Friday, May 9, 2008

YB Bermesara Rakyat

Dua hari yang lalu (malam seleasa), YB Sri Muda telah sekali lagi turun padang menemui penduduk Jalan Kubun untuk mendengar dan meninjau masalah kampung tersebut.

Di antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu pengangkutan lori pasir melalui kampong berkenaan. Perkara ini akan terus dipantau dengan teliti.

Majlis dialog ini disambut meriah tanpa mengira latar belakang politik. YB sudi berkhidmat untuk semua penduduk di Sri Muda tanpa mengambil tahu fahaman politik selagi ia memanfaatkan rakyat.

Gambar berikut: YB Shuhaimi sedang berikan ucapan.



YB sedang tumpukan perhatian penuh atas maklum balas penduduk Jalan Kebun. Dia diiringi oleh pemimpin Kampong Jalan Kebun En Kamal merangkap bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan Ketua UMNO Cawangan Jln Kebun.


YB sedang memberikan penjelasan dasar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selepas mendengar aduan penduduk Jln Kebun.



Barisan kepimpinan Kampong Jln Kebun yang menghadiri majlis dialog ini.


1 comment:

Anonymous said...

tahniah ke atas kemenangan YB dan saya serta keluarga sgt gembira akhirnya BN tumbang di tempat yg disangkannya kuat.

YB, mohon jasa YB untuk meninjau ditapak perumahan seksyen 30 jalan kebun,jalan tg pahang yg dibina oleh Kompobina. Sudahla kami lewat terima kunci (iaitu setahun lepas tarikh SMP), byk pula kerosakan. Di tambah pula dgn tiada CF. Kami sudah menghubungi MBSA untuk dapatkan kepastian dan setakat ini, dinyatakan projek perumahn semi-D tersebut tiada kelulusan bulding plan, yg akhirnya tidak melayakkan CF. pelik. Yg pastinya, itu satu tindakan yg kurang amanah dari pemaju yg suka bermain politik sehingga menyusahkan org melayu. Byk lagi projek di tanah rizab melayu hangus terbenkalai dan hakikatnya yg merosokkannya ialah juak juak umno yg jadi lembaga pengarah syarikat kecil yg mengautkan keuntungan sendiri.

Mintak tolong YB percepatkan usaha mendapatkan CF bagi rumah semi-d jalan kebun...