Sunday, May 13, 2012

300 Orang Desak Tol Batu Tiga-Sungai Rasau Dihapuskan


488 views
SHAH ALAM 13 MEI : Hampir 300 rakyat berkumpul di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini bagi menyertai demonstrasi mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan kedua-dua tol terbabit.


Demonstrasi aman anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor itu mencuri tumpuan pengguna lebuh raya itu apabila mereka membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan mengambil pelekat kereta dengan slogan ‘Hapuskan Tol Demi Rakyat’.

Peserta demonstrasi juga membawa kain rentang bertulis ‘Hapuskan Tol Baru Betul’, ‘Hapuskan Tol Demi Rakyat’ selain laungan ‘Hidup Rakyat’, ‘Hapuskan tol’, ‘Undi Pakatan Rakyat Tak Bayar Tol’, dan ‘Undi BN Bayar Tol’.  

“Kami dapat simpulkan kehadiran rakyat berbilang kaum pada hari ini sebagai gerakan rakyat secara bersepadu untuk bersama-sama mendesak Kerajaan Pusat berhenti dari terus membebankan rakyat.

“Sedangkan pulangan modal yang sepatutunya mereka perolehi sudahpun mereka dapatkan lama dulu,” jelas Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Atkin.

Turut hadir Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri dan MP Shah Alam Khalid Samad di Tol Batu Tiga di sini.

Sementara di plaza tol Sg Rasau, pemimpin Pakatan Selangor dan kira-kira 100 individu turut mengadakan sebuah lagi demonstrasi bagi tujuan yang sama.

Kumpulan itu turut dipimpin Exco Selangor Ronnie Liu dan Dr. Yaakob Sapari, Kapar MP S. Manikavasagam dan ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan.

Khalid berkata kedua-dua tol tersebut sepatutnya sudah lama dihapuskan.

 ”Laluan ini memang sudah lama wujud dan mereka (syarikat konsesi) sekadar melebarkannya daripada dua ke enam lorong.

“Pengguna pula terus dikenakan bayaran sehingga ke hari ini selepas kira-kira dua puluh tahun kutipan tol dimulakan.

“Mengambil kira kenderaan yang semakin banyak, sehari sahaja PLUS (Projek Lebuhraya Usahasama Berhad) mampu mengutip ratusan ribu. Bayangkanlah untuk beberapa tahun ini, memang inilah paling mengarut sekali,” jelasnya sewaktu ditemubual TVSelangor.

Salah seorang peserta demonstrasi mencuri tumpuan apabila beliau mengangkat palang di satu lorong plaza tol Batu Tiga menyebabkan beberapa kenderaan melepasinya tanpa perlu membuat bayaran.

Bagaimanapun, Dr Xavier yang berada di situ segera mengarahkan palang tersebut diturunkan dan beliau berjanji untuk membayar ganti rugi yang ditanggung pihak PLUS.

Saturday, May 12, 2012

Ibu Bapa DUN Seri Muda dan Sri Andalas Ucap Terima Kasih




KLANG, 12 MEI : Bekerja sendiri dan mempunyai tanggungan anak yang ramai, Mohd Noh Atam, 43, bantuan RM100 kepada anaknya memberi faedah yang cukup besar kepada diri serta keluarganya.

Penerima ‘Bonus Selangorku’ ini ternyata gembira kerana kerajaan negeri prihatin dan peka terhadap beban yang ditanggung rakyat dengan menyediakan pelbagai program bermanfaat.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat membeli barang-barang keperluan anak memandangkan pendapatan saya tidak menentu,” katanya yang tinggal di Jalan Kebun, Klang.

Beliau dan hampir 145 penerima ‘Bonus Selangorku’ dibawah Fasa Ketiga Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menerima baucer RM100 untuk membeli barang keperluan anak di Pasaraya Econsave, Kampung Jawa hari ini.

Skim TAWAS bermula tiga tahun lalu dan kerajaan negeri memperuntukkan RM7.5 juta di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk diagihkan kepada semua rakyat.

Dibawah TAWAS, Kerajaan Selangor menghadiahkan tabung simpanan RM100 bagi anak yang baru lahir di negeri ini dan apabila berusia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.

Seorang lagi penerima, Zulhisham Mohd Ramli, 45, berkata Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran baru ini terbukti lebih baik kerana dengan peningkatan simpanan negeri dan rakyat turut mendapat faedahnya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana hasil negeri yang banyak dipulangkan semula kepada rakyat untuk menikmatinya,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Bonus Selangorku merupakan satu lagi usaha kerajaan negeri berkongsi hasil negeri untuk rakyat, pemberian bonus ini sebagai ganjaran kepada anak-anak yang didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing dalam skim TAWAS sejak dilahirkan selepas Mac 2008.

Turut menemankan peserta ialah Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud

75 Waris Terima Bantuan SMUE Di DUN Sri Muda, Kota Raja


277 views
 
KLANG, 12 MEI : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) hari ini menyampaikan bantuan RM1,500 kepada 75 waris warga emas bagi DUN Sri Muda, Parlimen Kota Raja.

Rata-rata waris yang hadir ditemui ternyata gembira dan mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan negeri.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, SMUE ini adalah skim khairat kematian sebagai usaha menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka.

“Tujuan SMUE ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan beberapa perkara seperti proses pengurusan jenazah serta pengkebumian dan membantu melangsaikan hutang si mati,” katanya ketika memberi ucapan di Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat SMUE Fasa Kedua di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Jalan Kebun hari ini.

Katanya, SMUE bertujuan memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bemilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang mendaftar secara rasmi dengan urus setia SMUE.

Sejumlah RM1,500 seorang akan diberi selepas kematian, manakala RM1,000 akan diberikan setelah selesai proses pengebumian dan waris boleh menuntut di Pejabat Khidmat DUN di setiap kawasan.

SMUE dilancarkan pada Ogos 2008 dan merupakan salah satu daripada tujuh agenda dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini sudah memasuki Fasa Kedua.

Selain itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang turut hadir berkata, kerajaan negeri ingin mengembalikan hasil yang diperolehi oleh negeri kembali kepada rakyatnya.

Shuhaimi turut menasihati waris si mati supaya menggunakan wang yang diperolehi daripada SMUE itu untuk kebajikan dan manfaat kepada si mati serta tidak sesekali menyalahgunakan wang berkenaan.

Sehubungan itu, semua warga emas yang belum menikmatinya hendaklah mendaftar dengan berpandukan kepada syarat-syarat seperti mesti berumur 60 tahun dan ke atas, lahir dan sedang menetap di Selangor, bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.


Thursday, May 10, 2012

SISMEP Bantu Kesan Pengundi Hantu

873 views
PETALING JAYA, 10 MEI : 

PKR hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media PKR Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin PKR Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media PKR Selangor diadakan di Pejabat PKR Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan PKR Selangor.

The Prospect of Upcoming Elections is Raising Political Temperatures in Malaysia.

From Carnegie Endowment for International Peace
By Vikram Nehru

There has been growing speculation that the thirteenth Malaysian general elections will be held in June this year. But massive demonstrations in Kuala Lumpur on April 28 organized by Bersih (a civil society coalition for clean and fair elections) that ended in tear gas and pitched street battles, may have thrown a spanner in the government's plans.
The inevitable finger pointing between Bersih and the police that followed (some 380 people were arrested, significantly less than a similar rally last year) masks the more important point that there is popular belief that the election system is rigged in favor of the ruling Barisan Nasional.
The Election Commission has been at pains to announce that it has implemented many of the recommendations of the Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms, which conducted a genuine and nationwide consultative process. One recommendation being implemented is the use of indelible ink to prevent voter fraud, a recommendation put forward by Bersih itself.
The Election Commission also scrutinized the electoral rolls and found few irregularities, but so deep is the distrust in the country that this result appears to have carried little credibility.
The accuracy of the electoral poll in Malaysia is indeed a critical matter that must be beyond reproach. There are several swing states where small margins can change the national result significantly.
In the meantime, Prime Minister Najib has embarked on a charm offensive. He fulfilled an earlier promise by repealing the Internal Security Act, which allowed for preventive detention without trial. The government also passed a law that allows students to join political parties (although political events on campuses are still banned).
These actions no doubt will positively impact the prime minister's popularity, which was already high following a populist budget and a recent report complimenting the government on the implementation of its economic reform package. But while the prime minister enjoys very favorable ratings in the polls, his party, Barisan Nasional, does not.
This has given the opposition parties some hope, although they have yet to coalesce and offer a clear alternative. The scenes over the weekend of street protests and tear gas, together with allegations of police brutality, will likely help the opposition and hurt the government. This could further narrow the difference between the incumbent Barisan Nasional and the main opposition coalition.
All the tea leaves suggest a close race, perhaps closer than the one in 2008 when the opposition took five of thirteen state legislatures and over a third of the seats in parliament, denying the Barisan Nasional a two-thirds majority.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERSIH 3.0 : Suatu Komentar 

Tahniah kepada Penganjur BERSIH 3.0 kerana berjaya mengadakan suatu demonstrasi raksasa terdiri daripada pelbagai kaum, di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, pada 28 April 2012.

Demonstrasi ini adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat pelbagai kaum terhadap kerajaan Barisan Nasional kini. Kemarahan ini bukan sahaja berpunca daripada persoalan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah juga ekoran daripada banyak faktor-faktor lain yang sudah pun diketahui umum.

Kemarahan rakyat bertambah-tambah lagi apabila media massa kerajaan BN mempermainkan isu liwat, seks dan videonya sekali dan isu SGVT yang kebenarannya ditolak oleh rakyat pada umumnya. Sedangkan sebaliknya rakyat umum banyak pula mendengar cerita-cerita sumbang pemimpin-pemimpin BN berhubung dengan soal seks.

Sesungguhnya fenomena isu liwat dan seks yang dikumandangkan oleh media massa BN dalam dekad penghujung abad ke 20 dan awal abad ke 21 adalah suatu fenomena yang paling memalukan dalam sejarah politik dan sosial negara yang mencerminkan  kerendahan mutu dan nilai politik negara.

Selepas kejayaan Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan raksasa, maka moral dan imej politik Pakatan Rakyat bertambah meningkat dalam cuaca politik negara.

Dibawah senario politik demikian, pihak BN cuba mengalihkan pandangan rakyat kepada persoalan keganasan dan huru-hara Bersih 3.0 yang di dakwa dicetuskan oleh penunjuk-penunjuk perasaan termasuk pemimpin-pemimpin PKR.

Lebih keterlaluan lagi apabila pemimpin-pemimpin BN mendakwa pemimpin Perhimpunan Bersih 3.0 merancang ke arah menggulingkan kerajaan.

Kini pihak kerajaan berusaha kearah mengheret sebilangan penunjuk-penunjuk perasaan Bersih 3.0 ke mahkamah. Persoalannya, berasaskan kepada latar belakang peristiwa Demonstrasi Bersih 3.0 ini,  pada jiwa dan hakikat maknanya, siapa sebenarnya yang mula-mula mencetuskan keganasan?

Apakah ia berpunca daripada pihak kerajaan BN melalui PDRM dan sekatan Dato Bandar KL ataupun pihak rakyat?.

Apakah rakyat tidak berhak berdemostrasi secara aman di Dataran Merdeka?

Yang nyata Dataran Merdeka adalah hak rakyat dan negara. Adalah tidak menjadi kesalahan jiwa dan moral untuk rakyat berhimpun secara aman demi untuk menyatakan isi hati bersama kepada kerajaan di Dataran Merdeka.

Lebih-lebih lagi apabila rakyat mempersoalkan tentang kejujuran SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Alasan Dato Bandar KL bahawa hanya hal-hal yang menyentuh  " National event" sahaja yang boleh di adakan di Dataran Merdeka adalah suatu rasional yang lemah untuk memperbodohkan  pemikiran rakyat.

Apakah perhimpunan raksasa rakyat secara aman dengan misi dan visi yang mulia berhubung dengan pindaan 8 perkara Peraturan  dan Akta Pilihan Raya yang boleh memberi impak besar kepada masa depan politik ekonomi dan sosial negara tidak layak diadakan di Dataran Merdeka?. (Inilah Dato Bandar paling bengap dan penjilat tahi busuk BN - komen seorang peminat di FB sehari selepas pengumuman DBKL)

Nampaknya sekatan kerajaan BN itu adalah suatu provokasi permulaan kepada hak rakyat.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri selepas peristiwa demonstrasi itu, bahawa kerajaan akan menubuhkan suatu panel bebas untuk menentukan secara adil siapa sebenarnya mencetuskan keganasan dan huru-hara hanyalah sebagai  "Face saving" kepada imej kerajaan apabila melihat reputasi kerajaan BN terjejas teruk di kaca mata dunia, terutama di kalangan pejuang-pejuang hak asasi manusia.

Kalaulah dilihat "on the ground" semasa demonstrasi itu berlaku nampak peristiwa keganasan itu wujud selepas polis melepaskan pancuran air busuk dan tembakan gas pemedih mata kepada orang ramai.

Apa yang dapat dilihat orang ramai yang datang berpusu-pusu  lelaki dan perempuan, tua dan muda dan kanak-kanak tidak membawa apa-apa senjata selain daripada semangat supaya SPR melakukan keadilan dalam mengendalikan Pilihan Raya nanti, memakai baju kuning dan membawa sebotol air minuman mineral.  

Apakah dengan semangat dan kelengkapan yang begini boleh memberi suatu ancaman keselamatan kepada negara?  

Apa yang nyata perhimpunan raksasa rakyat melalui Bersih 3.0 secara implikasinya menjejaskan imej politik BN dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Atas faktor di atas inilah maka kerajaan BN mengatur strategi dengan memulakan langkah provokasi dengan membuat sekatan bagi menghalang penunjuk-penunjuk perasan menggunakan Dataran Merdeka. Dengan langkah provokasi sekatan ini pihak polis mempunyai ruang untuk bertindak apabila wujud penunjuk perasaan tertentu merempuh masuk Dataran Merdeka.

Senario demikian memberi kesempatan kepada pihak polis untuk bertindak ganas demi mewujudkan suasana psikologi takut kepada orang ramai supaya bersurai dan pulang ke rumah.

Akan tetapi menariknya pula strategi untuk mewujudkan psikologi takut telah tidak memberi kesan kepada ramai penunjuk-penunjuk perasaan, apabila ramai pula dikalangan mereka yang "counter" dengan melawan keganasan polis melalui tubuh badan mereka dan botol minuman air mineral.

Sikap keberanian orang ramai demikian wujud justeru timbul daripada rasa marah yang amat sangat atas keganasan polis (dengan memakai kelengkapan yang cukup), membimbangkan pihak kerajaan BN.

Kebanyakan slot video yang diulang tayang dalam televisyen kerajaan adalah slot-slot secara serpihan yang ditunjukkan dengan tujuan untuk membuktikan keganasan penunjuk-penunjuk perasaan.

Sebaliknya pula kalau kita ditayangkan dengan slot-slot secara keseluruhannya kita akan dapati gambaran yang sebaliknya.

Nyata moral dan reputasi kerajaan BN kini terus menurun lebih-lebih lagi apabila demonstrasi Bersih 3.0 mendapat sambutan luarbiasa daripada rakyat pelbagai kaum.

Bagi pemimpin-pemimpin BN mereka mesti mempertahankan kuasa dengan apa cara demi terus berkuasa dan demi untuk mengelakkan daripada terbongkar kesemua kekotoran yang berlaku dalam pemerintahan BN selama ini.

Konsep Ketuanan Melayu dan hak Melayu terus dikumandangkan kepada orang-orang Melayu demi untuk membangkitkan sentimen melulu terutama melalui PERKASA dan badan-badan NGO tertentu. (lebih-lebih lagi apabila mereka menyedari sebahagian besar penduduk-penduduk Cina terutama di bandar berpihak kepada Pakatan Rakyat).

Sedangkan sebaliknya sejarah telah menunjukkan dikalangan pemimpin Parti UMNO lah yang sebenarnya telah menyerahkan bulat-bulat bumi Melayu (Pulau Temasik=Singapura) kepada kuasa politik orang-orang bukan Melayu.

Fakta-fakta kini juga telah menunjukkan ramai pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat nasional, negeri dan bahagian yang hidup begitu mewah di tengah-tengah kesusahan dan kesengsaraan ramai orang Melayu.

Nampak apa yang mereka laung dan pekik itu tidak sama dengan apa yang mereka bikin selama ini.

Memang tidak dapat dinafikan penting konsep ketuanan Melayu dipertahankan. Akan tetapi umum tidak boleh menafikan juga bahwa ketuanan Melayu itu hendaklah ketuanan yang berintegriti dan bermoral sejajar dengan jiwa Al Quran dan Al Sunnah.  

Melihat kepada realiti jiwa Al Quran yang dilaksanakan dalam zaman keagungan Islam (Dalam zaman Rasulullah S.A.W dan para Sahabat) menampakan kepada kita bahawa perlaksanaannya di dokong oleh personaliti-personaliti yang sebenar-benar mendokong worldview al Quran dan menghayatinya dengan sungguh-sungguh. Mereka ini benar-benar takut kepada Allah s.w.t. dan sentiasa menghitung hari-hari pembalasan nanti dan tidak sekali-kali boleh dijual beli dengan gaji dan kedudukan dunia. 

Mereka sentiasa merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran mesej al Quran kepada masyarakat. Walaupun terpaksa menempuh kesusahan demi kesusahan dalam kehidupan.  

Diatas personaliti-personaliti demikianlah pengajaran al Quran dapat bertapak di bumi ini. Juga di atas personaliti-personaliti demikianlah al Quran mampu di terjemahkan sebagai formula kepada kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Madinah dahulu.

Sesungguhnya di atas jiwa dan personaliti-personaliti tadilah baru pengajaran al Quran boleh di laksanakan demi mewujudkan keadilan, kebenaran dan kasih sayang di muka bumi ini. Sebaliknya pula kalaulah kita hanya menggunakan Islam untuk kepentingan kedudukan kita, maka ia akan membawa natijah kepada wujudnya pencemaran ajaran agama itu sendiri.

Bertolak daripada kenyataan-kenyataan di atas penulis merasa sedih apabila masih ada di kalangan ulama-ulama kini masih belum (atau buat) tidak faham tentang senario keseluruhan politik, ekonomi dan sosial negara.

Melihat kepada falsafah Demonstrasi Bersih 3.0 yang bertujuan untuk mewujudkan kebenaran dan keadilan pilihanraya demi masa depan negara, agama dan bangsa maka pendirian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS hendaklah disokong oleh kita semua terutama dikalangan keseluruhan ulama-ulama Malaysia.

Mengikut sebuah kitab 'Hujatullah ul Bahghah' karangan Shah Waliullah al Dihlawi diri Rasulullah s.a.w.  dan para Nabi sebelumnya tidak mampu dihalang atau di hijab oleh ketiga perkara yang besar:

1)    Halangan(Hijab) tabiat.
2)    Halangan (Hijab) adab (budaya) dan
3)     Halangan(Hijab) pengenalan (ilmu).
 
Oleh kerana Rasulullah s.a.w. dan para Nabi-nabi sebelum tidak dihalang(hijab) oleh ketiga-tiga perkara tadi, maka dalam misi jiwa mereka sentiasa berjaya menegak kebenaran dan keadilan secara keseluruhan semasa hayat mereka masing-masing. Hanya ulama-ulama "al Warisatul Anbia" sahaja yang layak mengeluarkan fatwa.

Selamat berfikir!

(Nik Abdul Aziz Hj Nik Hassan (Bekas Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 7, 2012

Kerajaan Selangor Sediakan RM100 Bantuan Taska Pada Keluarga Miskin


321 views
SHAH ALAM 7 MEI : Bagi berjuta-juta ibu seperti perkerja kantin Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami.

Akan tetapi beban mereka diringankan apabila mereka dipilih untuk menyertai program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) Kerajaan Selangor.

Umi Kalsum, 36, adalah antara peserta pertama ke dalam program Sikembar yang memperuntukan RM100 bagi menghantar seorang anak ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Suami bekerja di kilang. Kami mempunyai tiga orang anak. Gaji kami tidak banyak dan dalam masa yang sama kami sibuk bekerja jadi memang akan menghantar anak ke taska.

“Jadi bantuan ini sekurang-kurangnya meringankan beban perbelanjaan yang kami tanggung,” katanya yang merupakan ibu kepada Mohd Izuan Shafiq, sembilan bulan yang menerima bantuan itu.

Setiap kanak-kanak dari keluarga yang layak akan menerima RM100 setiap bulan untuk kos menghantar anak ke Taska. Duit itu akan dibayar terus kepada Taska yang terbabit di dalam program itu di Selangor. 

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk bantuan itu bagi tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan seramai 2,500 anak-anak akan menerima manfaat itu untuk tahun pertama.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama JKM sedang giat mengenal pasti tempat penjagaan sama ada berbentuk di rumah atau institusi yang berdaftar.

“Kami akan mengemas kini lesen mereka bagi mengenal pasti taska yang layak menyertai program ini

“Dalam masa yang sama taska terbabit dapat menambah pendapatan mereka sekiranya ramai anak-anak yang mendapat bantuan ini untuk dihantar ke taska itu,” katanya selepas Majlis Pelancaran program itu di sini semalam.

Tambah Rodziah, bantuan itu diberikan kepada tiga kategori iaitu ibubapa yang berpendapatan rendah, ibu tunggal dan bapa tunggal yang bekerja.

“Bagi pendapatan rendah, ia melibatkan RM1,500 ke bawah yang menanggung satu hingga tiga orang anak, RM2,500 ke bawah yang menanggung empat hingga lima orang anak serta RM3,000 ke bawah yang menanggung anak melebihi enam orang,” katanya.

Setiap keluarga terhad kepada dua orang anak yang berumur bawah 4 tahun 11 bulan.

Setakat ini, sebanyak 25,000 keluarga dikenal pasti layak menerima skim bantuan itu.

Diharapkan program bantuan itu dapat menolong mengeluarkan keluarga dari paras kemiskinan.

seorang lagi penerima, Abadi Mohd Said, 30, berkata beliau bersyukur menjadi rakyat Selangor kerana kerajaan negeri menyediakan banyak bantuan bagi meringankan bebannya.
Walaupun anaknya, Muhammad Adam Haikal, lima bulan, merupakan anak pertama, tetapi beban kewangan yang ditanggung beliau dan isteri juga dirasai berikutan kos hidup yang semakin tinggi.

“Dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga saya,” kata pembantu tadbir itu ketika ditemui.



Thursday, May 3, 2012

BUKTI: Bagaimana PTPTN Menguntungkan Kroni UMNO

NOTA EDITOR: Bayangkan. Sebuah syarikat milik seorang ADUN UMNO bagi kawasan PERMATANG bernama Sulaiman Abdul Razak boleh dapat “duit percuma” (duit free) selama 33 tahun. 
Jumlah “duit free” yang dia dapat adalah RM15.4 juta setahun selama 33 tahun
Wang yang bakal digunakan untuk membayar keuntungan atas angin ADUN UMNO ini datangnya dari PTPTN. KUIS pula tidak boleh menurunkan kadar yuran pelajar kerana perjanjian berat sebelah ini
Pada waktu yang sama, pelajar2 KUIS terpaksa menanggung hutang PTPTN sehinggalah mereka mati kelak hanya kerana mahu memberi keuntungan besar atas angin kepada KRONI UMNO.  
PATUTLAH UMNO BERMATIAN PERTAHAN PTPTN
Kontrak KUIS: Syarikat Umno untung atas angin
Mohd Rafizi Ramli, 02 Mei 2012
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.
Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.
Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.
Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.
RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang.
Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)
RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato’ Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.
 
(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007)
Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.
Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun.
Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah “atas angin” dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.
Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.
Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.
Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma. Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.
--------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi PKR.

28 April hari kemenangan rakyat


May 3, 2012 
 
Tarikh itu juga harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat di mana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia.

Oleh Badrul Hisham Shaharin

Pada 28 April 2012, waktu itu lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur.

Ketika saya bersama seorang rakan melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai penjaja di hadapan Masjid India, tiba–tiba saya dikerumun oleh sekumpulan lebih 15 anggota polis beruniform terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit, “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot!”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh–puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut.

Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya.

Rayuan saya sia-sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia.

Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya dalam poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawannya sambil bersorak.

Di mana saya sedar kemudiannya wang tunai kira–kira lebih RM200 dalam poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling).

Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

‘Kau bunuh polis ya’……..
 
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya……..kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau.”

Sampai di hujung padang Dataran Merdeka, saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan.

Tiga puluh minit terbiar di Dataran Merdeka sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar apabila tiba di destinasi Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil. Saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan.

Saya hanya dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi dan dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman–teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM, Cheras.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa–apa berlaku, polis sudah tidak memakai tanda nama? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan?

Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlangsung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib Razak yang penuh ketakutan dengan bayang–bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.

Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka.

Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Hari Rusuhan Polis
 
Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut.

Bagaimana sekumpulan anggota polis bermotosikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah-tengah kumpulan mereka.

Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah supaya diam.

Kononnya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen–agen BN sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen BN, polis dimangsakan. Umno-BN menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan.

Polis perlu sedar hakikat ini. Kalau bersalah pun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan di lapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishammuddin Hussein perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap, memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim BN.

Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat

Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan lagi.

Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai siapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalannya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.

Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan sudah tentu kecoh stadium.


*Penulis yang juga dikenali sebagai Che’GuBard, ialah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia dan Ketua Cabang PKR Rembau.
 

Recounting arrest, Aziz says police an 'ignorant and confused' lot


Harakahdaily, 03 May 2012   
 
May 3: Former law lecturer Dr Abdul Aziz Bari has recounted his experience of being arrested on April 28 during the massive Bersih 3.0 rally for electoral reforms in Kuala Lumpur.

Aziz, believed to be among the first groups of protesters arrested on that day, said policemen had indulged in an orgy of name-calling and personal insults directed at protesters and Pakatan Rakyat leaders.

"Yellow shirt! Arrest!" he recalled screams from City Hall enforcement officers and policemen at the time of his arrest near the OCBC Bank.

"Don't you know you're old! You're old, so just stay home," Aziz (far left in pic) recalled a policeman taunting him.

In another instance, a policeman shouted: "Here are Anwar Ibrahim's dogs!".

Aziz said as he was physically being dragged, the police nabbed a media photographer for trying to take a snapshot.

"One student of photography complained that his camera costing thousands of ringgit was destroyed by a policeman," said Aziz, who likened police attitude on that day to the "thuggery" displayed by UMNO offshoot Perkasa.

Aziz, whose senior academic position at the law faculty of the International Islamic University was terminated last year, said some of the lower-ranked policemen were speechless when he demanded to know which law was being invoked for his arrest.

At one point, he told a policeman to rush medical treatment to a wounded detainee, and warned that he would be held responsible for any custodial death.

"He (the policeman) turned pale and speechless. This only goes on to show that the police force is ignorant and confused and fear the UMNO-BN government. They show their courage only in groups. Perhaps they don't have access to the Internet and only take orders from their bosses," said Aziz.


Assaults and taunts aplenty

He said even at the police station, officers would taunt and physically harass detainees who were already weak and exhausted by their ordeal.

"Some would punch, kick and slap the detainees as they are led away."

Citing one incident, Aziz said a PAS Unit Amal member was seen dragged behind a police truck, before loud noises were heard. Shortly after, the Unit Amal member was dragged away, visibly much weaker, "possibly beaten to a pulp", added Aziz.

On a lighter note, Aziz said some of the arrogant police officers suddenly turned polite to him after hearing other detainees address him as 'professor'.


'No moral values'


Aziz added that the extreme fear of police officers of their bosses was once again illustrated when Bakri Zinin, the Bukit Aman CID director, arrived at the police station "greeted by the officers' salutations and foot stomping".

"My perception of the police especially after Bersih 3.0 is that they are ignorant, confused and under pressure. They also lack moral values," Aziz concluded.

But Aziz said he was least surprised.

"When even judges and officials of the Election Commission who are protected by the constitution are fearful of UMNO-BN, what  can one expect from these policemen?"

PKR: Tolak budaya fitnah Umno


FMT Staff  | May 3, 2012 
 
Apabila terdesak maka Umno beralih kepada kepakaran sebenar mereka iaitu mencipta fitnah. 

PETALING JAYA: PKR mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.

Setiausaha Agung Dato’ Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Azmin sekadar mengesahkan peranan Najib yang memberikan laluan lampu hijau.

“Budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlaq ini sewajarnya dihentikan,” kata Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar beliau, budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah.

“Apabila Umno terdesak menghadapi kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa Bersih 3.0 maka Umno,

beralih kepada kepakaran sebenar mereka iaitu mencipta fitnah,” jelasnya.

Rakyat mampu beza hak dan batil

Saifuddin menerangkan bahawa harapan Umno agar rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, SPR yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka.

“PKR lantas mengajak rakyat mengambil pengajaran daripada peristiwa fitnah yang menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad saw Ummul Mukminin Aisyah ra yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat yang terkenal wara’ dan kebaikannya.

“Peristiwa ini mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah ini. Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan.

“Peristiwa ini juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama Muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama,” tegas beliau.

Justeru  itu katanya, PKR mengajak rakyat seluruhnya menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

“Rakyat semakin matang dan jika Umno beranggapan mereka terus boleh kekal berkuasa dengan politik fitnah ini ternyata Umno silap besar. Rakyat mampu membezakan di antara haq-batil, adil-zalim dan mahmudah-mazmumah,” ujar beliau.


Wednesday, May 2, 2012

DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL SALAHGUNA DANA RAKYAT BIAYAI PROGRAM WANITA UMNO MELALUI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA (MPWK)

 
Dato' Seri Shahrizat Jalil bertanggungjawab menubuhkan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) sebaik sahaja beliau mula-mula dilantik menjadi menteri penuh. Pengumuman mengenai penubuhan majlis ini dibuat pada 29 Jun 2001.
 
Pada asalnya, keanggotaan MPWK adalah terdiri dari EXCO wanita dari kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia. Malangnya, sejak penubuhan hingga ke hari ini, ia telah disalahgunakan sebagai sebuah organisasi haram yang dianggotai oleh Ketua-ketua Wanita Umno dan pimpinan Wanita Umno di setiap kawasan parlimen dan diberikan peruntukan yang besar oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Dato' Seri Shahrizat Jalil.
 
Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan dikategorikan sebagai pertubuhan haram.
 
MPWK mempunyai anggota di peringkat negeri dan parlimen. Ketua MPWK di peringkat negeri adalah Ketua Wanita Umno Negeri, manakala di peringkat parlimen adalah Ketua Wanita Umno Bahagian.
 
KEADILAN mempunyai bukti mengenai perbelanjaan dan peruntukan yang telah disalurkan kepada kesemua bahagian Wanita Umno di seluruh negara dengan berselindung di sebalik pertubuhan haram yang diberi nama MPWK ini.
 
Hari ini, Wanita KEADILAN menampilkan bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK. Surat jemputan yang dilampirkan bersama dialamatkan kepada Puan Normah Mohd Saman iaitu Ketua Wanita Umno Wangsa Maju.
 
Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang. Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Dato' Seri Shahrizat Jalil.
 
Oleh itu, Wanita KEADILAN mendesak:
 
1.      1) Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK ini dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK;
 
2.      2) Dato' Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan siasatan dalaman di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan serta merta bagi mengenalpasti sejauh mana penyelewengan telah berlaku sejak 2001;
 

3.      3) Dato' Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan
 

4.      4) SPRM menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.
 

Wanita KEADILAn akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan SPRM.
 
 
HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
 
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kezaliman polis bukti negara dijajah Umno – Shuhaimi

Saiz Teks: A A A


(Oleh Norutul Ilham)
SHAH ALAM 1 Mei: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei kesal tindakan zalim polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ 28 April lalu.

