Monday, September 22, 2008

Mesra YB Sri Muda Dengan JDM

Sempena menjelang meraikan Hari Raya Puasa pada hujung bulan ini, pada hari 19/09/08 YB Sri Muda telah menganjurkan satu acara mesra YB dengan semua Jawatankuasa Daerah Mengundi DUN Sri Muda (N50) Selangor.

Selain daripada mendengar amanat daripada YB ADUN, semua ahli Jawatankuasa DUN telah diberikan kuih hari raya; manakala Ketua JDM pula dibekalkan dengan sebuah kamera digital untuk menyenangkan tugasan harian sebagai sayap utama parti.

Sesi gambar bersama YB turut dijalankan sebagai kenangan abadi bersama.













No comments: