Wednesday, September 30, 2009

SINGGAH MINUM PAGI BERSAMA KETUA KAMPUNG, KAMPUNG BARU HICOM

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei meneruskan aktiviti waktu pagi yang sedikit terluang dengan bertandang ke kediaman Ketua Kampung,Kampung Baru Hicom Ybhg Tuan Haji Kamal untuk singgah minum pagi.Kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei yang turut disertai oleh Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat serta Ketua JDM Kampung Baru Hicom Sdr.Rizal juga turut hadir Puan Zarina Ismail Ketua Wanita JDM Ketua Kampung Baru Hicom.

Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir dua jam untuk berbincang serta bertukar - tukar pendapat antara beliau dan Tuan Hj Kamal.Dalam suasana yang begitu mesra banyak pendapat serta cadangan yang dapat dikongsikan bersama untuk kebaikan rakyat yang bermastautin di Kampung tersebut.


Shuhaimi Hj Shafiei (kiri) bersama Tuan Haji Kamal

Antara yang turut serta sedang menikmati hidangan yang telah disediakan.


Ada sesuatu amanat penting yang sedang disampaikan oleh Shuhaimi Hj Shafiei


Mengabadikan kenang - kenangan.(kiri) Azmi Yusuf,Haji Kamal,Shuhaimi Hj Shafiei,En Nordin,Puan Zarina dan Puan Zaitun (Isteri kepada Haji Kamal)








KUNJUNGAN KE PERKIP CAWANGAN SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SRI MUDA - Ahli Dewan Negeri Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa selama satu jam untuk melawat serta bertemu dengan penghuni yang tinggal pusat jagaan PERKIP Cawangan Seksyen 27 Shah Alam.PERKIP adalah satu pertubuhan bukan kerajaan(NGO) yang ditubuhkan bertujuan membantu remaja - remaja yang menghadapi masalah sosial untuk kembali ke pangkal jalan serta masyarakat.


Dalam lawatan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penerangan berkenaan dengan halatuju serta operasi Pusat tersebut oleh Ustaz Roslan selaku pengetua Perkip cawangan tersebut.Antara yang diutarakan oleh Ustaz Roslan adalah berkenaan dengan permasalah penempatan tidak dapat menampung bilanggan penghuni yang semakin bertambah setiap hari.Remaja yang menghuni pusat tersebut ada dikalanggan mereka yang hadir dengan rela hati serta yang dihantar oleh keluarga mereka bertujuan agar dapat pulihkan dari gejala masalah sosial.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya ada menyentuh berkenaan dengan kesanggupan beliau untuk cuba membantu bagi mendapatkan penempatan yang lebih selesa kepada penghuni yang menghuni di pusat pemulihan tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei juga berkesempatan memberikan sedikit nasihat kepada remaja - remaja yang menghuni di pusat tersebut agar tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila keluar dari pusat tersebut suatu hari nanti.






Ustaz Roslan (kanan) memberikan penerangan kepada Shuhaimi Hj Shafiei (kiri sekali)



Kesemua penghuni tekun mendengar nasihat yang di sampaikan oleh YB Shuhaimi



Berkonsepkan satu rumah untuk semua.Ruangan inilah dijadikan tempat untuk mereka mendapatkan ilmu,menjamu selera serta untuk tidur pada waktu malam.








Tuesday, September 29, 2009

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA KETUA KAMPUNG,KAMPUNG JALAN KEBUN

SRI MUDA - Setelah perletakkan jawatan Ketua Kampung,Kampung Jalan Kebun oleh penyandangnya Ybhg,Tuan Hj Shahrom Hj Ahmad.YB Shuhaimi Hj Shafiei melalui Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN kawasan Sri Muda dan dipersetujui oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang telah mengambil keputusan untuk melantik seorang Ketua Kampung yang baru.

Pada peringkat awal seramai tiga orang telah dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga yang berlangsung di Pejabat DaerahKlang yang mana telah dipengurusi sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah Klang serta YB ADUN Sri Muda.Dan setelah mengambil kira faktor usia,pengalaman,pengetahuan didalam bidang agama serta ketokohan maka Tuan Hj Salehan Hj Tahir telah dilantik dengan rasminya selaku Ketua Kampung yang baru bagi Kampung Jalan Kebun.Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa bertandang ke kediaman Tuan Hj Salehan untuk menyampaikan ucapan tahniah serta bertukar - tukar pendapat bagaimana untuk melicinkan lagi pentakbiran di Kampung Jalan Kebun selepas ini.

Shuahimi Hj Shafiei juga berharap agar segala permasalah setempat yang berbangkit di kampung Jalan Kebun selama ini dapat diatasi dengan kadar yang segera memandangkan seorang Ketua Kampung yang baru telah dilantik.



YB Shuhaimi Hj Shafiei (baju putih) Tuan Hj Salehan mesra bersembang.


Sdr Azmi Yusuf (pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Raja) & YB Shuhaimi Hj Shafiei

Duduk dari kiri,Tuan Hj Salehan,Tuan Hj Patali,YB Shuhaimi,Tuan Hj Shahrom dan Puan Norhana mengabadikan kenangan di kediaman Tuan hj Salehan.


Monday, September 14, 2009

LAWATAN DAN ZIARAH SEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Kesempatan dan sedikit masa yang terluang telah dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei untuk membuat lawatan dan ziarah kebeberapa lokasi sekitar DUN Sri Muda.Antara lokasi yang telah beliau lawati adalah kesebuah rumah yang uzur yang mana didiami oleh seorang ibu bersama beberapa orang anak - anaknya.Kedaifan kediaman tersebut telah menyentuh perasaan Shuhaimi Hj Shafiei sehinggakan beliau terpaksa menahan rasa sebak semasa melihat dan meninjau ke keseluruhan kediaman tersebut.Kesengsaraan ibu tersebut ditambah dengan keadaan kesihatah beliau yang semakin tidak menentu kerana mengalami masalah kekurangan tekanan darah rendah.


Shuhaimi Hj Shafiei yang hadir bersama - sama kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat telah mengambil segala data peribadi ibu tersebut berserta dengan tanggungannya untuk diberikan bantuan yang sewajar serta memanjangkan masalah yang dihadapi ke agensi - agensi yang berkaitan untuk tindakkan selanjutnya.Shuhaimi Hj Shafiei juga telah menghulur sedikit sumbangan peribadi berbentuk wang ringgit kepada ibu tersebut untuk digunakan bagi kegunaan seharian.



Sudah begitu uzut keadaan bumbung kediaman ini kata Shuhaimi Shafiei.
Shuhaimi Hj Shafiei dan Puan Norhana (kanan sekali) membantu ibu tersebut yang tidak mampu untuk berjalan sendiri.

Menggambil segala data berkenaan ibu yang jurang bernasib baik.

Hampir keseluruhan bumbung kediaman ini rosak teruk dan perlu dibaiki.


Dinding rumah yang sudah tiada lagi dan mengundang bahaya kerana mudah untuk dimasuki oleh meraka - meraka yang tidak bertanggungjawap.




Monday, September 7, 2009

Kenyataan YB Shuhaimi - Petikan Merdeka Review -

Dakwaan sebagai 'berisiko tinggi' lompat parti

Shuhaimi Hj.Shafiei | Sep 04, 2009 06:01:24 pm

Izinkan saya membuat sedikit penjelasan berhubung dakwaan yang tersiar di media hari ini berhubung kemungkinan saya antara yang berisiko tinggi akan melompat parti. Banyak kali berita ini disiarkan dan tidak berhenti sejak beberapa bulan dulu. Ingin saya tegaskan yang saya tidak mahu termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh BN melalui media yang dikuasainya dan sekarang ini semakin galak dimainkan pula oleh media yang neutral.

Pertamanya biar saya betulkan dulu tentang hubungan saya dengan Ezam Mohd Noor, bekas Ketua Bahagian Shah Alam dan Ketua AMK Keadilan Pusat. Saya tidak menafikan yang hubungan kami rapat semenjak tahun 1999 lagi takkala beliau bertanding di parlimen Shah Alam dan saya adalah Ketua PACA bagi Dun Kota Raja pada waktu itu. Keakrapan itu berterusan semasa Ezam berada di Kamunting dan juga selepas dibebaskan. Semasa Ezam menjadi Pengarah Pilihanraya Keadilan Selangor pada tahun 2007, saya adalah Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Pilihanraya Selangor yang dibawah pengawasannya.

Saya pernah berada bersama Ezam dengan menjadi Ketua Penerangan Pemuda Keadilan dan Ketua Penerangan Keadilan Negeri Selangor dan sudah semestinya banyak program yang kami laksanakan semasa beliau masih dalam keadilan dan antara orang yang diberi kepercayaan penuh oleh Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri waktu itu, Tan Sri Khalid sendiri. Suasana berbeza selepas Ezam berhenti dari negeri dan saya tidak bersama dengannya semasa penubuhan NGO GERAK.

Saya berkeyakinan penuh bahawa berada dalam parti yang berbeza bukan pemutus kepada persahabatan dan tidak menafikan masih berhubungan melalui rakan rakan lain. Jika kita perhatikan semua pimpinan politik di negara ini pernah berkawan antara satu sama lain walaupun berlainan pentas politik termasuklah Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri yang masih berhubungan dengan jemaah Menteri lain walaupun berbeza pendirian. Maka tidak betul sama sekali jika itulah hubungannya yang menjadi penyebab timbul dakwaan saya akan melompat parti. Hanya fitnah semata-mata dan amat berniat jahat.

Kali pertama perkara ini cuba dijadikan umpan perangkap adalah apabila ia dimuatkan di akhbar Sinar beberapa bulan dulu. Kemudian giat dimainkan di blog dan baru baru ini di Malaysiakini.

Saya sudah menjangkakan akhirnya perkara ini akan diperbesarkan supaya semua pimpinan parti dan pendokong parti berasa cemas dan bila-bila masa jarum akan dicucuk agar berita ini menjadi lebih panas. Dalam 'perang saraf' berita benar atau palsu tidak penting, apa yang perlu hanyalah sekadar ulasan yang boleh ditiupkan menjadi satu isu yang akan menguntungkan gerakan seteru politik. Inilah yang cuba dilakukan oleh pencacai pencacai politik yang tidak senang melihat perpaduan Pakatan Rakyat.

Sukalah saya tegaskan bahawa siapa sahaja boleh menyebarkan berita ini, hakikatnya mereka yang mengenali saya akan tahu berita yang disebarkan adalah tidak lebih dari satu perang saraf semata mata.

Saya tidak akan terpengaruh dengan bahan seperti ini kerana sudah faham sangat akan mainan politik seperti ini.

Sekali lagi saya tegaskan, semua yang diberitakan adalah palsu dan berniat untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat sahaja.

Rampasan kuasa Selangor: Perancangan 16 Sept berulang?

*Kenyataan ini dikeluarkan oleh Shuhaimi Hj.Shafiei, ADUN Sri Muda, Selangor. Tulisan ini sebagai reaksi kepada berita yang melaporkan beliau antara ADUN PR yang tersenarai sebagai "golongan berisiko tinggi" untuk melompat parti.

Friday, September 4, 2009

KUNJUNGGAN TERIMA KASIH DAN PERPISAHAN




SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei diteman oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat telah membuat lawatan dan kunjungan ucapan terima kasih ke kediaman Tuan Hj Shahrom B. Hj Ahmad pada dua minggu sebelum ramadhan tiba. Kunjungan yang bertujuan untuk meraikan persaraan Hj Shahrom daripada jawatan Ketua Kampung Kampung Jalan Kebun.Shuhaimi Hj Shafiei didalam ucapan ringkasnya menyatakan rasa puashati beliau diatas tugasan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh Hj Shahrom selama setahun memikul tugasan yang telah diamanah kepada beliau.

Shuhaimi Hj Shafiei juga berharap agar penganti yang akan mengisi jawatan yang ditinggal oleh Haji Shahrom akan dapat di isi oleh induvidu yang memiliki ciri - ciri seorang pemimpin yang dapat diterima oleh semua golonggan masyarakat di Kampung Jalan Kebun.Shuhaimi juga berharap agar Hj Shahrom dapat membantu dan memberikan pendapat kepada Ketua Kampung yang baru kelak.






SELAMAT MENDUDUKI PEMERIKSAAN UPSR 2009

SRI MUDA - Bermula 2hb September 09' pelajar - pelajar di tahun 6 akan memduduki peperiksaan UPSR.Besar harap YB Shuhaimi Hj Shafiei agar pelajar - pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut agar dapat menumpukan sepenuh perihatian ketika didewan peperiksaan.Shuhaimi Hj Shafiei merasakan peperiksaan UPSR kali ini adalah begitu penting kerana untuk pertama kalinya pelajar - pelajar yang turut serta di dalam skim Tuisyen Rakyat anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda akan mendudukinya.

Besar harapan beliau agar kesemua pelajar yang menyertai kelas tuisyen rakyat akan mendapat keputusan yang terbaik bagi membuktikan bahawa segala usaha dan kerja keras yang telah dicurahkan oleh Biro Pendidikan menampakkan hasilnya.Shuhaimi Hj Shafiei memohon keberkatan kehadrat ALLAH semoga kesemua pelajar - pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR akan dijauhkan dari segala kesusahan dan dipermudahkan segala usaha.




Antara pelajar yang mengikuti kelas Tuisyen Rakyat anjuran Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.
Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama sebahagian pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2009.