Wednesday, April 3, 2013

Melawat Negeri Kedah Pada 08/02/2013












Pengundi Seksyen 27, Shah Alam Bersama Pakatan Rakyat

Majlis penerangan isu-isu semasa di Seksyen 27, Shah Alam pada 29/03/2013 sekali lagi membuktikan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, iaitu YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan YB Dr. Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja.




 



  

Tuesday, April 2, 2013

8 Pimpinan UMNO-BN Yang Harus Najib Perhatikan


8 orang pemimpin Corrupt:
Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno
Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
Nazri Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri
Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan
Taib Mahumud, Ketua Menteri Sarawak
Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu
Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan
Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar

Kekayaan luar biasa Taib
Kesemua 8 yang berada dalam senarai PKR ini berada di bawah perhatian awam bagi tuduhan rasuah.
Taib Mahmud, sebagai contoh telah didakwa sebagai salah antara lelaki terkaya di dunia dan dilaporkan sedang disiasat oleh kerajaan Switzerland atas tuduhan pengubahan wang haram yang diperolehi daripada operasi pembalakan haram.
Terdapat sedikit keraguan bahawa Taib terlalu kaya dengan gaji sebagai ketua kerajaan negeri Sarawak. Gaya hidup dirinya serta ahli-ahli keluarganya yang begitu menonjol sudah lama diketahui rakyat.

Skandal Lembu Shahrizat
Walaupun namanya telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shahrizat Jalil tidak terlepas dari persepsi awam
bahawa dia telah gagal untuk menyedari bahawa keluarganya ​​terlibat dalam korupsi skandal RM250 juta NFC.
Suaminya telah didakwa atas jenayah pecah amanah bagi NFC, sebuah projek pembiakan lembu negara.

Skandal Musa Aman
Musa Aman, yang mana Sabah, negerinya telah baru-baru berada dalam kegawatan berikutan pencerobohan kumpulan kecil pengganas asing bersenjata, telah disiasat oleh agensi anti-rasuah Hong Kong bagi dakwaan pengubahan wang haram.
Dia juga telah dituduh menyekat deportasi Manuel Amalilio anak saudaranya, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina untuk kerana penipuan sejumlah 12 bil peso (RM900 juta) wang dalam skim cepat kaya yang didakwa dilakukan untuk mengumpul dana bagi pilihan raya untuk Musa.
Malaysia dijangka akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang walaupun telah banyak kali ditangguhkan oleh Najib, Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April ini.
Melainkan pentadbiran Najib mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, PRU ke-13 perlu juga diadakan walau apa jua alasan dan peluang Anwar Ketua Pembangkang dan gabungan PR iaitu PKR, PAS dan DAP untuk menang adalah sangat tinggi.
Ramai pakar meramalkan akan berlaku perubahan rejim, buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.

Ahmad Said
Pada sidang akhbar itu, Rafizi juga melengakapi keterangan dokumentasi yang didakwa membuktikan pembabitan Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu dalam skandal konsesi balak.
Rafizi sebelum ini mendakwa bahawa Ahmad telah menggunakan firma RM2 sebagai pengantara untuk menjual konsesi balak kepada pengendali, menuntut harga RM1 juta untuk menjual saham dalam firma dorman dimana lesen pembalakan telah disuntik atau diberikan.
Pada hari Selasa, Rafizi mengedarkan salinan resit rasmi dari firma peguam bertarikh 12 Disember 2011, yang menerima cek RM1 juta daripada Maybank sebagai bayaran untuk salah satu urusan jual beli.
"Sehingga kini, tidak terdapat maklumat atau apa-apa langkah oleh SPRM untuk mendakwa walaupun terdapat bukti yang jelas pembayaran serta perjanjian kontrak yang jelas ditandatangani mengikat firma RM2 dengan tender negeri Terengganu terhadap konsesi balak," kata Rafizi.

MC

DAP Julang Melayu Menjadi MB Jika Rakyat Memberi Mandat di N9



KUALA LUMPUR- DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif dengan Roketkini.com baru-baru ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’ yang sama ketika oposisi berjaya menawan Dun Perak pada PRU 2008 lalu.

“Fitnah begini sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang semakin mesra dan menyokong PR.

“Isu itu tidak sepatutnya timbul. Sudah jelas pendirian DAP. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan sekarang, hubungan kerjasama PR negeri ini sangat baik.

“Kita bertemu pelbagai lapisan masyarakat melalui program seperti ceramah dan aktiviti lain. Ini yang menimbulkan ketakutan mereka (Umno BN),” katanya.

Ditanya mengenai situasi kempen PR Negeri Sembilan, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, akar umbi ketiga-tiga parti mempunyai persefahaman yang kuat dan sentiasa bersama dalam kempen turun padang yang dijalankan.

“Semua parti dalam PR perlu menumpukan agar kempen dijalankan bersama. Ini untuk memastikan penyokong akar umbi akan memberi undi kepada satu sama lain misalnya pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR manakala pengundi Melayu akan memilih DAP,” ujar beliau.

Tambahnya, PR juga bersedia mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan daripada BN jika memenangi majoriti kerusi Dun dan akan memastikan pelantikan Menteri Besar akan diselesaikan pada malam keputusan diumumkan.

“Kita sudah bersiap sedia untuk mentadbir bermula pada hari pertama lagi,” katanya.
PAS PRU12 lalu, DAP memenangi 10 daripada 36 kerusi Dun Negeri Sembilan, PKR (empat) dan PAS (satu).

-Harakahdaily

Perubahan Dalam Musik








KUALA LUMPUR 2 APRIL: Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.
 
3Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.
 
Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.
 
4Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook ‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan dengan kerjasama staf pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)
 
5
Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik.
 





(FZL)

keadilandaily

Monday, April 1, 2013

Gutter Politics atau Polisi & Dasar


Gutter Politics atau Polisi & Dasar




“Gutter Politics” atau Politik jijik yang dibawa UMNO BN semakin menular seolah-olah ia mainan kebiasaan dan terus memberi impak buruk kepada lanskap politik negara, tidak bagi pihak Pakatan Rakyat dimana dasar dan polisi merupakan senjata asas.

Cara Politik jijik yang dimainkan UMNO-BN ini tidak selaras dengan budaya seorang Melayu beragama Islam.Mengaibkan seseorang dengan fitnah itu tidak mencerminkan budaya sebenar majoriti rakyat di negara ini.Melayu ini punya adat sopan-santun , tertib dan hormat-menghormati.

Melihat “trending gutter politics” ini berlaku sejak tahun REFORMASI 98 , UMNO-BN menjangka serangan politik jijik ini akan berjaya, namun sudah bersiri-siri menyerang hingga ke tahun 2013 pun malang buat UMNO-BN sokongan rakyat semakin meningkat pada Pakatan Rakyat.Benar bahawa sesuatu kebenaran itu harus dibayar dengan masa.

Implikasi kepada rakyat amat buruk , bayangkan foto dan video jijik ini menjadi tayangan media arus perdana. Sehinggakan kanak-kanak atau rakyat bawah umur punya akses untuk melihat. Cara apa ini ? mana dia undang-undang televisyen ? kita bukan “Americano” . Apakah UMNO mencerminkan cara Melayu? . Dek ingin pertahankan kuasa , UMNO BN menghalalkan cara. Puih!

Pakatan Rakyat sudah berkali-kali mencanangkan politik baru dimana kita bicara soal rakyat dengan melahirkan polisi dan dasar yang dapat mengurangkan beban hidup rakyat. Jika seteru Pakatan Rakyat juga mengamalkan politik seperti ini maka rakyat akan mendapat manafaat.

Malaysia ini Negara Demokrasi dan punya “2 ways politics” samada UMNO-BN atau PAKATAN RAKYAT. Kita biasa dengar “negara demokratik ini rakyatlah yang berkuasa” dan “suara rakyat , suara keramat” . Namun apakah yang merencatkan ungkapan ini agar ia menjadi nyata ?

Negara ini akan menjadi lebih sejahtera jika kedua-dua parti masuk ke gelanggang dasar dan polisi. Bersaing melahirkan polisi yang mampan , persaingan sihat ini mendidik rakyat untuk undi mengikut pertimbangan dasar dan polisi yang sesuai untuk dirinya  bukan lagi undi mengikut sentimen peribadi mahupun kaum. Maka ia tidak timbul pergaduhan di akar umbi yang tidak membawa apa-apa erti.

Justeru UMNO-BN harus sahut cabaran Pakatan Rakyat agar sama-sama bersaing secara sihat dengan memberi tawaran yang relevan kepada permaslahan rakyat masa kini. Hindari fitnah murahan dan politik jijik , raikan tawaran atau dasar dan polisi yang membantu hingga ke akar umbi.


-MJ

Pakatan Rakyat Mewujudkan MPKR Untuk Memantau Soal Pertahanan & Keselamatam Negara




PETALING JAYA- Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) bagi memantau isu yang melibatkan pertahanan dan keselamatan negara.
Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan bekas Panglima Tenter Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dilantik sebagai Pengerusi MPKR.
Menurut Hashim, selain berfungsi sebagai penasihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkaitan aspek pertahanan dan keselamatan, majlis tersebut juga berperanan membangkitkan kesedaran awam tentang isu keselamatan negara.
Ahli Jawatankuasa majlis itu juga akan menilai kewajaran pembelian sesuatu aset pertahanan dari segi spefikasi dan samada berpadanan dengan harga yang dibayar kerajaan.
“Majlis ini akan menasihati pemimpin PR berkaitan semua aspek ruang lingkup isu-isu pertahanan dan keselamatan negara termasuk kaedah penilaian ancaman, proses penyediaan dasar, startegi pertahanan dan ‘force capability’ serta ‘capacity building’.
“Penubuhan MPKR ini adalah berasaskan rujukan kepada situasi keselamatan semasa di Malaysia, dasar-dasar serta peraturan kerajaan sedia ada dan pengalaman serta pengetahuan yang luas bekas penjawat awam dan tentera negara ini,” kata Md Hashim.
Menurut Md Hashim, MPKR turut bertindak mengisi peranan yang ditinggalkan Majlis Keselamatan Negara (MPK) yang ada hari ini.
“MKN pada masa ini fokus utamanya menjaga ‘keselamatan’ BN, tidak kepada isu keselamatan yang sepatutnya diutamakan,” kata beliau.
Selain Anwar dan Md Hashim, turut serta dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Tony Pua.
-harakahdaily

Soal Kerajaan Sementara selepas bubar



Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya apabila Parlimen masih lagi belum di bubarkan. Rakyat masih terus menanti walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik apabila tamat tempohnya pada 28 Mac lalu.
Pastinya tarikh 28 Mac 2013 mencatatkan sejarah penting dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, kerana buat pertama kalinya sebuah DUN di dalam Malaysia terbubar secara automatik apabila genap tempohnya lima tahun.
Ini bertitik tolak daripada tarikh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan telah mengangkat sumpah dan bersidang pada 28 Mac 2008 berdasarkan peruntukan Perkara 58, Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan.
Walaupun DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan secara rasmi namun Datuk Seri Utama Mohammad Hasan telah mengumumkan pentadbiran kerajaan tetap berfungsi sepertimana biasa memandangkan mereka kini berfungsi sebagai ‘caretaker government’ manakala badan kehakiman dan badan eksekutif tidak terlibat dengan apa-apa pembubaran.
Ramai orang membuat spekulasi bagaimanakah pengiraan tarikh genap lima tahun di buat. Berdasarkan peruntukan Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Parlimen haruslah berjalan dari tarikh mesyuaratnya yang pertama.
Oleh itu, berdasarkan maksud peruntukan di atas ini bermakna Parlimen Malaysia hanya mempunyai tempoh tamat sah laku sehingga 28 April 2013. Ini kerana kesemua ahli Parlimen telah mengangkat sumpah dan mula bersidang pada 28 April 2008.
Ada yang bertanya, bolehkah kiraan tarikh mengangkat sumpah dikira sebagai tarikh mula mesyuarat bersidang kerana di dalam peruntukan Perlembagaan hanya menyebut tarikh mula bersidang dan bukannya tarikh mula mengangkat sumpah.
Jawapannya adalah, secara konvensyen apabila seseorang ahli Parlimen mengangkat sumpah maka selepas itu akan diteruskan dengan persidangan mesyuarat.

