Wednesday, November 9, 2011

Selangor peruntuk RM1.6 bilion dalam Belanjawan 2012

SHAH ALAM 9 Nov: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.6 bilion dalam Belanjawan 2012 yang bertema Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan jumlah itu ketika membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Khalid, ia adalah kali ke empat Selangor membentangkan belanjawan berimbang berbanding belanjawan kerajaan persekutuan yang mencatatkan defisit selama 15 tahun berturut-turut.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan, RM1 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM600 juta atau RM0.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Untuk perbelanjaan mengurus, sebanyak RM323,085,383 (32.3%) untuk emolumen; bekalan dan perkhidmatan RM371,387,272 ((37.1%), pemberian dan kenaan bayaran tetap RM284,182,697 (28.4%), aset RM8,079,568 (0.8%) dan belanja lain RM13,265,080 (1.5%).

Bagi perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM411,091,860 atau 68% diagihkan untuk sektor infrastuktur, RM 100,060,130 (17%) untuk sektor sosial, RM84,240,010 atau 14% untuk sektor ekonomi dan RM4,608,000 atau 1% untuk sektor perbandaran.

“Hasil Negeri pada 2012 dijangka terus bertambah dengan Hasil Cukai meningkat 8.23% atau RM43,694,000 kepada RM574,674,000 berbanding RM530,980,000 pada 2011.

Hasil Bukan Cukai pula bertambah sebanyak RM187,439,380 atau 40.12% kepada RM654,603,740 berbanding RM467,164,360.

“Bagaimanapun, Terimaan Bukan Hasil dijangka berkurangan daripada RM431,855,640 kepada RM370,722,260 iaitu pengurangan 14.16% atau RM61,133,380,” katanya.

Menurut beliau lagi, Belanjawan 2012 akan meneruskan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menggunakan hasil negeri bagi Fasa Ketiga termasuk memperkenalkan program baru iaitu Elaun Anak ke Nurseri dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diperuntukkan RM7.5 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti RM7.7 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM20.7 juta, Pusat Khidmat Sehenti RM50,000 dan Skim Kesihatan Wanita RM1 juta.

Pemberian 20 meter air percuma setiap bulan yang memberi manfaat kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor akan diteruskan dengan dibiayai oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

“Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah ke Selangor boleh memberikan tambahan bekalan air yang diperlukan tetapi perlu dibincangkan secara bersama dengan penstrukturan semula industri air.

“Sekiranya cadangan penstrukturan ini diterima, kenaikan tarif air sebanyak 71% oleh SYABAS dapat dielakkan malah pengguna juga mendapat perkhidmatan lebih cekap, berkualiti serta kenaikan tarif hanya berlaku pada kadar minima yang tidak membebankan rakyat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22724

Sunday, November 6, 2011

SAF 2011 sasar RM11j
Oleh : NURULFATIHA MUAH
Tarikh : November 5, 2011
potong reben

SHAH ALAM – Selangor Agro Fest (SAF 2011) yang dijadualkan berlangsung 28 November ini dijangka mampu menarik sejuta pengunjung dengan anggaran jualan keseluruhan mencecah RM11 juta.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari berkata, kehadiran pengunjung dijangka bertambah menerusi peningkatan aktiviti promosi dan publisiti di semua saluran media dan penyebaran iklan.

“Kita anggarkan nilai jualan tunai karnival itu sekitar RM7 juta dengan purata pembelian RM5 bagi seorang pengunjung, manakala nilai kontrak pembelian pula dianggarkan mencecah RM4 juta,” katanya dalam ucapan pelancaran Selangor Agro Fest 2011 di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Shuhaimi Shafiei.

Yaakob berkata, program itu adalah tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan baru dalam industri asas tani (IAS) dan industri kecil sederhana (IKS), dengan menyediakan ruang niaga bagi memperluaskan rangkaian perniagaan mereka.

“Usahawan berpeluang menjalankan pemadanan perniagaan di antara pemborong, pembeli, pengedar, pengeluar atau pembekal, disamping mempromosikan dan menjual produk mereka untuk menembusi pasaran lebih besar.

“Ia secara tidak langsung dapat memberi maklumat kepada pengunjung mengenai teknologi pembangunan ekonomi pertanian di Selangor, selain mendedahkan pelaburan dalam bidang ini menerusi pameran teknologi oleh jabatan atau agensi, pihak swasta dan perkhidmatan kaunter perundingan,” katanya.

Menurutnya, pelbagai keluaran pertanian boleh didapati di karnival itu, antaranya produk segar, bahan-bahan tanaman, ternakan atau akuakultur dan produk IAS.

Karnival pertanian itu akan diadakan tujuh hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, di Stadium Melawati, Seksyen 13, di sini.

SAF 2011 adalah kesinambungan Program Selangor Ria anjuran Kerajaan Negeri yang sebelum ini diadakan setiap tahun, sejak 2008.

Namun, konsep dan pendekatan program dipinda dengan menumpukan penglibatan usahawan pertanian, penyertaan Jawatankuasa Kemajuan dan Kesematan Kampung serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) mini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pameran agensi pertanian, jualan produk pertanian, acara kebudayaan, forum, seminar, konvensyen, persembahan artis, kuiz dan sukaneka.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Saturday, November 5, 2011

Majlis Penutup Program Tuisen Rakyat Selangor

YB Shuhaimi Shafiei selaku DUN Sri Muda telah menganjurkan Majlis Penutup Program Tuisen Rakyat Selangor 2011 pada 29/10/2011 di Kelab Kota Permai Golf, Kota Kemuning, Shah Alam. Hampir 100 orang pelajar yang menerima program tuisen percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat.




































JOM Shopping DUN Sri Muda

Kesinambungan program JOM Shopping merupakan sebahagian daripada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor pada 22/10/2011 di Pasaraya Giant, Seksyen 33, Shah Alam.