Wednesday, December 23, 2009

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN ANTARA ADUN , AHLI MAJLIS & MBSA ( CAW ) KOTA KEMUNING

SRI MUDA - Pertemuan dan perjumpaan perlu kerap di jalankan yang melibatkan Adun , Ahli Majlis dan Pejabat MBSA cawangan Kota kemuning demi memantapkan lagi jalinan kerjasama untuk kebaikkan penduduk setempat.Baru - baru ini telah di adakan satu pertemuan yang berlangsung di Bilik mesyuarat Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.Pertemuan yang mana bertujuan untuk mencari satu jalan yang terbaik untuk penambah baikkan perkhidmatan MBSA kepada seluruh rakyat di kawasan Dun Sri Muda yang mana pada ketika ini terdapat runggutan yang disuarakan oleh penduduk setempat berkenaan dengan mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan serta kelewatan tindakan yang di ambil pada setiap aduan yang dibuat.

Antara yang hadir pada pertemuan tersebut adalah Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda),En.Raof (Pengurus MBSA Caw),Tan Ah Kow (Ahli Majlis) , Kamarulzaman Sanusi (Ahli Majlis) , Uthayasoorian (Ahli Majlis) serta kakitangan dari MBSA cawangan Kota kemuning.Antara beberapa perkara yang menjadi isu untuk di perbincangkan adalah masalah mutu jalan raya yang semakin merosot serta banyak longkang - longkang yang pengalirannya semakin tidak lancar dan tersumbat.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan kebimbangan sekiranya perkara - perkara yang berbangkit tidak di ambil tindakan dengan segera rakyat akan menyalahkan beliau serta kerajaan Pakatan Rakyat di atas kegagalan tersebut.Beliau juga menyeru dan memohon kepada semua rakyat di kawasan Dun Sri Muda memberikan kerjasama dalam penjagaan kebersihan dengan penganjuran gotong royong demi kebaikkan bersama.











No comments: