Wednesday, June 23, 2010

2 ADUN dan 2 Ahli Parlimen bergabung dalam Program Mesra Rakyat

PPR Kampung Baru Hicom -

Ahad lepas 20 Jun 2010, satu program informasi dan mesra rakyat diadakan. Ia melibatkan gabungan 2 Pejabat ADUN: Sri Muda dan Batu 3. Program ini turut disertai oleh 2 Ahli Parlimen Kota Raja dan Shah Alam. Pelbagai bentuk informasi dan sukan rakyat diadakan. Jumlah penduduk yang turun begitu ramai dan di kemuncak acara hampir 1500 orang hadir termasuk dari kawasan berhampiran.

Program ini diadakan berikutan kesulitan yang dialami penduduk PPR untuk mengemukakan aduan. Kawasan mereka berada di sempadan kawasan pilihanraya antara Kota Raja dan Shah Alam menjadikan mereka keliru untuk meminta bantuan Wakil Rakyat.

Seramai 490 pengundi baru dapat didaftar di seluruh Dun Sri Muda pada hari ini sahaja. Sumbangan bahan makanan, pendaftaran SMUE, Tawas, kempen kumpulkan minyak masak terpakai, pendaftaran asnaf dan sebagainya telah dapat mengeratkan hubungan semua penduduk di kawasan ini.

Antara pimpinan yang turun YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, YB Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda dan YB Rodziah ADUN Batu tiga. Mereka bergilir gilir datang dan menyampaikan sumbangan

YB Dr Siti Mariah beramah mesra dengan penduduk setempat

Dr Siti Mariah mencuba sendiri

YB Shuhaimi kelihatan tekun memberi tumpuan pada acara pencak silat dan melihat persembahan daripada penduduk setempat

Sekretariat Dun Sri Muda

No comments: