Saturday, January 17, 2009

Dialog Dengan Pengilang Sek 31 & 33

Pada 12/01/09 pukul 2.30pm Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 yang dipengerusikan oleh En. Tan Ah Kow telah mengambil initiatif menjemput semua pengilang dalam Sek 31 & 33 mengadakan dialog untuk mendengar pandangan, cadangan dan permasalahan yang dihadapi oleh para pelabur dalam zon 12.

Majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 40 pengusaha. Turut hadir bersama termasuklah Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Azahar dan Ketua Unit Pelaburan MBSA Cin Aslinda serta Setiausaha Kehormatan MPP Zon 12 En. Anthony Das.

Ahli Majlis En. Tan sedang memberikan kata-kata aluan kepada semua hadiran-hadirin.

Sebahagian daripada pengilang yang hadir dalam dialog.





Friday, January 16, 2009

Membantu Calon PAS (PR) PRK P 36, Kuala Terengganu

Membantu Calon PAS P36 K. Terengganu
KUALA TERENGGANU - YB.Shuhaimi Hj Safiei seawal pagi 11 Januari 09' telah tiba di Kuala Terengganu untuk bersama-sama Kepimpinan Parti keADILan Rakyat untuk membantu jentera pilihanraya di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu P36.Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Calon dari Parti Islam Semalaysia (PAS) akan ditentang oleh calon dari BN serta seorang calon Bebas.YB.Shuhaimi telah berkesempatan melawat beberapa Pusat Jentera Pilihanraya daripada keADILan dan PAS untuk meninjau persiapan serta keberkesanan kempen yang telah dijalankan setelah beberapa hari berkempen.

Ketika berada di Kuala Terengganu YB, Shuhaimi telah berkesempatan menyampaikan ceramah dibeberapa lokasi yang telah diaturkan serta bertemu secara terus dengan pengundi - pengundi di Kuala Terengganu.Maklumbalas yang diterima dari pengundi amat memberangsangkan meraka menyatakan SOKONGAN untuk memberikan kemenangan kepada Calon daripada Pakatan Rakyat (PAS).Rakyat Terengganu terutamanya seluruh Pengundi di Kuala Terengganu diseru untuk turun beramai-ramai di hari pengundian bagi menunaikan tanggungjawab seterusnya memenangkan calon dari Pakatan Rakyat (PAS) pada Pilhanraya kecil P36 pada 17 Januari 2009 nanti.


1. YB.Shuhaimi ketika menyampaikan ucapan kempen PRK P36, Kuala Terengganu



2.YB.Haji Yaakop Sapari (Exco Selangor),YB.Shuhaimi (Pembantu Exco Selangor).YB.Amirrudin (Adun Gombak) serta Pegawai - Pegawai dan Petugas keADILan di Rumah KeADILan Selangor

Tuesday, January 13, 2009

MBSA Utamakan Kebersihan Restoran

Sejajar dengan perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan restoran, tahun ini telah diumumkan sebagai Tahun Penguatkuasaan.

Lantaran itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan atas semua premis terutamanya kedai makanan dan restoran. Pada 13/01/09, sepasukan pegawai penguatkuasa dan Inspektor Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kedai di Kota Kemuning. Dukacitanya, tahap kebersihan masih jauh ketinggalan. Berikut adalah penemuan daripada pemeriksaan:

Peralatan dalam dapur amat kotor dan menjijikkan.


Simpanan dalam peti ais tidak pernah dibersihkan sekian lama.

Dapur dipenuhi dengan lipas berkeliaran.

Keadaan stor yang berbau busuk, kesesakan pengaliran udara.

Almari stor untuk menyimpan bahan mentah.




Tepung gandum juga menjadi sarang lipas.

Bungkusan garam diselaputi dengan tahi lalat dan disyaki termasuk tahi tikus dan lipas.

Bangkai lipas bertaburan atas lantai stor.

Adakah anda boleh menerima keadaan sebegini menjadi restoran utama anda sekeluarga?
Hasil Pemeriksaan Di Sek 31 Kota Kemuning

Ini pula hasil daripada pemeriksaan ke atas sebuah restora berbeza di Seksyen 31 Kota Kemuning.

Bangkai lipas bersadai atas lantai dapur masakan.

Lantai dapur yang dipenuhi minyak kotor dan lain-lain sampah.


Tong gas direndam dalam air kumbahan kotor.

Suatu sudut dalam dapur.

Pemandangan dalam stor kedai.

Bahan mentah dalam almari diselaputi lapisan bintik-bintik kotor.


Periuk masakan atas meja yang memuakkan.
Tong sampah tidak tertutup dipenuhi dengan lalat.

Tempat menyimpan bahan mentah yang tidak bersih, kayu dasar sudah reput.

Tong sampah dalam dapur yang kotor, tidak tertutup dan cacat.
Dapur memasak yang kotor kerana tidak cuci.
Pegawai Kesihatan sedang membuat penilaian gred kedai.

Hasil daripada penyiasatan mendapati kedai ini tidak mematuhi kebersihan minima, maka ia diarahkan tutup serta-merta. Maka, kedainya ditutup dengan lingkaran rantai MBSA.


Inspektor Kesihatan melekatkan notis arahan tutup kedai di atas pintu utama.

Sebahagian daripada hasil sitaan sedang dimuat ke atas kenderaan MBSA.

MBSA Untuk Semua. MBSA bertanggung jawab memelihara kebersihan restoran dan kesihatan warga Shah ALam.

Sunday, January 11, 2009

Bandingkan Kebersihan Sebelum & Selepas

Selaras dengan dasar MBSA untuk meningkatkan kebersihan dan kesihatan kedai makanan dan restoran, minggu ini MBSA telah mengambil tindakan tegas ke atas sebuah restoran yang melanggar syarat-syarat dan peraturan kebersihan Undang-Undang Kecil MBSA.

Selepas 3 hari kedai tersebut diarahkan henti beroperasi, baru ia dibuka semula selepas pengusaha kedai memperbaiki semua kelemahan-kelemahan sedia ada mematuhi peraturan.

Dengan ini, bandingkanlah beberapa keping gambar sebelm dan selepas pembaikan arahan berhenti berniaga oleh Inspektor Kesihatan MBSA.

Selapas membersihan:






Sebelum pembersihan yang mengakibatkan dia arahkan terhenti beroperasi selama 3 hari: