Friday, August 19, 2011

Pakar perlembagaan: Jangan tafsir kritik Jais persoal institusi raja

August 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Kenyataan-kenyataan mengkritik tindakan dan pendekatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak seharusnya dianggap sebagai tindakan mempersoalkan institusi diraja, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu kata beliau, agensi-agensi agama negeri tidak wajar menggunakan nama istana untuk melindungi pengurusan dan penguatkuasaan bidang kuasa masing-masing.

“Kritik Jais tidak semestinya kutuk Sultan. Sepatutnya (Majlis Agama Islam Selangor) Mais sebagai penasihat Sultan sebagai ketua agama beri nasihat yang betul kepada baginda. Bukan gunakan nama baginda untuk memberi perlindungan kepada Mais atau Jais,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru kata penganalisis politik ini, Mais dan Jais sepatutnya faham konsep dan implikasi akauntabiliti.

“Agama selain Islam dan penganut mereka ada hak dan ini perlu dilindungi. Ini semua dikandung oleh Perlembagaan khususnya Perkara 11. Apa yang berlaku menimbulkan keraguan tentang perlindungan itu. Mais dan Jais patut faham dan bukan menyeret Sultan,” kata beliau lagi.

Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu yang mendapat kritikan banyak pihak.

Semalam, PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas gereja tersebut, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.

Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.

Menjawab pendirian Mais, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor.

Sumber: Malaysian Insider

'SPR, apakah kriteria untuk meminda daftar pemilih?'
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 19, 11
11:45am
Kongsi 17
Reaksi spontan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk 'membersihkan' daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan oleh pihak media, telah menimbulkan persoalan sama ada daftar pemilih boleh dipinda begitu saja oleh suruhanjaya tersebut.

azlanSejak dua minggu lalu, orang ramai dan pihak pembangkang telah membangkitkan pelbagai kelemahan dalam daftar pemilih, termasuk pengundi dengan dua identiti, pengundi tersilap nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

Setiapkali kesilapan tersebut didedahkan, SPR terus memperbetulkannya, sama ada dengan menukar butiran pengundi berkaitan atau memotong nama mereka daripada daftar pemilih.

Ini adalah berbeza sama sekali dengan kenyataan awal oleh timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa data dalam daftar pemilih tidak boleh hanya boleh ditukar sesuka hati.

NONEBagaimanapun, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, 'pembersihan' daftar pemilih dilakukan setiap hari, berdasarkan maklumat harian rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem sambungan di talian (Alis) antara kedua badan berkenaan.

Setakat ini, SPR masih belum menjelaskan keadaan yang membenarkan pesuruhjayanya membuat perubahan kepada daftar pemilih tanpa berunding dengan pengundi terlibat atau mengadakan siasatan awam.

Menurut ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, mengikut klausa 14 peraturan (perjalanan) pilihan raya 1981, daftar pemilih merupakan bukti paling kuat untuk menentukan sama ada seseorang individu itu adalah pengundi atau tidak.

Oleh itu, katanya, butiran pengundi dalam daftar pemilih tidak boleh diubah dengan mudah.

"Apakah prosedur operasi lazim (SOP) untuk mengubah daftar pemilih? SPR mesti menentukannya dengan jelas," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam isu yang sama, gerakan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berkata ia sedang menimbang untuk mengheret SPR ke mahkamah.

Sumber: Malaysiakini
Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong
Ogos 19, 11 9:55am
Kongsi 390
Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

Sumber: Malaysiakini

Wednesday, August 17, 2011

Pengundi dengan Mykad tidak wujud dalam daftar pemilih

KUALA LUMPUR: Lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kali ini membabitkan pengundi berdaftar di Kedah yang memiliki MyKad dengan nombor tidak wujud.

Maklumat tersebut beserta imej skrin lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada ‘Pengundi PAS Kedah’.

Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai ’00 ‘. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod ’00 ‘tidak wujud.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Portal berita itu turut membuat semakan dengan portal JPN dan mendapati tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.

Menurut laporan Malaysiakini, pihaknya mengakses pagi ini sistem pengesahan dalam talian SPR dan mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka adalah seperti berikut.

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

NONE3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Bagaimanapun, carian Keadilandaily pada petang ini mendapati nombor dan butiran dua pengundi berkenaan iaitu Hasrullizam dan Rosmadi tiada lagi dalam talian SPR.

Perkara itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sebelum ini yang menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi selaras dengan pangkalan data JPN.

Tiga pengundi tersebut yang didaftarkan dalam daftar pemilih dengan nombor My kad yang tidak wujud, menguatkan bukti berlaku penipuan dan kepincangan pilihan raya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19062

Tuesday, August 16, 2011

FELDA Akan Terjerat Jika Teruskan Saman Fitnah
Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad
16/08/2011
Share


SHAH ALAM 16 OGOS : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan terperangkap dalam jerat sendiri jika badan itu meneruskan saman fitnah terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi bersabit artikel 'FELDA Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Artikel yang diterbitkan akhbar Suara Keadilan pada Jun 2010, itu dikatakan memetik kenyataan Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berkata, jika kes saman itu diteruskan, FELDA terpaksa membentangkan aliran kewangannya yang dikatakan susut secara mendadak dalam tempoh singkat.
FELDA pada 25 Januari lalu bersama anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd bertindak menyaman Tan, kerana kononnya melalui artikel itu, Tan memfitnah mereka mendapat manfaat bersabit cadangan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di Kuala Lumpur.
Namun Mahkmah Tinggi Kuala Lumur hari ini memutuskan untuk menolak saman bernilai RM200 juta itu setelah FELDA gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.
Mahkamah juga mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada Dr Tan.
Mengulas perkembangan itu, Dzulkarnain berkata keputusan itu sesuatu yang agak mengejutkan berikutan rekod- rekod sebelum ini menunjukkan pimpinan Pakatan Rakyat seringkali dinafikan keadilan keatas mereka.

“Di dalam kes saman Felda terhadap Datuk Dr Tan Kee Kwong, kita melihat bahawa pihak mahkamah tidak mempunyai pilihan yang lain selain menolak saman Felda itu kerana fakta- faktanya sangat jelas sekali,” katanya.

Dzulkarnain berkata, keputusan Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof menolak saman tersebut secara tidak langsung membayangkan FELDA sememangnya dibelit pelbagai masalah termasuk dakwaan bankrap.
Suara Keadilan sebelum ini melaporkan tunai FELDA merosot hampir RM3 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2009 dan mendapat ulasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, Dr Tan Kee Kwong dan ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie.
Akhbar itu turut menyiarkan laporan projek bangunan baru Felda dan isu mengenai pulangan dividen kepada peneroka.

“ Dan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bahawa pihak kami ini merupakan pihak yang bersalah dan sebagainya dan mendakwa kami bersalah dan sebagainya.
"Ini telah terbukti bahawa pihak mahkamah telah memberi satu keputusan yang hak kepada kami. Jadi kami sebenarnya bersyukur bahawa kes Felda ini telah dibuktikan kepada rakyat bahawa sebenarnya ada asas terhadap apa yang kami dakwa bahawa Felda mengalami dan menghadapi masalah kewangan yang getir,” jelas Dzulkarnain.

Ekoran pendedahan isu bankrap itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bingkas menarik balik permit penerbitan Suara Keadilan meskipun penjelasan telah dibuat pihak pengurusan akhbar tersebut.
Dzulkarnain buat kesekian kalinya mendesak FELDA agar mendedahkan bentuk pelaburan dan kedudukan kewangannya yang sebenar bagi memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap badan itu.

Sumber: TV Selangor

Selepas 20 tahun, Jalan Kampung Lombong Di Turap Semula


Kg Jalan Kebun, 13 Ogos 2011 - Selepas kira-kira 20 tahun menanti, penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong menarik nafas lega apabila Jalan Kampung Lombong di turap semula.

Mulai Julai lepas, projek penurapan itu telah di mulakan dan sehingga semalam, kerja-kerja penurapan telah mencapai 90 %.

Pihak JKKK Kg Jalan Kebun, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11, JPKK Kg Lombong dan semua penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penurapan jalan tersebut terutamanya ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafie yang membawa perkara ini sebanyak 5 kali ke dalam dewan negeri. Turun naik berjumpa JKR Klang dan Negeri, barulah penurapan jalan ini dapat dilaksanakan.

Juga pihak JKKK Kg Jalan Kebun, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11, JPKK Kg Lombong dan semua penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penurapan jalan tersebut seperti Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pejabat Daerah Klang dan JKR Klang/Selangor.

Jalan tersebut yang bermula di tapak pasar malam hari selasa Kg Jalan Kebun dan berakhir di Kg Lombong, telah lama rosak akibat digunakan oleh lori pasir yang berulang alik membawa pasir dari kuari pasir di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, ke destinasi pembinaan di sekitar lembah Klang.

Permohonan sebelum ini kepada JKR agar jalan tersebut di turap telah banyak kali di tolak atas alasan kerosakan akan terus berlaku selagi lori pasir masih menggunakan jalan tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, JKKK Kg Jalan Kebun dan MPP Zon 11 telah berjaya berunding bersama pengusaha lori pasir yg terbabit agar tidak lagi menggunakan jalan tersebut sebaliknya menggunakan jalan lain yang perlu mereka baiki yang terletak di sempadan kampung dengan estet kelapa sawit.

Perkara ini telah mendapat perhatian khas dan sokongan penuh dari YB Shuhaimi Shafie yang telah meninjau sendiri beberapa kali ke lokasi jalan alternatif tersebut seperti lapuran sebelum ini di sini.

Mulai Oktober 2010, Jalan Kampung Lombong tidak lagi di gunakan oleh lori pasir dan hasilnya jalan tersebut dapat di turap semula sekarang.

Semuga dengan perkembangan terbaru ini, penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong dapat menggunakan jalan tersebut dengan lebih selesa dan selamat di bandingkan sebelum ini.
Papan Tanda

Jalan Kg Lombong bermula di Tapak Pasar Malam (Sebelum di turap)

Lori-lori Pasir Menggunakan Jalan Kg Lombong

Kerosakan Jalan Akibat Muatan Lori Pasir


Kerosakan Jalan


Kerja-kerja penurapan pada 22 Julai 2011

90% Kerja-kerja Penurapan pada 12 Ogos 2011

Monday, August 15, 2011



SUMBANGAN RAMADHAN UNTUK MADARASAH /SURAU/ MASJID 1432

KOTA KEMUNING : Bersempena bulan ramadhan yang penuh kemuliaan dan bulan untuk seluruh umat Islam melakukan serta mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat ketika diberikan peluang oleh ALLAH SWT semasa hajat ini tidak dilepaskan peluang yang terhidang begitu sahaja oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei.

Madarasah Nurul Huda yang terletak di Taman Sri Muda telah menerima sumbangan ramadhan daripada YB Shuhaimi Hj Shafiei di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat hari ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa berusaha untuk menghulurkan sumbangan atau derma kepada mana pihak yang memerlukan dari masa kesemasa bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja.Demi amanah yang telah dipertanggungjawapkan oleh rakyat kepada beliau walau apa juga rintangan serta pepayahan akan tetap diteruskan demi kesejahteraan rakyat.





Sunday, August 14, 2011


JPS KLANG BERTINDAK PANTAS DEMI PENDUDUK DAN ORANG RAMAI

JALAN KEBUN - Penduduk serta orang ramai boleh menarik nafas penuh kelegaan ketika di bulan Ramadhan kali ini kerena melihat kerja - kerja pembersihan sistem peparitan di sekitar Jalan Kebun sedang giat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Klang.


YB Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun kawasan juga menerima pujian dari penduduk dan orang ramai kerana sepanjang beliau bergelar Wakil Rakyat bagi kawasan Sri Muda telah banyak perubahan serta pembaharuan telah berjaya dilaksakan Shuhaimi.Kalau sebelum ini pengundi beranggapan semua Wakil Rakyat mempunyai sikap dan budaya kerja yang sama namun akan tetapi anggapan tersebut benar - benar meleset dan tidak tepat sama sekali apabila YB Shuhaimi Hj Shafiei benar - benar memperjuangkan nasib rakyat.










Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 13, 11
6:06pm
Kongsi 2549
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

azan islam call to prayer1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

Friday, August 12, 2011

BERSIH: 'SPR lebih beria-ia pertahan parti pemerintah'
Ogos 12, 11 5:28pm
Kongsi 93
BERSIH 2.0 amat dukacita melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih, tetapi sebaliknya mendakwa suruhanjaya itu lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

NONEJawatankuasa pemandu BERSIH juga sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kiri) yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat BERSIH 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, BERSIH 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.

"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, BERSIH berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.

Masalah daftar pemilih


"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Berikutan itu, katanya, BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan daftar pada pemilih seperti “skandal Mismah”.

Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.

azlan"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, BERSIH 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.

'Malaysia yang kami hasratkan'


Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad bahawa semua parti politik mempunyai akses yang sama rata kepada media, dibuat tanpa sebarang penelitian rapi.

"Membandingkan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan.

"Kenyataan bahawa parti pembangkang 'memiliki media baru' juga tersasar daripada pokok permasalahannya.

"Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian," kata kenyataan itu.

NONEOleh itu, katanya, BERSIH 2.0 menolak sepenuhnya apa sahaja perbandingan antra perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di United Kingdom (kiri).

"Meskipun berdepan dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat.

"BERSIH 2.0 sentiasa bercita-cita agar dapat bekerjasama dengan semua institusi kerajaan dan pemimpin politik tanpa mengira wadah mereka untuk bersama-sama mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

"Kami berharap pertengkaran kecil dan kedangkalan alasan sekarang ini dapat digantikan dengan sikap yang ikhlas, berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam semangat cintakan tanahair," katanya.
Apakah UMNO terlibat dalam manipulasi pilihanraya?

Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihanraya yang mungkin melibatkan UMNO. Pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja. Dua identiti ini sangat mencurigakan.

Bukti pertama :



Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli UMNO seperti butiran di bawah :

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah. Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua


Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli UMNO seperti butiran di bawah :

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli UMNO seperti butiran di bawah:

Nama: SHARINA BINTI MAT ARIFF
No Kad Pengenalan: 800727095094
No. Ahli UMNO: 02999301
Negeri: R – PERLIS
Bahagian: 001 - PADANG BESAR
DUN: 00105 – SANTAN
Cawangan: 00105010 - KAMPONG PETAL

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri UMNO Bahagian Padang Besar, Perlis. Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda UMNO dan Puteri UMNO di atas berkemungkinan menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa UMNO terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini. Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden UMNO membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti Dewan Pemuda PAS Malaysia ini. Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak. Tiga bukti yang diberikan ini hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara ini benar-benar berlaku. Jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang maka saya ingin bertanya manipulasi pilihanraya ini ciptaan siapa?

UMNO BN memang tidak sedar diri!

Sumber: PAS Johor

Thursday, August 11, 2011

Pengerusi, Setiausaha SPR perlu letak jawatan – Shamsul

(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletakkan jawatan sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu daftar pemilih yang tercemar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas isu pengundi hantu samada yang melebihi umur 100 tahun, penduduk tetap yang mendapat status warganegara dan kewujudan pengundi klon yang mempunyai dua hak mengundi.

Menurutnya, kenyataan SPR bahawa isu-isu tersebut merupakan kesilapan teknikal dan menyalahkan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), merupakan jawapan dangkal.

“Jawapan yang diberikan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof adalah jawapan dangkal, sepatutnya beliau mesti bertanggungjawab bagaimana boleh adanya pengundi yang tidak sah.

“Selagi pengerusi SPR tidak boleh jawab isu pengundi berumur 100 tahun, isu Mismah, pengundi bernama Kg Baru dan pengundi klon ini, Pengerusi, timbalan dan setiausaha SPR digesa berundur,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Beliau mengambil contoh isu Kg Baru baru-baru ini yang didaftarkan sebagai pengundi, sekaligus menunjukkan kelemahan yang dilakukan petugas SPR.

“Bagaimana nama kampung boleh didaftar sebagai pengundi, di sini saya lihat pihak SPR tergesa-gesa mendaftar pengundi.

“Proses untuk jadi pengundi perlu melalui proses yang dikhaskan, jika dibuat dengan betul dan teliti tidak munasabah boleh berlaku perkara itu. Takkan pekerja dan petugas SPR tiada pendidikan, boleh jadi nama kampung sebagai pengundi,” katanya.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan terdapatnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di Perak dengan pengundi paling tua di negeri itu berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.

Baru-baru ini, media alternatif mendedahkan penduduk tetap (PR) yang didaftarkan dalam daftar pemilih SPR, bernama Mismah yang memegang kad MyPR bernombor 640704715238. Bagaimanapun, SPR menukar status tersebut kepada warganegara kira-kira empat jam selepas isu itu dihebohkan.

Selain itu, SPR turut mencipta sejarah apabila mendaftar sebuah ‘kampung’ bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Manakala terbaru, beberapa nama pengundi yang diklonkan dikesan berada dalam daftar pemilih SPR dan memiliki dua hak untuk mengundi di dua kawasan parlimen berbeza.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 7 nama tersebut dikesan didaftar di Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, Taiping dan Bukit Gantang, Perak dan Hulu Terengganu, Terengganu.

Namun carian terbaru mendapati enam nama yang bertindih tersebut dibuang, manakala satu lagi masih kekal dalam daftar SPR.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18659

Wednesday, August 10, 2011

Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja
Ogos 10, 11 5:07pm
Kongsi 1311
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.

Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.

JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.

"Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

"Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.

Tuesday, August 9, 2011

MyKad - JPN, SPR dan konspirasi terkotor?
Dr Syed Azman Syed Ahmad
Ogos 9, 11
11:35am
Kongsi 48
Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). NONEPaling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.

Fakta persekongkolan

Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu. NONEKonspirasi yang digelar 'Projek Isuzu' ini dilakukan pada pilihan raya umum 1995 adalah bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di kawasan parlimen Marang. Begitu juga dengan pertambahan pengundi yang mendadak serta peratus keluar mengundi yang 'amat luarbiasa' di seluruh negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu sehinggakan ada kawasan yang melebihi 90 peratus keluar mengundi. Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri' sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu. Yang terbaru adalah pendedahan mengenai 'Projek IC Sabah' yang merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti JPN. SPR dan Jabatan Imigresen. Aktivis hak asasi dan masyarakat dari Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan bahawa sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Beliau mendedahkan tentang Projek IC ini adalah bagi membawa pendatang tanpa izin dan di berikan IC serta mendaftar nama mereka dalam daftar pemilih yang di sediakan oleh SPR bagi melayakkan mereka menjadi pengundi yang 'sah'. azlanProjek IC Sabah yang dilaksanakan ini dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.

Siasatan Awam

Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini? Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang. abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 03Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan' rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri. Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah. Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Putrajaya. NONESaya ingin menegaskan sekali lagi bahawa menurut Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat 'kepercayaan awam'. Namun dengan perkembangan terbaru ini, 'kepercayaan awam' terhadap SPR telah terhakis sama sekali dengan perananya yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan bebas dan adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan telus. Bagi saya, untuk menjamin masa depan demokrasi dan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera dan izinkan Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong membentuk serta melantik kepimpinan SPR baru yang telus dan BERSIH.


Penulis adalah penolong setiausaha agung PAS

Komen:
Umgok Penipu Sampai Kiamat · Pengulas Tertinggi · Atas pokok
  • memang semua maklum kalau umno tak menipu dari dulu lagi dah bungkus......
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Helo bro....yg penipu tu adalah PR...bukan UMNO.....
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Armiens..kalau ia pun......ini bukan salah guna kuasa tapi tindakan yg berhikmah utk selamatkan melayu dan islam yg telah dikhianati oleh org Melayu sendiri........
    • Mohamad Taib · Pengulas Tertinggi · UPM Serdang
      din tahi miyak melaka ni contoh bangsat tegar melayu. langar hargadiri langar larangan Allah. malulah dengan dunia. kamu memalukan melayu !!!!!!!
  • Kamarul Alias · umur 32 tahun
    kepada pekerja2 awam di JPN dan di SPR, yang secara terpaksa melakukan penipuan atau yang ada maklumat tetapi terpaksa mendiamkan diri kerana takut kena buang kerja atau kena transfer.. bertaubatlah, jgn dikejar habuan dunia yg sementara ni.. esok di akhirat kena soal camana nk jawab.
    • Junaidy Jamil · Pengulas Tertinggi · UTM
      matlamat menghalal kan cara...walaupon haram jadi halal kononnya untuk selamatkan islam oleh pihak2 tertentu...bangangyeeeeee
    • Kamarul Alias · umur 32 tahun
      en din, jgn melalut sangat.. aku dok cerita pasal staff jpn ngn spr yg dok menipu senarai daftar pemilih... yg hg dok melalut sampai ke pertahankan melayu ni ape ke halnye? kalau aku menggadaikan nasib orng melayu (macam ko ni) di dunia ni, aku tak kesah.. sumpah aku tak kisah...!!!! tapi kena ingat en din... nasib melayu (cam ko ni) bukan setakat di dunia ni... kat akhirat nanti kena jawab... ke en din dah lupa akhirat??? en din ni islam ke tak?
    • Jumri Abdullah · Pengulas Tertinggi · UKM
      Boleh belah le Din.
  • Aminuddin Jusoh · Pengulas Tertinggi
    Menang dgn menipu.. dapat kuasa dengan menipu.. makan gaji hasil menipu... terbaeekk!
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Yg menipu itu PR (Penipu Rakyat).....nak perjuangkan Islam pun susah....pemimpin sendiri pun dipancung...Itu kan namanya penipu.......cakap tak serupa bikin.......
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Biar SPR menipupun...kalau itu baik utk generasi Melayu Islam di tanah air ini.......PR pun akan menipu kalau jadi kerajaan...
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Kalau PR jadi kerajaan...mungkin yg akan dimasukkan adalah pengundi2 dr tanah besar China.......huhu...lagi bahaya tu...sedar la kau wahai Melayu PR.......
  • Ampun Tuan · Pengulas Tertinggi
    pemastautin tetap TIDAK WAJAR diberi hak mengundi sbb BUKAN WARGANEGARA! mereka adalah org asing!
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Ampun...betul tu...tapi kalau dah jadi warganegara apa salahnya????????/ yg kau tnegok tu rekod lama yg dah ketinggalan zaman
  • Hishammuddin Husin · Jitra
    gadaikan negara utk terus berkuasa..tahniah be end.
Sumber: Malaysiakini