Tuesday, January 5, 2010

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H & TAHUN BARU 2010 DENGAN PERSEMBAHAN NASYID SERTA BUAL BICARA AGAMA.

SRI MUDA - Sambutan tahun yang lazimnya dianjurkan lebih ke arah hiburan yang keterlaluan dan akhirnya akan menyebabkan banyak kejadian yang tidak di ingini berlaku.Banyak sambutan tahun baru dianjurkan di seluruh negara yang pastinya ada persembahan hiburan melibatkan artis - artis terkenal tanahair yang mana akan dihadiri oleh setiap golonggan masyarakat tanpa memikirkan adat resam kerana percampuran dan pergaulan bebas ketika sambutan berlangsung.Demi mencari kelainan serta keberkatan agar sambutan tahun baru yang di sambut baru - baru ini tidak melibatkan hiburan yang keterlaluan serta setiap yang hadir mendapat faedah serta ilmu yang berguna Jawatankuasa Penduduk (JKP) zon 49 Dun Sri Andalas telah mengabungkan sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru pada hari yang sama.

Sambutan Maal Hijrah 1431H dan Tahun Baru 2010 pada malam tersebut telah mencatatkan sejarah yang tersendiri kerana selain digabungkan dalam satu majlis orang ramai juga dihiburkan dengan persembahan nasyid serta bual bicara yang memperkatakan berkenaan dengan sejarah Maal Hijrah.Sambutan malam tersebut telah di rasmikan oleh Adun Kawasan Sri Muda Sdr.Shuhaimi Hj Shafiei yang mana telah meluangkan hampir satu jam untuk menonton persembahan pada malam tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan rasa terharu dan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya membuat sesuatu kelainan dalam sambutan tahun baru pada kali ini kerana sambutan dari orang ramai amat memberangsangkan walaupun terpaksa bersaing dengan sambutan di tempat lain yang melibatkan artis popular.







No comments: