Sunday, January 23, 2011

Gotong Royong Membersihkan Tapak Kubur Kota Kemuning

GOTONG ROYONG BERSIHKAN TAPAK KUBUR KOTA KEMUNING BERSAMA YB SHUHAIMI DAN KARIAH KOTA KEMUNING PADA 20HB. JANUARI 2011

YB Shuhaimi mendaftar diri sebagai sukarelawan dalam gotong royong membersihkan kubur Kota Kemuning



lagi gambar sekitar program gotong royong











Saturday, January 22, 2011

KETIKA BERTERUSAN DI ASAK DAN TEKAN OLEH PIHAK LAWAN YB SHUHAIMI TETAP MENJALANKAN TUGASAN SEPERTI LAZIMNYA

DUN SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei berpendirian tiada istilah merasa tertekan dengan propaganda ciptaan dari pihak musuh yang berlaku ketika ini kerana amanah yang diberikan oleh rakya itu yang perlu di utamakan.Bertempat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda sebuah lagi rakyat dari dun sri muda menerima sumbangan daripada beliau pada hari Jumaat baru - baru ini.Sumbangan yang mana bertujuan membantu bagi meringgankan sedikit bebanan yang ditanggung keluarga tersebut yang mana baru sahaja kehilangan ahli keluarga yang tersayang kerana meninggal dunia.

YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 30 minit untuk bermesra bersama keluarga tersebut yang bertujuan untuk memberikan semangat dan juga peransang agar lebih tabah untuk melalui hari - hari yang mendatang setelah kehilangan orang yang tersayang.YB Shuhaimi Hj Shafiei juga menyerukan kepada rakyat di Negeri Selangor agar tidak melengah - lengahkan urusan pendaftaran ahli keluarga yang telah berusia 60 tahun dan ke atas didalam skim mesra usia emas ( SMUE ) kerana masih ramai lagi yang tidak berbuat demikian.Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sering menerima tuntutan dari ahli keluarga yang kematian ahli keluarga berusia 60 tahun akan tetapi tidak berdaftar didalam skim tersebut.Untuk makluman dan pengetahuan semua sekiranya adalah dikalangan ahli keluarga berusia 60 tahun meninggal dunia pada tahun 2009 permohonan tuntutan tersebut tidak akan diterima lagi.




Friday, January 21, 2011

SIAPA DALANG DAN PENGANJUR DEMONTRASI NGO ATAU UMNO ??

JALAN KEBUN - Satu demontrasi yang dilangsungkan pada 9 januari 2011 baru - baru di Kampung Jalan Kebun yang bertujuan membantah kenyataan YB Shuhaimi HJ Shafiei di anjurkan oleh pihak mana ? Pesanan khidmat ringkas yang disebarkan menyatakan demontrasi tersebut dianjurkan oleh satu badan bukan kerajaan ( NGO ) iaitu 4 x 4 Jalan Kebun namun akan tetapi ketika demontrasi sedang berlangsung jelas kelihatan yang memimpin demontrasi tersebut adalah dikalangan kepimpinan umno cawangan - cawangan yang terdapat di Jalan Kebun juga barisan pemimpin dari umno bahagian Kota Raja.

Hampir seluruh rakyat dan pengundi di Jalan Kebun melahirkan rasa terkilan kerena apa yang selama ini dilaungkan oleh umno bahawa Pakatan Rakyat manusia yang tidak bertamadun kerana menganjur demontrasi namun akan tetapi hari ini menjadi sebaliknya.Seluruh Rakyat Malaysia diharapkan dapat menilai kenyataan yang diungkapkn oleh ketua umno cawangan,ajk umno cawangan dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja yang tiada mencerminkan ketokohan sebagai pemimpin yang mana mengeluarkan ugutan ala samseng ketika memberikan kenyataan kepada media.Adakah Pihak berwajip hanya akan melihat ugutan yang diungkapkan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja Sdr Kamal Ariffin Kainin begitu sahaja oleh kerana beliau pemimpin umno ?