Interpretasi secara liberal
Penulis sering kali mengingatkan pembaca bahawa di dalam kes Loh koi Choon, Hakim Raja Azlan Shah mengingatkan bahawa Perlembagaan harus diinterprestasikan secara liberal dan luas dan bukannya dengan cara yang sempit.
Ini bermaksud apabila perkataan yang digunakan didalam Perlembagaan di rujuk maka ia harus diinterpretasikan secara luas seperti mengangkat sumpah dan bersidang di atas.
Sangat signifikan juga Perlembagaan Persekutuan ini dirujuk serta diselang-selikan dengan Perlembagaan Negeri memandangkan Perlembagaan Negeri merupakan cedokan daripada Perlembagaan Persekutuan bagi penulis menerangkan isu ini di sini.
Dengan berlakunya pembubaran ini maka apa yang pasti ADUN Negeri  Sembilan yang telah berkhidmat genap 60 bulan ini mereka layak mendapat ganjaran dan saraan sepertimana serupa di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
Walau pun, DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik dan akan disusuli negeri-negeri lain dan Parlimen, apa yang lebih penting ketika ini adalah kewujudan ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara.
Ini kerana idea penubuhan kerajaan sementara telah pun menjadi salah satu isi penting kepada Jawatankuasa Pilihan Reformasi Pilihanraya yang telah ditubuhkan pada 2011 bagi menambah baik perjalanan pilihanraya di  Malaysia.
Kerajaan sementara bolehlah didefinisikan sebagai individu atau kumpulan manusia yang dilantik bagi mentadbir kerajaan bagi satu tempoh masa  tertentu (kebiasaannya singkat) sehingga sebuah kerajaan baru yang diabsahkan (legitimate) terbentuk.
Definisi ini berdasarkan kertas kajian ‘Caretaker Government during  Election: A Comparative Study of Pakistan, Bangladesh and India,  Pakistan, 2006 Institute of Legislative Development and Transparency.’
Ada banyak sebab kerajaan sementara boleh dibentuk namun kebiasaannya adalah i) negara mengalami zaman darurat; ii) kerajaan
sedia ada menghadapi undi tidak percaya dan kalah di dalam Parlimen dan iii) Parlimen dibubarkan secara normal dan akan menghadapi pilihanraya.

Zaman darurat
Contohnya ketika tahun 1969 negara menghadapi zaman darurat, satu jawatankuasa MAGERAN di bentuk yang bertindak mengambil alih kuasa kerajaan sebelum Parlimen dibenarkan berfungsi kembali pada tahun 1971.
Pada tahun 1996 Presiden Farooq Leghari telah membubarkan Dewan  Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen) Pakistan dan membatalkan kerajaan Perdana Menteri ketika itu, Benazir Bhutto.
Malik Meraj Khalid Rektor Universiti Islam Antarabangsa telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan sementara.
Oleh itu, kita harus faham pemerintah yakni Presiden atau Raja berhak melantik sesiapa sahaja yang tidak berkepentingan tetapi berkebolehan bagi memimpin kerajaan sementara.
Ini juga yang terjadi pada tahun 1959 apabila YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah meletakkan jawatannya dan jawatan beliau ditanggung Tun Abdul Razak sebagai Pemangku Perdana Menteri selama dua bulan bagi memastikan beliau dapat berkempen dengan efektif dan efisyen bagi Parti Perikatan.
Tetapi ideaini tidak disambut selepas Perdana Menteri itu dan akhirnya ia tidak menjadi good governance bagi parti pemerintah selepas zaman Tunku.
Menyorot susur galur idea kerajaan sementara ini popular selepas Perang Dunia kedua apabila Perdana Menteri Churchill daripada Parti Konservatif ketika itu telah mendapat maklumat awal berhubung akan adanya perletakan jawatan di kalangan Menterinya yang datang daripada Parti Buruh.
Justeru, Churchill telah meletakkan jawatannya sebelum tindakan diambil oleh Menteri Parti Buruhnya tanpa berunding dengan mereka terlebih dahulu.
Oleh itu, Raja telah mengarahkan sebuah kerajaan sementara yang diketuai  oleh Churchill bagi memastikan urusan harian kerajaan berjalan seperti biasa.
Menurut Prof Sir Ivor Jenning di dalam bukunya ‘Cabinet Government’, ia bukanlah tradisi British melantik caretaker government sewaktu pilihanraya berlangsung.
Namun menjelang pilihanraya umum Britain pada tahun 1945 ketika itu, mereka perlu memilih di antara dua, sebuah kerajaan Parti Konservatif atau sebuah kerajaan Parti Buruh yang kuat.  Pada waktu yang sama urusan Raja (kerajaan) perlu berjalan seperti biasa menyebabkan idea kerajaan sementara menjadi popular ketika itu.

Pentadbiran sehari-hari
Justeru, idea terhadap cadangan penubuhan kerajaan sementara ini penting bagi memastikan kerajaan sementara ini menjalankan urusan pentadbiran sehari-hari tanpa menyalahguna kuasanya untuk parti-parti tertentu.
Menurut Jagdish Chandra Johari dalam bukunya ‘The Constitution of India, The Politico Legal Study’ menyatakan ketika kerajaan sementara berfungsi mereka tidak boleh a) memulakan atau mewar-warkan dasar kerajaan yang baru b)berjanji atau memulakan program baru c) menyediakan elaun, kenaikan gaji dan emolumen dan d) tidak boleh membuat majlis-majlis yang boleh dihadiri Menteri.
Manakala bagi ‘Caretaker Conventions Australia 2010′ menetapkan pula  kerajaan sementara ini perlu mengelakkan daripada membuat sebarang keputusan dasar yang besar yang akan mengikat kerajaan akan datang; membuat sebarang perlantikan utama dan memasuki mana-mana kontrak atau perjanjian.
Walaupun asasnya, perlantikan kerajaan sementara ini kebiasaannya terdiri daripada kerajaan yang terdahulu. Namun bagi memastikan konsep semak dan imbang maka wakil pembangkang boleh juga dijemput menyertai kerajaan sementara.
Selain itu, terdapat juga kaedah di mana wakil perkhidmatan awam yang berfungsi memainkan peranan ini. Mahu tidak mahu kita harus juga menerima bahawa perlantikan kerajaan sementara ini merupakan undang-undang tidak bertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan atau secara tidak langsung memberikan kuasa budibicara Yang DiPertuan Agong untuk melantik kerajaan sementara atau peralihan.
Ia tidak menjadi titik pertikaian kerana Yang DiPertuan Agong juga boleh  melantik wakil pembangkang sebagai sebahagian daripada peruntukan yang boleh di baca di dalam Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan.
Isu kewujudan kerajaan sementara sangat kritikal pada PRU ke 13 yang bakal diadakan memandangkan pilihanraya merupakan hak setiap warganegara untuk menentukan calon yang terbaik bagi mewakili suara mereka di dalam Parlimen.
Menurut Dr. Mohd Faisal Syam di dalam ‘Proposal for a Caretaker Government during the Election Period for submission to the Malaysian Parliamentary Select Committee for Electoral Reform’ pada tahun 2011, beliau menyatakan pilihanraya juga menjadi peluang bagi warganegara untuk memberi atau menghukum calon-calon yang sedia ada atas asas integriti dan pencapaian mereka.
Eksploitasi parti pemerintah
Kebimbangan beliau ini ada asasnya apabila berlakunya eksploitasi  terhadap sumber dan jentera kerajaan oleh parti pemerintah ketika dalam tempoh masa pilihanraya telah menyebabkan ketidakadilan terhadap proses pilihanraya sepanjang pengalaman pilihanraya di Malaysia.
Akhirnya walaupun pelbagai pihak telah mencadangkan kita melihat konvensyen kerajaan sementara/peralihan di beberapa buah negara seperti di UK, Australia dan sebagainya.
Kita harus fahami konvensyen ini tidak mempunyai kuasa mengikat maksudnya jika masih lagi berlaku pelanggaran terhadap tatacara kelakuan yang dilakukan kerajaan sementara seperti menjanjikan lebuhraya, binaan sekolah dan wang ringgit ketika mana pemimpinnya memerintah maka ia tetap tiada gunanya.
Namun, penulis juga memandang positif usaha Perdana Menteri meminta Peguam Negara menderaf tatacara bagi Kerajaan Sementara pada masa yang sama sangsi dengan usaha yang tergesa-gesa ini.
Penulis teringat kata-kata almarhum guru penulis, Dr Che Norlia Mustafa. Beliau menyatakan undang-undang yang dibuat seharusnya melihat keadaan mikro dan makro sesebuah negara itu.
Implikasi sosial
Malahan pada masa yang sama juga, signifikan undang-undang itu serta implikasinya terhadap sosial masyarakat harus diambil kira.
Jika berterusan mengambil cedokan undang-undang tanpa melihat keadaan  persekitaran Malaysia, penulis bimbang kita akan menjadi seperti Akta Perhimpunan Aman.
Pada peringkat awalnya terdapat banyak percanggahan dalam Akta ini akibat kerakusan pihak tertentu yang mencedok tanpa berunding dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, parti-parti politik, NGO, SUHAKAM, universiti dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, di titik akhirnya adalah semangat keterbukaan jugalah yang lebih penting.
Jika kita menyorot sejarah kerajaan sementara ini kembali, ada sesuatu yang kita tertinggal dalam meneliti sejarah Perdana Menteri Churchill apabila mempopularkan idea kerajaan sementara.
Beliau telah menghadiri ‘PostDam Conference’ bersama Menteri Luarnya Anthony Eden pada 17 Julai 1945 yang dihadiri juga Presiden Truman, Amerika Syarikat dan Stalin, Perdana Menteri USSR ketika itu.
Perdana Menteri Churchill telah membawa juga Clement Attlee yang juga Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri Bayangan dengan Ernest Bevin (Menteri Luar Bayangan) walaupun mereka dari parti politik yang berbeda.
Peristiwa ini telah menjadi ingatan penting berhubung apa yang dimaksudkan dengan semangat kerajaan sementara dan menonjolkan lagi Churchill sebagai seorang negarawan yang ulung di Britain ketika itu.
Justeru, adakah keberanian yang sama ada pada Perdana Menteri kita atas maksud membawa semangat ‘caretaker government’. Sama-sama kita nantikan.
*Penulis ialah pelajar Doktor Falsafah bidang undang-undang Perlembagaan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

fmt

Pekerja Awam Kerajaan Akan Mendapat Ganjaran Jika Bersama Menentang Rasuah




PETALING JAYA, 1 April — PKR hari ini mencadangkan bonus “anti-rasuah” tahunan kepada pekerja kerajaan jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat selepas Pilihan Raya 2013, dalam langkah untuk memenangi hati 1.5 juta penjawat awam.
Ketua Biro Perdagangan dan Industri PKR Wong Chen menerangkan langkah tersebut akan membantu usaha mengurangkan rasuah negara selain untuk memberikan motivasi kepada penjawat awam bagi melawan rasuah.
“Ia akan menjadi tanggungjawab bersama bagi semua.. Jadi pekerja kerajaan akan menumpukan untuk melawan rasuah dan pembaziran terhadap RM34 bilion bajet bukan emolumen, termasuk perkhidmatan dan bekalan.
“Sebagai insentif, apa sahaja simpanan yang kami perolehi dari usaha ini akan dikembalikan sebagai dividen kepada penjawat awam, yang akan dibayar melalui bonus tambahan secara tahunan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.


Wong berkata ini akan berada di atas insentif lain yang menarik PR telah ditawarkan kepada pekerja di kedua-dua sektor awam dan swasta, yang termasuk lantai gaji RM1,100 dan semakan semula gaji setiap tiga tahun.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar hari ini tidak layak bagi mana-mana kerajaan untuk “memandang rendah” kepada perkhidmatan awam dalam usaha untuk memerangi rasuah.
“Dengan cara ini, kita boleh mengajak semua orang bersama.
“Ganjaran kewangan tidak begitu penting, ia adalah mengenai mengubah budaya perkhidmatan awam dan mewujudkan budaya integriti ... kita tidak boleh hanya bersyarah kepada mereka - ia harus menjadi sesuatu yang mereka ingin memiliki dan sesuatu yang mereka boleh berasa bangga, “katanya.
Dalam sentuhan terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13, kedua-dua BN dan PR bersaing hebat untuk memenangi hati penjawat awam, demografi kunci kepada kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikkan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.
“Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST), kata beliau semasa Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) pada 11 Mac.
Dalam usaha yang tidak disangka, PR telah bergerak untuk menggagalkan kempen saat-saat terakhir pentadbiran Najib bagi menarik penjawat awam dengan mengatakan mereka akan sepadan dan memperbaiki apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun.
“PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh PR dengan yang pertama untuk memperbaiki habuan kepada penjawat awam, termasuk kenaikkan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.
“Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga empat peratus bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya,” kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.
Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.
Husam menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.
PAS dan sekutunya DAP dan PKR menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen.
Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan PR ditubuhkan.
Pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa kerana BN masih belum membubarkan parlimen Jumaat lalu, tepat lima tahun selepas pilihan raya lalu walaupun mandat mereka berakhir pada 28 April.

themalaysianinsider