Monday, January 10, 2011

Prinsip Raja Berperlembagaan. Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB
Posted on Sunday, January 09 @ 21:54:49 MYT by ismet_ulamraja

Minda Anwar Ibrahim Perbincangan tentang institusi Raja Melayu dalam alaf ke-21 perlu mengambil kira faktor sejarahnya. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan - Yang Di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara, sementara kuasa raja tertakluk kepada perlembagaan. Raja yang berkecuali dari politik kepartian, dijadikan lambang tertinggi dalam sesebuah negara.

Di Malaysia, institusi Raja sering diheret ke gelanggang pergelutan politik kepartian. Bukan itu sahaja, pada ketika kuasa hampir dimonopoli sepenuhnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional, pembangkang dan masyarakat sivil yang kebuntuan menjadikan istana sebagai pangkalan untuk menyekat kuasa regim BN. Misalnya, perhimpunan dan perarakan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan BERSIH pada tahun 2007.

Strategi ini semestinya mengundang risiko. Bukan tugas yang enteng untuk meletakkan garisan pada batas "sistem Raja berperlembagaan", terutamanya dalam konteks masyarakat yang sarat dengan pelbagai akta untuk digunakan terhadap mereka yang berbicara mengenai kuasa institusi Raja. Pengaruh institusi Raja semakin terserlah, antaranya ketika rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, sebelum kemelut perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan "semangat prinsip Raja Berperlembagaan", dalam wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, semalam. Ahli politik yang cuba menampilkan diri sebagai pemimpin negara masa depan ini menghadapi desakan golongan pendukung politik baru yang progresif, di samping perlu berhati-hati dengan sentimen "kemelayuan" yang tidak boleh diperlekehkan.

Antara Rakyat dengan Raja

"Dia harus ditangani dengan hikmah. Mempertahankan hak rakyat dan juga memuliakan institusi raja," jawab Anwar dengan cermat, menjelaskan bagaimana convention perlantikan SUK selama ini menyaksikan hak rakyat diputuskan seperti mana yang diusulkan Menteri Besar, dan kemudian nama itu mohon perkenan Raja.

Beliau menyambung, "Dalam kes ini, usul Menteri Besar tidak berlaku. Maka kita sukar menerima. Di mana ada kuasa rakyat di sini? Apa erti pilihan raya? Apakah ini bermakna kita mengetepikan perkenan Raja? Tak benar. Tetapi bagaimana perlantikan dibuat tanpa usul daripada rakyat? Itu prosedur dia."

Bagaimanapun, upacara angkat sumpah SUK baru, Khusrin Munawi, calon yang tidak direstui kerajaan negeri Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, sebelum wawancara ini dijalankan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa "kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri" pada 3 Januari, akhirnya akur, walaupun mendakwa "hadir tidak bermakna rela" kemudiannya.

Anwar menjelaskan bahawa perbincangan dalam PR, bersama Lim Kit Siang (DAP) dan Hadi Awang (PAS) mencapai muafakat - menyerah kepada EXCO kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kemelut ini.

Kehadiran halalkan perlantikan

Anwar: Kerana upacara itu bukan upacara angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Upacara itu upacara yang melibatkan banyak program lain. Keengganan kerajaan negeri hadir akan menimbulkan tafsiran yang berbeda. Bukan soal Setiausaha Kerajaan Negeri. Soal Setiausaha Kerajaan Negeri kita tegas. Tetapi nampaknya usul angkat sumpah itu dimasukkan sebagai salah satu upacara itu.

MR: Tetapi sebelum ini, MB dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri upacara itu...

Anwar: Tetapi upacara itu disekalikan dengan beberapa upacara yang lain!

MR: Tetapi, kehadiran ini memberi laluan kepada Khusrin untuk menjadi SUK yang halal.

Anwar: Itu saya tidak... (mahu mendalami) macam mana implikasi dari segi undang-undang, tetapi kalau Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak diterima oleh kerajaan negeri, juga tidak mudah (untuk Khusrin).

PR berganjak langkah?

Bagaimanapun, kesudahan isu perlantikan SUK semalam mungkin mengundang persepsi di kalangan sesetengah pengamat politik, bahawa PR telah berganjak langkah.

"Pendirian kita jelas. Kita tidak setuju dengan cara mengetepikan suara rakyat. Itu prinsip dia. Tetapi kita tidak mahu langkah kita itu memberikan tafsiran berbeda, terutama kerana upacara istana itu tidak hanya angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri. Kenyataan MB itu merujuk kepada upacara angkat sumpah. Tetapi upacara angkat sumpah itu disekalikan dengan upacara yang melibatkan institusi Raja yang lain, jadi itu menyukarkan kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri, dan saya faham bahawa ia menimbulkan juga sedikit kerumitan tambahan kepada kita. Tapi saya yakin kerana kerajaan negeri masih punya suara yang besar," jelas Anwar.

Beliau kemudian menuding jari kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, "Ini peranan Dato Seri Najib yang cuba nak merampas Selangor setelah setahun, dua tahun ini gagal. Ini helah tambahan. Ini kita tahu. Ini usaha, helah UMNO untuk rampas secara haram. Jadi, oleh yang demikian, kita akan mempertahankan (kerajaan negeri Selangor)."

Apabila keputusan MB semalam dipertikaikan sebagai memberi ruang kepada UMNO-BN untuk menggunakan institusi Raja untuk menekan PR sebaliknya, Anwar berkata, "Itu bukan bagi ruang, itu perlembagaan. Kita nak pilih. Kalau saudara buat andaian begini, makna seolah-olah kita memilih untuk menolak institusi Raja-Raja. Ini perangkap yang dimainkan oleh mereka."

"Ada orang yang bersuara kita harus tegas. Tegas, betul. Tetapi tegas sehingga menyebabkan kita dilihat sebagai menentang institusi Raja juga tidak sihat. Sebab pendirian kita pertahankan institusi ini. Jadi, jangan kita terperangkap. Oleh kerana kita nak keras, keras itu menyebabkan kita terperangkap, kerana suara rakyat sekarang masih mahu pertahankan semangat perlembagaan itu. Tapi, semangat perlembagaan itu tidak bermakna kesediaan kita menerima kenyataan bahawa institusi Raja diheret oleh mana-mana pihak," tekan Anwar.

Tentang kenyataan Suhaimi...

Sama ada perlantikan SUK Selangor ini konspirasi UMNO-BN untuk merampas kuasa, ia terserah kepada masa untuk menjawabnya. Namun, apa yang pasti, ia membuka gelanggang pertarungan politik, dan akhirnya ADUN Sri Muda-PKR, Suhaimi Shafiei menjadi sasaran baru, atas tuduhan "menghina Sultan".

Utusan Malaysia pada 6 Januari 2011, memberi liputan penuh pada muka surat ketujuh, untuk mengecam kenyataan Suhaimi (gambar kanan), di samping menyiarkan tulisan asal blognya. Antara kenyataan Suhaimi berbunyi, "baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan fasal 55(1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959."

Meskipun tidak bersetuju sepenuhnya kenyataan Suhaimi, tetapi Anwar mempertahankan kenyataan Suhaimi pada bahagian di mana Sultan perlu mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ditafsirkannya sebagai "maksud Raja Berperlembagaan".

Beliau mempersoalkan, sejak bila Utusan Malaysia tidak menyerang PKR/PR? "Cuba baca Utusan masa dia menyokong pinda perlembagaan. Cuba baca Utusan masa dia menyerang Raja, itu jauh lebih parah daripada kenyataan Suhaimi. Jadi, kalau Utusan mahu ambil tindakan kepada Suhaimi, Utusan juga harus diambil tindakan, dan juga semua ucapan Presiden UMNO dulu...patut diambil tindakan."

Cubaan PR menarik sokongan Institusi Raja

Walaupun demikian, sesetengah pengamat politik mungkin menganggap PR juga pernah menunjukkan kecenderungan untuk menarik sokongan institusi Raja, khususnya sekitar rancangan rampasan kuasa pada 16 September 2008. Ia mungkin bertujuan untuk mengimbangi kuasa UMNO-BN, namun ia sering berakhir dengan kesudahan yang memihak kepada UMNO.

"Kita pertahankan prinsip perlembagaan, iaitu kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja. Ada juga usaha UMNO untuk mengheret institusi Raja, mendukung mereka dengan menanam rasa cemas atau takut, seolah-olah Pakatan Rakyat, terutama dengan adanya DAP, sebagai tidak menghormati Raja atau akan mengingkari kuasa Raja. Ini sebab kita nak pertahankan (institusi Raja)," Anwar menafikan andaian yang dilontarkan di atas.

"Yang kita pertahankan prinsip itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Kita tidak mahu pulihkan kerajaan di mana Raja-Raja berkuasa, kerana itu sudah meninggalkan semangat prinsip perlembagaan dan raja berperlembagaan. Kalau dia katakan Raja yang melantik (dalam isu SUK), mana ada prinsip raja berperlembagaan di situ?"

Wartawan MerdekaReview membangkitkan ucapan dasar Presiden dalam Kongres PKR pada November 2008, yang menyebut kesediaan PKR untuk "mengembalikan kekebalan Raja-Raja".

Anwar bagaimanapun mendakwa bahawa "istilah itu mungkin dipertikai", sebelum menekankan, "Kalau kita pilih untuk mempertahankan institusi Raja berperlembagaan, institusi Raja itu mesti dimuliakan. Kalau tidak institusi itu tidak ada kesan. Tetapi ia tidak bermakna kuasa itu berbalik kepada Raja. Ini tahun 2010, ia tidak masuk akal untuk rakyat dipinggirkan."

Ketika dibangkitkan rancangan 16 September yang diuar-uarkannya itu turut menyebut langkah "mengadap Yang Di-Pertuan Agong", Anwar tetap mempertahankan bahawa perlembagaan menuntut prosedur mendapat perkenan Agong untuk menubuh kerajaan baru.

Beliau tidak melihat bahawa langkah ini bertentangan dengan politik baru yang didukung Pakatan Rakyat, "Politik baru tidak pernah mengatakan tidak mahu perkenan Raja."

Namun apabila wartawan membangkitkan situasi di mana Akta Hasutan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) digesa untuk digunakan, setiap kali apabila isu institusi Raja disentuh, Anwar berkata, "Yang itu kita tidak pernah setuju. Itu Utusan punya politik. (Politik) Lama. Kami kata orang nak bagi pandangan, teguran, tak ada salah. Sebab itu kita besarkan kenyataan Profesor Aziz Bari dan sebagainya untuk memberi pandangan yang berbeda."

Beliau menegaskan bahawa PR tidak menghina mana-mana institusi, tetapi memberi hak kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan. Secara terus terang beliau berkata, "Saya ikut perlembagaan sahaja. Saya juga tahu bahawa seluruh perjuangan kebangsaan Melayu juga mahu merdeka. Bebaskan diri dari kuasa mutlak Raja. Dari segi sejarahnya itu kita akui, tetapi institusi (Raja) itu kita pertahankan." (Bahagian pertama, bersambung)

*Wawancara ini dijalankan oleh Chan Wei See (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina), Lim Hong Siang (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia) dan Ong Vic Kee (Wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina), di pejabat Anwar Ibrahim pada 6 Januari 2011.

Sumber: Minda Rakyat

Sunday, January 9, 2011

Prinsip Raja Berperlembagaan Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB
Posted on Saturday, January 08 @ 12:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Sumber MerdekaReview

【Wawancara bersama Anwar Ibrahim, Bahagian Pertama】Anwar Ibrahim berkata, "Yang kita pertahankan prinsip itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Kita tidak mahu pulihkan kerajaan di mana Raja-Raja berkuasa, kerana itu sudah meninggalkan semangat prinsip perlembagaan dan raja berperlembagaan. Kalau dia katakan Raja yang melantik, mana ada prinsip raja berperlembagaan di situ?

Prinsip Raja Berperlembagaan
Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB

Saturday, January 8, 2011

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Mengutuk Keganasan Perkasa dan Utusan Berputar-belit

(Petaling Jaya 8) Bendahari kelab Penyokong Kerajaan Selangor Yang Berhormat Gan Pei Nie mengetuai rombongan melawat pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sri Muda di Kota Kemuning. Tujuan lawatan ini adalah untuk berikan sokongan moral selepas pejabat YB Shuhaimi Shafiei diserang keganasan melemparkan cat merah.

YB Gan juga mewakili kelab mengutuk sekeras-kerasnya Utusan Malaysia dan Perkasa sengaja memutar-belitkan kenyataan YB Shuhaimi, berniat jahat untuk mencetuskan salah-faham serta menghasut atas nama istana. Lebih dahsyat lagi, hari ini sekali lagi telah menyaksikan satu kejadian mengganas oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada 07/01/11 pagi, pintu masuk pejabat ADUN Sri Muda didapati telah diserang dengan cat merah. Begitu juga dengan billboardnya yang terletak 500 meter jarak daripada pejabatnya.

Turut hadir mengiringi lawatan rombongan ini termasuklah Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow dan En. Abdul Manaf, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pusat En. Lee Khai Loon merangkap Ahli Majlis Selayang, perwakilan daripada Pas Kawasan Kota Raja. Selain daripada itu, rombong juga bawa bersama 3 bakul bunga diserahkan kepada En. Azmizam selaku wakil YB Shuhaimi Shafiei sebagai tanda simpati menjadi mangsa keganasan politik. Ketiga-tiga bunga itu adalah sumbangan daripada Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, ADUN Rawang YB Gan sendiri dan Exco Kerajaan Selangor YB Elizaberth Wong selaku ADUN Bukit Lanjan.

Sambil mengutuk pengganas yang tidak bertanggungjawab, YB Gan turut menyeru polis wajib mengambil tindakan tegas ke atas pengganas-pengganas terlibat, menyiasat serangan bermotif politik ini yang mengancam keselamatan agar budaya ganas ini tidak berleluasa dan maharajalela.

YB Gan mengulangi “YB Shuhaimi hanya mengutarakan pandangannya sebagai seorang wakil rakyat di dalam sebuah Negara demokrasi, jika pun ada sebarang perbezaan pandangan, ia boleh dibahaskan dengan sopan dan berilmiah. Bukan melalui jalan mengganas”.

“Pejabat YB Shuhaimi bukan mangsa pertama diserang pengganas politik, sebelum ini kita telah menyaksikan ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lin ketika jalankan tugas ADUN, telah diserang oleh ahli UMNO sehingga masuk hospital beberapa hari. Ahli Majlis Perbandaran Selayang En. Lim apabila menjalankan tugasan sebagai Ahli Majlis dalam kawasannya juga diserang cara ganas. Sehingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa”, YB Gan menambah.

Selain daripada itu, Ahli Majlis MBSA En. Abdul Manaf juga mewakili 23 orang Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam daripada Parti Keadilan Rakyat, PAS, DAP dan NGO menyampaikan kenyataan rasmi. Kesemua ahli-ahli majlis turut mengutuk sebarang keganasan politik, minta polis berikan perlindungan 24 jam ke atas keselamatan ahli keluarga YB Shuhaimi serta berikan sokong padu kepada YAB Tan Sri Dato Menteri Besar terus membela rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ketua Penerang AMK Pusat En. Lee Khai Loon juga mengutuk tindakan keji Utusan untuk mengeksploitasikan kenyataan YB Shuhaimi untuk cuba mencetuskan ketegangan politik dan akhirnya membawa kepada keganasan. Mereka ini tidak berkecuali daripada bertanggungjawab atas keganasan yang menimpa YB Shuhaimi.

Perwakilan daripada Pas Kawasan Kota Raja dalam sidang media ini juga menyatakan sokongan padu mereka kepada YB Shuhaimi dan kerajaan Pakatan Selangor untuk memerangi sebarang keganasan dengan bijaksana. Rakyat jelata dan pengundi mempunyai kebijaksanaan untuk menilai siapakah yang mencetuskan keganasan.

Akhir, YB Gan turut menasihati pembantu YB Shuhaimi dan petugas pejabat agar sabar dan berhadapan dengan cabaran ini dengan bijaksana kerana rakyat adalah hakim terbaik untuk membuat keputusan pada pilihanraya umum akan datang.

Lawatan Kelab Penyokong Kerajaan Selangor & Ahli Majlis

Tengahari hari ini, serombongan wakil daripada Kelab Penyokong Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Bendahari YB Gan serta wakil Ahli-ahli Majlis MBSA tleah melawat pejabat ADUN Sri Muda memberikan semangat dan perasaan simpati kepada YBShuhaimi menjadi mangsa keganasan politik yang tidak bertamadun.

Dalam lawatan ini, satu sidang akhbar telah diadakan oleh kepimpinan bersama dan kenyataan rasmi Ahli-ahli Majlis MBSA menyatakan sokongan tidak belah-bagi kepada YB Shuhaimi dan Dato Menteri Besar untuk mengharungi cabaran-cabaran fitnah yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik Pakatan Rakyat.

Rombongan BBC juga turut membawa 3 bakal bunga sebagai tanda simpati disampaikan kepada wakil YB En. Azmizam selaku Pegawai Khas.

KENYATAAN AKHBAR RENTETAN ISU AHLI DEWAN

NEGERI SRI MUDA (N50) YB SHUHAIMI SHAFIEI

1. Kami 23 orang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya kejadian melontar cat di pejabat YB Sri Muda serta paparan iklan Merakyatkan Ekonomi Selangor di Kota Kemuning pada awal pagi Jumaat 7 Januari 2011.

2. Perbuatan sebegini dilakukan oleh kumpulan yang tidak bertamadun, tidak punya akal, berniat jahat dan mengamalkan gangsterism yang pasti bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khasnya serta ajaran agama kita sendiri.

3. Kami memohon agar pihak berkuasa dan kerajaan pusat segera mengarahkan siasat menyeluruh kes ini dan seterusnya mendakwa mereka yang melakukan keganasan ke muka pengadilan.

4. Kami juga menyeru agar perlindungan keselamatan sewajarnya diberikan kepada YB Shuhaimi Shafiei dan keluarga menjamin keselamatannya sepanjang 24 jam.

5. Kami juga mendesak pihak polis jalankan siasatan atas penghasut-penghasut yang telah putar-belitkan kenyataan YB yang boleh mencetuskan ketegangan.

6. Akhirnya, kami juga ingin suarakan sokongan padu kami kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Seri Menteri Besar dalam segala usahanya untuk memajukan negeri Selangor menerusi Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Disediakan oleh: 23 orang Ahli Majlis PKR, PAS, DAP & NGO <08/01/11>

Prinsip Raja Berperlembagaan Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB

Prinsip Raja Berperlembagaan Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB

Lim Hong Siang | Jan 07, 2011 04:36:29 pm

Perbincangan tentang institusi Raja Melayu dalam alaf ke-21 perlu mengambil kira faktor sejarahnya. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan – Yang Di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara, sementara kuasa raja tertakluk kepada perlembagaan. Raja yang berkecuali dari politik kepartian, dijadikan lambang tertinggi dalam sesebuah negara.

Di Malaysia, institusi Raja sering diheret ke gelanggang pergelutan politik kepartian. Bukan itu sahaja, pada ketika kuasa hampir dimonopoli sepenuhnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional, pembangkang dan masyarakat sivil yang kebuntuan menjadikan istana sebagai pangkalan untuk menyekat kuasa regim BN. Misalnya, perhimpunan dan perarakan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan BERSIH pada tahun 2007.

Strategi ini semestinya mengundang risiko. Bukan tugas yang enteng untuk meletakkan garisan pada batas “sistem Raja berperlembagaan”, terutamanya dalam konteks masyarakat yang sarat dengan pelbagai akta untuk digunakan terhadap mereka yang berbicara mengenai kuasa institusi Raja. Pengaruh institusi Raja semakin terserlah, antaranya ketika rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, sebelum kemelut perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan “semangat prinsip Raja Berperlembagaan”, dalam wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, semalam. Ahli politik yang cuba menampilkan diri sebagai pemimpin negara masa depan ini menghadapi desakan golongan pendukung politik baru yang progresif, di samping perlu berhati-hati dengan sentimen “kemelayuan” yang tidak boleh diperlekehkan.

Antara Rakyat dengan Raja

“Dia harus ditangani dengan hikmah. Mempertahankan hak rakyat dan juga memuliakan institusi raja,” jawab Anwar dengan cermat, menjelaskan bagaimana convention perlantikan SUK selama ini menyaksikan hak rakyat diputuskan seperti mana yang diusulkan Menteri Besar, dan kemudian nama itu mohon perkenan Raja.

Beliau menyambung, “Dalam kes ini, usul Menteri Besar tidak berlaku. Maka kita sukar menerima. Di mana ada kuasa rakyat di sini? Apa erti pilihan raya? Apakah ini bermakna kita mengetepikan perkenan Raja? Tak benar. Tetapi bagaimana perlantikan dibuat tanpa usul daripada rakyat? Itu prosedur dia.”

Bagaimanapun, upacara angkat sumpah SUK baru, Khusrin Munawi, calon yang tidak direstui kerajaan negeri Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, sebelum wawancara ini dijalankan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa “kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri” pada 3 Januari, akhirnya akur, walaupun mendakwa “hadir tidak bermakna rela” kemudiannya.

Anwar menjelaskan bahawa perbincangan dalam PR, bersama Lim Kit Siang (DAP) dan Hadi Awang (PAS) mencapai muafakat – menyerah kepada EXCO kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kemelut ini.

Kehadiran halalkan perlantikan

Anwar: Kerana upacara itu bukan upacara angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Upacara itu upacara yang melibatkan banyak program lain. Keengganan kerajaan negeri hadir akan menimbulkan tafsiran yang berbeda. Bukan soal Setiausaha Kerajaan Negeri. Soal Setiausaha Kerajaan Negeri kita tegas. Tetapi nampaknya usul angkat sumpah itu dimasukkan sebagai salah satu upacara itu.

MR: Tetapi sebelum ini, MB dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri upacara itu…

Anwar: Tetapi upacara itu disekalikan dengan beberapa upacara yang lain!

MR: Tetapi, kehadiran ini memberi laluan kepada Khusrin untuk menjadi SUK yang halal.

Anwar: Itu saya tidak… (mahu mendalami) macam mana implikasi dari segi undang-undang, tetapi kalau Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak diterima oleh kerajaan negeri, juga tidak mudah (untuk Khusrin).

PR berganjak langkah?

Bagaimanapun, kesudahan isu perlantikan SUK semalam mungkin mengundang persepsi di kalangan sesetengah pengamat politik, bahawa PR telah berganjak langkah.

“Pendirian kita jelas. Kita tidak setuju dengan cara mengetepikan suara rakyat. Itu prinsip dia. Tetapi kita tidak mahu langkah kita itu memberikan tafsiran berbeda, terutama kerana upacara istana itu tidak hanya angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri. Kenyataan MB itu merujuk kepada upacara angkat sumpah. Tetapi upacara angkat sumpah itu disekalikan dengan upacara yang melibatkan institusi Raja yang lain, jadi itu menyukarkan kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri, dan saya faham bahawa ia menimbulkan juga sedikit kerumitan tambahan kepada kita. Tapi saya yakin kerana kerajaan negeri masih punya suara yang besar,” jelas Anwar.

Beliau kemudian menuding jari kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, “Ini peranan Dato Seri Najib yang cuba nak merampas Selangor setelah setahun, dua tahun ini gagal. Ini helah tambahan. Ini kita tahu. Ini usaha, helah UMNO untuk rampas secara haram. Jadi, oleh yang demikian, kita akan mempertahankan (kerajaan negeri Selangor).”

Apabila keputusan MB semalam dipertikaikan sebagai memberi ruang kepada UMNO-BN untuk menggunakan institusi Raja untuk menekan PR sebaliknya, Anwar berkata, “Itu bukan bagi ruang, itu perlembagaan. Kita nak pilih. Kalau saudara buat andaian begini, makna seolah-olah kita memilih untuk menolak institusi Raja-Raja. Ini perangkap yang dimainkan oleh mereka.”

“Ada orang yang bersuara kita harus tegas. Tegas, betul. Tetapi tegas sehingga menyebabkan kita dilihat sebagai menentang institusi Raja juga tidak sihat. Sebab pendirian kita pertahankan institusi ini. Jadi, jangan kita terperangkap. Oleh kerana kita nak keras, keras itu menyebabkan kita terperangkap, kerana suara rakyat sekarang masih mahu pertahankan semangat perlembagaan itu. Tapi, semangat perlembagaan itu tidak bermakna kesediaan kita menerima kenyataan bahawa institusi Raja diheret oleh mana-mana pihak,” tekan Anwar.

Tentang kenyataan Suhaimi…

Sama ada perlantikan SUK Selangor ini konspirasi UMNO-BN untuk merampas kuasa, ia terserah kepada masa untuk menjawabnya. Namun, apa yang pasti, ia membuka gelanggang pertarungan politik, dan akhirnya ADUN Sri Muda-PKR, Suhaimi Shafiei menjadi sasaran baru, atas tuduhan “menghina Sultan”.

Utusan Malaysia pada 6 Januari 2011, memberi liputan penuh pada muka surat ketujuh, untuk mengecam kenyataan Suhaimi (gambar kanan), di samping menyiarkan tulisan asal blognya. Antara kenyataan Suhaimi berbunyi, “baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan fasal 55(1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.”

Meskipun tidak bersetuju sepenuhnya kenyataan Suhaimi, tetapi Anwar mempertahankan kenyataan Suhaimi pada bahagian di mana Sultan perlu mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ditafsirkannya sebagai “maksud Raja Berperlembagaan”.

Beliau mempersoalkan, sejak bila Utusan Malaysia tidak menyerang PKR/PR? “Cuba baca Utusan masa dia menyokong pinda perlembagaan. Cuba baca Utusan masa dia menyerang Raja, itu jauh lebih parah daripada kenyataan Suhaimi. Jadi, kalau Utusan mahu ambil tindakan kepada Suhaimi, Utusan juga harus diambil tindakan, dan juga semua ucapan Presiden UMNO dulu…patut diambil tindakan.”

Cubaan PR menarik sokongan Institusi Raja

Walaupun demikian, sesetengah pengamat politik mungkin menganggap PR juga pernah menunjukkan kecenderungan untuk menarik sokongan institusi Raja, khususnya sekitar rancangan rampasan kuasa pada 16 September 2008. Ia mungkin bertujuan untuk mengimbangi kuasa UMNO-BN, namun ia sering berakhir dengan kesudahan yang memihak kepada UMNO.

“Kita pertahankan prinsip perlembagaan, iaitu kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja. Ada juga usaha UMNO untuk mengheret institusi Raja, mendukung mereka dengan menanam rasa cemas atau takut, seolah-olah Pakatan Rakyat, terutama dengan adanya DAP, sebagai tidak menghormati Raja atau akan mengingkari kuasa Raja. Ini sebab kita nak pertahankan (institusi Raja),” Anwar menafikan andaian yang dilontarkan di atas.

“Yang kita pertahankan prinsip itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Kita tidak mahu pulihkan kerajaan di mana Raja-Raja berkuasa, kerana itu sudah meninggalkan semangat prinsip perlembagaan dan raja berperlembagaan. Kalau dia katakan Raja yang melantik (dalam isu SUK), mana ada prinsip raja berperlembagaan di situ?”

Wartawan MerdekaReview membangkitkan ucapan dasar Presiden dalam Kongres PKR pada November 2008, yang menyebut kesediaan PKR untuk “mengembalikan kekebalan Raja-Raja”.

Anwar bagaimanapun mendakwa bahawa “istilah itu mungkin dipertikai”, sebelum menekankan, “Kalau kita pilih untuk mempertahankan institusi Raja berperlembagaan, institusi Raja itu mesti dimuliakan. Kalau tidak institusi itu tidak ada kesan. Tetapi ia tidak bermakna kuasa itu berbalik kepada Raja. Ini tahun 2010, ia tidak masuk akal untuk rakyat dipinggirkan.”

Ketika dibangkitkan rancangan 16 September yang diuar-uarkannya itu turut menyebut langkah “mengadap Yang Di-Pertuan Agong”, Anwar tetap mempertahankan bahawa perlembagaan menuntut prosedur mendapat perkenan Agong untuk menubuh kerajaan baru.

Beliau tidak melihat bahawa langkah ini bertentangan dengan politik baru yang didukung Pakatan Rakyat, “Politik baru tidak pernah mengatakan tidak mahu perkenan Raja.”

Namun apabila wartawan membangkitkan situasi di mana Akta Hasutan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) digesa untuk digunakan, setiap kali apabila isu institusi Raja disentuh, Anwar berkata, “Yang itu kita tidak pernah setuju. Itu Utusan punya politik. (Politik) Lama. Kami kata orang nak bagi pandangan, teguran, tak ada salah. Sebab itu kita besarkan kenyataan Profesor Aziz Bari dan sebagainya untuk memberi pandangan yang berbeda.”

Beliau menegaskan bahawa PR tidak menghina mana-mana institusi, tetapi memberi hak kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan. Secara terus terang beliau berkata, “Saya ikut perlembagaan sahaja. Saya juga tahu bahawa seluruh perjuangan kebangsaan Melayu juga mahu merdeka. Bebaskan diri dari kuasa mutlak Raja. Dari segi sejarahnya itu kita akui, tetapi institusi (Raja) itu kita pertahankan.” (Bahagian pertama, bersambung)

*Wawancara ini dijalankan oleh Chan Wei See (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina), Lim Hong Siang (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia) dan Ong Vic Kee (Wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina), di pejabat Anwar Ibrahim pada 6 Januari 2011.

Artikel ini dipetik oleh pelawat TukarTiub dari website Gο tο Source

Friday, January 7, 2011

Siapa Orang Ini Yang Takut Dikenali?

Dalam kesibukan polis menyiasat serang ganas ke atas pejabat ADUN Sri Muda YB Shuhaimi dan billboard YB diserang pagi 07/01/11.

Kehadiran orang ini amat mencurigakan. Gerak-geri yang cuba menyembunyikan diri sambil curi-curi ambil gambar hasil serang ganas politik yang Tuhan & kita semua tahu siapa yang lakukannya.

Bau bacang tidak boleh dibungkus, namanya.

Siapa yang tahu identiti orang ini sila emailkan @ maklumkan kepada pejabat YB.

Thursday, January 6, 2011

Utusan putar belit isu SUK

K Pragalath | January 5, 2011

Adun Sri Muda kesal Utusan Malaysia putar belit kenyataannya

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini menyatakan rasa kesal terhadap putar belit akhbar Utusan Malaysia mengenai kenyataannya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan SUK tidak memerlukan perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dimanipulasi oleh akhbar arus perdana tajaan Umno itu.

“Saya hanya mempersoalkan kenapa kaedah pelantikan SUK itu dibuat dengan membelakangkan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim),” katanya.

Shuhaimi berkata, sekiranya ada pihak yang terus melempar tohmahan sebegini maka Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja akan membongkar kisah penderhakaan Umno terhadap Kesultanan Melayu.

Beliau menjelaskan bahawa peribahasa “beraja di mata dan bersultan di hati” yang dinyatakannya bertujuan untuk mengingati semua pihak bahawa tindakan yang diambil mana-mana pihak tanpa mengambil kira peraturan dan adab tidak akan diterima rakyat.

Permasalahan ini dijelaskan oleh pegawai khas beliau, Azmizam Zaman Huri dalam satu sidang media dipejabatnya dekat sini petang tadi.

Azmizam memberitahu pihak media bahawa Adun Sri Muda tersebut sanggup meminta maaf kepada baginda meskipun kenyataannya telah diputar belit oleh beberapa pihak.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat terhadap presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali di ibu pejabat polis daerah Shah Alam esok.

“Ini kerana ‘beliau hendak jadi hero mempertahankan sultan’ walhal beliaulah yang menderhaka kepada Kesultanan Melayu,” katanya.

Sultan Kesal Titah Baginda Dimanipulasi

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa kekesalan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan titah-titah baginda sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

NONESehubungan itu baginda bertitah menasihatkan supaya tidak dipolitikkan setiap perkara kerana ia akan menyusahkan rakyat dan pembangunan di Selangor.

Baginda bertitah pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Muhd khusrin Munawi adalah mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Tegas baginda, isu perlantikan SUK tidak patut diperbesar-besarkan, dipolitikan atau disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

Sehubungan itu, baginda menggesa semua pihak supaya memberikan kerjasama kepada Khusrin.

Berikut adalah teks titah ucapan baginda:

Pada pagi yang penuh bermakna ini, marilah kita semua bersama-sama mengangkat tangan memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmati dan dilindungi daripada apa-apa malapetaka dan musibah, supaya rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam aman makmur dan harmoni.

NONEPada hari ini Beta merasa amat terharu dan kesal kerana banyak titah-titah Beta yang telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah mengelirukan ramai rakyat Beta di Negeri Selangor ini.

Seperti yang pernah Beta nyatakan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) semasa pada Majlis Santapan Sembah Kasih sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang ke-65 pada 5 Disember 2010 yang lalu, Beta menegaskan bahawa Beta tidak menyebelahi mana-mana pihak atau mana-mana parti politik.

Hasrat Beta adalah untuk melihat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini sentiasa dalam aman dan rakyatnya tidak kira daripada apa bangsa dan agama hidup dalam harmoni dan sentiasa tolong menolong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Dato' Menteri Besar Selangor sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali dan semasa sesi menghadap ini, Beta dan Dato' Menteri Besar Selangor sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk Negeri Selangor yang dikasihi ini.

Beta mahu rakyat Negeri Selangor ini makmur dan mengecap kekayaannya bersama-sama dan mendapat apa yang mereka perlukan untuk kehidupan seharian. Dalam erti kata lain, jika Negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas mereka dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya.

Justeru itu, Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ianya akan membebankan rakyat dan melambat proses kemajuan.

Walau bagaimanapun, Beta juga bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Negeri Selangor masih berada di dalam keadaan yang aman dan makmur sehingga ini. Beta mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para penerima yang hadir pada hari ini.

Beta mengucapkan tahniah di atas pelantikan Yang Berbahagia Dato' Mohammed Khusrin bin Haji Munawi sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri SElangor yang baru. Beta ingin menegaskan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan-peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Beta tidak mahu isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor ini diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Harapan Beta yang Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik dan cemerlang.

Sumbangan dan tanggungjawab terhadap pembangunan dan kemajuan Negeri Selangor yang kita kasihi ini amatlah penting untuk kesejahteraan rakyat jelata yang berbilang bangsa. Beta berkenaan menitahkan supaya seluruh pegawai kerajaan di Negeri Selangor memberi kerjasama yang baik kepada YB Dato' Haji Mohamed Khusrin agar segala perjalanan urusan pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Beta juga menitahkan

supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan dasar-dasar Kerajaan yang memerintah Negeri Selangor (Government of the day) mengikut undang-undang dan peraturan semasa (current rules dan regulations).

Beta mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan di-Raja Selangor yang baru. Di sini ingin Beta mengingatkan bahawa Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor mempunyai peranan yang penting dalam menasihati Beta dalam masa pemerintahan Beta ini dan mereka mestilah menjalankan tugas dengan jujur, amanah serta ikhlas supaya Beta dapat menjalankan kuasa-kuasa sebagai pemerintah Negeri Selangor ini dengan adil dan saksama.

Beta sebagai seorang manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Oleh itu, Dewan di-Raja Selangor yang mulia ini haruslah memberi pandangan dan nasihat jika ada kesilapan yang Beta lakukan.

Kepada Sahibus Saadah, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor yang baru, Beta berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna demi untuk menegakkan syiar Islam di Negeri Selangor ini serta menaikkan lagi martabat Agama Islam di Negeri Selangor.

Pada hari ini, Beta berkenaan untuk melantik tiga (3) orang Jaksa Pendamai Selangor dan Beta berharap Ahli-Ahli Jaksa Pendamai Selangor ini dapat memberi perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan juga dapat menyatupadukan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang kaum ini. Jagalah nama baik Jaksa Pendamai dan janganlah menyalahgunakan pelantikan mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Sebelum Beta mengakhiri titah ucapan Beta ini, Beta berkenan supaya Negeri Selangor ini akan kekal sebagai negeri yang termaju di Malaysia dan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain serta segala urusan pentadbiran dan operasinya akan menjadi benchmark kepada negeri-negeri sedang membangun di rantau ini. Marilah kita bersama-sama bersatu padu untuk merealisasikan harapan Beta ini.

Beta berdoa semoga kita semua akan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta kekal maju dan berdaya saing di samping mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

sumber Malaysiakini.com

Sumbangan Kepada Sekolah KAFA Al Syabab Taman Sri Muda

Pada 15 December 2010 yang lepas beberapa buah kontena yang digunakan oleh pihak Sekolah Kafa Al Syabab untuk dijadikan kelas telah mengalami kerosakan teruk akibat dari keaadaan ribut yang berlaku di sekitar kawasan Taman Sri Muda,

ianya telah mendapat perhatian YB Shuhaimi yang juga ADUN Kawasan Sri Muda yang datang melihat sendiri kerosakan yang dialami oleh pihak Sekolah pada petang hari kejadian dan berjanji akan memperbaiki segala kerosakan yang berlaku akibat ribut tersebut.

Hari ini 5hb Januari 2011 YB Shuhaimi sekali lagi ke Sekolah KAFA Al Syabab Taman Sri Muda meninjau perkembangan kerja-kerja penambahbaiakan yang dilakukan sejurus selepas tinjauan YB Shuhaimi ke tempat kejadian pada 15hb December yang lepas.

Dari tinjauan beliau hari ini, YB Shuhaimi beliau berpuas hati dengan kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan oleh kontraktor terbabit. YB Shuhaimi juga bertemu pihak pengurusan sekolah serta menyatakan kesediaan membantu pihak sekolah dalam membangunkan Sekolah Kafa Al Syabab.

Dalam pertemuan tersebut juga YB Shuhaimi berkesempatan menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM 35,000.00 bagi membolehkan kerja-kerja penambahbaikan serta menaiktaraf sekolah dapat dilakukan.

Wednesday, January 5, 2011

Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

conference of rulers majlis raja rajaJusteru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

NONE“Jika dia Muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

NONEShuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Malaysiakini

"Kali ini kita hidup dalam durhaka", kata Ibrahim Ali

"Kali ini kita hidup dalam durhaka", kata Ibrahim Ali

Sejak dari dia muda di ITM sehinggalah dia tua, jarang teramat jarang saya menyokong Datuk Ibrahim Ali. Hari ini, saya terjumpa ucapannya di Dewan Rakyat pada 18/1/93. Saya jumpa dalam blog Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (mengenai Shuhaimi, lihat berita Malaysiakini hari ini “Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina“).

Melihat ucapan Ibrahim di Dewan Rakyat itu, saya harap saya tidak dihukum gantung kerana saya amat berterima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kerana ucapannya yang begitu pro-rakyat itu. Saya sudah lama dan sudah berulang kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menginisiatifkan pindaan perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja.

Dalam soal menghadapi perangai raja-raja, tidak ada mana-mana pemimpin politik Melayu yang berani seperti Dr Mahathir. Tak dapat saya lupakan betapa meluatnya saya kepada sikap beberapa pemimpin PAS ketika pindaan perlembagaan itu. Dengan Allah menjadi Saksi kepada keikhlasan hati saya, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih, Tun!

Berikut ialah ucapan Ibrahim yang saya copy аnԁ paste dari blog Shuhaimi (srimuda.blogspot.com).

Powered Bу iWebRSS.com

Artikel ini dipetik oleh pelawat TukarTiub dari website Gο tο Source

Beramah Mesra serta Membantu Penghuni Rumah Kebajikan Taman Iswara, Taman Sri Muda

Walaupun dalam menghadapi kecaman serta serangan hebat dari mainan Media Arus Perdana BN terhadap YB Shuhaimi, namun itu tidak menghalang beliau meneruskan tanggungjawab beliau sebagai Adun kawasan Sri Muda.
Pagi tadi YB Shuhaimi dan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda meluangkan masa melawat sebuah rumah kebajikan di Taman Iswara, Taman Sri Muda meninjau permasalahan penghuni rumah kebajikan ini yang memerlukan bantuan dan sokongan orang ramai bagi meneruskan usaha melindungi mereka-mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam lawatan tersebut YB Shuhaimi turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dan wang tunai kepada penghuni yang kebanyakan adalah insan yang tidak diterima oleh keluarga mereka dan ada yang dulunya merayau2 di tepi jalan tanpa haluan.