Loading...

Thursday, February 16, 2012

Bekas Bendahari Umno S’ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

Bekas Bendahari Umno S’ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

(Oleh: Sidiqin Omar)

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.

“Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan projek.

“Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco,” kata Irwan kepada Keadilandaily.com.

Menurut Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.

“Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?,” Saol beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari ‘orang dalam’ MBSA sendiri.

Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.

“Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Irwan.

Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.

“Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain,” jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor.

No comments: