Tuesday, February 20, 2018
'Is Khalid using Ijok land deal to fulfill Umno KPI?'
'Is Khalid using Ijok land deal to fulfill Umno KPI?'
(Updated )
Former Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim has been accused by his successor’s aide of speaking in unison with BN as part of a "chain of slander" over the Ijok land dispute.
Shuhaimi Shafie, current Menteri Besar Mohamed Azmin Ali's political secretary, said this "chain" includes BN strategic communications director Abdul Rahman Dahlan, Selangor Umno leaders, Khalid, as well as his aide, Faekah Hussin.
"It occurred to me, could the claims be true that Khalid needs to pass a certain ‘KPI’ (key performance index) in attacking Azmin before he can rejoin BN?" Shuhaimi asked in a statement today.
Azmin's critics have questioned his decision to return RM1.18 billion worth of disputed land in Ijok to two companies before the matter is heard in the Federal Court.
The two companies – LBCN Development Sdn Bhd and Mujur Zaman Sdn Bhd – were involved in a tussle over the land with Khalid’s administration.
Two prior court decisions, in the High Court and the Court of Appeal, had sided with the Selangor government.
Following negotiations with the two companies, Azmin's administration later withdrew the case from the Federal Court, handed the land back to them and paid compensation to the settlers on the land.
'Win-win situation'
Shuhaimi also insisted that Azmin’s fix fulfilled the promises made and subsequently broken by BN when it was in control of Selangor.
"Part of the land, about 2,200 acres, was sold to a qualified developer for RM1.18 billion. Part of the money would then be used by the vendor company to build houses for some 1,000 settlers and to pay compensation.
"In other words, this method has fulfilled the promises broken by BN, 18 years ago. That was an agreement from during BN's time, so by right, they should say thank you instead of condemning," the Seri Muda assemblyperson said.
Shuhaimi (photo) further explained how banks that had loaned funds to the companies would be paid back, and would withdraw their demands for compensation from the state government.
"Finally, the Pakatan Harapan state government will be given the remaining 1,000 acres of land without paying any compensation.
"It is a win-win situation for all parties," he insisted.
This, Shuhaimi contended, rendered Faekah's remark that there remain questions over Azmin's decision, as a false claim “recycled” from Umno.
Following reports lodged by several NGOs demanding an investigation into the Ijok land issue, Azmin had said that all pertinent documents have been handed over to MACC.
Read more at https://m.malaysiakini.com/news/412676#w5rrRlOFWfIp6jpj.99
Khalid bantu BN tumbangkan kerajaan Selangor
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/khalid-bantu-bn-tumbangkan-kerajaan-selangor-1.800135
Khalid bantu BN tumbangkan kerajaan Selangor
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tindakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pegawai khasnya Faekah Husin memainkan isu tanah di Ijok sebagai modal kempen PRU14 adalah untuk membantu Umno dan BN.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei mendakwa, mereka layak digelar sebagai ‘penyatuan fitnah berangkai’ susulan polemik isu tanah Ijok sejak Sabtu lalu.
Beliau mempersoalkan punca isu tersebut dibiarkan berpanjangan dan tidak diselesaikan lebih awal sejak zaman BN dan ketika Abdul Khalid menyandang jawatan utama di Selangor.
“Mengapa perlu dibiarkan peneroka terseksa dan ternanti janji mereka dipenuhi daripada satu menteri besar ke menteri besar yang lain? Sebetulnya Khalid terlepas peluang untuk berbakti.
"Masalah ini terpaksa diwarisi bersama 30 kes lain di peringkat mahkamah dengan potensi liabiliti bernilai ratusan juta ringgit oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas menyandang jawatan menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas isu tanah Ijok katanya, seluas kira-kira 2,200 ekar atau sebahagian tanah dijual kepada pemaju berwibawa dengan jumlah RM1.18 bilion.
“Sebahagian duit akan digunakan oleh syarikat vendor untuk membina rumah bagi hampir 1,000 peneroka dan membayar pampasan. Langkah itu menyelesaikan kes saman dan tuntutan pampasan daripada kerajaan negeri.
“Akhir sekali, kerajaan negeri akan memperoleh baki tanah seluas kira-kira 1,000 ekar tanpa membayar sebarang pampasan. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua pihak,” katanya.
Tambahnya, formula itu adalah kaedah memenuhi janji yang dimungkiri BN sejak 18 tahun lalu.
Sebelum ini, isu Ijok menjadi panas selepas Abdul Khalid melalui wawancara yang disiarkan sebuah akhbar tempatan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memulangkan tanah Ijok yang telah dirampas sebelum kawasan tersebut dijual kepada pihak lain.
Abdul Khalid beranggapan langkah tersebut sebagai tidak mencerminkan tatacara perniagaan yang baik dalam mengendalikan aset rakyat dan meminta siasatan dilakukan ke atas pihak yang terlibat dalam proses pemulangan tanah kepada pemaju.
'Penyatuan fitnah berangkai' dalam isu tanah Ijok
https://www.malaysiakini.com/news/412659
'Penyatuan fitnah berangkai' dalam isu tanah Ijok
19 Feb 2018, 9:21 am 19 Feb 2018, 9:23 am
ULASAN l Kesepakatan BN / Umno dengan pasukan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas melalui 'penyatuan fitnah berangkai' mereka sejak kelmarin.
Melalui Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Umno Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim serta Faekah Husin, mereka galak memainkan kembali isu tanah di Ijok menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Melalui Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Umno Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim serta Faekah Husin, mereka galak memainkan kembali isu tanah di Ijok menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Saya terfikir, mungkinkah benar dakwaan yang mengatakan Khalid perlu melepasi Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu dalam menyerang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum boleh bersama BN semula?
Perkara yang dibangkitkan Khalid dan pegawainya agak luar biasa tumpuannya.
Persoalannya ialah kenapa perkara yang boleh diselesaikan lebih awal perlu ditangguh?
Mengapa perlu dibiarkan peneroka terseksa dan ternanti janji mereka dipenuhi daripada satu menteri besar ke menteri besar yang lain?
Sebetulnya, terlepas peluang untuk berbakti.
Persoalannya ialah kenapa perkara yang boleh diselesaikan lebih awal perlu ditangguh?
Mengapa perlu dibiarkan peneroka terseksa dan ternanti janji mereka dipenuhi daripada satu menteri besar ke menteri besar yang lain?
Sebetulnya, terlepas peluang untuk berbakti.
Apabila Azmin mengambil alih jawatan menteri besar pada September 2014, masalah ini terpaksa diwarisi oleh beliau.
Terdapat kira-kira 30 kes di semua peringkat mahkamah membabitkan kerajaan negeri dengan potensi liabiliti bernilai ratusan juta ringgit.
Hampir 1,000 peneroka dan ahli keluarga mendapati masalah mereka masih berlarutan, yang mana berpunca daripada kegagalan pentadbiran kerajaan negeri bawah BN sejak tahun 2000 dan juga salah perkiraan oleh Khalid.
Terdapat kira-kira 30 kes di semua peringkat mahkamah membabitkan kerajaan negeri dengan potensi liabiliti bernilai ratusan juta ringgit.
Hampir 1,000 peneroka dan ahli keluarga mendapati masalah mereka masih berlarutan, yang mana berpunca daripada kegagalan pentadbiran kerajaan negeri bawah BN sejak tahun 2000 dan juga salah perkiraan oleh Khalid.
Bagi menjawab tuduhan, biar saya jelaskan, satu formula global dipersembahkan kepada Azmin untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Formula ini mempunyai elemen berikut:
(1) Sebahagian daripada tanah, kira-kira 2,200 ekar dijual kepada pemaju berwibawa dengan jumlah RM1.18 bilion. Sebahagian duit akan digunakan oleh syarikat vendor untuk membina rumah bagi hampir 1,000 peneroka dan membayar pampasan. Dengan kata lain, kaedah ini memenuhi janji yang dimungkiri BN sejak 18 tahun lalu. Itulah perjanjian di zaman BN. Sepatutnya Umno/ BN berterima kasih bukannya mencela.
(2) Bank dan peminjam lain yang memberi pinjaman kepada kroni BN akan dibayar dan akan menarik semula semua saman dan tuntutan pampasan daripada kerajaan negeri.
(3) Akhir sekali, kerajaan negeri di bawah Pakatan akan memperoleh baki tanah itu seluas kira-kira 1,000 ekar tanpa membayar sebarang pampasan. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua pihak.
Inilah perbezaan pentadbiran kerajaan negeri hari ini yang mendahulukan rakyat dalam penyelesaian masalah mereka.
Faekah ulangi tuduhan Umno
Faekah ulangi tuduhan Umno
Dakwaan Faekah bahawa wujud keraguan dalam proses pengambilalihan adalah tidak lebih daripada sekadar mengulangi tuduhan palsu Umno sebelum ini.
'Keprihatinan' beliau kononnya ada ketirisan dana awam di negeri Selangor adalah lucu dan bersifat hipokrit.
Ingat lagi pihak yang melarikan wang melalui 'pintu belakang' berjumlah RM2.6 juta sebagai pampasan kepada diri sendiri dan konco-konconya? Ketirisan berlaku di situ.
'Keprihatinan' beliau kononnya ada ketirisan dana awam di negeri Selangor adalah lucu dan bersifat hipokrit.
Ingat lagi pihak yang melarikan wang melalui 'pintu belakang' berjumlah RM2.6 juta sebagai pampasan kepada diri sendiri dan konco-konconya? Ketirisan berlaku di situ.
Beliau sepatutnya bertanya kepada Khalid apakah caranya beliau dapat menyelesaikan hutang berjumlah jutaan ringgit dengan pihak bank yang masih lagi misteri kala ini.
SHUHAIMI SHAFIEI adalah setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.
Tulisan ini tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412659#CxbAvS7i86w43w4f.99
KENYATAAN MEDIA 19 FEBRUARI 2018
KENYATAAN MEDIA
19 FEBRUARI 2018
19 FEBRUARI 2018
Pasukan Khalid Ibrahim mainkan peranan alat UMNO / BN mengulangi fitnah kes tanah Ijok
Kesepakatan Barisan Nasional (BN) / UMNO dengan pasukan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas melalui 'penyatuan fitnah berangkai' mereka sejak kelmarin. Melalui Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, UMNO Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim serta Faekah Husin, mereka galak memainkan kembali isu tanah di Ijok menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Saya terfikir, mungkinkah benar dakwaan yang mengatakan Tan Sri Khalid perlu melepasi KPI tertentu dalam menyerang Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum boleh bersama BN semula?
Perkara yang dibangkitkan Tan Sri Khalid dan pegawainya agak luar biasa tumpuannya. Persoalannya ialah kenapa perkara yang boleh diselesaikan lebih awal perlu ditangguh? Mengapa perlu dibiarkan peneroka terseksa dan ternanti janji mereka dipenuhi daripada satu Menteri Besar ke Menteri Besar yang lain? Sebetulnya, Tan Sri Khalid terlepas peluang untuk berbakti.
Apabila Dato' Seri Mohamed Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar pada September 2014, masalah ini terpaksa diwarisi oleh beliau. Terdapat kira-kira 30 kes di semua peringkat mahkamah membabitkan Kerajaan Negeri dengan potensi liabiliti bernilai ratusan juta ringgit. Hampir 1,000 peneroka dan ahli keluarga mendapati masalah mereka masih berlarutan, yang mana perpunca daripada kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah BN sejak tahun 2000 dan juga salah perkiraan oleh Tan Sri Khalid.
Bagi menjawab tuduhan, biar saya jelaskan, satu formula global dipersembahkan kepada Dato’ Seri Mohamed Azmin untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Formula ini mempunyai elemen berikut:
- Sebahagian daripada tanah, kira-kira 2,200 ekar dijual kepada pemaju berwibawa dengan jumlah RM1.18 bilion. Sebahagian duit akan digunakan oleh syarikat vendor untuk membina rumah bagi hampir 1,000 peneroka dan membayar pampasan. Dengan kata lain, kaedah ini memenuhi janji yang dimungkiri BN sejak 18 tahun lalu. Itulah perjanjian di zaman BN. Sepatutnya UMNO / BN berterima kasih bukannya mencela.
- Maybank dan peminjam lain yang memberi pinjaman kepada kroni BN akan dibayar dan akan menarik semula semua saman dan tuntutan pampasan daripada Kerajaan Negeri.
- Akhir sekali, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan akan memperoleh baki tanah itu seluas kira-kira 1,000 ekar tanpa membayar sebarang pampasan. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua pihak.
Inilah perbezaan pentadbiran kerajaan negeri hari ini yang mendahulukan rakyat dalam penyelesaian masalah mereka.
Dakwaan Faekah bahawa wujud keraguan dalam proses pengambilalihan adalah tidak lebih daripada sekadar mengulangi tuduhan palsu UMNO sebelum ini. 'Keprihatinan' beliau kononnya ada ketirisan dana awam di Negeri Selangor adalah lucu dan bersifat hipokrit. Ini adalah kerana, watak sama yang melarikan wang melalui 'pintu belakang' berjumlah RM2.6 juta sebagai pampasan kepada diri sendiri dan kuncu kuncunya. Ketirisan berlaku di situ.
Beliau sepatutnya bertanya kepada Tan Sri Khalid apakah caranya beliau dapat menyelesaikan hutang berjumlah jutaan ringgit dengan pihak bank yang masih lagi misteri kala ini.
Shuhaimi Haji Shafiei
Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor
Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)