Saturday, June 26, 2010

Bancian Penduduk Jalan Kebun Baru

Dalam mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan isu pemindahan beberapa penduduk di Jalan Kebun Baru yang telah meneroka tanah tersebut lebih 50 tahun, hari ini lebih kurang 15 orang petugas diketuai oleh YB Shuhaimi sendiri serta Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah /Tanah Klang (PDT), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), wakil penduduk, Ketua Kampung dan wakil pejabat Adun Sri Muda hadir melakukan bancian terhadap penduduk yang terlibat.

Bancian dilakukan bagi mengenalpasti jumlah sebenar penduduk yang terlibat bagi isu pemindahan tersebut, ianya juga berikutan arahan YAB Menteri Besar dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri yang lepas yang mengarahkan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam tempoh sebulan.

Penduduk melahirkan rasa syukur diatas usaha YB Shuhaimi dalam menyelesaikan masalah tanah mereka yang akan diusahakan oleh pihak pemaju Malaya Pine bagi membina sekolah dan berharap kedua-dua pihak berpuas hati diatas keputusan yang akan dibuat nanti.




Para petugas sedang melakukan tugas membanci




Antara yang hadir membantu Ketua Kampung Jalan Kebun Tuan Haji Salehan Hj Tahir

No comments: