Thursday, August 14, 2008

Gerakan Kempen Kesedaran Kebersihan

Petang 12/08/2008 pukul 5.00 petang, Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow bersama En. Paparaidu telah mengetuai rombongan pegawai Pelesenan, Kesihatan dan penguatkuasa MBSA, mengadakan lawatan ke Sek. 25 Sri Muda menjalankan kempen kesedaran kebersihan restoran di kawasan tersebut.

Hasil lawatan didapati banyak pengusaha restoran masih belum mencapai piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu MBSA. Pengusaha-pengusaha berkenaan telah diberi nasihat dan peringatan untuk memperbaiki tahap kebersihan kedai masing-masing dalam tempoh tertentu. Manakala pengusaha yang menghalang lalulintas awam juga dimaklumkan perkara yang sama.

Kebersihan kawasan adalah tanggungjawab semua bersama demi untuk memelihara kesihatan semua penghuni-penghuni di situ.














No comments: