Sunday, May 4, 2008

Mesyuarat DUN Sri Muda

Mesyuarat Jawatankuasa DUN Sri Muda telah diadakan pada 02/05/08 9.00pm di Pusat Khidmat Rakyat, Kota Kemuning. Pusat ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid pada 09/05/08 (jadual ini mungkin tertakluk kepada perubahan mengikut jadual MB).

Mesyuarat DUN telah berjalan lancar, penuh bersemangat yang diwakili oleh kepimpinan daripada semua Jawatakuasa Daerah Mengundi Sri Muda.

Kepimpinan jawatankuasa ini merangkumi perwakilan daripada segenap lapisan rakyat, seperti semua keturunan, jantina, agama dan taman / kampung.

Ia merupakan satu penemuan yang bernas dimana Sdr. Shuhaimi telah memberikan penjelasan perancangan kerajaan negeri dan hala-tuju DUN Sri Muda untuk jangka masa pendek dan sederhana.

Yang pasti, J/k DUN akan terus dimantapkan di setiap peringkat demi untuk menjamin satu jalingan perkhidmatan yang professional dan bersifat prihatin rakyat.

Gambar-gambar berikut merupakan beberapa sedutan perjalanan mesyuarat pada malam tersebut.

En. Shuhaimi (YB) sedang memberikan penerangan dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan rancangan beliau untuk memperkemaskinikan pembangunan DUN Sri Muda.




YB memperknalkan Setiausaha Kerja DUN Kak Zaiton kepada barisan kepimpinan DUN Sri Muda.


Pemandangan bilik mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB.


Barisan kepimpinan DUN Sri Muda dari segenap lapisan masyarakat memberikan sambutan meriah dan sokongan pada kepada YB Shuhaimi.










2 comments:

Sembang Malaysia in Blog said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kepada rakan2 seperjuangan ku sekelian,

Saya ingin menyatakan saya amat bimbang kemenangan akan menampakkan keburukan diri kita.

Janganlah kita meninggalkan Bukit Uhud kerana menyangka kemenangan total telah diperolehi atau kerana mengejar harta rampasan. Seperti di Uhud, ada tentera berkuda akan menyerang kita dari belakang sekiranya kita lalai.

Siapa yang memulakannya?
Siapa mengapi-apikannya?
Siapa yang mahu kita bercakaran?
Siapa yang mahu menggagalkan segala-gala yang dirancang?
Kita perlu kembali kepada asal.


ADAKAH KITA MENGEJAR JAWATAN? ADAKAH KITA BERJUANG UNTUK MENGAUT KEKAYAAN?

Tanyalah soalan-soalan itu kepada diri kita.
Ikhlas drp SU JDM27