Saturday, August 9, 2008

Operasi Kesedaran Kebersihan K. Kemuning

Pada 05/08/08 pukul 5 petang, Pengerusi Majlis Perwaikilan Penduduk Zon 12 (Kota Kemuning) selaku Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakahn satu Operasi Kesedaran Kebersihan di Kota Kemuning.

Matlamat utama operasi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua pengusaha kedai makan akan kepentingan kebersihan dan peraturan-peraturan yang wajib mereka patuhi.

Operasi ini turut sertai operasi ini termsuklah Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En Azahar, Pegawai Kesihatan, Pelesenan, Penguatkusa dan Setiausaha Kehormat MPP En. Anthony Das, Wakil Pejabat ADUN Sri Muda En. Nazari, ketua JDM Kota Kemuning En. Mohd serta pegawai-pegawai lain.
















Dialog Persatuan Penduduk Putra Height 8

Pada 26/07/08, ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei serta diiringi oleh 2 wakil Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam iaitu En. Tan Ah Kow & En. Kamarulzaman telah mengadakan satu majlis dialog dengan Persatuan Penduduk Putra Height 8.

Semperna dengan majlis dialog tersebut, selain daripada mendengar aduan rakyat; YB juga mengambil kesempatan itu menyampaikan agihan sedikit barangan makanan dan kewangan kepada warga-warga yang kurang berada di sekitar Putra Height.




Karnival Rakyat Sek 27, Shah Alam

Pada pagi 27/07/08, Jawatankuasa Daerah Mengundi Sek 27, Shah Alam telah berjaya menganjurkan satu Karnival Rakayt perecuma untuk semua penduduk setempat.

karnival ini bermula dengan senam-robik beramai-ramai sebelum ia dirasmikan YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda (N50), Selangor. Turut memberikan sokongan termasuklah wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam; iaitu En. Kamraulzaman dan En. Tan Ah Kow selaku Ahli MBSA.

Acara ini mendapat sambutan meriah daripada banyak agensi kerajaan san syarikat swasta mengambil tempat memberikan khidmat nasihat percuma seperti Zakat, Syabas dan sebagainya.













Karnival Mesra Rakyat Kota Kemuning

Pada 03/08/08 Pakatan Rakyat Kota Kemuning berjaya menganjurkan program Karnival Mesra Rakyat di Padang Kota Kemuning.

Acara ini bermula dengan senam-robik dan kemudiannya dirasmikan oleh Ahli parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah. Turut hadir berikan sokongan termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam En. Tan Ah Kow & En. Kamarulzaman; serta pegawai-pegawai daripada MBSA.

Sepanjang hari tersebut, pelbagai sukan tradisi dimainkan seperti pertandingan mewarna oleh kanak-kanak sekolah, bowling padang dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga kempen menderma darah serta khidmat guaman percuma dan pemberian banatuan makanan kepada golongan kurang berada.



















Thursday, July 24, 2008

YB Sri Muda Melawan Pencuri Pasir

Keratan akhbar hari melaporkan YB Sri Muda memang komited untuk melawan kegiatan mencuri pasir di seluruh Selangor dengan menjalankan operasi membanteras pencurian pasir 24 jam sehari.