Wednesday, February 24, 2010

LAWATAN KE KARNIVAL SINAR KARANGKRAF DI SEKSYEN 15, SHAH ALAM

SRI MUDA - Tugasan yang tidak pernah berkurangan serta masa yang sentiasa mencemburui tidak menjadi batu halanggan kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei untuk meluangkan masa berkunjung ke kilang pengeluaran syarikat Sinar Karangkraf sdn bhd bersempena dengan penganjuran karnival karangkraf baru - baru ini di seksyen 15, Shah Alam.Kunjunggan Shuhaimi Hj Shafiei turut di sertai olek kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat serta AJK Dun yang bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan lebih dekat lagi dalam bidang penyiaran kerana kesemua mereka diberikan peluang untuk melawat operasi kilang pada kunjunggan tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei serta rombongan telah disambut oleh ketua editor Sinar Harian yang mana telah memberikan penerangan berkaitan operasi pengeluaran serta pentadbiran Syarikat karangkraf Sdn Bhd yang mana mengeluarkan pelbagai majalah untuk semua golonggan masyarakat.Di sesi penghujung lawatan Shuhaimi Hj Shafiei serta kakitangan yang hadir telah diraikan dalam satu jamuan ringkas oleh Pengarah Urusan ( CEO ) Karangkraf Sdn Bhd Ybhg Dato' Hussamuddin Yaacub yang telah meluangkan masa hampir 30 minit.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu serta ucapan terima kasih kepada kakitangan Karangkraf di semua peringkat dengan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau bergelar Wakil Rakyat.Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar jalinan kerjasama antara beliau dengan pihak media terutamanya dari Karangkraf dapat di eratkan lagi demi kebaikan bersama kerana media adalah salah satu saluran yang terpenting untuk menyalurkan maklumat yang telus dan tepat kepada rakyat.

















No comments: