Friday, September 26, 2008

Melawat keluarga mangsa pembunuhan samun di D'Kayangan Shah Alam

Pada 11hb September lepas, YB Shuhaimi bersama rombongan Pejabat Adun Sri Muda meluangkan masa ke rumah keluarga Allayarhamah Raja Noriana Raja Ahmad mangsa pembunuhan tragedi samun di D' Kayangan Sek 13 Shah Alam pada 9hb September yang lepas. Suasana suram masih lagi menyelubungi keluarga mangsa pembunuhan kejam tersebut.



Abang mangsa menceritakan keadaan kejadian ngeri awal pagi tersebut sambil diperhatikan anak mangsa yang terselamat Puteri Aqila, 16.


Rombongan YB mengunjungi anak sulung mangsa Puteri Erika, 20 di Hospital Pakar Puteri yang patah kaki dan pinggang selepas terjun dari tingkap biliknya untuk menyelamatkan diri.



Putri Erika masih lagi terbaring dan sesekali menitiskan air mata ketika bercerita tentang pengalaman ngeri ketika bangun untuk bersahur di bulan Ramadhan sehingga mengakibatkan kematian ibu tersayang. YB Shuhaimi juga memberi sedikit sumbangan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga terutama menjelang Shyawal tanpa ibu tersayang.

Marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allayarhamah Raja Noriana Raja Ahmad agar ditempatkan kepada golongan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah

No comments: