Tuesday, May 24, 2011
YB Shuhaimi menyumbang 3 buah komputer kepada SAR Bukit Naga
Monday, May 23, 2011
PKR Selangor Seru Kerajaan Negeri Beku Segera Projek Tepi Lereng Bukit
Sunday, 22 May 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 22 Mei - Parti Keadilan Rakyat Selangor menggesa kerajaan negeri untuk membekukan serta merta aktiviti berhampiran kawasan yang berstruktur lemah dan lereng bukit untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, kejadian lalu haruslah dijadikan iktibar apabila beberapa tragedi menyayat hati berlaku dan banyak nyawa yang terkorban.
“KEADILAN Selangor sedar, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sudah mengambil inisiatif supaya kawalan lebih ketat dalam meluluskan sebarang aktiviti dan pembangunan di kawasan lereng bukit yang mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh dan bencana runtuhan,” katanya.
“Namun terdapat rungutan melampau apabila ia mula dilaksanakan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor perlu mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan belasan nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda disamping perubahan ekologi persekitaran.
“(Bahkan) jika dikaji memang ada kelemahan dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu menyebabkan banyak pembangunan yang diluluskan tanpa kawalan ketat dari segi keselamatannya dan inilah masanya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bertindak tegas,” tambahnya lagi.
Negara semalam dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila 16 anak yatim termasuk seorang petugas Rumah Anak-anak yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat maut dalam runtuhan tanah kira-kira 2.30 petang semalam.
Justeru beliau mewakili KEADILAN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
Beliau juga menggesa insiden sedih ini tidak dijadikan medan politik untuk berkempen.
“Marilah kita berjiwa besar berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan pihak keselamatan di peringkat kerajaan Persekutuan bersama-sama membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Pihak Polis perlulah memberi kerjasama baik kepada wakil kerajaan Negeri yang hadir ke kawasan runtuhan setiap hari bagi membantu menyelaras bantuan,”ujar beliau.
Semalam, tindakan pihak polis menyekat EXCO Kerajaan Negeri Selangor menghampiri kawasan runtuhan, pada masa sama membenarkan pimpinan Umno dan wakil kerajaan Pusat masuk ke kawasan runtuhan adalah tindakan yang tidak wajar.
Dalam keadaan bencana seperti itu, semua pihak seperti Majlis Tempatan, BOMBA, Polis, Jabatan Kerja Raya dan semua agensi milik kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai tugas berat dan digesa berkerjasama bagi menyelamatkan mangsa dan Kerajaan Negeri punyai tanggungjawab lebih besar membantu mangsa.
Jabatan Kerja Raya Daerah Klang Tidak Perihatin Dengan kerosakan Jalanraya
JALAN KEBUN - Kepekaan dan keperihatinan Jabatan Kerja Raya Daerah Klang berkenaan dengankerosakan jalan raya yang berlaku amat dikesali oleh segenap masyarakat terutamanya pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut.Sebatang jalan raya yang terletak di Jalan Kebun dan menjadi laluan utama pengguna untuk ke Kota Kemuning dan Shah Alam telah mengalami kerosakan yang amat teruk sekian lama namun tiada tindakan yang di ambil oleh JKR Daerah Klang setakat kenyataan ini dikeluarkan.
Punca kerosakan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kenderaan berat yang mengunakan laluan tersebut untuk mengangkut bahan batuan serta tanah ke lokasi pembinaan dikawasan berhampiran.Yang amat dikesali adalah sikap pemandu - pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di atas bahu jalan untuk ke restoran berdekatan yang mana akhirnya membawa kerosakan yang amat teruk pembahagi jalan tersebut.YB Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun Kawasan telah meluangankan masa melawat ke lokasi tersebut untuk melihat sendiri kerosakan tersebut.YB Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa kesal kerena ketidak perihatinan pihak JKR untuk mengambil tindakan dengan segera untuk menyelesaikan permasalah yang timbul kerena dikhuatiri sekiranya dibiarkan berlarutan pengguna akan menjadi mangsa kelak.
KOTA KEMUNING - Untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama di antara Adun Kawasan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( MBSA ) Cawangan Kota Kemuning satu perjumpaan ringkas telah berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat.Pertemuan tersebut juga lebih kepada memperkenalkan Pengurus cawangan yang baru Encik Azlan yang mengantikan Pengurus terdahulu En Abd Raof.
Pertemuan tersebut diharapkan dapat mengeratkan kerjasama di antara Adun kawasan Sri Muda YB Shuhaimi dengan pengurus cawangan yang baru demi kesejahteraan rakyat yang berada dibawah pentadbiran MBSA cawangan Kota Kemuning.
Sunday, May 22, 2011
PKR Selangor Seru Kerajaan Negeri Beku Segera Projek Tepi Lereng Bukit
Sunday, 22 May 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 22 Mei - Parti Keadilan Rakyat Selangor menggesa kerajaan negeri untuk membekukan serta merta aktiviti berhampiran kawasan yang berstruktur lemah dan lereng bukit untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, kejadian lalu haruslah dijadikan iktibar apabila beberapa tragedi menyayat hati berlaku dan banyak nyawa yang terkorban.
“KEADILAN Selangor sedar, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sudah mengambil inisiatif supaya kawalan lebih ketat dalam meluluskan sebarang aktiviti dan pembangunan di kawasan lereng bukit yang mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh dan bencana runtuhan,” katanya.
“Namun terdapat rungutan melampau apabila ia mula dilaksanakan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor perlu mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan belasan nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda disamping perubahan ekologi persekitaran.
“(Bahkan) jika dikaji memang ada kelemahan dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu menyebabkan banyak pembangunan yang diluluskan tanpa kawalan ketat dari segi keselamatannya dan inilah masanya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bertindak tegas,” tambahnya lagi.
Negara semalam dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila 16 anak yatim termasuk seorang petugas Rumah Anak-anak yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat maut dalam runtuhan tanah kira-kira 2.30 petang semalam.
Justeru beliau mewakili KEADILAN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
Beliau juga menggesa insiden sedih ini tidak dijadikan medan politik untuk berkempen.
“Marilah kita berjiwa besar berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan pihak keselamatan di peringkat kerajaan Persekutuan bersama-sama membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Pihak Polis perlulah memberi kerjasama baik kepada wakil kerajaan Negeri yang hadir ke kawasan runtuhan setiap hari bagi membantu menyelaras bantuan,”ujar beliau.
Semalam, tindakan pihak polis menyekat EXCO Kerajaan Negeri Selangor menghampiri kawasan runtuhan, pada masa sama membenarkan pimpinan Umno dan wakil kerajaan Pusat masuk ke kawasan runtuhan adalah tindakan yang tidak wajar.
Dalam keadaan bencana seperti itu, semua pihak seperti Majlis Tempatan, BOMBA, Polis, Jabatan Kerja Raya dan semua agensi milik kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai tugas berat dan digesa berkerjasama bagi menyelamatkan mangsa dan Kerajaan Negeri punyai tanggungjawab lebih besar membantu mangsa.
Saturday, May 21, 2011
KERAJAAN SELANGOR BERI BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA DAN KELUARGA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT
21 MEI 2011
KERAJAAN SELANGOR BERI BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA DAN KELUARGA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT
Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.
Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.
Dato' Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.
Dato' Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.
Buat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.
Dato' Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
--Sekretariat AkhbarPejabat Dato' Menteri Besar SelangorTel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686www.selangorkini.com.mywww.tvselangor.comhttp://www.youtube.com/user/mbselangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, May 20, 2011
KENYATAAN AKHBAR 20 MEI 2011 MENTERI BESAR SELANGOR DESAK KDN DAN HISHAMMUDDIN AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP ADUN KUANG!
20 MEI 2011
MENTERI BESAR DESAK KDN DAN HISHAMMUDDIN AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP ADUN KUANG
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein bagi mendesak kementerian itu mengambil tindakan segera terhadap ADUN Kuang, YB Abdul Shukor Idrus.
Abdul Shukor yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor telah mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini sekali gus melanggar Seksyen 5 (1) dan (2) Akta Penerbitan Mesin Cetak 1984.
Dalam surat yang dihantar kepada Hishammuddin bertarikh 13 Mei,
Menteri Besar kesal kerana KDN dan Hishammuddin tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis telah dibuat terhadap Abdul Shukor dan Selangor Terkini.
Beliau berkata, kegagalan KDN dan Hishammuddin menyiasat menyebabkan Peguam Negara tidak boleh bertindak termasuk mendakwa Abdul Shukor kerana tiada hasil siasatan yang dikemukakan untuk tindakan lanjut.
Dalam surat balas kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa KDN belum mengemukakan sebarang hasil siasatan untuk pertimbangan.
"Kegagalan KDN dan Hishammuddin bertindak secara efisien menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan. Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka ADUN Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini," kata Menteri Besar.
Tan Sri Abdul Khalid sekali lagi mendesak KDN dan Hishammuddin menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat pada 6 Mei lalu terhadap Selangor Terkini selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar haram ini secara terbuka.
"Saya mengesa Hishammuddin memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal," kata Menteri Besar.
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
--Sekretariat AkhbarPejabat Dato' Menteri Besar SelangorTel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686www.selangorkini.com.mywww.tvselangor.comhttp://www.youtube.com/user/mbselangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KEMESRAAN YB SHUHAIMI SEMAKIN MENAMBAT HATI PENGUNDI DUN SRI MUDA
SRI MUDA - Rakyat serta pengundi di Dun Sri Muda semakin menyayangi dan mengagumi ketokohan yang ada dalam diri YB Shuhaimi kerana sebagai seorang wakil rakyat beliau cukup mudah untuk didekati serta mudah mesra tidak mengira golonggan masyarakat.
Pada setiap majlis yang melibatkan masyarakat YB Shuhaimi tanpa rasa segan silu akan bertemu kesemua tetamu yang hadir untuk bersalaman serta bermesra dan bertanyakan khabar kepada tetamu yang hadir.Pendekatan yang di amalkan oleh YB Shuhaimi jauh berbeza berbanding dengan Wakil rakyat yang terdahulu yang mana berlagak seperti golonggan bangsawan dan jarang akan bertemu dengan rakyat.Akan tetapi YB Shuhaimi pasti akan meluangkan masa untuk bertemu dengan masyarakat sehingga ke ruangan memasak untuk bermesra dengan semua yang hadir.
KOTA KEMUNING - Pada setiap hari jumaat YB Shuhaimi Hj Shafiei akan mengambil kesempatan untuk sembahyang Fardhu Jumaat di Masjid - masjid yang terdapat disekitar kawasan Dun Sri Muda.Kesempatan yang ada memboleh YB Shuhaimi Hj Shafiei bertemu dengan ahli jemaah yang hadir serta bertemu dengan AJK masjid untuk bertanya dan berbincang berkenaan dengan permasalah yang berbangkit.
Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei yang bersolat Fardhu Jumaat di Surau Al-Firdaus Kota kemuning yang mana turut disertai oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Adun Sri Muda.Selepas selesai solat YB Shuhaimi Telah meluangkan masa meninjau persekitaran Surau tersebut dengan di iringi oleh ajk surau.YB Shuhaimi telah menyampaikan berita gembira kepada ajk surau juga ahli jemaah yang mana beliau akan menyegerakan pembinaan bumbung tambah untuk menampung penambahan jumlah jemaah yang mendirikan solat fardhu jumaat.
Thursday, May 19, 2011
PDRM: Jangan terlebih UMNO dari UMNO
KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
19 MEI 2011
Semacam ada satu ketakutan dasyat yang melanda parti pemerintah di Putrajaya sehingga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikerah bertindak keterlaluan mengganggu proses perjalanan siri Ceramah KEADILAN Selangor 'JELAS- Tawan Malaysia!'.
Tindakan keterlaluan pihak PDRM dengan mengenakan sekatan jalanraya ketat menuju ke tempat ceramah, mengarah trak FRU berkumpul di hadapan kawasan ceramah, meletakkan pita garisan had sempadan ceramah di premis persendirian / markas parti dan melengahkan urusan pemberian permit merupakan tindakan luar biasa pihak PDRM, diyakini ianya demi untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Ia berlaku di Pelabuhan Klang dan terbaru di Kuala Langat / Sepang.
KEADILAN Selangor ingin ingatkan PDRM, rakyat di Selangor bukanlah pengganas atau puak pelampau yang perlu dikawal sedemikian rupa ataupun pertubuhan perkauman melampau seperti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.
KEADILAN Selangor sekali lagi men gesa PDRM menghormati keputusan rakyat di Selangor yang memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan yang sah pada PRU 12. Segala tekanan yang cuba diberikan oleh PDRM kepada Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia!' dengan sendirinya jelas menunjukkan yang pihak PDRM ini ibarat 'terlebih UMNO dari UMNO'. Lagak PDRM tidak ubah seperti 'budak suruhan' UMNO dalam menghalang aktiviti demokrasi Pakatan Rakyat menyampaikan penerangan kepada rakyat di Selangor.
KEADILAN Selangor ingin bertanya, mengapakah institusi PDRM sendiri yang merendahkan martabat yang ada pada mereka? Sedangkan kalau dilihat pada sejarah PDRM sejak puluhan tahun, pernah ketikanya wibawa PDRM tidak boleh dipertikai. Perubahan dan transformasi yang diwar-warkan oleh institusi PDRM satu ketika dahulu seakan dimandulkan dengan tindakan keterlaluan pihak PDRM yang 'terang lagi bersuluh' kelihatan mengambil arahan dari UMNO untuk bertindak.
Sebagai contoh; Di Kuala Langat dan Sepang, pentadbiran polis bagi kawasan Parlimen Sepang terbahagi pada dua pentadbiran iaitu, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat. Bagi 5 buah Kampung bermula dari Bukit Changgang ianya terletak dibawah bidang kuasa IPD Kuala Langat. Pada 16 Mei lalu IPD Kuala Langat yang bertanggungjawap tidak membenarkan ceramah di Bukit Changgang dengan menyita Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Pihak KEADILAN Cabang Sepang cuba mengalih tempat ke Dewan Orang Ramai Salak Tinggi, dibawah pentadbiran IPD Sepang. Namun ianya telah ditolak atas alasan permohonan permit adalah terlalu singkat.
Mengikut maklumat yang disampaikan, pihak PDRM Kuala Langat dan Sepang telah menerima tekanan dari UMNO untuk membatalkan ceramah tersebut. Kelihatan kuncu-kuncu UMNO pengikut Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil telah dilihat bersama-sama polis dan sentiasa berulang alik di depan Dewan Orang Ramai Bukit Changgang bagi memantau persiapan yang telah dijalankan.
Apa yang menyedihkah pada hari Ahad 15/05/2011 Dewan Bukit Changgang telah disita menyebabkan pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti Program Kelas Tuisyen Rakyat (PTRS) anjuran kerajaan Negeri takut untuk hadir. Hanya 4 pelajar hadir dari 25 orang pelajar. Akhirnya ceramah penerangan ini di buat di Markas PAS Kampung Labuan Dagang, Banting. Itupun ada unsur provokasi pihak PDRM
Tindakan dan lagak PDRM yang 'terlebih sudu dari kuah' dalam menjaga kepentingan politik UMNO ini semakin membosankan rakyat.
Tugas PDRM yang utama adalah menjunjung ikrar taat setia Institusi Kepolisan menjaga keselamatan rakyat seluruhnya.
Ketua Polis Negara wajib jelaskan kepada rakyat di Selangor mengapakah tindakan PDRM mutakhir ini tidak langsung mencerminkan kewibawaan PDRM itu sendiri. Bagaimana PDRM boleh bersekongkol dalam komunikasi halus bawaan APCO Worldwide dengan logo 1Malaysia pada kenderaan yang dimiliki PDRM kalau benar institusi ini bebas dari kongkongan politik?
Tahap kekesanan PDRM wajib dinilai dalam menyelesai kes jenayah yang dialami negara ini dan bukannya Key Performance Indicator (KPI) PDRM dinilai dari segi tindakan keterlaluan menghalang Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia! mahupun ceramah penerangan seumpamanya.
Apa pun agenda politik yang tersemat pada PDRM ini, kami tidak akan mengalah dan menghentikan kempen penerangan pada seluruh rakyat di Selangor.
'JELAS- Tawan Malaysia!' diteruskan pada malam ini di Bandar Baru Bangi anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Serdang manakala pada 20hb Mei 2011(Jumaat) diadakan di
Dewan Serbaguna Cheras Baru, Jalan Kuari, Cheras anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Pandan yang akan dihadiri oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Penerangan ini merupakan satu tanggungjawab kami sebagai parti yang diberi mandat oleh rakyat di Selangor untuk memerintah negeri ini.
Semoga teguran ini diambil dari sudut positif supaya Institusi PDRM ini dihormati oleh rakyat di Selangor dan bukannya menjadi bahan jenaka kerana terang terangan menjadi perkakas politik pada UMNO.
Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, May 18, 2011
YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA - SAMA RIBUAN RAKYAT TANDA SOKONGAN KEPADA DATUK SRI ANWAR IBRAHIM
JALAN DUTA - Seawal jam 8.00 pagi perkarangan Makahmah Tinggi Jalan Duta telah dibanjiri oleh ribuan rakyat Malaysia yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Ketua Umum Parti keAdilan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menghadapi satu lagi serangan fitnah dari pihak yang bacul.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah bersama - sama dengan rakyat jelata dari seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan keturunan untuk menunjukkan kepada pihak pemfitnah bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan politik kotor pihak yang terdesak.
Rata - rata rakyat yang hadir menyatakan rasa bosan dengan permainan politik kotor pihak musuh yang semakin terdesak untuk menghalang kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan politik andu domba BN selama lebih 50 tahun.Cara untuk menyekat kebangkitan rakyat adalah dengan menamatkan karier politik Datuk Sri Anwar Ibrahim maka dengan itu satu lagi fitnah direka cipta oleh mereka - mereka yang tidak mempunyai norma - norma kemanusiaan.