Monday, October 13, 2008

Rumah Terbuka MBSA

pada 10 oct 2008, MBSA thelah mengadakan rumah terbuka di Taman Budaya, Shah Alam. Sempena dengan program ini, sebanyak 19 launter makanan telah didirikan membekal pelbagai jenis juadah kepada semua pengunjung warga Shah Alam.

Pentas hiburan utama.

Gerai Cawangan Kota kemuning sedang dihiasi pada malam 9 Oct 2008. Gerai ini menyediakan makanan Kepak Ayam Madu.


Senyuman manis terpahit di muka semua pengunjung Gerai Cawangan Kota Kemuning ini.

Pengunjung dan pegawai MBSA sedang menikmati kepak ayam madu - sedang sehingga menjirat jari.


Persediaan kepak ayam panas di belakang Gerai Cawangan Kota Kemuning.

Kehadiran "Clown" pasti menghiburkan hati budak-budak kecil.

Suasana taman dibanjiri oleh pengunjung warga Shah Alam.

Pegawai wanita sedang giat bantu menyediakan makanan untuk memenuhi permintaan yang tinggi - sangat laris.

Pasukan Jabatan OSC dengan pakaian seragam yang amat menarik perhatian orang ramai.

Pagawai Jabatan Jurutera menjelma jadi juara tukang masak MBSA hari ini. Kehandalan mereka terbukti melalui sambutan orang ramai merebut-rebut masakan mereka.

Nostagia zaman 70an menjadi idea hiasan juga.

Beginilah kejayan pentadbiran MBSA di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor.

Liga Bola Sepak Oleh JDM Batu 8 Sri Muda




Sunday, October 12, 2008

Karnival Deepavali DUN Sri Muda







Saturday, September 27, 2008

Keluarga Pejabat ADUN Sri Muda

Friday, September 26, 2008

JAMUAN BERBUKA PUASA DAN TAHLIL MBSA CAWANGAN KOTA KEMUNING

Walaupun masing-masing sibuk namun kakitangan MBSA cawangan Kota Kemuning sempat juga mengadakan jamuan berbuka puasa dan tahlil bersama seluruh tenaga kerja MBSA malah ianya juga turut dihadiri oleh YB Shuhaimi. Majlis yang turut dihadiri oleh Pengurus MBSA Cawangan Kota Kemuning En Mohd Azhar B Mohd Sharif ini juga sekurang-kurangnya dapat merapatkan hubungan diantara ketua dan staf disamping dapat mengenali dengan lebih rapat serta merapatkan hubungan pihak MBSA dengan YB Shuhaimi selaku ADUN Sri Muda.






Melawat keluarga mangsa pembunuhan samun di D'Kayangan Shah Alam

Pada 11hb September lepas, YB Shuhaimi bersama rombongan Pejabat Adun Sri Muda meluangkan masa ke rumah keluarga Allayarhamah Raja Noriana Raja Ahmad mangsa pembunuhan tragedi samun di D' Kayangan Sek 13 Shah Alam pada 9hb September yang lepas. Suasana suram masih lagi menyelubungi keluarga mangsa pembunuhan kejam tersebut.



Abang mangsa menceritakan keadaan kejadian ngeri awal pagi tersebut sambil diperhatikan anak mangsa yang terselamat Puteri Aqila, 16.


Rombongan YB mengunjungi anak sulung mangsa Puteri Erika, 20 di Hospital Pakar Puteri yang patah kaki dan pinggang selepas terjun dari tingkap biliknya untuk menyelamatkan diri.



Putri Erika masih lagi terbaring dan sesekali menitiskan air mata ketika bercerita tentang pengalaman ngeri ketika bangun untuk bersahur di bulan Ramadhan sehingga mengakibatkan kematian ibu tersayang. YB Shuhaimi juga memberi sedikit sumbangan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga terutama menjelang Shyawal tanpa ibu tersayang.

Marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allayarhamah Raja Noriana Raja Ahmad agar ditempatkan kepada golongan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah

Tuesday, September 23, 2008

Operasi Gerai Haram Milikan Warga Asing

Petang hari sabtu 20/09/08, Majlis Bandaraya Shah Alam telah sekali lagi mengadakan operasi penguatkuasaan ke atas gerai-gerai tanpa lesen milikan warga asing. Banyak kedai telah diperiksa dan hasilnya mendapati masih ramai kedai-kedai haram tanpa lesen terus beroperasi dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Sungguhpun ini merupakan satu perkara yang rumit, namun demikian ia tidak wajar menjadi alasan sebagai pihak berkuasa tempatan untuk berdiam diri untuk memelihara hak-hak peniaga warganegara yang berlesen.

Adalah satu ketidak-adilan sekiranya golongan ini dia biarkan terus berkembang, tanpa terikat terhadap peraturan negara kita.







Monday, September 22, 2008

Mesra YB Sri Muda Dengan JDM

Sempena menjelang meraikan Hari Raya Puasa pada hujung bulan ini, pada hari 19/09/08 YB Sri Muda telah menganjurkan satu acara mesra YB dengan semua Jawatankuasa Daerah Mengundi DUN Sri Muda (N50) Selangor.

Selain daripada mendengar amanat daripada YB ADUN, semua ahli Jawatankuasa DUN telah diberikan kuih hari raya; manakala Ketua JDM pula dibekalkan dengan sebuah kamera digital untuk menyenangkan tugasan harian sebagai sayap utama parti.

Sesi gambar bersama YB turut dijalankan sebagai kenangan abadi bersama.