Friday, February 10, 2012

Dakwaan RPK percubaan alih isu NFC- Shuhaimi

(Oleh: Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 20 Jan: Dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa wujud skandal pelombongan pasir di Selangor adalah percubaan untuk mengalihkan isu National Feedlot Corporation (NFC), kata Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi merujuk tuduhan RPK dalam laman webnya yang mendakwa beliau dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari, terbabit dengan kegiatan mencuri pasir di Selangor.

“Saya yakin beliau (RPK) kini bersekongkol dengan anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan isu skandal NFC yan semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan isu sebegini, menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

“Ini bukan kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja petra mengambil beberapa insiden dan diputarbelitkan untuk memfinah Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, Tropicana, hari ini.

Jelasnya, tindakan blogger berkenaan menyiarkan semula dokumen berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah fitnah dan tidak dapat dipastikan sumbernya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Barisan Nasional dan Raja Petra supaya membuktikan dakwaan tersebut, sekiranya mereka ada melakukan sebarang salahguna kuasa.

“(Ia) termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan bagi kepentingan peribadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap pembayaran yang dilakukan jika benar berlaku salahguna kuasa,” tegasnya.

SPRM akui tuduhan tidak benar

Sementara itu, Adun Baru Caves, Amiruddin Shari hairan, bagaimana kes yang telah disiasat oleh SPRM hampir dua tahun lalu dibangkitkan semula oleh RPK.

“Kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM. Saya menceritakan kesemua perkara semasa saya disiasat di SPRM pada Julai 2010.

“Ketika dipanggil SPRM untuk disiasat (pada 2010), kami tidak bercadang untuk mendedahkannya kepada umum. Tetapi, apabila timbul hal ini, kami mengambil tanggungjawab untuk menjelaskannya.

“Saya dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan sebarang salahguna kuasa,” tegasnya.

Dalam pada itu, Shuhaimi, berkata syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd yang mana beliau sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya adalah syarikat perladangan kepala sawit di Sabah dan tidak berdaftar di bawah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

“Saya menjelaskan secara tegas bahawa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan oleh kerajaan Selangor,” kata Shuhaimi.

Beliau turut menyelar percubaan RPK untuk mengaitkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali melalui transkrip perbualan telefon mengenai pembayaran yang tidak wujud.

Jelasnya, nama Azmin yang disebutkan oleh RPK, bukan Azmin Ali sebaliknya Pembantu Khas Shuhaimi, Azmin Karim

“Perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselangselikan dengan perbualan yang dirakam. Saya syak pihak yang mendalangi fitnah ini terkeliru dengan Azmin Karim, pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya,” tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26379

No comments: