Thursday, June 3, 2010

KEBERSIHAN PERSEKITARAN PERUMAHAN PENTING DEMI MENJAMIN KESIHATAN SEMUA PENDUDUK
TAMAN ALAM MEGAH - Persekitaran tempat tinggal yang bersih adalah faktor penting demi menjamin kesihatan yang baik kepada semua penduduk di sesuatu kawasan memandangkan wujudnya pelbagai wabak penyakit semenjak kebelakangan ini.Demi mengambil langkah awal pencegahan mengelakkan ada dikalanggan penduduk setempat diserang penyakit merbahaya telah mendorong persatuan penduduk Alam megah menganjurkan program gotong royong baru - baru ini.
Program gotong royong pada hari tersebut telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun Kawasan tersebut yang mana telah meluangkan masa untuk bersama - sama penduduk yang hadir pada program hari tersebut.Selain YB Shuhaimi Hj Shafiei turut sama hadir ialah Ybhg En.Kamarulzaman Sanusi selaku Ahli Majlis MPP Zon 10, selain pengurusi persatuan penduduk setempat.YB Shuhaimi Hj Shafiei mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang hadir kerena usaha seperti ini akan memberikan faedah yang amat baik kepada semua.

YB Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan ucapan aluan dan perasmian

Antara penduduk yang hadir untuk menjayakan program gotong royong pada hari tersebut.

YB Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan peralatan dan kelengkapan untuk menjaya program gotong royong
Sistem pengaliran juga perlu diutamakan untuk mengelak kejadian banjir kilat

No comments: