Friday, March 28, 2008

Terima kasih dan sokongan anda amat dihargai.



Daripada
Yang Berkhidmat Shuhaimi Shafiei.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda (N50), Selangor.



Sunday, March 23, 2008

Rakyat Sayang ADUN Sri Muda

Semalam (22/03/08) Jawatankuasa Pilihanraya DUN Sri Muda, Daerah Mengundi Jalan Kebun telah menganjurkan satu majlis kesyukuran dan penghargaan kepada sukarelawan / petugas-petugas jentera pilihanraya. Ia mendapat sokong yang amat memberangsangkan mencerca ribuan pengunjung memberikan sokongan kepada wakil rakyat DUN Sri Muda.

Pengunjung termasuk pelbagai kaum, keturunan, bangsa, agama dan umur. Berikut adalah sebahagian pendokong reformasi mengambil kesempatan untuk bergambar bersama dengan wakil rakyatnya.








Kepada sesiapa yang berhasrat memiliki gambar asal (gambar diblog ini sudah dikompres kualitinya) yang pasti lebih jelas dan besar, sila hantarkan nama dan email anda kepada kami di: mailto: mailto: srimuda2008@gmail.com. Kami akan menghantar gambar original anda melalui email.
Penghormatan Tertinggi Kepada ADUN

Semperna majlis penghargaan jentera pilihanraya DUN Sri Muda (N50) Selangor pada 22/03/08 di Daerah Mengundi Jalan Kebun, wakil rakyat ADUN Shuhaimi Shafiei telah diberikan penghormatan tertinggi oleh wakil masyarakat India melalui penganugerahan karung bunga besar oleh Ketua Masyarakat India.



Dalam ucapan penghargaan balas, Sdr. Shuhaimi Shafiei menyebut: "penghargaan ini jelas masyarakat India telah mengikhtiraf kepimpinan Parti Keadilan Rakyat, malahan President MIC merangkap bekas Menteri Kerja Raya juga tidak menikmati pengikhtirafan sedemikian. Walaupun sedemikian, kita tidak wajar angkuh, sebaliknya perlu lebih bertungkus-lumus berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, ia sejajar dengan misi parti berbunyi Keadilan Untuk Semua".


Demikianlah pegangan dan hasrat wakil rakyat DUN Sri Muda bertekad untuk membina Malaysia Baru.

Saturday, March 15, 2008

Perjalanan Pilihanraya Di DUN Sri Muda

Banyak tanda-tanda awal telah menunjukkan bahawa rakyat sudah bangkit, sedar dan bangunan untuk mendokong perubahan.

Persediaan awal sebelum hari pencalonan, bakal calon telah mendapat sokong bertubi-tubi dari segenap lapisan masyarakat dan semua keturunan.


Ribuan sukarelawan telah tampilkan diri untuk menghulurkan bantuan kepada calon BA.



Sokongan tidak belah-bagi daripada pengundi India juleas membuktikan kerema sudah jemu dengan BN di setiap penjuru Sri Muda.


























Kesemua ini adalah tanda-tanda awal kemenangan besar calon BA.

Wednesday, March 12, 2008

Keghairahan Penyokong BN Menerang Calon BA

Pada hari mengundi, 08/03/08 sebaik sahaja calon Sri Muda (N50) menlaksanakan tugasnya membuang undi di Tmn Sentosa, lalu konvoi kereta mulai berangkat tolak balik Sri Muda, kenderaan calon Srim Muda telah senganja disekat oleh penyokong BN.

Sambil membuka pintu kereta calon Sri Muda cara kekerasan, mereka cuba merampas kamera salah seorang pembantunya yang duduki dalam kenderaan yang sama (bersebelahan dengan YB).

Selepas mereka, tidak berjaya merampas kamera; kumpulan ini telah mengepong kenderaan YB lalu tumbuk, tendang, goncang, pukul cermin kenderaan dengan hentakan kuat (pom, pom, pom...).

Beginilah pengalaman dan apa yang sebenarnya berlaku pada hari pencalonan. Gambar-gambar berikut memberikan bukti yang lebih kukuh.

Sebelum kenderaan YB tiba di jalan keluar yang telah sengaja ditutup oleh penyokong-penyokong BN.



Gambar ini membuktikan keghairan penyokong BN menyekat jalan sebaik sahaja menyedari kenderaan BA melalui jalan keluar.



Keghairahan penyokong bermotosikal sengaja membuat bunyi bising di hadapan pondok panas BA di Klang Jaya.





Atas disiplin, kesedaran dan kesabaran petugas BA, mujurlah mereka tidak terperangkap dengan tindakan-tindakan bermotifkan hasutan BN.

Akhirnya, terbukti Tuhan telah memberikan semangat sambil menginsafkan majoriti pengundi agar menolak sebarang keganasan dan sebagainya. Maka, BA telah diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen Kota Raja, DUN Sri Andalas dan DUN Sri Muda.
Hasil BN Tadbir 50 Tahun

3 hari yang lalu, Kampong Kemuning, Batu 8 telah sekali lagi dibanjiri air hujan.

Menurut penduduk kampong, wakil rakyat sebelum ini TIDAK PERNAH menjejakkan kakiknya ke kawasan kampung, walaupun mereka telah dihantui masalah banjir kilat sekian lama.

Di antara punca utama menyebabkan kekerapan banjir kerana:

a. Pembangunan tanah di sekitar kampong tidak dirancang dengan sempurna.

b. Pemaju tidak menjalankan kerja-kerja pembangunan ikuti peraturan agar kepentingan golongan miskin tidak tergadai.

c. Sistem perparitan yang ada tidak mampu menanggung pengaliran air yang banyak.

Sebakik sahaja menerima khabar banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda serta-merta telah menghantar wakilnya melawati mangsa-mangsa banjir. Ia termasuk Sdr. Kamaruzaman (dalam gambar), Sdr. Tan AK (jurugambar) dan rakan-rakannya.

Wakil ADUN Srim Muda sedang memerhati keadaan banjir sambil mendengar aduan penduduk kampong dengan muka muram.



Tempat ibadat penganut Hindu juga terut menjadi mangsa banjir.







Beginilah kesengsaraan orang kampong yang kurang berasa menghadapi masalah banjir sepanjang 50 tahun Barisan Nasional memerintah.
















Keadaan parit yang memang sudah lama tersumbat, tetapi wakil rakyat sebelum ini BERPELUK TUBUH.



Tidak ketinggalan juga, Ahli Parlimen Kota Raja juga menghantar wakilnya (kebetulan kedua-dua wakil rakyat berada mereka berada di luar ibu kota) menziarahi mangsa-mangsa banjjir.

Dengan tindakan segera, wakil ahli Parlimen dan ADUNSri Muda telah berjaya mengaturkan satu penemuan dengan pemaju bersebelahan di antara penyebabkan banjir, lanjutan itu perkara ini akan dibawa ke perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam dan kerajaan negeri untuk tindak selanjutnya.

Tuesday, March 11, 2008

Laporan Keputusan Sri Muda

Berikut adalah keratan akhbar daripada Sin Chew Daily 10/03/08 melaporkan keputusan Parlimen Kota Raja, DUN Sri Muda dan DUN Sri Andalas.

Tajuk: Semua penyandang wakil rakyat ditewaskan oleh calon Barisan Alternatif.


Sunday, March 9, 2008

Terima Kasih Pengundi Sri Muda

Dengan segala hormatnya, saya Shuhaimi Shafiei ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi DUN Sri Muda (N50), Selangor kerana telah memberikan saya kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat di sini.

Saya, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda akan mengotakan janji-janji saya sepertimana telah termaktub dalam menifesto BA dan segala keperluan yang boleh meningkatkan kebajikan semua rakyat DUN Sri Muda khasnya dan seluruh Selangor amnya.

Saya juga akan usahakan sebuah pejabat perkhidmatan dalam kawasan Sri Muda dalam kadar yang segera mungkin bagi mengeratkan perhubungan dengan tuan-tuan dan puan-puan serta menyelurkan khidmat saya di sini.

Sekiranya sudi mohon maaf kepada seispa yang mungkin tersinggung kerana kecuaian saya ataupun tersilap kata sepanjang tempoh kempen pilihanraya kali ini.

Sokongan, dorongan dan bimbangan tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai.

Sementara itu, saya boleh dihubungi melalui telepon 014-3613067 sehingga pejabat baru siap.

Sekian, terima kasih.
Hari Keramat 08/03/08

Pada hari mengundi pilihanraya ke-12, ramai pengundi pelbagai lapisan masyarakat telah keluar membuat pilihan kerajaan baru.

Berikut adalah beberapa sedutan hari mengundi pada 08/03/08 bagi Yang Berhormat Shuhaimi Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda ( N50).

Baner Kempen Pilihanraya Bagi Calon Sri Muda di Lebuhraya Kesas.


Di antara satu banner perkenalkan calon di Bukit Naga.


Calon Sri Muda disambut meriahkan oleh ramai pengundi-pengudi tempatan.



Ratusan sukarelawan menawarkan tenaga diri kepada calon Keadilan demi menegakkan kebenaran dan keadilan.



Pengumuman penting pada pukul 4.30 pagi 09/03/08 selepas SPR negeri Selangor melarang Pengurus Pilihanraya Parlimen Kota Raja membuat pengumuman rasi selama lebih-kurang 5 jam. Motif jahat Suruhanjaya Pilihanraya tidak dijelaskan, tetapi mala-fidenya kita faham sama-sama.



Kemenangan rasmi calon Keadilan di Sri Muda (N50) Selangor disambut dengan laungan reformasi berkumandang dan wakil rakyat batu dijunjungi tinggi oleh penyokong-penyokongnya.

Detik ini akan termaktub dalam sejarah Selangor kerana YB Shuhaimi Shafiei merupakan calon pertama menawan calon Barisan Nasional di kawasan ini. Justeru itu, ia juga turut menyumbang pembentukkan kerajaan Keadilan baru bagi menggantikan pemerintahan Barisan Nasional pada 50 tahun yang lalu.