PENGUNDI JALAN KEBUN & SRI MUDA LIHAT SIAPAKAH SEBENARNYA MEREKA
AHLI NGO ATAU PEMIMPIN UMNO ?


Thursday, January 20, 2011

Kempen Selamat Balik Kampong

Persatuan Penduduk USJ sekali lagi menganjurkan kempen ini bagi kali ke-10 sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Program ini dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Dato Hussein denga disaksikan oleh beberapa wakil rakyat tempatan, termasuklah Ahli Parlimen Puchong YB Gobin Singh & Kelana Jaya YB Loh Gua Burn, ADUN Subang Jaya YB Hanna Yeoh & ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei di Summit USJ pada 16/01/11 pagi.
















YB Shuhaimi Shafiei Dapat Sokongan Padu

Hampir seribu pendokong Pakatan Rakyat dan penyokong YB Shuhaimi Shafiei sanggup menunggu berjam-jam di depan Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam pada 12/01/2011 petang apabila YB dipanggil untuk mengambil kenyataan hasil daripada putar-belik Utusan Malaysia atas kenyataan dalam blognya.




















Wednesday, January 19, 2011

Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA?

Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA?

Bagi memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan, Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu, Memperkasakan kaum Pribumi, Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan Mempertahankan kedaulatan Negara.

Kesemua diatas adalah asas atau tujuan PERKASA ditubuhkan.

Namun begitu motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu itu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan.


Sasaran mereka juga kelihatan terpilih, mereka hanya dilihat vokal atau lantang memperjuangkan nasib Melayu di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan mereka juga amat lantang bila isu yang melibatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Hinggakan ada pihak yang telah mentafsirkan tindakan mereka mengadakan demontrasi dan mengemukakan memorandum bantahan sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan.

Kita telah membaca suatu masa dulu Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pernah menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ‘pelacur politik’ kerana sanggup melakukan segala-galanya demi meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan India, hanya kerana Dr Wan Azizah mencadangkan agar konsep ‘ketuanan Melayu’ ditinggalkan.

Arman Azha Abu Hanifah juga melabelkan Dr Wan Azizah sebagai pengkhianat dan bagai kacang lupakan kulit.

Ketika Presiden PKR DS Wan Azizah menganggap bahawa suaminya itu sebagai pemimpin yang dianugerahkan Allah untuk membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman kuasa jahat UMNO, Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar pula mengatakan Anwar adalah utusan dari Neraka untuk memusnahkan Melayu..

Oleh sebab itu Zaira mahu darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan segala darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan dilucutkan dari Anwar kerana mempertikaikan ketuanan Melayu..

Dan ketika timbulnya krisis mengenai perlantikan SUK Negeri Selangor pula, PERKASA muncul bersama Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Barisan Nasional mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar ekoran menderhaka kepada perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu.

Yang terbaru pula PERKASA juga telah bersama Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor.


Menurut mereka ADUN Sri Muda itu terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru dalam kenyataan melelui blognya http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember.

Bagi mereka “Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

Tetapi!! Dimana PERKASA? Dimana PERKASA ketika Rosmah jelas melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara dengan menganggap dirinya sebagai ‘First Lady οf Malaysia’?

Selain dari menyalahi protokol Negara Rosmah juga tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai ‘First Lady οf Malaysia’.

Apa Ibrahim Ali masih tidak menyedari akan ujudnya Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya” jelas dinyatakan, ” Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”.

Dan Perkara 70 (1) berhubung “Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri” menyatakan “Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain”.

Perkara 70 (2) pula menyatakan, “Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda”.

“Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau “seniority” Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

Jadi dimana Ibrahim Ali, Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah dan Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar?

Kenapa kini membisu pula? Sudah buta atau hilang suara untuk berkata-kata..

Adakah kerana yang menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong itu Rosmah Mansor ianya tidak mengapa??