“Dikesalkan tindakan PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam menangani peserta perhimpunan yang bukan sahaja dihadiri warga tua, malah anak-anak kecil dengan tindakan pengecut dan bacul membedil gas pemedih mata dan menembak air kimia ke arah mereka; mirip benar seperti dilakukan polis Israel.

“Kezaliman PDRM dalam Bersih 2.0 rupanya diteruskan juga pada Bersih 3.0 walaupun Menteri Dalam Negeri sudah mengisyaratkan agar PDRM dapat bertindak sewajarnya berlandas kepada peraturan,” katanya pada kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Beliau berkata demikian mengulas insiden keganasan polis ke atas peserta dan golongan media.

Shuhaimi berkata, tindakan polis itu sama sekali tidak mengikut prosedur bahkan sengaja bertindak zalim kepada peserta membuktikan negara masih dijajah Umno.

“Tembakan gas rambang yang tidak disasarkan ke udara, malah ditujukan agak mendatar terus ke arah para demonstran, menyaksikan ratusan kecederaan, yang malangnya tidak mahu dimuatkan dalam berita arus perdana.

“Kalau dalam etika perang pun perkara yang dilakukan PDRM boleh dianggap keterlaluan dan zalim. Malah wakil antarabangsa yang dijemput Parlimen Malaysia termasuk daripada Pakistan dan Australia menganggap Malaysia ‘jumud’ dan ‘keterbelakang’ apabila melihat gerak gaya Umno BN,” ujarnya.

Justeru itu, katanya KEADILAN Selangor akan menganalisa video dan gambar Bersih 3.0 bagi membuktikan kepada awam bahawa dakwaan polis mengatakan peserta bertindak liar adalah tidak benar.

“KEADILAN Selangor sedang dan akan terus menganalisa segala video dan gambar daripada pelbagai sumber untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Bersih 3.0 adalah aman.

“Namun, ‘amarah rakyat’ dilihat sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah sampai masanya apabila kezaliman dan keganasan PDRM terhadap rakyat Malaysia berleluasa dan dibela oleh sang penguasa, rakyat pasti menghukum Umno BN dalam PRU 13 akan datang,” katanya.



Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29772

Tuesday, May 1, 2012

EJEN PROVOKASI PIHAK TERTENTU CETUS HURU-HARA DAN MENZALIMI KEBANGKITAN HARI MERDEKA JIWA RAKYAT: BERSIH 3.0

Pertama sekali KEADILAN Selangor ingin menzahirkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pejuang rakyat Malaysia yang tampil dengan berani menyatakan sokongan kepada pilihanraya yang adil dan bersih dalam himpunan kebangkitan rakyat serta 'hari merdeka jiwa rakyat' Sabtu lepas: BERSIH 3.0: DUDUK DAN BANTAH.


Kebangkitan rakyat yang benar-benar menjiwai semangat 'Merdeka' pada perhimpunan gergasi ini menyaksikan lebih dari 300,000 rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira kaum dan latar belakang, adalah sesuatu yang amat dibanggakan. ini menunjukkan tahap sokongan rakyat yang sangat tinggi kepada agenda pilihanraya adil dan bersih supaya segala tuntutan kepada SPR dan pemerintah yang menguasai SPR dipenuhi segera.


Saya ingin memetik sabda Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang mafhumnya: "Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim" HR Tirmizi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan Al-Nasa'ie no. 7834) dinilai Sahih oleh Imam Nasiruddin al-Albani.

Dan;

Rasulullah SAW juga bersabda: "Penghulu orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan juga seorang pemuda yang bangkit menegur dan menasihati pemerintah yang zalim, sehingga ia dibunuh oleh pemerintah tersebut". (HR Al-Hakim, no. 4884)


Saya juga ingin sebutkan apa yang pernah di ucap oleh Mantan Presiden yang ke-16 Amerika Syarikat, Abraham Lincoln berkata: "To sin by silence when they should protest makes cowards of men" atau "Dosa mendiamkan diri apabila perlu membantah menjadikan manusia itu dayus".

Dan;

Martin Luther King Junior pula pernah menyatakan: "The hottest part of hell is reserved for those who are neutral in times of moral decay" atau "Bahagian neraka yang paling panas adalah diluangkan untuk mereka yang bersifat tidak berpihak dikala runtuh nilai moral".


Kemungkinan besar intipati kesemua petikan diatas inilah telah menggerakkan hati dan anggota rakyat yang sedar akan kezaliman UMNO/BN agar turut sama berjihad memerangi mereka yang munafik dan mengampu.


Pemberian skim rasuah seperti BR1M, KR1M dan yang sewaktu dengannya tidak berfungsi malah berita keganasan pada perhimpunan BERSIH 2.0 tidak melunturkan semangat Rakyat yang mahukan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan dalam ertikata yang sebenarnya.


KEADILAN Selangor berbangga dengan tahap disiplin peserta dan penyokong BERSIH 3.0 yang dengan jelas dan nyata menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang apabila dapat berhimpun aman bermula seawal malam 27hb hinggalah ke akhir perhimpunan pada 28hb April 2012.


Cuma yang dikesalkan adalah tindakan PDRM dalam menangani peserta perhimpunan aman ini yang bukan sahaja dihadiri oleh warga tua, malah anak-anak kecil dengan tindakan pengecut dan bacul membedil gas pemedih mata dan menembak air kimia ke arah mereka; mirip benar seperti yang dilakukan polis / tentera negara haram Israel.


Tembakan gas rambang yang tidak disasarkan ke udara, malah ditujukan agak mendatar terus ke arah para demonstran, menyaksikan ratusan kecederaan, yang malangnya tidak mahu dimuatkan dalam berita arus perdana. Tindakan pengecut ini telah menerima ulasan negatif daripada BBC, apabila siarannya ditapis dan keluhan Rakyat dibuang begitu sahaja.


Apa sebenarnya yang mahu disembunyikan oleh UMNO/BN/PDRM? Apakah Rakyat harus mendengar hanya cerita berat sebelah? Apakah UMNO/BN masih tidak mempelajari kesilapan lampau?


Apakah PDRM tidak sedar bahawa dalam kalangan peserta demonstrasi itu merupakan warga tua, golongan wanita dan anak-anak kecil? Apakah sudah tidak ada timbang rasa mengguna akal yang dikurnia Tuhan untuk berfikir sebelum bertindak semberono? Kalau dalam etika perang pun perkara yang dilakukan oleh PDRM semalam boleh dianggap keterlaluan dan zalim. Malah wakil antarabangsa yang dijemput Parlimen Malaysia termasuk daripada Pakistan dan Australia menganggap Malaysia 'jumud' dan 'keterbelakang' apabila melihat gerak gaya UMNO/BN dan media massa.


Segala paparan yang cuba ditonjolkan oleh media milik UMNO yang kononnya peserta BERSIH bertindak ganas tidak lain hanyalah satu provokasi yang dipercayai dimulakan sendiri oleh ejen provokator upahan yang dengan jelas bukan cerminan utama keseluruhan ratusan ribu peserta BERSIH lain yang berdisiplin tinggi dan menghormati undang-undang. Perlu diingatkan bahawa perhimpunan berlalu aman sehingga detik-detik akhir. Apakah PDRM menerima arahan terdesak diakhir perhimpunan apabila sedar Rakyat tidak memakan umpan? Atau sememangnya telah 'diarah' agar peserta 'masuk perangkap'?


Saya sendiri mendapat maklumat di awal pagi 28hb April bahawa terdapat beberapa trak PDRM yang membawa 'rakyat awam' ke dalam kawasan perhimpunan. Siapa dia 'rakyat awam' ini ? Adakah satu taktik biasa yang diguna sewaktu Reformasi 1998 dahulu yang dengan jelas menggunakan Special Branch (SB) warisan zaman colonial British sebagai provokator untuk mencetus huru-hara dan menyalahkan rakyat awam yang berhimpun aman?. Hasil pemantauan seluruh ahli KEADILAN Selangor yang turut bersama rakyat pada perhimpunan BERSIH 3.0 telah menghantar laporan bahawa kebanyakan provokator yang mencetus huru-hara tersebut bertindak di luar kebiasaan peserta BERSIH 3.0 yang lain.


Kezaliman yang dilakukan oleh PDRM dalam BERSIH 2.0 rupanya diteruskan juga pada BERSIH 3.0 kalaupun Menteri Dalam Negeri sudah mengisyaratkan agar PDRM dapat bertindak sewajarnya berlandas kepada peraturan. Maka saya tidak hairan kalau ada anak muda bangun melawan kezaliman ini demi menyatakan rasa marah kepada tindakan semberono PDRM yang mengakibatkan ramai peserta perhimpunan aman ini cedera dipukul dan memangsakan peserta warga tua, wanita dan anak-anak kecil sepertimana yang berlaku di kawasan Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman apabila kenderaan Polis memecut kononnya untuk menakutkan para demonstran.


KEADILAN Selangor juga sedang dan akan terus menganalisa segala video dan gambar daripada pelbagai sumber untuk membuktikan kepada Rakyat bahawa BERSIH 3.0 adalah aman. Namun, 'amarah rakyat' dilihat sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah sampai masanya apabila kezaliman dan keganasan PDRM terhadap rakyat Malaysia berleluasa dan dibela oleh sang penguasa, rakyat PASTI menghukum UMNO/BN dalam PRU 13 yang akan datang.


Najib Razak dan UMNO Barisan Nasional seharusnya berjiwa besar untuk memenuhi tuntutan BERSIH 3.0 kerana apa guna kemenangan pilihanraya oleh UMNO Barisan Nasional kalau rakyat Malaysia tahu bahawa itu adalah kemenangan yang haram dan menipu!


Sekali lagi KEADILAN Selangor ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada para Pejuang Rakyat, terutama mereka yang ditahan di PULAPOL. Ucapan tahniah juga kepada mereka yang dipukul, disepak, dilontar gas pemedih mata, kerana air mata dan mengalirnya darahmu itu adalah penyaksian kepada Tuhan bahawa saudara/saudari telah melaksanakan AMANAH memperjuangkan nasib Rakyat yang tidak berupaya membela nasib diri.


Analisa awal KEADILAN Selangor menunjukkan adanya campurtangan berlebihan dan terancang ejen provokasi UMNO / BN / PDRM dalam himpinan kali ini. Sesungguhnya kebenaran akhirnya akan tiba dan bersabar hingga ia memunculkan dirinya. Ketika itu sudah terlambat bagi UMNO / BN / PDRM dan mereka yang bersekongkol dengan kezaliman untuk memohon maaf. Kuasa rakyat, kuasa keramat!


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR /
AHLI MPP KEADILAN PUSAT /
ADUN SRI MUDA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.