Sekretariat Dun Sri Muda - TAK
Friday, June 18, 2010
Sekretariat Dun Sri Muda - TAK
HARI KELUARGA DAN GOTONG ROYONG DIJAYAKAN OLEH WARGA PENDUDUK ASTER
DUN SRI MUDA - Hasrat untuk melahirkan generasi yang sihat serta rakyat yang cergas serta bersatu padu tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan serta dokongan dari semua lapisan masyarakat di sesuatu penempatan dan kelompok masyarakat itu sendiri.Mengambil iktibar dan pengajaran dari permasalahan kesihatan terutamanya demam denggi yang menjadi antara ancaman utama kepada rakyat Malaysia telah mendorong Persatuan penduduk Aster menganjurkan program 2 dalam 1 iaitu hari keluarga dan gotong royong dalam datu masa.
program tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei sengaja diadakan serentak yang mana bertujuan untuk memberikan satu kelainan serta kesempatan kepada semua penduduk untuk saling mengenali antara satu dengan yang lain.Penduduk yang hadir di program tersebut dapat bersama - sama membersihkan persekitaran kawasan kediaman dan selepas itu mereka dapat beramah mesra di acara hari keluarga.YB Shuhaimi Hj Shafiei dimajlis tersebut melahirkan rasa terharu dan bangga diatas usaha yang telah dijayakan oleh Persatuan Penduduk serta semua penduduk untuk menjayakan majlis tersebut.Semoga sebaik dan semurni ini akan dapat dikekalkan di masa - masa yang akan datang untuk memberikan keselesaan yang berpanjangan.
Thursday, June 10, 2010
KAMPUNG BUKIT LANCHUNG - Kesedihan sebahagian penduduk kampung Bukit Lanchung yang menjadi mangsa ban jir baru - baru ini saedikit terubat bila mana menerima sumbangan barang - barang keperluan harian daripada YB Shuhaimi HJ Shafiei Adun Sri Muda.Dalam kejadian banjir yang berlaku baru - baru ini dibeberapa kawasan Dun Sri Muda yang turut melibatkan Kampung Bukit Lanchung yang mana memaksa mangsa dipindahkan ke dewan orang ramai.
Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat) yang sesungguhnya simpati dan perihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir telah menganjurkan satu majlis ringkas yang bertujuan menyampaikan sumbangan kepada kesemua mangsa banjir tanpa mengambil kira fahaman politik atau taraf kehidupan. Kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan Dun Sri Muda seharusnya tidak di ambil ringgan oleh pihak yang berwajib kerana punca utama yang menyebabkan kejadian banjir sudah dikenal pasti namun tindakan yang di ambil terlalu perlahan.
YB.SHUHAIMI HJ SHAFIEI TURUT MEMBANTU PETUGAS MEMBUNGKUS BARANGAN SUMBANGAN
PASTIKAN SEMUA MANGSA BANJIR MENERIMA SUMBANGAN HARI INI.MUNGKIN ITU YANG DIPERKATAKAN
Monday, June 7, 2010
TAMAN ALAM MEGAH - Untuk menjadi seorang pemimpin yang dapat diterima oleh semua golongan masyarakat seseorang pemimpin tidak harus sama sekali meletakkan syarat untuk turun bercampur dan bergaul dengan segenap masyarakat yang diwakilinya.YB Shuhaimi Hj Shafiei yang semakin hari semakin di terima oleh majoriti penduduk di kawasan Dun yang beliau wakilinya.
Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa dengan menggunjungi sebuah keluarga di Alam Megah untuk memziarah serta bertemu dengan ahli keluarga yang kehilangan insan tercinta baru - baru ini.Kehadiran YB Shuhaimi Hj Shafie telah disambut dengan mesra oleh ahli keluarga serta orang ramai yang hadir kerana kehadiran beliau sedikit sebanyak telah memberikan sedikit ransangan semangat kepada keluarga simati. YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM1000 kerana simati adalah warga emas dan telah berdaftar didalam skim mesra usia emas (smue)
Thursday, June 3, 2010
YB Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan ucapan aluan dan perasmian
SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN PENGANUT AGAMA BUDDHA PUTRA HIEGHTS
KOTA KEMUNING - Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai telah berlangsung baru - baru ini bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ( PKR ) Adun kawasan Sri Muda.Puan Zaiton Md Daud selaku setiausaha kerja kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei telah
KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PKR ) KETIKA MENYERAHKAN SUMBANGAN KEPADA WAKIL PERSATUAN
Tuesday, June 1, 2010
TAMAN ALAM MEGAH - Kebersihan kediaman dan kawasan persekitarannya adalah tanggungjawap bersama kerana ia akan akan memberikan faedah kesihatan semua penduduk.Antara langkah yang perlu diambil oleh persatuan penduduk dengan kerjasama MPP dengan penganjuran kempen gotong royong untuk membersihkan sekitar kawasan kediaman.baru - baru ini satu program gotong royong perdana telah dijaya kerjasama antara persatuan Penduduk Taman Alam Megah serta MPP Zon 10 yang mana berjaya mengumpulkan hampir semua penduduk setempat untuk turut serta dalam program gotong royong tersebut.Program tersebut telah di rasmikan oleh YB.Shuhaimi Hj Shafiei yang juga telah meluangkan masa turut serta bersama - sama penduduk membersihkan kawasan terlibat.
SRI MUDA - Sistem peparitan dan pengaliran dilihat menjadi punca utama masalah banjir di kawasan Dun Sri Muda sering kali berulang setiap kali hujan lebat melanda kawasan tersebut.Permasalah tersebut sudah berulang kali dibangkitkan ketika berlangsungnya mesyuarat tindakan Daerah Klang dan Petaling namun akan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawap agak perlahan.YB Shuhaimi Hj Shafiei selaku wakil rakyat dikawasan tersebut melahirkan rasa kesal kerana pada dapat dilihat dengan jelas kebanyakkan sistem peparitan tidak diselenggarakan dengan berkesan seperti tumbuhan seperti rumbut hidup subur dan menutupi hampir keseluruhan peparitan selain sisa buangan juga terdapat didalam sisitem peparitan tersebut.
YB Shuhaimi Hj Shafiei meminta kerjasama daripada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) agar tidak menunggu selepas kejadian banjir barulah hendak bertindak kerana cara sedemikian hanya akan menyusahkan rakyat serta menbangkitkan rasa marah rakyat kepada kerajaan yang memerintah kerana tindakan pencengahan tidak diambil dari awal.YB Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pegawai dari JPS agar dapat melakukan tinjauan sekitar kawasan yang sering dilanda banjir demi untuk mengenal pasti apakah punca sebenar permasalah tersebut dan bagaimana ia dapat di atas demi untuk kesejahteraan rakyat yang terbanyak.
Wednesday, May 26, 2010
DI MASJID AL-NAIM KAMPUNG JALAN KEBUN,
KAMPUNG JALAN KEBUN - Hasrat penduduk kampung Jalan Kebun untuk bertemu dan bertentang mata dengan pemimpin tertinggi Negeri Selangor akhirnya tercapai bilamana Dato Menteri Besar YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah menunaikan solat fardu jumaat baru - baru ini di masjid Al-Naim.Ketibaan YAB Tan Sri telah disambut oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei,Nazir masjid serta Ajk Masjid Al-Naim serta para jemaah yang hadir menunaikan solat pada hari tersebut.
Pada kesempatan tersebut YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberikan sedikit ruang untuk menyampaikan Tazkirah kepada para jemaah.Rata - rata jemaah yang hadir menunaikan solat pada hari tersebut melahirkan rasa terharu serta berbangga kerana hasrat dan keinginan mereka untuk bermesra dengan menteri besar selama ini tertunai sudah.Para jemaah mengakui Dato' Menteri besar adalah seorang pemimpin yang benar - benar berjiwea rakyat kerana mudah untuk didekati serta tidak begitu mementing protokol ketika berhadapan dengan rakyat.
Rakyat yang hadir melahirkan hasrat agar YAB Dato' Menteri Besar agar dapat meluangkan masa untuk hadir sekali lagi ke Kampung Jalan Kebun dimajlis yang lain agar seluruh rakyat di Kampung Jalan Kebun dapat bertemu dan bermesra dengan pemimpin tertinggi negeri itu.YB Shuhaimi Hj Shafiei sedang merangka satu program yang mana akan dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar dalam Waktu yang terdekat untuk memberikan peluang seluruh rakyat untuk bertemu dan bermesra dengan Dato' Menteri Besar yang di sayangi oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim disambut oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei semasa tiba di Masjid Al-Naim
SRI MUDA - Sesuatu majlis yang berlangsung akan lebih berseri dan lebih meriah sekiranya antara tetamu yang hadir dimajlis tersebut adalah pemimpin yang dikagumi kerana sudah pasti akan menjadi satu kenangan yang terindah untuk dikenang sehingga ke akhir hayat.Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei berserta kakitangan pejabat pusat khidmat rakyat telah berkesempatan untuk hadir ke satu majlis walimatulurus setelah menerima undangan dari pasangan mempelai.Kehadiran YB Shuhaimi Hj Shafiei serta kakitangan pejabat pusat khidmat rakyat telah disambut dengan penuh mesra oleh tuan majlis serta tetamu - tetamu yang hadir dimajlis tersebut.Selain tuan rumah tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermesra serta bergambar bersama Yb huhaimi Hj Shafiei.YB Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan kesejahteraan kebahagiaan kepada pasangan mempelai serta seluruh ahli keluarga semoga berkekalan jodoh perkahwinan yang dibina sehingga ke akhir hayat.
ADA SESUATU YANG MENARIK DIPERKATAKAN OLEH YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI DENGAN TETAMU YANG HADIR
SRI MUDA - Sepanjang tempoh memegang amanah selaku Adun kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa berusaha dengan menjalinkan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan yang berkaitan demi untuk memastikan permasalahan banjir dapat di atasi dengan kadar yang segera disekitar kawasan Dun Sri Muda.Sepanjang dua tahun pemantauan di jalankan oleh kakitanggan Pejabat Adun Sri Muda permasalah banjir yang sering berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan sistem pengaliran beroperasi dengan baik oleh kerana kebanyakkan peparitan serta anak - anak sungai yang terdapat di sekitar dun Sri Muda tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawap.
Baru - baru ini beberapa lokasi sekitar dun Sri Muda dilanda banjir yang agak luar biasa kerana sehingga melibatkan beberapa buah kampung dan pusat pemindahan juga terpaksa dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.YB Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajip agar dapat memastikan sistem peparitan disekitar dun Sri Muda dapat diselenggarakan dengan baik dan yang terpenting kerja - kerja menyelenggara bukan hanya dijalankan apabila banjir berlaku namun akan tetapi ia harus sentiasa diselenggarakan kerana peparitan di kawasan dun sri muda dipenuhi dengan hidupan yang begitu subur yang mana menjadi penyebab utama sistem peparitan sering tersumbat.
SRI MUDA - Demi kesejahteraan semua golonggan masyarakat yang berada didalam kawasan yang diwakili ,YB Shuhaimi Hj Shafiei akan terus berusaha untuk menjejaki goloonggan yang kurang berkemampuan agar dapat dibantu.Shuhaimi Hj Shafiei sering meluangkan masa beliau untuk menjejaki golonggan sasaran dengan meninjau dan bertemu sendiri meraka - meraka yang tidak berkemampuan kerana dengan cara sedemikian dapat memberikan ruang yang lebih besar kepada beliau dan rakyat untuk berkongsi dan bertukar tukar maklumat dan pendapat selain menambahkan kemesraan antara beliau dengan rakyat.
Selaku wakil rakyat yang telah di amanahkan Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa berusaha tanpa mengenal erti jemu dan puas kerana masih ramai lagi golonggan yang kurang berkemampuan tidak menerima bantuan dari pihak yang bertanggungjawap.Selaku Adun beliau akan terus berusaha memenuhi dan membantu mereka - mereka kurang berkemampuan agar golonggan tersebut mendapat keselesaan di kemudian hari selagi beliau masih bergelar seorang Adun.