Wednesday, February 1, 2012

DATUK SERI OMAR TIDAK SEPATUTNYA MEMPOLITIKKAN MASALAH RAKYAT

 
 
Saya mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Noh Omar untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang. Tetapi ianya mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti.
 
Walaubagaimanapun terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Datuk Seri Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.
 
Pertama, laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau 'certificate of fitness' (CF). Pada lazimnya penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF (temporary certificate of fitness) diperolehi.
 
Bagi pembagunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan-kelulusan seperti dari Jabatan Bomba memerlukan masa untuk mendapatkannya. Tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.
 
Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat. Adalah lebih baik beliau menumpukan masa dan tenaga untuk menyelesaikan isu National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan kementerian beliau.
 
Telah terbukti di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kemajuan pembinaan projek-projek terbengkalai di Ukay Bistari adalah lebih baik dari di bawah Barisan Nasional. Kerajaan sekarang telah menjalankan pelbagai usaha usaha untuk memastikan projek-projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional dapat diselesaikan. 
 
Setakat ini sebanyak 30 peratus dari 141 projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional telah berjaya diselesaikan di bawah Pakatan Rakyat.   
 
 
Y.B Tuan Iskandar Bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor
Merangkap ADUN Chempaka


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: