Sunday, March 9, 2008

Terima Kasih Pengundi Sri Muda

Dengan segala hormatnya, saya Shuhaimi Shafiei ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi DUN Sri Muda (N50), Selangor kerana telah memberikan saya kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat di sini.

Saya, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda akan mengotakan janji-janji saya sepertimana telah termaktub dalam menifesto BA dan segala keperluan yang boleh meningkatkan kebajikan semua rakyat DUN Sri Muda khasnya dan seluruh Selangor amnya.

Saya juga akan usahakan sebuah pejabat perkhidmatan dalam kawasan Sri Muda dalam kadar yang segera mungkin bagi mengeratkan perhubungan dengan tuan-tuan dan puan-puan serta menyelurkan khidmat saya di sini.

Sekiranya sudi mohon maaf kepada seispa yang mungkin tersinggung kerana kecuaian saya ataupun tersilap kata sepanjang tempoh kempen pilihanraya kali ini.

Sokongan, dorongan dan bimbangan tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai.

Sementara itu, saya boleh dihubungi melalui telepon 014-3613067 sehingga pejabat baru siap.

Sekian, terima kasih.

No comments: