Tuesday, December 17, 2013

Perjanjian Lewa Kerajaan Pusat Bukan Alasan Kenaikan TOL - PKR



Alasan bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi terlalu dangkal dan tidak boleh diterima, kata PKR.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, ini kerana, sebahagian besar syarikat pemegang konsesi dikuasai oleh anak-anak syarikat kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Anggota Parlimen Pandan itu justeru berkata, kerajaan oleh itu mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merunding semula terma berkaitan.

"Ini bermakna, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar kelmarin berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. 

Katanya, telah tiba masanya kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, tiga pemegang konsesi lebuh raya terbesar - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Prolintas dan Gamuda - dikuasai oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Plus dikuasai Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Prolintas anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB). 

Hanya Gamuda merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010), kata Rafizi.

Sementara itu, Rafizi juga berkata, perlu juga diambil kira apabila sebahagian besar konsesi tol di negara ini juga mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan.


malaysiakini

Kerajaan Pusat Sambil Lewa Tidak Teliti Perjanjian Dengan Syarikat Konsesi,Rakyat Yang Terima Kenaikan TOL


Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.
Khalid, bekas tokoh korporat negara berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.
“Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.
“Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.
“Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini.
Bagi beliau, kerajaan pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan
Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Menurut angka yang disebarkan melalui laman sosial, kenaikan mendadak kadar tol di negara ini akan berlaku mulai tahun depan.
Mengikut angka yang tidak pasti kebenarannya itu, kadar tol di lebuh raya Sungai Besi Besraya akan naik dari RM1.30 ke RM2.
Lebuh raya NPE dari RM1.60 ke RM2, LDP dari RM1.60 ke RM2.10, Akleh dari RM1.50 ke RM2.50, Kajang SILK dari RM1 ke RM1.30.
Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) pula dari RM2.50 ke RM3.50, lebuh raya Kajang -Seremban (Lekas) dari RM1.90 ke RM2.30, lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) dari RM1.50 ke RM2.50, Lebuhraya Pantai dari RM1.50 ke RM2.50, Damansara RM1 ke RM1.50, Kiara dari RM2 ke RM3.
Lebuh raya SKVE pula dari RM14.96/kilometer ke 16.46/kilometer manakala Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) pula dari RM1.40 ke RM1.90 dan Lebuhraya Smart dari RM2 ke RM3. – 16 Disember, 2013.

TMI

Monday, December 16, 2013

Kerajaan Pusat Menaikan Tarif Eletrik, Kerajaan Negeri Kekalkan Tarif Air


SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Selangor menyatakan komitmen untuk tidak akan menaikkan harga air walaupun kadar caj elektrik dinaikkan Kerajaan Pusat mulai 1 Januari 2014.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan itu diambil ekoran mahu membantu meringankan beban rakyat.
“Walaupun Kerajaan Pusat mengambil langkah menaikkan caj elektrik tetapi Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga air,” katanya dalam ucapannya ketika lawatan kerja ke Rumah Puteri Arafiah Seksyen 7, di sini.
Hadir sama isterinya yang juga Yang diPertua Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah, Puan Sri Salbiah Tunut.
Turut hadir Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek serta Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.
Abdul Khalid berkata sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin, rakyat perlu diberikan sokongan dalam menangani isu kenaikan ini.
“Langkah itu diambil untuk menolong rakyat yang mana kita merasakan rakyat memerlukan sokongan dalam masalah ini,” katanya.
Tarif elektrik akan dinaikkan bermula tahun hadapan sebanyak 15 peratus.
Kenaikan itu menjadikan harga baru untuk sekilowatt 33.54 sen di Semenanjung Malaysia.
Manakala bagi Sabah dan Labuan, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kwj kepada 34.52 sen/kwj.
Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan Kerajaan Negeri akan meneruskan subsidi air kepada 10 tahun akan datang.
-EZY

selangorkini

Penubuhan JKKKP UMNO-BN Adalah Pembaziran - YB Shuhaimi Shafiei


SHAH ALAM, 14 DIS : Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pusat (JKKKP) membuktikan satu lagi pembaziran Umno-BN di Selangor dan jelas bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata peraturan sedia ada menegaskan bahawa penubuhan JKKK di sesebuah kawasan atau daerah untuk membantu penduduk kampung adalah termaktub di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Katanya peranan JKKKP bukan sahaja tidak diiktiraf, malah ia antara punca yang akan menyebabkan berlakunya pecah belah di kalangan masyarakat setempat.
“Perkara ini bertentangan dengan peraturan sedia ada dan menunjukkan keegoan Umno-BN untuk mengiktiraf bidang kuasa Kerajaan Negeri di Selangor.
“Mereka (Umno-BN) harus menghormati keputusan ini dan bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya tidak berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
BN Selangor bertindak menubuhkan JKKKP sendiri selepas parti itu kalah kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum pada 2008.
Umno bahagian bertanggungjawab melantik JKKKP berkenaan dengan bayaran bulanan RM800 yang dibuat oleh Kementerian Luar Bandar.
Bagaimanapun, lantikan itu tidak diiktiraf kerajaan Selangor.
Sehubungan itu Shuhaimi mencabar Kerajaan Pusat supaya memansuhkan JKKKP dengan segera kerana mendakwa ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat.
Malah katanya ia secara tidak langsung menunjukkan rasa tidak hormat Umno-BN terhadap konsep semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara.
“Saya cabar Umno-BN hentikan perkara ini dengan segera. Belajarlah hormati keputusan rakyat,” katanya lagi.
-EZY

selangorku

Kemungkinan 13 Lebuh Raya Mengalami Kenaikkan TOL


KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.

Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.

"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. 

- Harakahdaily


Sunday, December 15, 2013

JAKIM Perlu Ada Pendirian , Usah Menjadi Alat Tertentu Lagi


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.

TMI

Saturday, December 14, 2013

Gangguan Air Selangor,PBT Sedia Berkhidmat


PETALING JAYA: Kerajaan Selangor akan berjumpa dengan Syarikat Bekalan Air Syabas (Syabas) Isnin depan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai gangguan bekalan air minggu depan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mahu tahu persediaan yang akan dilakukan syarikat air swasta itu bagi mengatasi masalah tersebut termasuk jangkaan bekalan pulih sepenuhnya dan kawasan-kawasan yang terlibat.
“Kerajaan Selangor memandang serius pengumuman gangguan bekalan air yang dibuat Syabas pada 17 hingga 22 Disember depan yang akan menjejaskan bekalan kepada lebih 1 juta pengguna di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Gangguan bekalan ini berikutan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama di loji tersebut.
Beliau berkata, walaupun gangguan tidak dapat dielakkan, namun pihaknya akan memastikan gangguan ini tidak begitu menjejaskan dan membebankan kehidupan seharian pengguna.
Katanya, kerajaan negeri juga akan memanggil pihak berkuasa tempatan (PBT) di  kawasan-kawasan yang terlibat sebagai persediaan memandangkan Syabas tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang gangguan bekalan air berlaku kecuali pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.
“Kita akan mengarahkan PBT supaya menyediakan lori-lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada pengguna di kawasan itu,” katanya.
Beliau turut menggesa Syabas memastikan bekalan air pulih lebih cepat atau sekurang-kurangnya dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pengguna tidak terlalu terbeban dengan gangguan air ini.
Menurut Khalid, seperti yang diketahui pihaknya kini masih dalam proses mengambilalih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi bagi memberi perkhidmatan pembekalan air yang lebih efisien pada kadar tarif yang munasabah.
“Selepas pengambilalihan ini selesai, kerajaan Selangor berazam untuk memastikan kebajikan dan kepentingan pengguna diutamakan dalam membuat keputusan apabila melibatkan henti tugas sementara loji atau kejadian lain di luar jangkaan,” katanya.
Syabas dalam satu kenyataan semalam berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disembar (Ahad).
Ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat SainsNegara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Fmt

Friday, December 13, 2013

Kerajaan Pusat Patut Mencontohi Perkhidmatan Bas Percuma Kerajaan Negeri Demi Kesejahteraan Rakyat


SHAH ALAM 12 DIS : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memuji tindakan Kerajaan Selangor yang menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat di negeri itu bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata Kerajaan Pusat perlu mengambil pendekatan sedemikian jika mahu rakyat lebih banyak menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kesesakan trafik.
Katanya, tindakan Kerajaan Pusat menaikkan kadar tambang pengangkutan awam akan menyebabkan matlamat yang mahu menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan itu tidak akan tercapai.
Rabat bas PerantaraMalah, katanya, satu kajian menyeluruh juga perlu dijalankan supaya rakyat tidak berterusan terbeban dengan pelbagai kenaikan mutakhir ini.
“Salah satu faktor kenaikan itu adalah dengan alasan caj elektrik naik tetapi kerajaan perlu faham ia membabitkan kegunaan ramai pengguna, dulu minta perkhidmatan ini digunakan kerana harga minyak naik tetapi sekarang tambangnya juga naik.
“Dalam masa yang sama kerajaan mahu menggalakan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam tetapi bila berlaku kenaikan ini paras penggunaan perkhidmatan akan menurun seterusnya matlamat kerajaan itu tidak tercapai,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.
Selain itu, Yusof berkata perkhidmatan pengangkutan awam perlu dipertingkat selaras dengan kenaikan tambang itu.
“Jangan sampai orang ramai tidak mahu gunakan langsung, jika tidak pastikan kadar kenaikan itu mampu dibayar oleh pengguna dan tidak membebankan mereka,” katanya.
Beliau turut mencadangkan supaya diskaun atau subsidi bagi perkhidmatan awam diperkenalkan.
“Bagi perkhidmatan komuter, golongan berpendapatan bawah RM3,000 layak menerima diskaun, jadi insentif sebegini boleh diperluaskan kepada pengguna sistem aliran transit ringan (LRT) dan monorail, bagi diskaun kepada pengguna yang menggunakannya setiap hari,” katanya.
EZY
selangorkini

Kadar Miskin Bandar Amat Parah & Akan Terus Meningkat


PETALING JAYA: Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang mendadak secara serentak akan menyebabkan peningkatan jumlah golongan miskin bandar.
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meramalkan, penduduk bandar berpendapatan sekitar RM3,000 paling menerima kesannya kerana terpaksa bergelut dengan tekanan sara hidup yang semakin mendesak.
“Kalau dulu semasa berlaku kenaikan harga minyak kita suruh orang ramai guna pengangkutan awam, tetapi sekarang kalau tambang LRT dan monorel pun naik juga maknanya kini mereka tiada pilihan.
“Perlu cari jalan lain seperti melakukan kerja tambahan tapi itu berisiko menimbulkan kesan sosial lain pula,” kata Pengarah Komunikasi Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi.
Beliau berkata sedemikian dalam responnya terhadap spekulasi kenaikan kadar tambang LRT dan monorel tahun depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrikyang akan bermula Januari depan
Namun menegaskan perkara itu masih dalam peringkat kajian berdasarkan empat faktor, iaitu struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri.
Begitu juga dengan ura-ura kenaikan tol dibeberapa lebuh raya utama bermula Januari 2014 selepas pengumuman kenaikan gula termasuk harga minyak petrol dan diesel selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Mohd Yusof meramalkan, kadar tambang industri rel dijangka naik dalam kadar 10% selepas mengambil kira tempoh kenaikan yang tidak berlaku sejak 10 tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan perlu mengutamakan tanggungjawab sosial dengan mencari jalan lain supaya rakyat golongan sederhana dan bawahan tidak menjadi ‘mangsa’ dengan kesannya.
“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan industri rel perlu cari jalan supaya kadar perolehan adalah berdasarkan jumlah kekerapan pengguna pengangkutam awam, bukan memikirkan keuntungan sama seperti syarikat swasta lain,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataannya mendesak Barisan Nasional (BN) membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga tahun 2017.
Rafizi mendakwa, BN merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan menjelang Mac 2015.
Katanya, keputusan untuk menaikkan harga barang telah pun dibuat seawal tahun pertama Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009 lagi.
Malah sejak 2009, PEMANDU dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali. Ini melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.
“Kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana Barisan Nasional takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13.
“Namun kini selepas PRU13 mereka mengambil kesempatan untuk mula melaksanakan keputusan-keputusan menaikkan harga barang yang telah dirancang selama ini.
“Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan,” katanya.
Pengarah Strategi PKR itu menegaskan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan mampu mengubah kedudukan sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah jika kenaikan terus berlaku.
“Jumlah bantuan yang diberikan melalui BR1M walaupun menelan hingga RM7 billion, tidak pun dapat membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga yang berturut-turut ini,” katanya.

Fmt

REFORMASI Wajib Terhadap Malaysia Yang Dikatakan Juara Korupsi


KUALA LUMPUR - Prestasi cemerlang Malaysia sebagai juara korupsi dunia diwajarkan dengan RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram pada 2011, keempat paling teruk di dunia, kata Lim Guan Eng.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, bagi tahun tersebut, kedudukan Malaysia berada di belakang Rusia (USD191.14 bilion), China (USD151.35 bilion) dan India (USD84.94 bilion).

Katanya, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti, walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding negara dengan populasi lebih besar di dunia antara tahun 2002-2011 dengan jumlah USD370.38 bilion.

“Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, dengan jumlah kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau USD370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara tahun 2002-2011, jelas sekali bahawa jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih besar daripada KDNK Malaysia untuk tahun ini mahupun tahun hadapan.

Menurutnya lagi, setiap negara di kedudukan 10 tertinggi dalam senarai terbabit mempunyai bilangan jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia.

Tambahnya, tidak dapat dinafikan bahawa secara perkapita, Malaysia muncul juara dunia dalam gejala rasuah dan mengesahkan gelaran yang diberikan Transparency International dan Wall Street Journal dalam jangka setahun yang lalu.

Justeru, ujarnya Kerajaan Barisan Nasional mesti mengambil tindakan ke atas penganugerahan gelaran yang begitu memalukan kepada negara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas skandal-skandal kewangan seperti skandal saham Bimputera bernilai RM52 bilion, di mana orang Melayu biasa terlepas peluang mendapatkan saham-saham ini yang barang kali ghaib ke tangan-tangan pemimpin BN.

Selain itu, katanya skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan saban tahun pihak Ketua Audit Negara tentang kegagalan mengurus kewangan (yang melibatkan dana berjumlah RM6.5 bilion dalam tahun 2012).

“Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang menerima sebarang hukuman,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, jelas sekali Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif dan tidak cekap; malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menghentikan pengaliran keluar wang haram ini, walaupun telah mewujudkan jawatankuasa bertindak pada tahun 2010 untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menghentikan aliran keluar wang haram.

Barangkali, katanya Malaysia harus mencontohi model British yang mewujudkan pendaftaran awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi menghentikan aliran wang haram.  

- TMI


Rakyat Selangor & KL Di Ingatkan Bersedia Menempuh Ganguan Air Bermula 17 Disember Hingga 22 Disember


Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
    
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga jam 8 pagi 22 Disember (Ahad). 
    
Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
    
Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
    
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.
    
"Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.
    
Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. 
    
Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 
    
Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
    
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air: 
    
WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.
    
2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta. 
    
4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.
    
5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul. 

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.
    
7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang. 

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.
    
13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan. 
    
WILAYAH GOMBAK:

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.
    
WILAYAH PETALING:

Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; 

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; 

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya; 

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:

Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

- Bernama

Malaysia Antara Top 5 Tertinggi Jumlah Aliran Wang Haram Keluar , Ini Wajib Diperbetulkan


Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.
"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI  juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013.

TMI

Thursday, December 12, 2013

Kenaikan Tambang Pengangkutan LRT & Monorel Mengundang Amarah Rakyat Di Alam Maya

Isu tambang LRT, monorel dapat perhatian pembaca

SHAH ALAM - Kurang 24 jam berita mengenai kenaikan tambang pengangkutan jenis LRT dan monorel yang dimuat naik Sinar Harian Online hari ini mendapat sambutan hangat pembaca.

Setakat jam 8 malam tadi, berita yang sama dipaparkan dalam akaun media sosial Facebook Sinar Harian mencatatkan lebih 1,300 komen, manakala 242 yang lain berkongsi artikel tersebut.

Oleh kerana isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain belum reda seperti harga minyak, gula dan tarif elektrik, namun pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menarik pelbagai reaksi pembaca dan rakyat.

Secara keseluruhan, kebanyakan komen tersebut membantah kenaikan tersebut, tidak kurang pula secara menyindir menyokong tindakan kerajaan itu.

Menurut pemilik akaun 'Epit De Silver Top', rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan semata-mata sedangkan pasaran dunia menentukan turun naik sesuatu barangan dan perkhidmatan.

"Alhamdulillah...semua naik...kita kena ikut pasaran dunia," katanya.

Pemilik akaun 'Pehe Rilek' pula senada kenyataan tersebut sambil menasihatkan rakyat menyokong usaha pembangunan negara tanpa kerap kali mempersoalkannya.

"Kita sebagai rakyat perlu sokong untuk pembangunan ekonomi negara...jangan tanya apa negara bagi kepada kita tetapi tengok apa sumbangan kita kepada negara," katanya.

Tidak kurang beberapa komen yang secara jelas menyelar dan menyalahkan kerajaan.

Antaranya, "TS Syed... sedang kaji cara-cara nak tambahkan susah orang... setiap kementerian sedang kaji apa yang boleh dinaikkan," kata pemilik akaun FB 'Amie SevenThree'.

Bagi Rodie Md Yusuf pula berkata,"kerajaan berjaya menambah perbelanjaan rakyat... pilih lagi kerajaan sedemikian, orang offer murah pun tak nak... terima saja laaa."

Sementara itu, Ajid Anak Merdeka pula berkata,"Umno memang tidak layak memerintah Malaysia, makin lama makin derita rakyatmu... padan muka yang menyokong Umno."

Selain itu, Amirull Jaafar berkata,"ada menteri kata hari itu kenaikan harga minyak tidak akan membebankan dan tidak akan menyebabkan barang lain naik.

"Sampai bila agaknya kita hendak terus ditipu oleh pemimpin-pemimpin berjiwa rakyat ini," katanya.


sinarharian

Masa Depan PKR Ditangan Rakyat


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menepis tanggapan bahawa masa depan parti tersebut terletak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menegaskan ia akan ditentukan oleh rakyat.
Azmin berkata, PKR bukan sebuah parti yang berpusatkan kepada Anwar semata-mata tetapi ia berteraskan reformasi yang  diasaskan rakyat Malaysia.
"Saya nyatakan tadi, peranan beliau sangat diperlukan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
"Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa PKR ini bukan Anwar centric parti. Ini bukan parti milik Anwar, ini parti milik massa yang berteraskan reformasi," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif mengenai masa depan PKR selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Azmin berkata, beliau tidak menafikan penubuhan awal parti tersebut bersimbolkan kezaliman yang berlaku kepada Ketua Pembangkang itu, tetapi tuntutan berubah seiring dengan peredaran masa pada ketika ini.
"Tapi sekarang masa sudah berubah, tuntutan sudah berubah, cabaran baru dan kita mempunyai pemilih dan pengundi di kalangan anak muda, yang tidak tahu pun apa berlaku pada 1998," katanya.
Beliau berkata, anak muda sekarang melihat dan mencari sebuah parti yang mampu mendokong aspirasi mereka serta konsep demokrasi sebenar.
"Definasi pembangunan yang diinspirasikan oleh rakyat hari ini lebih kompleks, mereka menuntuk hak asasi, demokrasi, kebebasan  bersuara, media bebas, ini pembangunan yang dituntut rakyat dalam dekad terbaru ini.
“Oleh itu, kita tegaskan PKR bukan parti Anwar centric tapi ini parti yang akan memikul aspirasi rakyat," katanya.
Bagi menyokong hujahnya, Azmin berkata, semasa penubuhan awal Parti Keadilan Nasional (PKN) tidak menyaksikan kehadiran Anwar selaku pemimpin, tetapi diterajui oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas Anwar meringkuk dalam penjara.
"Beliau (Wan Azizah) berjaya meletakkan asas yang cukup kuat dalam pembentukan PKR selama 15 tahun lalu dan sudah tentu sumbangannya itu sangat besar serta bermakna dalam melahirkan parti ini," katanya.
Sementara itu, Azmin berkata, bagi tempoh dua tahun akan datang fokus utamanya akan lebih ke arah untuk mengukuhkan parti tersebut khususnya dalam menyediakan pemimpin pelapis muda.
"Buat masa ini, saya mahu memberikan tumpuan untuk mengukuhkan parti kerana sekarang ini kita ada masa  yang lebih sebelum pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Dalam tempoh dua tahun ini, cabaran PKR adalah mengenal pasti bakat baru, potensi baru, muka baru. Ini cabaran besar yang memerlukan kita beri tumpuan di peringkat pusat atau negeri dan cabang," katanya.
Azmin berkata, istilah perjuangan dalam PKR perlu difahami oleh setiap ahlinya dan latihan pengkaderan adalah langkah paling berkesan.
"Tumpuan saya sekarang adalah soal latihan dan apa yang saya sebut program pengkaderan, kader di dalam mana-mana  perjuangan sistem ini yang cukup efektif untuk sampaikan maklumat di bawah dan mempertahankan idealisme perjuangan.
"Ini merupakan kekurangan dalam PKR yang berani saya nyatakan, sebab selepas 2008 bergerombolan orang masuk parti,  sebelum itu nak dekat pun takut. Tapi bila dia masuk, apakah dia faham idealisme perjuangan atau dia masuk kerana jawatan atau sebab imbuhan," katanya.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, PKR memenangi 30 kerusi Parlimen, sembilan di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Azmin berkata, tidak semua ahli PKR mengenali Anwar tetapi sokongan datang daripada rakyat biasa yang percaya kepada perjuangan dibawa oleh parti tersebut.
"Isunya bukan orang Anwar atau bukan, yang ramai dalam PKR ini tidak kenal Anwar pun.
"Mereka tidak pernah duduk bersama Anwar, tidak pernah bersama Anwar tapi mereka terpanggil untuk melakukan satu perubahan.
"Bagi saya orang ini, kelompok ini yang harus kita raikan dan bantu mereka, gilap potensi mereka termasuk anak muda yang  terdedah kepada pelbagai maklumat melalui media sosial," katanya. - 11 Disember, 2013.

TMI

Wednesday, December 11, 2013

DYMM Sultan Selangor Menyeru Rakyat Selangor Kekalkan Kemajuan Negeri

KLANG 11 DIS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu rakyat Selangor memainkan peranan untuk mengekalkan kemajuan negeri dan tidak menimbulkan syak wasangka serta menghormati amalan kebebasan agama.
Baginda bertitah, rakyat dilarang menyentuh perkara sensitif sehingga menyebabkan perasaan marah atau berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
sultan selangor 1“Mereka yang bijak pandai dan cendekiawan harus memahami dan mengerti akan perkara sensitiviti yang mencurigakan. Selain itu, mereka juga perlu mengelakkan daripada membuat pernyataan yang boleh mengguris rakyat Selangor hingga mengeruhkan keadaan harmoni,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena hari keputeraan baginda yang ke-68 di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, di sini, hari ini.
Turut meraikan baginda ialah pembesar negeri, pimpinan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan ahli Exco Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kerajaan dan rakyat jelata.
Baginda bertitah, Selangor menjadi negeri termaju di Malaysia hasil keamanan yang selama ini dipertahankan.
04
“Beta menyeru supaya rakyat di Selangor mengambil kesempatan ini untuk terus mencapai dan meningkatkan lagi serta meneroka perkara yang lebih tinggi supaya terus menjadi maju dan terunggul di Malaysia,” titah baginda.
Pada masa sama, rakyat di Selangor diseru supaya bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah di negeri itu.
Baginda bertitah, polis bekerja keras dalam membanteras jenayah di Selangor dan bertungkus lumus memastikan negeri itu mengekalkan keamanan.
“Beta menyeru rakyat Selangor supaya membantu dan bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah di negeri ini,” titah baginda.
-NFN- FZL

selangorkini