Artikel ini dipetik oleh pelawat TukarTiub dari website Gο tο Source

Shuhaimi cabar menteri KDN ambil tindakan terhadap Utusan

Wednesday, 19 January 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 19 Jan -Shuhaimi Shafie mencabar Datuk Seri Hishammudin Hussien mengambil tindakan segera terhadap pengurusan akhbar Utusan Malaysia dan pengarangnya, Awang Selamat berikutan laporan yang dibuat ke atasnya berhubung isu menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu turut mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang menyatakan polis telah menyelesaikan siasatan terhadapnya walhal kelmarin, polis baru sahaja menggeledah pejabatnya buat kali kedua dan sekali lagi mengambil keterangan pembantu khasnya, Azmizam Zamanhuri di Ibupejabat Polis, Shah Alam.

Menurut Shuhaimi, kenyataan yang dikeluarkan Hishammudin itu jelas berat sebelah dan ia adalah satu pembohongan.

Pertama sekali, kalau kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin yang menyatakan sisatan selesai persoalan saya, kenapa polis masih menyerbu pejabat saya lagi? Ambil Modem, ambil peralatan pejabat dan sebagainya?

Kedua hari ini, jam 1.30 petang tadi, staf saya Azmin dipanggil lagi ke IPD,Shah Alam, untuk direkodkan lagi kenyatan dia, kenapa nak siasat lagi? Siapa yang berbohong sebenarnya? Menteri Dalam Negeri atau pegawai penyiasat yang bohong? Siapa yang bohong sebenarnya?

Shuhaimi berkata demikian ketika dihubungi Selangorkini bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kes beliau telah selesai disiasat dan hanya menunggu peguam negara menentukan dan mengambil tindakan susulan terhadapnya.

Jelas Shuhaimi, individu yang sepatutnya disiasat adalah pihak pengurusan Utusan Malaysia dan Awang Selamat sendiri.

Jadi memang benar negara kita ini hanya akan mengambil tindakan kepada pihak pembangkang, tetapi tidak kepada penulis-penulis yang mengampu Umno BN.

Shuhaimi berkata, Hishammuddin sepatutnya menyiasat laporan polis yang dibuat lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan atau NGO terhadapnya sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Saya beranggapan aduan langsung tidak mempunyai asas dan hishammudin berkata laporan tersebut dibuat oleh NGO yang tiada kaitan dengan politik, saya nak sanggah kenyataan beliau yang buat laporan itu termasuk ketua pem uda Umno Kota Raja, Ketua-ketua Pemuda seluruh Selangor, Gaps[Gabungan Anggota Pemikiran Serabut] yang mana mereka ini semua adalah ahli-ahli Umno,” katanya.


Sumber: Selangorkini.online

Umno Selangor Umpama 'Bangkai Bernyawa'
Ditulis oleh Mohd Rashidi Hasan
19/01/2011 Share


IKAN busuk bermula di kepala. Itulah petikan pepatah Cina yang sesuai untuk memahamkan rakyat tentang situasi di Selangor, khususnya masalah atau krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Umno-Barisan Nasional.

Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'.

Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah.

Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat.

Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008).

Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri.

Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno.

Untuk nota, semua MB adalah Pengerusi Umno, sekali gus memegang jawatan Pengerusi BN Negeri.

Selepas Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi Perdana Menteri, lantas beliau memilih adik iparnya Ahmad Razali sebagai MB. Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam Umno, tetapi diberikan jawatan tinggi kerana dia kroni PM.

Akibat ketidak kemampuan dan kelemahannya, sehingga mendorong Umno-BN Selangor menolaknya, Ahmad Razali dihadkan memerintah hanya sepenggal sahaja.

Kisah Ahmad Razali ini terakam diminda penulis, kerana pada waktu itu, penulis baru memasuki sekolah menengah. Suatu ketika penulis berkunjung ke rumah aruah abang ipar di kawasan penempatan setinggan di Kampung Pandan, kebetulan ia berhampiran dengan sebuah dewan orang ramai.

Pada hari itu berlaku kekecohan dalam mesyuarat Umno. Riuh rendahnya perbalahan Umno waktu itu sehingga mereka berani membaling kerusi ke arah MB Ahmad Razali.

Kisah Ahmad Razali berakhir apabila beliau digantikan oleh Muhammad Taib yang juga terkenal dengan gelaran 'Mike Tyson'. Muhammad Taib bertapak 10 tahun sebagai MB Selangor. Paling lama dan paling hebat.

Hebat sehingga berjaya 'melarikan' anak Sultan Selangor. Hebat kerana membayar wang mut'ah sebanyak 16 juta selepas berpisah. Hebat kerana membawa wang berguni-guni membeli aset di Australia, sehingga ditahan polis Australia.

Sampai sekarang, rakyat Selangor disembunyikan dengan fakta, bagaimana Muhammad Taib boleh jadi begini kaya? Boleh orang-orang Umno jelaskan?

Selepas Muhammad Taib dijatuhkan oleh orang Umno sendiri. Dr Mahathir menaikkan Abu Hassan Omar. Beliau seorang Menteri, lalu diarah beliau letak jawatan Menteri, seorang Adun BN mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada beliau menjadi MB.

Pertamakali dalam sejarah Malaysia, diadakan pilihan raya kecil kerana PM mahu seorang yang hebat menjadi MB Selangor terbaik dari Umno-BN.

Abu Hassan 'ditabal' dengan penuh gemilang sebagai MB. Beliau bukan orang kecil, beliau dihormati oleh golongan istana dan mendapat kepercayaan PM.

Namun tidak sampai sepenggal, beliau tersungkur kerana skandal yang memalukan Umno-BN dan seluruh rakyat Malaysia.

Kehebatan Abu Hassan terserlah sehingga berjaya 'menaji' adik iparnya sendiri. Suatu skandal besar yang memalu dan memualkan seluruh Selangor. Skandal Abu Hassan mula dihebahkan oleh orang-orang Umno melalui media di luar negara, diheboh dan diuar-uarkan sehingga Abu Hassan terpaksa meletakkan jawatan.

Kemudian 'ditabalkan' pula seorang junior dari Sungai Besar. Seorang doktor, anak muda, anak Selangor yang 'pure' keturunan Jawa.

Pelantikan Khir Toyo sebagai MB mengejutkan golongan veteran dalam Umno. Tetapi mungkin PM Mahathir ketika itu mempunyai alasannya yang tersendiri.

Belum setahun Khir menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM.

Sahabat penulis yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar ke rasuah Khir Toyo. Namun fail-fail itu didiamkan sahaja oleh PM Mahathir.

Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit.

Yang hebatnya, beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi MB, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir.

Berakhir sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda.

Mengapa Khir dijatuhkan, siapa yang menjatuhkannya harus dibincang dalam episod yang lain kerana ruang penulis amat terhad.

Cumanya Khir Toyo memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana.

Penggantungan itu tidak harus dipertikaikan kerana ia memang amalan Istana Selangor bagi pemegang pingat dan darjah kebesaran negeri yang didakwa terbabit dalam kes mahkamah atau jenayah. Perkata ini pernah berlaku kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai suatu ketika dahulu.

Cumanya, perkara yang hendak ditekankan penulis di sini ialah, sejak hampir tiga dekad atau 26 tahun (1982 - 2008), Umno-BN 'menyajikan' rakyat Selangor dengan penjawat jawatan MB yang penuh dengan skandal, jijik, perasuah beserta moral yang amat rendah.

Yang amat memalukan ialah, mereka semua adalah MB dari Umno, orang Melayu-Islam. Maknanya selama ini Umno menawarkan MB 'kepala ikan busuk' yang hampir-hampir menjadi bangkai.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas selama ini rakyat Selangor tertipu dengan imej baik, imej hebat pemimpin Umno, walhal semuanya hampas belaka.

Jika selama 26 tahun MB 'ikan berkepala busuk' disajikan oleh Umno-BN kepada rakyat Selangor, maka apakah jaminan mereka boleh menawarkan calon baru, yang bersih, yang boleh menyaingi Dato' MB Abdul Khalid Ibrahim?

Pada penulis, apa yang MB Khalid lakukan selama tiga tahun ini, jauh lebih baik dari empat MB Umno-BN sebelum ini.

Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja!


Disalin dari: Selangorkini

Khas Untuk Golongan PERKASA, GAPS Dan Seangkatan Dengannya
Posted on Monday, January 17 @ 10:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

NOTA: ARTIKEL INI DI SALIN DARI LAMAN TRANUNGKITE. SEBARANG PERKATAAN YANG KASAR DAH KETERLALUAN ADALAH PANDANGAN PENULIS SECARA PERIBADI.
Sakreteriat Dun Sri Muda



Pendapat Oleh: tun_telanai

"Pertama sekali saya memohon maaf kepada kumpulan NGO-NGO DAN PARTI POLITIK yang tidak terlibat, yang lebih berfikiran terbuka, rasional dan tidak bersikap double-standard dalam apa-apa jua isu timbul mutakhir ini khususnya yang melibatkan institusi istana. Tindakan saya menggelar ‘golongan babi’ terhadap Perkasa dan Gaps (dan ahli-ahli parti politik UMNO, MCA dan MIC (melibatkan sebahagian kecil sahaja) adalah wajar kerana perjuangan golongan celaka ini mengamalkan sikap double-standard, pilih kasih dan bias. Golongan ini tidak layak langsung untuk diwarisi memerintah Negara ini dengan sikap yang sedemikian.

Saya berpegang kepada prinsip ‘semua adalah sama’ dan mempunyai hak masing-masing seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan tidak ada mana-mana golongan yang boleh mengakui yang ianya memiliki keistemewaan yang membolehkan segala penyelewengan, salah-laku, rasuah dan sebagainya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat, baik UMNO/BN maupun Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP). Saya menentang sesiapa sahaja yang membuat kemungkaran. Saya tidak mahu menjadi manusia munafik.

Semua tindakan yang difikirkan merugikan rakyat dan Negara wajib didedahkan kepada pengetahuan rakyat. Rakyat wajar diberi maklumat yang tepat, bukan dipropagandakan atau dimanipulasikan bagi kepentingan UMNO/BN atau Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh Perkasa dan Gaps. Diharapkan dengan maklumat yang betul, rakyat dapat pula membuat penilaian yang betul. Rakyat berhak menghukum UMNO/BN atau Pakatan Rakyat yang lari dari dasar perjuangan membela nasib rakyat dan Negara.

Tetapi sayang, prinsip ini tidak diamalkan oleh golongan ‘babi’ ini. Mereka lebih gemar mengemparbaurkan isu-isu yang berkaitan sekeliling di Pakatan Rakyat sahaja, tetapi isu-isu disekeliling UMNO dibiarkan bermaharajalela. Golongan ‘babi’ ini membutakan mata dan memekakkan telinga apabila isu-isu menyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan, rogol, zina, arak, judi dan sebagainya yang melibat kepentingan UMNO dan para pemimpin UMNO dan BN disenyapkan. Jadi, perjuangan golongan ‘babi’ ini lebih kepada perjuangan untuk survival UMNO/BN dari perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua rakyat dan untuk kepentingan Negara.
Isu mutakhir memperlihatkan sikap ‘kebinatangan’ dan ‘kesyaitan’ dalam diri golongan babi ini. Ia mensensasikan isu kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya. Sesungguhnya rakyat sudah tahu, sikap anti Raja-raja Melayu lebih berpihak kepada golongan UMNO daripada puak Pakatan Rakyat, tetapi golongan ‘babi’ ini mengambil sikap buat-buat bodoh dan tolol. Sejarah telah pun mencatatkan kisah para pemimpin UMNO menghina, memperlecehkan dan melucutkan kedaulatan Raja-raja Melayu khususnya di era pemerintah Dr.Mahathir Mohamad dalam krisis Perlembagaan 1983 dan 1993. Saya menyarankan golongan ‘babi’ ini membuka balik akhbar lama yang disimpan di Perpustakaan Negara dan hand-sard yang tersimpan di Perpustakaan Parlimen Malaysia.

Dalam tulisan ini saya buka balik satu fail iaitu suatu perestiwa penderhakaan pemimpin UMNO terhadap Rajanya. Perestiwa pertabalan raja di Ketereh pada 1993 adalah satu contohnya. Peristiwa menabal raja di depan orang ramai adalah sesuatu perestiwa yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Raja di kalangan orang Melayu diangkat begitu tinggi sekali sehingga istana mempunyai bahasanya tersendiri, seperti gering, santap, beradu, bertitah dan mencemar duli. Itu adalah penghormatan tinggi diberi orang Melayu kepada rajanya. Jadi apa yang berlaku dengan menabal raja itu jelas mahu memperlekeh-lekehkan institusi beraja yang ada sekarang. Ini dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu, Annuar Musa. Ibrahim Ali, yang kini Presiden Perkasa merangkap AP bebas merupakan salah seorang yang turut terlibat dalam perestiwa tersebut.


Peristiwa itu berlaku pada 28 April 1993 bertempat di Ketereh, Kota Bharu dalam majlis yang dinamakan “Majlis bersama rakyat”. Di majlis itu yang dilatarkan dengan warna kuning dan penuh variasi Tengku Ibrahim Tengku Indra Putra diberikan persalinan di raja dan juga dijunjung duli oleh sekalian yang hadir sambil melaungkan Daulat Tuanku sebanyak empat kali! Annuar Musalah yang bertindak menjadi Datuk Panglima Raja yang memakaikan ‘mahkota’ dan memulakan menjunjung duli kepada Tengku Ibrahim. Menyingkap kembali perestiwa tersebut, sepupu Sultan, Tengku Ibrahim Petra ditabal pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra. Pada majlis itu, Tengku Ibrahim telah dihadiahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata daripada rakyat. Laungan ‘Hidup Tengku Ibrahim’, ‘Daulat Tuanku’, Allahuakbar’ bergema setiap kali nama beliau disebut, program tersebut dilangsungkan di Ketereh. Peristiwa ini disiarkan secara meluas dalam akhbar UM (lidah syaitan-iblis) , sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku bagi orang yang berfikiran waras.

Penabalan Tengku Ibrahim Tengku Indra Putra sebagai sultan Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra yang bertakhta ketika itu (kini sedang gering). Penabalan Tengku Ibrahim itu sebagai menafikan kesahihan Tengku Ismail Petra Almarhum Yahya Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah. Ini merupakan satu jenayah politiknya terbesar dalam system beraja yang kita amalkan khusunya di Kelantan. Kejadian itu sudah tercatat di dalam sejarah. Ianya telah ditulis dengan tinta emas dalam buku sejarah istana Kelantan. Dan tentunya juga peristiwa itu terpacak kemas dan dalam di sanubari Sultan Ismail dan juga Raja Perempuan serta kaum kerabatnya.


Seperti mana umum ketahui peristiwa itu berlaku disebabkan UMNO marah kepada pihak istana kononnya kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum tahun 1990 sehingga tidak menang satu kerusi kononnya disebabkan adanya campur tangan pihak istana (begitulah perangai UMNO dulu, kini dan selama-lamanya). UMNO memberi tahu kepada dunia, istana telah mencampuri urusan politik Kelantan (sikap Sultan Pahang menyeru rakyat Pahang menyokong UMNO dibolehkan) sehinggakan ia kalah. Jadi sebagai membalas dendam UMNO mencari helah dengan mendakwa kononnya takhta yang ada sekarang ini tidak sah. Sebaliknya orang yang layak dan berhak menjadi sultan ialah Tengku Ibrahim Indra Putra iaitu sepupu sultan kita itu. Jadi dengan daya tipu helah UMNO berjaya mengecek Tengku Ibrahim untuk menjadi patungnya.


Apa yang lebih mendukacitakan sultan dan kaum kerabatnya perkara itu dibincang secara khusus dan mendalam di dalam konvensyen parti berkenaan. Konvensyen berkenaan mengambil resolusi bahawa campur tangan istana menyebabkan UMNO kalah teruk. Sehubungan itu pihak istana perlu diajar. Dan di antara cara untuk mengajar istana itu ialah dengan menafikan takhta yang dinaiki sekarang dan sultan perlu dijatuhkan. Telah ditulis dan dianalisa oleh banyak penulis dalam akhbar alternative dan internet.


Bermula di situ menyebabkan hubungan istana dengan UMNO yang sudah retak terus jadi terbelah. Sultan Kelantan amat dukacita dan murka. Annuar Musa sendiri dimurkai oleh istana dan sampai sekarang tidak dibenarkan menerima menghadap secara bersendirian kecuali secara beramai-ramai (pemimpin UMNO). Annuar dan Ibrahim diharamkan menjejak kaki ke dalam kawasan istana Kelantan.
UMNO mula rapat dan menyokong Raja ketika UMNO Berjaya merampas kerajaan Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan bantuan pihak istana Perak. Mulai saat itulah UMNO cukup prihatin isu-isu yang berkaitan dengan istana. Rakyat baru hendak ‘buka’ mulut memberi pandangan berkaitan dengan istana seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan, cepat-cepat diugut dengan berpuluh-puluh laporan polis dan berates orang didakwa di bawah akta hasutan.

Adakah perestiwa ini (beribu lagi perestiwa penderhakaan UMNO terhadap raja) hendak dinafikan oleh golongan ‘babi’ ini. Berbanding catatan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya (hanya berlainan tafsiran sahaja) berbanding yang diperlakukan oleh UMNO.


Adalah benar apa yang ditulis oleh mantan Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, cadangan golongan ‘babi’ ini untuk mengantung sampai mati terhadap Shuhaimi adalah sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
Katanya lagi : Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.”
“TOLAKLAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”"






UMNO Perompak Wang Rakyat





























KEPERIHATINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR ( PAKATAN RAKYAT ) TERBUKTI


Sri Muda ( N50 ) - Hanya linangan airmata kegembiraan yang dapat menterjemahkan rasa terharu dan rasa gembira dihati seorang penerima kerusi roda yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Perihatin Negeri Selangor baru - baru ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa baru - baru ini untuk berkunjung ke kediaman penerima yang terletak di Flat Proton Seksyen 27, bagi mewakili Kerajaan Negeri untuk menyerahkan kerusi roda tersebut.

YB Shuhaimi Hj Shafiei juga telah meluangkan masa hampir 45 minit untuk bermesra dan bertanyakan perkembangan rawatan yang dijalani oleh penerima di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ) Kuala Lumpur.Pada sidang media selepas majlis penyerahan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei memaklumkan kepada wartawan kerusi roda yang diterima oleh penerima bukanlah sumbangan yang pertama disalur dan diterima oleh penerima namun akan tetapi adalah sumbangan serta bantuan yang ketiga.Shuhaimi Hj Shafiei berkata selain Kerusi roda penerima juga sudah menerima sumbangan barangan dapur,wang ringgit serta kaki palsu.

Shuhaimi Hj Shafiei juga berharap agar ramai lagi rakyat tampil terus ke pejabat beliau untuk menyampaikan maklumat berkenaan permasalah rakyat dan setempat agar rakyat disemua peringkat akan dapat merasa serta menikmati segala hasil dan perolehan kerajaan Negeri Selangor bersama - sama.




MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR TERUS TERBUKTI

KOTA KEMUNING - Rakyat di Negeri Selangor kini merasa amat bertuah bilamana Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat berterusan menyalurkan hasil perolehan yang diperolehi terus kepada rakyat tanpa mengira latar belakang politik dan bangsa.Antara yang dinikmati oleh rakyat di Negeri Selangor adalah Skim Mesra Usia Emas ( SMUE ) yang mana semenjak dimulakan pada sekitar tahun 2008 sehingga kini ramai rakyat yang telah menerima faedahnya.
Baru - baru ini bertempat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menyerahkan sendiri wang dari Skim Mesra Usia Emas kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia mewakili Kerajaan Negeri.Skim tersebut diwujudkan adalah bertujuan untuk meringgankan sedikit bebanan pewaris bagi digunakan bagi tujuan yang sepatutnya.YB Shuahimi dalam kenyataannya berkata apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ( Pakatan Rakyat ) ketika ini tidak hanya untuk berkempen bagi memenangi hati rakyat menjelang pilihanraya namun akan tetapi SMUE adalah satu skim yang berterus semenjak ia dilancarkan pada tahun 2008.Kerajaan Negeri Selangor juga akan berterus memberikan pelbagai lagi bantuan terusan kepada rakyat di Negeri Selangor dari masa ke semasa.

Saturday, January 15, 2011

GUAN ENG SAMAN UTUSAN
Ditulis oleh azhar
Selasa, 11 Januari 2011 03:02

samanutusanTindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau membawa isu baru untuk pimpin UMNO untuk menyerang kembali Ketua menteri Pualau Pinang itu.

Tetapi sekali ini lucu dan terungkap kalimat baru iaitu mempertahankan utusan melayu adalah pertahankan warisan melayu yang satu-satunya masih tinggal.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dipetik sebagai berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.

Menurut Musa, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.

“Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang." Katanya dalam kenyataan itu

Selain itu Musa menyeru orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada.

Tindakan Saman Guan Eng terhadap utusan dilakukan beberapa hari lepas berkaitan dengan artikel yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu yang dianggapnya telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.

Tindakannya tidak lebih sebagai seorang warganegara Malaysia yang sedang mempertahankan haknya, apa kah yang salahnya ?

Orang Melayu perlu sedar dan perlulah berfikir dengan tenang dan sematangnya sandiwara terbaru pemimpin UMNO.

Kalau bercakap tentang warisan, adakah benar warisan sebenar orang Melayu yang satu-satunya sedang dipertahankan ini memang benar dipertahankan oleh pemimpin UMNO.

Realitinya budak sekolah rendah pun telah melakukan tindakan saman Kerajaan Malaysia kerana membelakangi Bahasa melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bila Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk dua matapelajaran utama itu.

Satu penghinaan yang sangat dasyat kepada bahasa melayu oleh pemimpin UMNO sehingga membangkitkan gelombang tentangan rakyat malaysia bukan sahaja dari tokoh-tokoh politik namun para sasterawan negara dan pakar-pakar bahasa itu sendiri.

Termasuk juga pemimpin politik dan masyakarat dikalangan bukan Melayu bangkit sama untuk pertahankan Bahasa Melayu. Tidak malukah pemimpin UMNO yang kononnya mempertahankan hak orang melayu ?

Selain itu sedarkah Musa dan pimpinan UMNO yang lain Isu yang dibawa oleh Guang Eng bukan unuk melihat Utusan Melayu ditutup atau dengki kepada akhbar itu, isunya ialah pembohongan yamg berterusan dari akhbar UMNO itu dalam banyak perkara.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang saya dapati utusan tidak lebih dari penghinat kepada masayarakat negara ini dengan pemberitaan yang tidak lebih dari memburuk-buruk sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang.

Utusan tidak lebih menjadi "lidah syaitan" yang sentiasa membela bos nya walaupun jelas melakukan kemungkaran dan penyelewengan. Namun bila melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat semuanya salah dan diputar belit.

Sumber: Siasah / Blog Cina Islam