Sunday, April 26, 2009

MAJLIS MALAM MESRA RAKYAT



Majlis Malam Mesra Rakyat bersama Warga Putra Height dan Polis yang diadakan di Balai Polis Putra Height mendapat sambutan di luar jangkaan. Kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar kawasan Putra Height, Bukit Lanchong dan Shah Alam ternyata mengejutkan penganjur dan pihak polis.


YB Shuhaimi dalam ucapan aluan beliau mengucapkan jutaan tahniah diatas kejayaan Majlis tersebut.

Disamping mengeratkan hubungan penduduk dan polis ianya juga dapat menagkis tanggapan masyarakat tentang persepsi negatif pihak polis selama ini.

YB Shuhaimi juga memohon agar pihak Polis lebih telus dan adil dalam menjalankan siasatan serta tindakan terhadap orang-orang yang mempunyai nama dan kedudukan.

YB Shuhaimi juga menyeru pihak Polis bersikap lebih profesional ketika menyoal dan mengambil keterangan OKT (orang kena tuduh) ketika dalam siasatan. Memandangkan kini terdapat pelbagai tuduhan dan kejadian tahanan di dera dan di seksa ketika dalam siasatan polis.




Turut hadir di Majlis tersebut ialah YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja, Ahli-ahli Majlis MBSA dan MPSJ berhampiran.

No comments: