Thursday, June 3, 2010


SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN PENGANUT AGAMA BUDDHA PUTRA HIEGHTS



KOTA KEMUNING - Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai telah berlangsung baru - baru ini bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ( PKR ) Adun kawasan Sri Muda.Puan Zaiton Md Daud selaku setiausaha kerja kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menyerahkan sumbangan kepada wakil persatuan yang hadir pada hari tersebut.YB Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya menyatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor ( Pakatan Rakyat ) benar - benar ikhlas didalam menunaikan tanggungjawab yang di amanahkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira pegangan agama serta fahaman politik .Ini dapat dilihat bilamana Persatuan Penganut Agama Buddha Putra Hieghts telah menerima sumbangan dari kerajaan negeri dan sumbangan seperti ini akan berterusan kerana ia bukanlah sumbangan bermusim.

KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PKR ) KETIKA MENYERAHKAN SUMBANGAN KEPADA WAKIL PERSATUAN

No comments: