Tuesday, November 10, 2009

SUMBANGAN RAMADHAN DAN AIDIL FITRI KEPADA MASJID DAN SURAU SEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Bersempena kehadiran bulan ramadhan dan aidil fitri YB Shuhaimi Hj Shafiei melalui Pejabat Pusat Khidmat Rakyat telah mengaturkan majlis perjumpaan dan penyerahan sumbangan kepada Nazir serta wakil dari surau dan masjid yang terdapat dikawasan Dun Sri Muda.Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu pihak surau dan masjid untuk melaksanakan sebarang aktiviti untuk penduduk sekitar.

Shuhaimi Hj Shafiei dalam ucapannya menyentuh betapa pentingnya keberkesanan pengurusan masjid untuk menjalankan sebarang bentuk aktiviti yang dapat melibatkan penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik serta kaum.Kerana dengan cara yang demikian ia dapat menghakis pandangan mereka - mereka yang bukan beragama islam bahawa islam itu adil untuk semua kaum tanpa mengira AGAMA.


Shuhaimi Hj Shafiei menyerahkan cenderahati kepada wakil Surau Ar - Rahman Jalan Kebun

Dibahu mereka - mereka inilah yang diberikan amanah untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat menyatu padukan rakyat setempat.


Shuhaimi Hj Shafiei mengabadikan gambar kenang - kenangan bersama - sama sebahagian Nazir Masjid serta wakil dari surau sekitar kawasan Dun Sri Muda.
Ketika sidang meja bulat untuk membincangkan pelbagai perkara yang berbangkit demi kebaikan bersama.




Friday, November 6, 2009

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DEEPAVALI KEPADA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN.

SRI MUDA - Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat menunaikan janji untuk membantu setiap golongan rakyat dinegeri ini.Ini di buktikan dengan penganjuran majlis penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib daripada kaum India bersempena dengan kehadiran perayaan deepavali.Majlis anjuran Pekawanis dengan kerjasama pejabat Adun Sri Muda,Sri Andalas,Kota Alam Shah,Pandamaran dan Parlimen Kota Raja.

Shuhaimi dalam ucapan yang telah disampaikan menyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk berterusan menyalurkan segala bentuk bantuan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira kaum , Agama , Bangsa mahu pun fahaman politik.Apa yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat seharusnya menyedarkan rakyat betapa kepercayaan rakyat tidak dipersia - siakan demi kemakmuran rakyat leseluruhannya.Diantara yang hadir pada majlis tersebut adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dr Xavier Jayakumar , YB Rohnie Liu , Yb Shuhaimi Hj Shafiei , Puan Sri Salbiah tunut (YDP Pekawanis) ,YB DR Siti Mariah Mahmud, Puan Jamilah (Isteri Yb Shuhami) dan Puan Shiela Jayakumar serta beberapa orang jemputan Khas.


Sesi pendaftaran pengesahan kehadiran dikalangan penerima bantuan.


Shuhaimi Hj Shafiei dan Isteri Puan Jamilah serta AJK Wanita Dun Sri Muda yang sentiasa bergerak aktif disetiap program.
Shuhaimi Hj Shafiei ketika menyampaikan ucapan alu - aluan sebelum majlis penyerahan.


Di antara sebahagian penerima bantuan mendengar ucapan yang disampaikan olen Shuhaimi HJ Shafiei.

Antara barangan yang telah disediakan untuk disumbangkan kepada mereka - mereka yang hadir.

SAMBUTAN AIDIL FITRI & DEPAVALI ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK DAN KRT SEKSYEN 28,

SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI & DEPAVALI ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK DAN KRT SEKSYEN 28,

SHUHAIMI HJ SHAFIEI DAN EN,JAAFAR MESRA BERSEMBANG KETIKA MENIKMATI HIDANGAN YANG DISEDIAKAN.




SAMBUTAN AIDIL FITRI ANJURAN PAS SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN KATA - KATA ALUAN KEPADA TETAMU YANG HADIR DIMAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI ANJURAN PAS SEKSYEN 27, SHAH ALAM.


PELBAGAI LAPISAN GOLONGAN MASYARAKAT HADIR UNTUK BERSAMA - SAMA MERAIKAN AIDIL FITRI PADA 1430 HIJRAH TAHUN INI.

MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI MPP ZON 15 & JKKK KAMPUNG SUNGAI KANDIS

KETIBAAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI TELAH DISAMBUT OLEH PENGURUSI MPPZON 15, EN ABDUL MANAF.

SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENIKMATI HIDANGAN DENGAN DITEMANI OLEH AJK JKKK & AJK MPP ZON 15.


Wednesday, November 4, 2009

LAWATAN DAN BERTEMU DENGAN PENANAM PADI.

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berkesempatan untuk melawat ke kawasan tanaman padi serta bertemu dengan para penanam padi.Beliau sebenarnya telah mengiringi Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Hj Yaakop Sapari yang mana sebenarnya untuk meninjau kawasan tanaman padi dan bertemu dengan mereka - mereka yang terlibat mengusahakan tanaman padi yang bertujuan untuk bertanya khabar serta permasalah yang sering dihadapi oleh para petani.Kerana dengan bertemu secara terus dengan petani ia dapat mengetahui setiap permasalah yang timbul yang perlu diberikan perihatian yang sewajarnya dari kerajaan negeri.



Hj Yaakop Sapari dan Shuhaimi Hj Shafiei dibawa untuk melawat kawasan tanaman padi untuk meninjau dengan lebih dekat permasalah yang berlaku.


Hj Yaakop Sapari memberikan buah fikiran bagaimana untuk mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran sambil bdiperhatikan dengan penuh minat oleh Shuhaimi Hj Shafiei.




SAMBUTAN AIDIL FITRI ANJURAN MPP ZON 13 & MASJID AL - BAKHRI

SRI MUDA - Demi menghormati setiap undangan yang diterima untuk menghadiri majlis sambutan aidil fitri di sekitar Dun Sri Muda.Shuhaimi Hj Shafiei akan cuba untuk hadir kesetiap majlis yang berlangsung kerana majlis seperti itu adalah satu jambatan yang menyambungkan beliau untuk bertemu dan bermesra dengan rakyat setempat.Adakalanya pada satu - satu masa beliau menerima tidak kurang dari 8 undangan namun akan cuba untuk beliau tidak menghampakan pihak pengajur dengan hadir walaupun hanya dekat berada dimajlis tersebut sekitar 20 minit sahaja.


Shuhaimi Hj Shafiei ditemani oleh ajk mpp zon 13 ketika menikmati jamuan
Sumbangan kepada bakal - bakal jamaah haji turut dijalankan pada malam tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei (tengah) dan Hj Buang (ketua Kampung) ketika menyampaikan sumbangan kepada bakal jamaah Haji.


Tuesday, November 3, 2009

JAMUAN AIDIL FITRI DI KOLAM PANCING TANJUNG RABOK BAY

SRI MUDA - Golongan yang berkemampuan diseru untuk berterusan menyalurkan bantuan berupa barangan ,makanan atau wang ringgit kepada mereka - mereka yang kurang berkemampuan.Kerana ujar beliau sekiranya kita yang bernasib baik dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan setidak -tidaknya mereka dapat merasai sedikit keceriaan ketika menyambut perayaan seperti sambutan hari raya.

Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu diatas kesudian pihak pengurusan kolam pancing Rabok Bay yang telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidi Fitri yang telah menjemput pelajar - pelajar dari Institut Taufiq Islamik dan seterusnya menyampaikan sumbangan diut raya serta hadiah kepada kesemua pelajar yang hadir.

Shuhaimi Hj Shafiei (kanan) bersama En Samad Basiran (pengurus restoran Rabok Bay) menyampaikan sumbangan duit raya serta hadiah kepada pelajar - pelajar yang hadir.


Puan Fauziah dan Shuhaimi Hj Shafiei menyerahkan duit raya keapda pelajar - pelajar perempuan.

Pelajar - pelajar tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan YB Shuhaimi Hj Shafiei.


Shuhaimi Hj Shafiei ,Samad Basiran serta pegawai Pejabat ADUN antara yang hadir.


Samad Basiran (pengurus restoran rabok bay),Puan Fauziah menyerahkan cenderehati kepada Shuhaimi Hj Shafiei


EN Shahrin Sulor (pengurus besar Rabok Bay) menyambut mesra kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei.





SETIAP UNDANGAN AKAN CUBA DIPENUHI.

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kerana orang ramai sudi menghulurkan undangan kepada beliau untuk menghadir kemajlis jamuan makan dan majlis walimatul urus.Di sepanjang sambutlah aidil fitri baru - baru ini tidak kurang 60 undang yang diterima dari orang ramai serta ngo dan badan kerajaan yang melangsungkan majlis rumah terbuka.




Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda berbaris mendapatkan hidangan.

Jamuan rumah terbuka yang di anjurkan oleh kakitangan MBSA bari - baru ini.


Puan Zack Setiausaha Kerja kepada Adun Sri Muda turun serta hadir dimajlis tersebut.


Monday, November 2, 2009

SEMANGAT GOTONG ROYONG DIPUJI UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI DI JALAN KEBUN : YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei memuji semangat yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Jalan Kebun yang telah menyediakan sebahagiam makanan untuk majlis jamuan Aidil Fitri ajuran Mpp Zon 11,JKKK dan Masjid AL Naim secara gotong royong.Beliau menyatakan demikian ketika hadir kemajlis Aidil Fitri pada malam tersebut dan beliau juga melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung Jalan Kebun kerana sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama yang erat sepanjang perkhidmatan beliau.



Shuhaimi Hj Shafiei ketika menyampaikan ucapan pada majlis Aidil Fitri Peringkat Jalan Kebun



Pengurusi MPP Zon 11,En Norhalim Sirome turut membantu membuat persiapan.

Roti canai antara menu utama yang disediakan secara gotong royong oleh penduduk setempat.



BERKUNJUNG KE KRDIAMAN KAKITANGAN PEJABAT

SRI MUDA - Masa yang terluang walaupun sedikit cuna digunakan sebaik yang mungkin sepanjang Aidil Fitri pada tahu]n ini (2009).Antara yang rumah dikunjungi oleh Shuhaimi Hj Shafiei adalah dikalangan Petugas yang berkhidmat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda.Beliau yang lebih selesa tiada persiapan yang berlebihan disetiap rumah yang dikunjungi.


Ceria dan mesra adalah sifat semula jadi yang dimiliki oleh Shuhaimi Hj Shafiei.

Lihatlah betapa akrabnya Shuhaimi Hj Shafiei ketika berkunjung ke Rumah Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda.

Friday, October 30, 2009

MENERIMA KUNJUNGGAN EXCO NEGERI SELANGOR YB DR HALIMAH.

SRI MUDA - Exco kerajaan Negeri Selangor YB Dr Halimah baru - baru ini telah meluangkan masa hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda yang terletak di Kota Kemuning.Kehadiran beliau telah disambut dengan penuh kemesraan oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei serta kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.Kunjungan yang bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat Pusat Khidmat Rakyat itu juga sebenarnya bersempena dengan sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat Dun Sri Muda.

Pada kunjungan tersebut YB Dr Halimah dan YB Shuhaimi telah mengadakan satu sesi perbincangan yang bertujuan untuk bertukar - tukar pendapat bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada Rakyat agar terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri selangor.














Thursday, October 29, 2009

KUNJUNGAN AIDIL FITRI DUN SRI ANDALAS PARLIMEN KOTA RAJA

Sri Muda - Sambutan Aidil Fitri adalah satu tanda kejayaan kepada umat islam diseluruh dunia setelah apa juga cabaran serta ujian dari ALLAH SWT di sepanjang bulan ramadhan.Syawal bagi tahun ini telah disambut dengan meriah tetapi sederhana oleh seluruh umat islam di Malaysia.Di sepanjang sambutan syawal pada tahun ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dan berkunjung disetiap majlis sambutan aidil fitri dikawasan Sri Muda dan Kota Raja.



Kemesraan jelas terpancar diantara dua pemimpin Dr Xavier dan Shuhaimi Hj Shafiei ketika di majlis Aidil Fitri Dun Sri Andalas.

Ada sesuatu yang menciut hati sehingga Dr Mariah,Dr Xavier dan Shuhaimi Shafiei serta tetamu yang lain tertawa besar.

Shuhaimi Hj Shafie tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan orang ramai yang hadir.
Inilah yang dikatakan erti perpaduan yang sebenarnya apabila semua kaum dapat bersatu di majlis anjuran Pakatan Rakyat.














SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU SULTAN SERTA MENTERI BESAR DAN BARISAN EXCO DIMASJID AL - MUNAWARAH SEKSYEN 28.

Sekitar Majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan ramadhan oleh DYMH Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.Turut disertai oleh Oleh Dato Menteri Besar serta barisan Exco kerajaan Negeri.Majlis tersebut telah berlangsung di Masjid Al - Munawarah seksyen 28, Alam Megah Shah Alam.




Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri YB Hj Yaakop Sapari antara tetamu yang hadir


Shuahimi Hj Shafiei bersama AJK Masjid Al Munawarah menyambut kehadiran Dato Menteri Besar

Dalam suasana yang begitu akrab dan mesra Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim bersama,Shuhaimi Hj Shafiei,Haris Bakar dan Kamarulzaman Sanusi.




Wednesday, October 28, 2009

MENZIARAHI RAKYAT YANG DITIMPA KESUSAHAN SERTA UZUR..

SRI MUDA - Walau sesibuk mana sekali pun Shuhaimi Hj Shafiei akan tetap berusaha untuk meluangkan masa beliau dengan menziarahi serta melawat rakyat di kawasan beliau yang sedang ditimpa kesusahan mahu pun sedang uzur.Baru - baru ini beliau telah meluangkan masa dengan melawat dan menziarahi tiga keluarga di sekitar Dun Sri Muda yang sedang ditimpa kesusahan serta uzur.

Pada setiap lawatan beliau akan mencuba untuk menyelami segala permasalah yang sedang dihadapi oleh induvidu atau keluarga tersebut dan akan membantu mencari jalan penyelesaian.Shuahimi Hj Shafiei lazimnya akan menghulurkan sedikit bantuan segera untuk meringan sedikit bebanan yang sedang dihadapi oleh meraka sedang ditimpa kesusahan.


Walaupun jumlah bantuan yang dihulur tidak begitu besar namun kepertanggungjawapan yang di tunjukkan oleh Shuhaimi HJ Shafiei telah membuatkan wanita ini merasa cukup terharu.


Shuhaimi Hj Shafiei lebih gemar Mendengar serta mengambil segala keteranggan berkenaan permasalah yang dihadapi oleh rakyat sendiri kerana rakyat akan lebih merasakan mereka dihargai.



Kesayuan dan keperihatin terpancar di riak wajah Shuhaimi Hj Shafiei letika menziarahi seorang warga emas yang uzur.