Cabaran Shuhaimi dan Amiruddin kepada RPK
|
Shuhaimi bin Shafiei dan Amiruddin Shari | Feb 10, 2012 02:01:23 pm
|
||||||
| ||||||
Cabaran Shuhaimi dan Amiruddin kepada RPK
|
Shuhaimi bin Shafiei dan Amiruddin Shari | Feb 10, 2012 02:01:23 pm
|
||||||
| ||||||
“Saya
yakin beliau (RPK) kini bersekongkol dengan anasir Barisan Nasional
yang cuba mengalihkan isu skandal NFC yan semakin memuncak. Harapan
mereka dengan menimbulkan isu sebegini, menimbulkan keraguan dan
ketidakyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.TUDUHAN UMNO MELALUI RAJA PETRA:
TIDAK ADA SALAHGUNA KUASA, PENYELEWENGAN MELAINKAN CUBAAN BARISAN NASIONAL MENAWAN SELANGOR
Saya merujuk kepada penulisan Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" di dalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahat dengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan sdr Amiruddin terbabit dengan salahlaku rasuah.
Artikel beliau itu ditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut:
Penjelasan saya mengenai Double Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddin hanya menggunakan beberapa insiden biasadengan menyembunyikan perkara sebenar bertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN dan memfitnah saya serta YB Amiruddin Shari.
LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAK PEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONAN DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
TARIKH | JUMLAH (RM) | TUJUAN PEMBAYARAN |
15 Ogos 2009 | 3,000 | Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009 |
25 Ogos 2009 | 2,000 | Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009 |
9 September 2009 | 10,000 | Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai danOgos 2009. Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata. Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata |
16 dan 17 September 2009 | 5,000 | Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan. Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat. Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal. En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan Septemberdibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung |
30 September 2009 | 10,000 | Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan.Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama. Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya |
5 Januari 2010 | 50,000 | Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya. Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliaupada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang ubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu. Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS. Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En Adnan yang bersetuju memberikan pinjamantersebut. Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd. Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan. Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkankegunaannya. Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut: RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bankkepada kontraktor RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak sayayang kemudiannya disampaikan kepada A. Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain. Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan. Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputarbelitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam 'permainan' ini |
PERBUALAN TELEFON DAN CUBAAN MENGAITKAN YB AZMIN ALI
Kesimpulannya, Raja Petra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaran buruk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali.
Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan perhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat
Saya juga ingin menyebut bahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasa saya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa.
Ini bukanlah kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petra mengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidup dan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turut dijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.
Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskanbagi kepentingan peribadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yang dilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa.
Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
SHUHAIMI BIN HAJI SHAFIEI
ADUN SRI MUDA
AMIRUDDIN SHARI
ADUN BATU CAVES
10 FEBRUARI 2012
Nota: Kesemua nama yang disebut diatas sudahpun memberi keterangan kepada SPRM pada Julai 2010.
Blog ini amat popular sebagai blog 'spin' atau bahasa kasarnya 'putar alam' dan lewat waktu ini diingati kerana gaya penulisan penulisnya yang sudah bertentangan dari sebelum ini. Ada sesuatu yang di kejar penulisnya mungkin. Duit? Kebebasan? Free thinker? Freemason?
Antara pertanyaan yang diajukan, 'betul ke apa yang ditulis?' Sebelum menjawap saya bertanya dahulu kepada mereka, 'apakah saudara percaya kepada penulis cerita ini? Dari lima orang yg bertanya itu, semuanya menjawap tidak, lalu tidak perlulah saya mengulas panjang. Kreadibiliti penulisnya sudah tidak dipercayai lalu apa perlu saya menjawap pertanyaan yang dikemukakan?
Dalam dunia hari ini objek manusia, gambar dan apa sahaja bahan 'spin' boleh direka cipta dan di solek menjadi seperti asli. Apatah lagi dokumen asli untuk maksud lain bisa sahaja di salah guna bagi menjadikan tujuan 'spin' dapat dibuktikan seyakin mana yang boleh.
Pada saya inilah tugasan dan kontrak terkini yang dianugerahkan kepada penulis blog ini sebagai tukaran kepada kebebasan dan mungkin juga wang.
Kita tunggu pula siri ke 5 dari puluhan siri ,spin, yang direncanakan. Persoalannya, siapakah akan percaya? Hanya golongan seperti penulis sahaja yang akan mempercayainya. Berapakah beliau di bayar bagi menjalankan fitnah ini?
Saya diberitahu oleh seseorang yang dekat dengan penulis blog ini bahawa beliau perlu mencari 'pokok' baru selepas 'pokok' tempat beliau bergantung harap selama ini sedang 'mereput' masalah kewangan hingga terpaksa membubarkan parti yang baru setahun jagung ditubuhkan. Untuk mendapat 'pokok baru' yang 'berakar subur' mestilah mendapatkan di tanah yang sudah subur. Maka tidak hairan jika 'spin' yang di tulis bergantung kepada 'besarnya pokok baru' yang dihinggap.
Hanya 'jauhari yang mengenal manikam' dan masa akan membuktikan kebenarannya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.