Thursday, December 25, 2008

Juara Karaoke - Selangor Ria 2008

Sempena dengan Karnival Selangor Ria, MBSA telah menganjurkan pertandingan Juara Karaoke. Pertandingan ini mendapat ponyertaan pelbagai lapisan, kesemuanya menunjukkan prestasi yang tinggi menyebabkan sukar untuk membuat penentuan juaranya. Ramai daripada Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam juga turut memberikan sokongan.



Ybhg, Sdr.Tan Ah kaw Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam turut Hadir Memberikan sokongan
.
Antara pemenang yang menerima hadiah daripada Ahli Majlis MBSA.

Seorang lagi pemenang menerima hadiah daripada YB Sri Muda.


Wajah-wajah peserta dalam pertandingan akhir.





Pertandingan ini tamat dengan banyak detik-detik kenangan manis oleh semua peserta.

Monday, December 22, 2008

Pejabat MPP Zon 12 - MBSA

Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12, Majlis Bandaraya Shah Alam terletak di Tingkat 2, No 38A, Jalan Anggerik Vanilla W31/W, 40460 Shah Alam, Selangor. Email rasmi: mpp12mbsa@yahoo.com atas 3358548@gmail.com.

Ia terletak berselang 2 unit bersebelahan dengan Pejabat Cawangan Kota Kemuning, Shah Alam; dan pintu masuk adalah seperti berikut.

Papantanda arah yang terletak atas dinding anak tangga.

Pejabat ini telah dirasmikan oleh Yan gBerhormat ADUN Sri Muda Tuan Shuhaimi Shafiei.

Panorama dalaman yang serba ringkas, iaitu sudut papan kenyataan.


Semua dijemput mengunjungi pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam - MPP Zon 12.

Saturday, December 20, 2008

Majlis Penyerahan Sumbangan Skim Mesra Usia Emas


19 Disember 2008, Majlis penyerahan sumbangan skim Mesra usia emas Dun Sri Muda telah disampaikan kepada waris oleh YB Shuhaimi bin Shafiei sendiri didalam majlis yang serba ringkas di pejabat Adun di Kota Kemuning. Walaupun ringkas, majlis tersebut tetap bermakna terutama kepada pewaris-pewaris yang merupakan kumpulan penerima pertama Skim Warga Emas dalam Dun Sri Muda.

Bagi pewaris rata-rata menyatakan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB dan Kerajaan Negeri Selangor di atas keperihatinan pihak Pakatan Rakyat terhadap masalah penduduk dan rakyat negeri Selangor khasnya, walupun sumbangan yang diterima tidak seberapa sekurang-kurangnya ianya dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh pewaris setelah pemergian ahli keluarga tersayang.


Pada Majlis Sumbangan kali ini seramai 10 orang pewaris yang terdiri daripada 3 orang Melayu, 4 orang India dan 3 orang Cina, menerima sumbangan Skim Warga Emas pertama sebanyak RM 1000 seorang. Manakala baki RM1,500.00 akan disediakan dalam bentuk cek oleh Lembaga Pemegang Amanah Tabung Mesra Usia Emas dan akan diserahkan kemudian kepada pewaris.

Kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai ahli bolehlah menghubungi atau hadir sendiri ke Pejabat Adun di Kota Kemuning untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Program Skim Mesra Usia Emas ini.

















Thursday, December 18, 2008

Jalan Sabar folks run out of patience

By Dawn Chan


SHAH ALAM: They live on a road called Jalan Sabar but don't talk about "patience" to them.

The 80-odd residents are fed up of waiting for conditions at their flats to improve.

For many years, they have been living with electricity disruptions, uncollected rubbish and poor building maintenance.

They had appealed to Sri Muda assemblyman, Shuhaimi Shafiei, for help.

He made a few phone calls and demanded that the management solve the residents' problems.

"It is not right for the residents to suffer all because some of them did not pay maintenance fees. They certainly can't be living in the dark, " he said.

In the latest incident, flat dweller T. Ramesh said they lived without electricity for three days last week.

"It should not take Shuhaimi's visit for the management to fix the switch box as electricity is one of the necessities in life," he said

He added that most of the residents were tenants and were unaware of the unsettled maintenance bills.

"The building management should speak to the owners and not punish the tenants," he added.

Another resident, G. Sargunam, lamented that though he has been paying maintenance fee without fail, the flats were still poorly maintained.

"It's not fair to me and my family. I pay my share of RM25 monthly," he said.

Shuhaimi had asked Shah Alam city councillor, Vembarasan Vairakkannu, to help set up a Joint-Management Body (jmb) to resolve the residents' problems.

Electricity supply was reconnected after Shuhaimi's visit.


Balkis Akan Disiasat
Jimadie Shah Othman (eksklusif )

Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negerisewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertang
gungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Beliau bagaimanapun enggan meny
erahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.


Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo , dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

'Hadiah mahal'

Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

Sekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza , yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

Wednesday, December 17, 2008

Mesy Dwi-Tahunan Persatuan Pegawai MBSA

Pada 03/12/08, Persatuan Pegawai MBSA telah menganjurkan Mesyuarat Dwi-Tahunan di Dewan Banquet, Menara MBSA. Pada majlis itu, ia disambut dengan meriah oleh









MBSA Di Karnival Rakyat

Seperti Pihak Berkuasa Tempatan lain, Majlis Bandaraya Shah Alam juga menyertai pameran dan kaunter khidmat masyarakat pada 28-30 November 2008.

Lawatan Ahli Majlis MBSA En. Tan AK di kaunter perkhidmatan.


Pegawai MBSA sedang berkhidmat dalam kaunter.

Tuesday, December 16, 2008

Selangor Ria 2008

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat, program Karnival Jualan Selangor Ria 2008 adalah masa terbaik untuk mempertingkatkan produktiviti dan perusahaan dalam sektor pertanian termasuklah penternakan dan perikanan. Menurut beliau, dalam trend ekonomi yang sedang mengalami masalah sekarang ini, pendekatan mempertingkatkan keluaran pertanian dan mengurang import makanan merupakan langkah terbaik untuk mengatasi kemelesetan. “Dalam keadaan ekonomi yang menurun ini, jika kita dapat mempertingkatkan keluaran pertanian kita ini akan mengurangkan import makanan dari luar negara selain dapat meningkatkan pendapatan kaum nelayan dan penternak di Selangor sebagai langkah untuk mengatasi jangkaan kemelesetan ekonomi. “Usaha yang dilakukan hari ini adalah satu perkara baik kerana dengan menggabungkan jabatan-jabatan berkaitan seperti FAMA, Pertubuhan Peladang serta persatuan nelayan di mana mereka bersama-sama menyertai program ini," katanya.


Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas majlis perasmian Jualan Selangor Ria di Tapak Letak Kereta Stadium Seksyen 13 di sini semalam Kata Abdul Khalid, karnival ini juga membuka peluang kepada golongan petani dan penternak menjana pendapatan lebih kerana mereka mampu memasarkan produk-produk mereka dengan lebih meluas. “Inilah adalah peluang kepada masyarakat petani bagi mempertingkatkan penglibatan pertanian dalam ekonomi di negeri Selangor dan Malaysia amnya," katanya. “Program ini juga adalah untuk memperkenalkan dan memasarkan produk-produk serta perkhidmatan masyarakat petani, peladang, penternak serta nelayan kepada pengguna," kata beliau.

Kata beliau lagi, program ini juga dilaksanakan bagi menarik minat golongan belia bagi menceburi dunia pertanian dan penternakan di mana mereka berminat sekiranya mengetahui hasil yang diperoleh dari kerjaya di bidang tersebut yang dulunya dianggap sebagai pilihan kerja terakhir. Selain itu, beliau juga berharap para pengusaha perlu menggiatkan lagi tambah nilai pasaran, sebagai contoh mempelbagaikan produk dari tanaman pisang dan tahu bagaimana dan di mana untuk dipasarkan. “Jika mereka bijak menguasai bidang ini, aliran mata wang kita ke luar negara akan berkurangan dan ini akan mengukuhkan ekonomi negara kita," katanya.

Abdul Khalid juga berpendapat, para nelayan, penternak dan peladang bukan sekadar petani biasa tetapi mereka merupakan usahawan dalam bidang pertanian. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri YB Shuhaimi Shafiei selaku Pembantu Exco Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.


Friday, December 12, 2008

Program Selangor Ria Mulai 13 Disember


SHAH ALAM 13 November – Setengah juta pengunjung dijangka membanjiri Program Selangor Ria 2008 yang sarat dengan pelbagai program menarik bulan depan.


Program anjuran kerajaan negeri itu bersempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Jualan Kembali Ke Sekolah.

Ia bakal berlangsung di Tapak Letak Kereta, Stadium Shah Alam.

Program yang akan bermula pada 13 hingga 21 Disember 2008 bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebanyak 300 gerai akan dibuka sepanjang sembilan hari program berlangsung.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata program itu diadakan dengan tujuan menyediakan satu ‘showcase’ jualan produk yang dikeluarkan dan dipasarkan terutama di dalam Selangor dan ia meliputi keseluruhan jenis produk bermula daripada produk segar hasil pertanian, produk industri kecil dan sederhana sehinggalah program-progrm meningkatkan ilmu keusahawanan seperti Seminar Produk Halal.

Menurutnya, produk yang dijual juga pada harga yang lebih rendah dari pasaran semasa di mana para peniaga dikehendaki meletakkan pada harga ladang atau harga kilang.

Tambahnya lagi, boleh dikatakan semua produk yang ada di Selangor boleh diperolehi di situ bermula dari produk pertanian sehinggalah ke produk pembuatan seperti makanan,” katanya dalam sidang media, di sini petang tadi.

Selain promosi dan jualan produk, program tersebut turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kesenian dan kebudayaan di samping persembahan konsert-konsert terpilih.

Tambah beliau kerajaan negeri mensasarkan jualan sebanyak RM5 juta bagi tahun ini berbanding RM16.1 juta tahun lalu.

“Pada tahun ini sasaran kita hanya tertumpu pada jualan tunai berikutan tiada pameran jualan hartanah, kenderaan dan pelancongan selain dari jumlah gerai dikurangkan,”katanya. – MURIZA ABDUL HAMID

Tuesday, December 9, 2008

Sambutan Hari Raya Qurban Dun Sri Muda

07hb Desember 2008. Assalammualaikum dan salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh rakyat yang beragama Islam.Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai Hari Raya Korban yang akan disambut oleh seluruh umat Islam pada hari Isnin 08hb. Dec 2008, YB Shuhaimi telah memperuntukan sebanyak 10 ekor lembu untuk dikorbankan pada pagi hari Raya Korban nanti. 8 ekor lembu adalah sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor dan 2 ekor lembu lagi adalah sumbangan dari YB Shuhaimi sendiri.

Pada hari Ahad 07hb Dec 2008 Yb Shuhaimi dengan ditemani oleh Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda, Sdr.Nazari, Puan BB serta Puan Norhana(Ketua Wanita Dun Sri Muda) telah melakukan lawatan kebeberapa Buah Masjid serta Surau yang akan terlibat dengan pengagihan lembu untuk ibadah korban.

Pada pagi Aidil Adha YB Shuhaimi telah menunaikan ibadat Solat sunat Di Surau Al-Firduas Kota Kemuning. Selepas itu YB Shuhaimi telah turut serta bersama-sama penduduk melaksanakan kerja-kerja penyembelihan lembu disurau tersebut. Dari Kota Kemuning YB Shuhaimi telah berangkat pula ke Kampung Johan Setia dan Taman Sri Muda untuk bertemu pula rakyat di sana dan menghadiri jamuan makan sempena Hari Raya Aidil Adha. Akhir sekali YB Shuhaimi mengucapkan selamat memandu kepada seluruh rakyat yang akan melakukan perjalanan sempena cuti perayaan ini.

YB Shuhaimi (kiri) berbincang bersama AJK Majlis korban Surau Al-Firdaus Kota Kemuning

Bersama-sama jamaah serta AJK Surau Al-Firdaus Kota Kemuning


Bergotong-royong bersama rakyat ketika upacara penyembelihan.

Takziah Kepada Mangsa Bukit Antarabangsa

http://www.youtube.com/watch?v=VnokC7yITnA&feature=email Exco Selangor PKR sedang membantu.

Kenderaan Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda(SBBDSM) sentiasa bersiap sedia dilokasi kejadian.


Kerja-kerja membantu mangsa keluar dari lokasi bencana.

Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda(SBBDSM) bersama Pasukan Penyelamat serta BadanBukan kerajaan ketika operasi pemindahan mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Pertugas (SBBDSM) Sdr,Azwan & Sdr Nazri bersama Pertugas sukarelawan MERC'Y .

Pertugas SBBDSM Sdr,Azwan bersama Ketua AMK Pusat Sdr Samsul Iskandar ketika operasi membantu mangsa keluar dari sekitar lokasi kejadian.

6hb Dec,2008. Rakyat di seluruh negara di kejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Hulu Klang Selangor.Dalam kejadian tersebut sebanyak 14 kediaman mewah (Banglo) musnah sama sekali dan telah mengorbankan 4 Orang Penghuni dikawasan tersebut.YB.Shuhaimi melahirkan rasa sedih dan kesal diatas kejadian yang telah menimpa Rakyat(Penduduk) dalam kejadian tersebut,Beliau berkata biarpun kejadian tersebut berlaku bukan dikawasan Dun yang diwakili beliau namun kerana rasa tanggungjawap dan keperihatinan terhadapan kepayahan serta kesedihan yang dialami mangsa dan penghuni sekitar kejadian.Beliau telah mengarahkan Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda hadir ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda telah Membantu kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa yang terlibat dari lokasi kejadian kekawasan penempatan yang disediakan oleh pihak yang berwajib.Skuad Bantuan Bencana Dun Sri Muda telah bertugas seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 02.00 pagi keesokkan harinya.YB.Shuhaimi serta Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda berdoa dan berharap agar kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut Lebih bersabar dan redha diatas ketentuan ALLAH Yang Maha Esa.YB. Shuhaimi juga ingin menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Rakyat Malaysia yang beragama Islam..........