Friday, February 19, 2010

YB Suhaimi Sokong Laluan Alternatif Untuk Lori Batuan di Kampung Jalan Kebun

Kampung Jalan Kebun, Shah Alam 18 Feb - YB Tuan Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda bersama-sama Hj Solehan Hj Tahir, Ketua Kampung Jalan Kebun telah mengadakan satu lawatan tapak ke pembinaan jalan alternatif bagi laluan lori batuan di Kampung Jalan Kebun sebentar tadi.

Turut bersama-sama di dalam lawatan tersebut ialah pegawai dari Pejabat JKR Daerah Klang, beberapa AJK JKKK Kg Jalan Kebun dan AJK MPP Zon 11 serta En. Sakman Sulur, Pengurus RASB.

Lawatan tersebut adalah susulan isu lori batuan/pasir yang sudah hampir 30 tahun menggunakan Jalan Kg Lombong di Kampung Jalan Kebun bagi mengangkut pasir dari kuari pasir di Tanjung Batu 12, Kuala Langat, berdekatan dengan Kg Lombong, ke tapak-tapak pembinaan di sekitar Klang dan Shah Alam.

Oleh kerana pergerakan lori-lori tersebut membahayakan pengguna jalanraya serta merosakkan Jalan Kg Lombong itu sendiri, JKKK Kg Jalan Kebun telah menyarankan kepada RASB untuk menggunakan laluan lain yang kurang merbahaya kepada pengguna Jalan Kg Lombong tersebut.

Hasilnya, satu jalan sedia ada yang perlu di baiki telah di kenal pasti untuk di gunakan oleh lori batuan bagi mengangkut pasir tanpa melalui Jalan Kg Lombong.

Kedudukan laluan tersebut adalah seperti peta yang terlampir.

Hasil dari lawatan tersebut, YB Suhaimi Shafie bersetuju untuk menyokong langkah tersebut dan dengan terbinanya laluan alternatif itu nanti, beliau berjanji untuk berusaha memastikan Jalan Kg Lombong di baiki dan di turap semula untuk keselesaaan pengguna jalan tersebut. _Izha

Penerangan dari Pegawai JKR Daerah Klang



Melawat Jalan Sedia ada di hujung Lorong Rabingan



Di tapak berdekatan jambatan besi Kg Lombong



Kawasan yang telah di bersihkan berdekatan jambatan besi Kg Lombong



Laluan ke Kg Lombong dari tapak pembinaan jalan alternatif.



Jalan sedia ada dihujung Lorong Rabingan

No comments: