Monday, January 24, 2011

Sumbang Tabung Warga Emas Selangor

Pada 14/01/2011 sekali lagi YB Shuhaimi Shafiei mewakili kerajaan Negeri Selangor menyampaikan sumbangan Tabung Warga Emas, salah satu program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor kepada ahli keluarga yang telah berdaftar dengan kerajaan negeri.



Kempen Balik Kampong Selamat

Persatuan Penduduk USJ telah menganjurkan kali ke-10 untuk kerjasama dengan polis sempena cuti Hari Raya Cina di Summit, USJ pada 16/01/2011.





















Sunday, January 23, 2011

Gotong Royong Membersihkan Tapak Kubur Kota Kemuning

GOTONG ROYONG BERSIHKAN TAPAK KUBUR KOTA KEMUNING BERSAMA YB SHUHAIMI DAN KARIAH KOTA KEMUNING PADA 20HB. JANUARI 2011

YB Shuhaimi mendaftar diri sebagai sukarelawan dalam gotong royong membersihkan kubur Kota Kemuning



lagi gambar sekitar program gotong royong











Saturday, January 22, 2011

KETIKA BERTERUSAN DI ASAK DAN TEKAN OLEH PIHAK LAWAN YB SHUHAIMI TETAP MENJALANKAN TUGASAN SEPERTI LAZIMNYA

DUN SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei berpendirian tiada istilah merasa tertekan dengan propaganda ciptaan dari pihak musuh yang berlaku ketika ini kerana amanah yang diberikan oleh rakya itu yang perlu di utamakan.Bertempat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda sebuah lagi rakyat dari dun sri muda menerima sumbangan daripada beliau pada hari Jumaat baru - baru ini.Sumbangan yang mana bertujuan membantu bagi meringgankan sedikit bebanan yang ditanggung keluarga tersebut yang mana baru sahaja kehilangan ahli keluarga yang tersayang kerana meninggal dunia.

YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 30 minit untuk bermesra bersama keluarga tersebut yang bertujuan untuk memberikan semangat dan juga peransang agar lebih tabah untuk melalui hari - hari yang mendatang setelah kehilangan orang yang tersayang.YB Shuhaimi Hj Shafiei juga menyerukan kepada rakyat di Negeri Selangor agar tidak melengah - lengahkan urusan pendaftaran ahli keluarga yang telah berusia 60 tahun dan ke atas didalam skim mesra usia emas ( SMUE ) kerana masih ramai lagi yang tidak berbuat demikian.Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sering menerima tuntutan dari ahli keluarga yang kematian ahli keluarga berusia 60 tahun akan tetapi tidak berdaftar didalam skim tersebut.Untuk makluman dan pengetahuan semua sekiranya adalah dikalangan ahli keluarga berusia 60 tahun meninggal dunia pada tahun 2009 permohonan tuntutan tersebut tidak akan diterima lagi.




Friday, January 21, 2011

SIAPA DALANG DAN PENGANJUR DEMONTRASI NGO ATAU UMNO ??

JALAN KEBUN - Satu demontrasi yang dilangsungkan pada 9 januari 2011 baru - baru di Kampung Jalan Kebun yang bertujuan membantah kenyataan YB Shuhaimi HJ Shafiei di anjurkan oleh pihak mana ? Pesanan khidmat ringkas yang disebarkan menyatakan demontrasi tersebut dianjurkan oleh satu badan bukan kerajaan ( NGO ) iaitu 4 x 4 Jalan Kebun namun akan tetapi ketika demontrasi sedang berlangsung jelas kelihatan yang memimpin demontrasi tersebut adalah dikalangan kepimpinan umno cawangan - cawangan yang terdapat di Jalan Kebun juga barisan pemimpin dari umno bahagian Kota Raja.

Hampir seluruh rakyat dan pengundi di Jalan Kebun melahirkan rasa terkilan kerena apa yang selama ini dilaungkan oleh umno bahawa Pakatan Rakyat manusia yang tidak bertamadun kerana menganjur demontrasi namun akan tetapi hari ini menjadi sebaliknya.Seluruh Rakyat Malaysia diharapkan dapat menilai kenyataan yang diungkapkn oleh ketua umno cawangan,ajk umno cawangan dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja yang tiada mencerminkan ketokohan sebagai pemimpin yang mana mengeluarkan ugutan ala samseng ketika memberikan kenyataan kepada media.Adakah Pihak berwajip hanya akan melihat ugutan yang diungkapkan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja Sdr Kamal Ariffin Kainin begitu sahaja oleh kerana beliau pemimpin umno ?

PENGUNDI JALAN KEBUN & SRI MUDA LIHAT SIAPAKAH SEBENARNYA MEREKA
AHLI NGO ATAU PEMIMPIN UMNO ?


Thursday, January 20, 2011

Kempen Selamat Balik Kampong

Persatuan Penduduk USJ sekali lagi menganjurkan kempen ini bagi kali ke-10 sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Program ini dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Dato Hussein denga disaksikan oleh beberapa wakil rakyat tempatan, termasuklah Ahli Parlimen Puchong YB Gobin Singh & Kelana Jaya YB Loh Gua Burn, ADUN Subang Jaya YB Hanna Yeoh & ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei di Summit USJ pada 16/01/11 pagi.