Thursday, August 26, 2010


KSSB Tidak Akan Ditutup

Tidak ada sebab untuk kerajaan negeri menutup Kumpulan Semesta Sdn Bhd kerana tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada kumpulan itu tidak melanggar bidang kuasa pihak pentadbir tanah dan pihak berkuasa tempatan.

KKSB ditubuh bagi mengurus permohonan pengeluaran pasir agar ia jadi lebih sistematik dan sentiasa didokumenkan untuk rujukan dan pemantauan kerajaan negeri.

ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie tidak bersetuju dengan desakan pihak pembangkang yang mahu Kumpulan Semesta ditutup atas alasan ia mengganggu kerja-kerja agensi kerajaan sedia ada.

Beliau menjelaskan tidak ada sebab untuk mana-mana pihak takut pada badan yang tugasnya adalah untuk mendokumentasikan urusan pengeluaran pasir.

Menurut beliau tanggungjawab KKSB tidak sama dengan agensi-agensi kerajaan sedia ada dan ianya terbukti dapat menyelaraskan permohonan-permohonan semua tanah-tanah hakmilik persendirian. Selain dari itu, yang lebih penting adalah agensi yang mematuhi petaturan yang tetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar”

Sementara itu, Suhaimi juga memaklumkan TV Selangor bahawa KSSB mempunyai program khusus untuk mengambus dan memulih kawasan perlombongan pasir. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memanfaat dan melindungi setiap inci tanah.-

Sumber: TV Selangor -Mohd Ezli Mashut

No comments: