Jais perlu meneruskan siasatan secara profesional sambil mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian," kata Abdul Khalid.
Sebelum itu, Jais telah dipanggil untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada kerajaan negeri dalam mesyuarat yang sama berkenaan serbuan mereka terhadap pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara minggu lalu yang turut merampas 300 Bible versi bahasa Melayu dan Iban.
"Setelah mendengar taklimat jabatan berkenaan, kerajaan negeri telah mengarahkan Jais untuk mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika kitab-kitab yang diambil daripada PBM memenuhi Resolusi 10 Perkara isu kalimah ‘Allah’ yang ditetapkan Kabinet," katanya.
Antara syarat yang terkandung dalam Resolusi 10 Perkara adalah kebenaran mengimport, mengguna dan mencetak Bible berbahasa Melayu.
Sekiranya KDN berpuas hati bahawa penerbitan kitab-kitab berkenaan memenuhi resolusi tersebut, Abdul Khalid berkata, Jais perlu memulangkan kembali kesemua kitab yang dirampas kepada PBM ketika serbuan berkenaan. – 8 Januari, 2014.

TMI

Wednesday, January 8, 2014

Tokoh Wartawan Balun Perdana Menteri


Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.

“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.

“Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya,” katanya lagi.


malaysiakini

Gaji Di bawah RM3000 Adalah Kategori Miskin Bandar


SHAH ALAM 8 JAN: Kemelut kenaikan beberapa harga barangan keperluan harian mendapat bantahan pelbagai pihak kerana ternyata sangat membebankan terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
Tidak cukup dengan itu, rakyat terus menerima tekanan apabila kerajaan pusat bertindak mengumumkan pelbagai kenaikan lain seperti tarif elektrik, cukai pintu dan tol.
Tinjauan Selangor Kini di sekitar Shah Alam mendapati majoriti orang ramai yang ditemui mengakui kenaikan harga barangan secara mendadak memberi impak besar terhadap kehidupan seharian mereka, terutama apabila perbelanjaan kini melebihi pendapatan.
Kakitangan awam, Nur Shahida Ahmad, 27, berkata sebahagian besar gaji yang diperoleh setiap bulan akan dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian seperti barang dapur dan membayar sewa rumah.
Katanya, walaupun pendapatan isi rumah bersama suami mencecah RM4000 sebulan, namun kos kehidupan yang tinggi di kawasan bandar tidak menjamin seseorang itu dapat hidup selesa.
“Gaji kakitangan awam tidak seberapa, bahkan kenaikan tahunan juga tidak begitu tinggi. Tambahan pula hidup dalam kawasan bandar, kalau gaji seseorang itu RM2000 sebulan belum tentu mencukupi.
“Apabila harga barang naik, kita terpaksa atur semula kewangan supaya perbelanjaan bulanan tidak melebihi pendapatan. Kini, selepas harga petrol naik, kos perjalanan juga meningkat,” katanya.
Abdullah Kamal Sudin, 55, yang berpendapatan kira-kira RM1000 sebulan turut mengalami masalah sama hampir setiap bulan untuk menyara isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
Beliau yang berkhidmat sebagai pekerja am berkata, dalam sebulan perlu mengagihkan pendapatan untuk membayar bil elektrik, barangan dapur dan keperluan sekolah anak.
“Dengan gaji sebegini sudah tentu tidak mencukupi untuk menampung keperluan saya sekeluarga,bahkan semakin terbeban apabila kerajaan mengumumkan pelbagai kenaikan pada tahun ini.
“Kerajaan harus mengawal harga barangan, bukan sesuka hati menaikkanya kerana hanya menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah seperti saya,” katanya.
Sementara itu, peniaga, Miskina Abdullah, 63, mengakui pendapatan hariannya kian merosot kerana pembeli kini lebih berhati-hati dalam membeli barangan.
Katanya, keadaan itu berlaku selepas kerajaan bertindak mengumumkan pelbagai kenaikan mulai tahun lalu.
“Saya akui bila harga barang naik, perniagaan kian merosot kerana orang ramai tidak mahu lagi berbelanja untuk membeli barangan. Mereka lebih berhati-hati kerana tidak mahu berbelanja lebih.
“Kalau dulu pendapatan harian boleh mencecah sehingga RM700, kini merosot hingga RM300 sahaja. Perbezaan itu amat ketara tetapi terpaksa juga dihadapi,” katanya.
Sejak kenaikan harga petrol dan diesel, pemilik kenderaan yang hanya membayar RM1.85 seliter untuk petrol RON95 dan RM2.10 seliter bagi RON97, kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50, bermula Julai lalu.
Pada masa sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga turut dinaikkan, anakala cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan kerajaan dengan kadar permulaan sebanyak 6 peratus, bermula 1 April 2015.
-NFN-

Tuesday, January 7, 2014

Semua Pihak Dinasihati Berhati-hati Membuat Kenyataan Pindaan Enakmen - Shuhaimi Shafiei


SHAH ALAM 7 JAN: PKR Selangor meminta wakil rakyat DAP berhati-hati membuat kenyataan berkaitan cadangan pindaan enakmen berhubung pengembangan agama ke atas bukan Islam di negeri itu.
Ini kerana, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata ia boleh menimbulkan keadaan lebih buruk, selain mengeruhkan keadaan kerana membabitkan sensitiviti agama.
Beliau berkata, DAP Selangor harus menunggu laporan penuh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan membincangkan langkah selanjutnya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
“Sebab itu PKR Selangor termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) dilarang buat sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Kita harus meneliti dulu laporan lengkap JAIS kepada kerajaan negeri dan bincangkan dalam mesyuarat Pakatan supaya boleh fikir langkah bersesuaian,” katanya kepada Selangor Kini.
Anwar sebelum ini menegur segelintir ADUN DAP Selangor yang membangkitkan cadangan meminda enakmen berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ di negeri itu.
Kata Ketua Pembangkang itu, mereka harus menggunakan saluran dalam kerajaan negeri atau melalui Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu berkenaan.
Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, berkata setiap individu perlu berhati-hati membuat kenyataan kerana boleh dieksploitasi pihak yang ada ada kepentingan politik.
Beliau berkata, lebih baik tidak memberi  respon berhubung isu itu kerana ADUN berpeluang membahaskannya pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).
“Walaupun kita sedar kebarangkalian wujud usaha pihak tertentu untuk memberi gambaran tidak sihat kepada kerajaan negeri tetapi kita perlu berhati-hati. Biar perkara ini diperinci terlebih dahulu.
Pindaan yang dituntut ADUN DAP berkenaan merujuk kepada Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Beberapa ADUN dari DAP Selangor membuat kenyataan bersama yang mahu pindaan dibuat kerana mendakwa JAIS bertindak sewenang-wenang  ke atas pejabat Bible Society Malaysia di Petaling Jaya,  2 Januari lalu.
-NFN FZL
selangorkini

Jangan Gelojoh Mencadangkan Pindaan Enakmen Agama Bukan Islam 1988



Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar ADUN DAP Selangor yang menurutnya bertindak gopoh dengan membangkitkan cadangan untuk meminda enakmen berhubung pengembangan agama ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

Anwar dalam kenyataannya yang dipetik dalam laporan Sinar Harian menyebut, para ADUN berkenaan sepatutnya menggunakan saluran dalam kerajaan negeri dan juga melalui Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu tersebut.




“Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan ADUN DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh, kita juga jangan beri pandangan gopoh.

“Jangan gopoh minta pindaan dan sebagaiunya kerana ada saluran, kita kena bincang, kerajaan negeri pula kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Pindaan yang dituntut oleh ADUN DAP tersebut merujuk kepada Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Antaranya, ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin yang mahu pindaan itu dibuat kerana mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor bertindak sewenang-wenang ke atas pejabat Bible Society Malaysia di Petaling Jaya, 2 Januari lalu dengan bidang kuasa undang-undang tersebut.

“Kami ingatkan JAIS bahawa enakmen itu hanya terpakai untuk mengawal penyebaran agama lain kepada umat Islam.

“Ia tidak boleh sama sekali diguna untuk halang sesiapa daripada amalkan agama dengan bahasa pilihan mereka,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti DAP, Roketkini pada keesokan harinya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu bersama ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

ADUN berkenaan mempertikaikan peruntukan Sekyen 9 Enakmen tersebut yang menggariskan kesalahan sekiranya menggunakan 34 istilah Arab untuk menyampaikan kepercayaan dan konsep selain agama Islam.

Menurut peruntukan tersebut, ia menjadi kesalahan sekiranya dilakukan melalui kenyataan atau ucapan awam, ucapa dalam perjumlaan atau kepada individu, dan dalam kenyataan atau ucapan yang diketahui akan disiarkan.

Sebanyak 34 istilah tersebut antara lainnya termasuk ‘Allah’, ‘Hadith’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘InsyaAllah’.

Wakil rakyat berkenaan menyebut, peruntukan itu bertentangan dengan Perkara 11(1) dan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan setiap warga hak untuk menganut, mengamalkan dan menguruskan agamanya sendiri.

“Enakmen itu perlu selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan ‘undang-undang negeri dan Wilayah Persekutuan boleh mengawal penyebaran agama lain kepada umat Islam’, tetapi tidak boleh mengawal hak orang bukan Islam amalkan agama mengikut cara mereka,” kenyataan itu dipetik.

Operasi JAIS itu turut melibatkan rampasan ke atas 321 naskhah Bible versi bahasa Melayu.


Malaysiakini

Monday, January 6, 2014

Kenyataan Mufti Perak Memberi Sisip Pandang Negatif Terhadap Islam

PUCHONG 5 JAN: Kenyataan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa darah penentang kerajaan melalui demontrasi untuk halal dihukum bunuh menyebabkan Islam dipandang negatif.
Kerajaan Pusat harus mencontohi tindakan Saidina Ali Abi Talib ketika menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang menghantar Ibnu Abbas bagi bertemu golongan pemberontak sebelum boleh mengisytiharkan golongan penentangnya itu sebagai ‘bughah’.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan menghantar Ibnu Abbas itu diambil bagi mengetahui isu sebenar yang menyebabkan golongan itu tidak berpuas hati lalu mengambil sikap menentang kerajaan pimpinan beliau.
“Saidina Ali pernah mengirimkan Ibnu Abbas yang dianggap orang yang paling sederhana dan boleh diterima semua pihak. Dia tak hantar Jeneral atau Ketua Polis Negara dan sebagainya.
“Ketika ini ada di kalangan pihak tertentu jadikan isu bughah ini untuk menyerang Islam. Ini kesilapan besar. Ini bukan pertembungan antara agama tetapi pertembungan dengan orang yang dangkal menggunakan agama untuk maksud politik” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.
Anwar memberitahu dalam kursus yang disertai kira-kira hampir 200 peserta isu, isu bughah juga ada disentuh di dalam kitab agama di Johor yang diguna pakai di sekolah agama pondok negeri itu.
“Di antara teks penting di Johor yang digunakan di Sekolah Agama di Johor namanya Mutaal Badrin, teks yang banyak di sekolah pondok.
“Menurut kitab itu, sebelum (diisytihar) bughah, seorang perantara yang dianggap bebas hendaklah dikirimkan kepada mereka untuk menanyakan apa isu mereka, mengapa marah, mengapa mereka kutuk kerajaan, adakah tiada keadilan di situ,” kata Anwar.
Kata Anwar lagi, apa yang dinyatakan di dalam Kitab Mutaal Badrin itu adalah selaras seperti mana tindakan Saidina Ali mengutuskan Ibnu Abbas bertemu dengan golongan penentang kerajaan beliau.
“Jangan bicara soal agama dengan maksud menghukum. Kalau begini cara pendekatannya, semasa masyarakat Melayu, Jawa masih lagi Hindu adakah saudara fikir ada yang nak masuk terima Islam? Tentu tidak ada.
“Murninya Islam itu kerana hikmahnya, kebijaksanaannya, kerana toleransinya dan keyakinannya membawa sesuatu yang lebih baik dan adil, bukan menanamkan ketakutan dan kebencian,” katanya lagi.
Sebelum ini, Harussani dalam satu kenyataan berkata golongan yang turun berdemontrasi membantah perhimpunan memprotes kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai golongan Bughah yang ‘halal darahnya’ untuk dihukum bunuh.
EZY

selangorkini