Saturday, January 8, 2011

Lawatan Kelab Penyokong Kerajaan Selangor & Ahli Majlis

Tengahari hari ini, serombongan wakil daripada Kelab Penyokong Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Bendahari YB Gan serta wakil Ahli-ahli Majlis MBSA tleah melawat pejabat ADUN Sri Muda memberikan semangat dan perasaan simpati kepada YBShuhaimi menjadi mangsa keganasan politik yang tidak bertamadun.

Dalam lawatan ini, satu sidang akhbar telah diadakan oleh kepimpinan bersama dan kenyataan rasmi Ahli-ahli Majlis MBSA menyatakan sokongan tidak belah-bagi kepada YB Shuhaimi dan Dato Menteri Besar untuk mengharungi cabaran-cabaran fitnah yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik Pakatan Rakyat.

Rombongan BBC juga turut membawa 3 bakal bunga sebagai tanda simpati disampaikan kepada wakil YB En. Azmizam selaku Pegawai Khas.

KENYATAAN AKHBAR RENTETAN ISU AHLI DEWAN

NEGERI SRI MUDA (N50) YB SHUHAIMI SHAFIEI

1. Kami 23 orang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya kejadian melontar cat di pejabat YB Sri Muda serta paparan iklan Merakyatkan Ekonomi Selangor di Kota Kemuning pada awal pagi Jumaat 7 Januari 2011.

2. Perbuatan sebegini dilakukan oleh kumpulan yang tidak bertamadun, tidak punya akal, berniat jahat dan mengamalkan gangsterism yang pasti bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khasnya serta ajaran agama kita sendiri.

3. Kami memohon agar pihak berkuasa dan kerajaan pusat segera mengarahkan siasat menyeluruh kes ini dan seterusnya mendakwa mereka yang melakukan keganasan ke muka pengadilan.

4. Kami juga menyeru agar perlindungan keselamatan sewajarnya diberikan kepada YB Shuhaimi Shafiei dan keluarga menjamin keselamatannya sepanjang 24 jam.

5. Kami juga mendesak pihak polis jalankan siasatan atas penghasut-penghasut yang telah putar-belitkan kenyataan YB yang boleh mencetuskan ketegangan.

6. Akhirnya, kami juga ingin suarakan sokongan padu kami kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Seri Menteri Besar dalam segala usahanya untuk memajukan negeri Selangor menerusi Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Disediakan oleh: 23 orang Ahli Majlis PKR, PAS, DAP & NGO <08/01/11>






No comments: