Friday, September 30, 2011
STOLEN PURSE THROW INTO MY HOUSE
I found a purse throw into my house car porch today when I reached home
at 12.15 p.m. According to the details in the purse, it belongs to agirl by the name of 'Stefanie Saw Mei Qiu, IC no: 910920-07-5252. Ihave called Telekom and got her telephone contact in Bayan Lepas, Penangbut no one answer. I have called her Standard Chartered bank to informher to contact me. Should anyone happen to know her, please ask her tocontact me at tel: 016-6118666 so that I can make an arrangement toreturn her the purse personally.
Thank you
LM Yap
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, September 29, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Hudud: Kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.
Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.
Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya.
Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.
Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.
Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.
Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran.
Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.
Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”
Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.
Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.
Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20868
KENYATAAN AKHBAR: MUHYIDDIN CUBA GULAKAN PEMIKIRAN RAKYAT SELANGOR
KEADILAN Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut diatas ucapan politik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diucapnya semalam, 23hb september di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang.
Rasa terkejut ini bukannya disebabkan Muhyiddin berpolitik di sekolah. Politik di sekolah oleh Muhyiddin dan UMNO BN adalah seperti 'bau kentut dan tahi' - keduanya membusukkan persekitaran!
Rasa terkejut ini adalah disebabkan UMNO seolah-olah diberi lesen bebas untuk berpolitik di sekolah oleh menteri yang menjaga hal ehwal sekolah yang beliau juga penjaganya. Ini sudah di kira salah guna kuasa! Bukan sahaja di sekolah rendah, menengah, pusat pengajian tinggi bahkan masjid. Ia berlaku sehinggakan 'Ustaz' P. Kamalanathan memasuki masjid untuk berpolitik tidak pula dihujani dengan pelbagai laporan polis, kata nista malah digalakkan lagi dengan diserikan oleh kehadiran penyokong setia UMNO dari pihak yang menjaga agama islam sendiri.
Terkejutnya KEADILAN Selangor lebih menjurus kepada ucapan politik Muhyiddin yang mendakwa bahawa rakyat Selangor 'terseksa' kehidupan kini dan mereka kununnya tidak sabar mengundi semula UMNO dan BN serta kembali mengemudi lombong emas nombor satu di Malaysia ini. Manis sungguh 'gula basi' yang keluar dari mulut Muhyiddin kali ini. Pimpinan bawahan UMNO sendiri rasa loya dibuatnya!
Hakikatnya, walau dihidangkan oleh politik lucah UMNO, penghinaan terhadap tuhan golongan beragama Hindu (dipijak-pijak oleh penyokong UMNO yang kemudiannya dibela pula oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin), menimbulkan keresahan dan kerisauan rakyat dengan menipu rakyat menyatakan sumber air Selangor semakin susut (walhal melimpah!), rakyat Selangor sebenar-benarnya bukan 'terseksa' namun sangat 'selesa' dengan cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Dalam keadaan UMNO memeras dan merompak kekayaan negeri dengan mengadakan 'lawatan teknikal' ke Disneyland dan seluruh dunia yang sebenarnya cuti peribadi, dengan skandal berbilion ringgit PKFZ yang ditipu oleh bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik, dicampur pula dengan rompakan jutaan ringgit wang rakyat Selangor oleh isteri mantan Menteri Besar, rakyat Selangor kini SEBENARNYA lega, puas hati dan amat bersyukur diatas pemergian UMNO dan BN daripada pentadbiran negeri, mungkin untuk selama-lamanya.
Persoalannya ialah mengapa harus rakyat seronok diatas penindasan kaum, rompakan wang dan titik peluh rakyat, disamping pentadbiran ekonomi seolah-olah diuruskan oleh mereka yang buta ekonomi? Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini menduduki tangga teratas pelaburan tertinggi dalam Negara diikuti rapat oleh Pulau Pinang, yang juga dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
KEADILAN Selangor menegaskan, rakyat berseronok atas penjimatan kos air yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor hari ini (bukan pembangkang seperti kata Muhyiddin - kenyataan sebagai pembangkang di Selangor pun UMNO enggan terima). Rakyat bawahan dan golongan marhaen merasakan seronok dapat mengambil peluang bersama-sama berkongsi program inisiatif kerajaan negeri seperti TAWAS, SKIM MESRA USIA EMAS, SPIES, HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI, bantuan kepada orang asli dan berbelas lagi program yang lebih mementingkan rakyat daripada kroni, isteri dan ketua-ketua UMNO cawangan.
Walau di halang dan di fitnah setiap hari, namun pentadbiran negeri berjalan lancar. Pelaburan luar semakin giat memasuki negeri dan terbukti bahawa negeri Selangor tidak pernah mencatatkan pertumbuhan sebegini drastik dibawah pentadbiran UMNO dan BN. Bahkan simpanan tunai lebih dari RM1billion hari ini. Nyata, bahawa negeri Selangor tidak hancur sepertimana yang diramal oleh tok-tok bomoh UMNO, malah berkembang pesat.
Mungkin juga Muhyiddin memberikan arahan kepada watak kartun murahan seperti Zulkefli Nordin, Lokman Adam dan kuncu-kuncu mereka untuk menjanakan imej yang buruk dengan pembiayaan yang tidak sedikit, namun usaha mereka gagal walaupun Pak Timbalan Perdana Menteri diberitahu semuanya berjaya dilakukan.
Memanda Perdana Menteri telah menyatakan bahawa 'jangan syok sendiri' apabila menyukat kadar sokongan terhadap UMNO dan BN di Selangor, namun seperti biasa Muhyiddin tidak membaca berita-berita terkini dan memilih untuk mempercayai khayalan yang dibisikkan dan dongengan yang disajikan oleh kartun yang telah luput tempoh sah-lakunya.
Dikhuatiri bahawa bukan sahaja para inteligensia UMNO hancur dan tidak boleh digunapakai namun akan menyaksikan peningkatan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.
KEADILAN Selangor ingin menginggatkan Muhyiddin, semut mati kerana gula! Jangan pula Muhyiddin mati terkejut dengan 'bisikan gula palsu' yang di beri kepada beliau oleh juak juak yang semakin kehilangan arah tuju.
Hakikatnya yang mesti di terima Muhyiddin adalah; yang amat benar 'terseksa' kini adalah kepimpinan kanan UMNO BN yang tidak lagi dapat 'songlap' duit rakyat!
Rakyat Selangor tidak mudah digulakan oleh orang seperti Muhyiddin!
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, September 26, 2011
Sep 26, 11
8:33am
Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.
1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.
Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.
2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.
Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.
3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.
Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.
4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?
Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.
Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.
Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.
5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.
Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.
Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.
6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.
Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.
Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.
Yang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.
Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.
Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.
Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.
Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.
8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.
Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.
Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.
9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.
Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.
10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.
11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.
Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Sunday, September 25, 2011
Siapa Yang Sebenarnya ‘Terseksa’ Muhyiddin?
Siapa Yang Sebenarnya ‘Terseksa’ Muhyiddin?
Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.
“Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.
“Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa,” katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini.
Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan.
“Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.
“Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari,” tambahnya lagi.
Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara.
“Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara,” katanya.
Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.
Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik.
Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun.
Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
“Ini memang kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Najib yang beliau akan merampas Selangor dengan apa jua cara sekali pun dan ini menunjukkan Umno sanggup
menggunakan cara-cara yang kotor dan jijik serta tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan langsung tidak mempunyai komitmen untuk menyuburkan demokrasi di dalam negara dan di negeri Selangor.
“Sebab itu Umno terpaksa menggunakan cara kotor termasuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka,” katanya.
Dalam pada itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan Umno-BN yang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah bagi tujuan berkempen hakikatnya tidak disenangi rakyat.
“Saya ingin tegaskan di sini, pada masa yang sama rakyat di negeri Selangor tidak sabar menantikan PRU 13 akan datang untuk tubuhkan kerajaan baru menuju ke Putrajaya,” katanya.
Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/09/siapa-yang-sebenarnya-terseksa.html
Saturday, September 24, 2011
Sep 23, 11
8:00pm
SPR perlu menjalankan tugasnya mengapa ia membenarkan
mereka ini didaftarkan sebagai pengundi, kata anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, A Pillay Subramaniam (kiri).
"Mungkin kesalahan itu terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerana mengeluarkan KP yang menjadikan mereka, secara rasmi, sebagai warganegara. Ini adalah sebahagian daripada dakwaan 'Projek IC' di Sabah untuk memberi kerakyatan kepada pendatang baru di negeri ini, yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Filipina.
"SPR tidak boleh cuci tangan kerana ia telah diamanahkan untuk memantau daftar pemilih. Jika ia tidak melakukan ini, ia mewujudkan ketidakseimbangan.
"Mesti ada komunikasi yang lebih baik dan kerjasama antara JPN dan SPR untuk menyelesaikan masalah ini dan ia (proses pendaftaran pengundi) perlu diperketatkan sekarang," kata Subramaniam.
Katanya, sebagai badan awam yang mesti bebas, SPR dan JPN, perlu mengakui kesilapan mereka dan menjalankan siasatan.
Mereka, tambahnya, tidak boleh lari atau membebaskan diri daripada kesalahan tersebut.
Malaysiakini
Bersih gesa lapan tuntutan sebelum PRU 13
PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menggesa kerajaan menunaikan lapan tuntutan dalam usaha melakukan reformasi pilihan raya, sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan, pilihan raya tidak harus diadakan sebelum Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk.
“Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ikhlas untuk melakukan transfomasi politik di negara ini, beliau perlu menunaikan tuntutan kami sebelum mengadakan pilihan raya.
“Jika tidak, ia ibarat cakap-cakap kosong. Malah penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen juga tidak membawa apa-apa makna kepada pembaharuan pilihan raya di negara ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersih di sini.
Menurut Maria, Bersih bersedia untuk bekerjasama dengan PSC bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat dipenuhi.
Bagaimanapun katanya, jawatankuasa itu perlu telus dalam melaksanakan pembaharuan tersebut dan menerima maklum balas daripada rakyat.
Pada perhimpunan 9 Julai lalu, Bersih mengemukakan lapan tuntutan iaitu pembersihan senarai pengundi, reformasi sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus, memperkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.
PSC dianggotai lima ahli Parlimen kerajaan Barisan Nasional (BN), tiga pembangkang dan 1 bebas dijangka memulakan tugas melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada.
Rabu lalu, Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan menyertai PSC bagi melihat sejauh mana komitmen perdana menteri melakukan reformasi pilihan raya.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan nama lima Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menganggotai jawatankuasa itu.
Sementara itu, Dr Subramaniam Pillay yang juga ahli jawatankuasa Bersih mengumumkan Bersih akan melancarkan kempen ‘Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU -13′ di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor di ibu negara pada 30 September ini.
“Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihan raya dan sebagai peringatan kepada kerajaan supaya menunaikan perkara ini sebelum PRU ke-13,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20846
Simpanan tunai Selangor RM1.1b, pecah rekod 28 tahun
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta dalam tempoh enam bulan ini, menjadikan jumlah terkumpul RM1,100 juta dan merupakan rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, sejak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Manakala sejak Januari hingga 30 Jun tahun ini sahaja, pelaburan di Selangor bernilai RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.
Menurut Khalid, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.
“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Harakahdaily.
Menurut Khalid, sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada, membuka sebanyak 10,000 peluang pekerjaan.
Ini bermakna, ujarnya, kerajaan Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
Beliau menambah, program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Katanya, rakyat dari pelbagai kaum, latar belakang belakang pendidikan dan kecenderungan politik, layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.
Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor, sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.
Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri yang memperoleh keuntungan RM12 juta setakat bulan Jun tahun ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20829
Wednesday, September 21, 2011
Gempar!! Selangor Di Serang
Sumber: Siasahkini
Kerajaan Negeri Salur Dana Atasi Banjir
Wednesday, 21 September 2011 | Ruangan: BeritaSUNGAI BULOH 21 SEPTEMBER : Kerajaan Selangor akan mengeluarkan dana khas bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan Kuang bagi memastikan kejadian sedemikian dapat diatasi.
Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Hasan Mohamed Ali berkata, bajet itu hanya akan dikeluarkan selepas pihaknyamenerima laporan hasil kajian yang dibuat Jabatan Pengairan Selangor (JPS) berhubung bencana banjir yang berlaku baru-baru ini lapor Sinar Harian.
Katanya,bajet itu dijangka akan diperuntukkan kepada JPS negeri untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sungai bagi mengelakkan banjir selewat-lewatnya November akan datang.
“Langkah pembaikan meliputi tiga fasa iaitu jangka pendek,pertengahan dan panjang untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai banjir kilat yang berlaku disifatkan terburuk dalam tempoh sepuluh tahun dikatakan berpunca daripada limpahan sungai di kawasan terbabit.
Tambahnya, pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan termasuk JPS,Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah dibuat dan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.
Yang di Pertuan Agong Lawat Selangor
Wednesday, 21 September 2011 | Ruangan: Berita
KLANG 21 SEPTEMBER : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri beberapa acara pada petang ini.
Monday, September 12, 2011
Keluar dari penipuan cendekiawan sempit Umno- Azmin
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengajak rakyat Malaysia keluar daripada pemikiran sempit yang dibawa cendekiawan Umno, berhubung soal sejarah.
“Cukuplah. Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN,” katanya.
Menurut Azmin, penolakan idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel dilabel sebagai komunis dan sosialis.
Sedangkan, katanya, konsep dan idea sama pernah dirai oleh sahabat nabi dan ulama Islam seperti Abu Dzar dan Abdul Rahman Auf.
“Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutama dan kebenaran dipinggirkan,” katanya pada blognya hari ini.
Abu Dzar ialah sahabat nabi yang menitikberatkan konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam dengan memberi penekanan terhadap prinsip keadilan sosial dan ekonomi.
Dianggap sebagai pemikir radikal, beliau pernah menyatakan setiap lebihan (al-afwu) dalam rumah seorang Islam, menjadi hak orang lain yang memerlukannya.
Ibnu Hazm, seorang lagi ulama besar pula menyatakan sesebuah kelompok miskin tidak bersalah apabila berperang menuntut hak jika ia dirampas.
Abdul Rahman Auf pula diketahui umum sebagai seorang sahabat nabi yang kaya tetapi banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan Islam.
“Tidakkah ini sama dalam isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu.
“Beliau mahu penilaian adil diberi kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Berbanding kebanyakan pemimpin Umno yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, Azmin berkata, Mat Indera dikenali sebagai kuat beribadah, seorang hafiz dan cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya.
Dalam konteks tanah air, British menjajah dan merompak hasil kekayaan di Tanah Melayu sedangkan masyarakat Melayu Islam ketika itu hidup melara dan miskin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20124
Saturday, September 10, 2011
Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history саnnοt lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta.
Ketulenan Fakta
Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.
Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.
Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya ‘Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu’ (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya) menyebut:
“Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syar’i seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya” (m/s 227. Mesir: Dar al-Wafa/1408H).
Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”. (Surah al-Hujarat: 6).
Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:
“Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu’awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu’awiyah ibn Abi Sufyan, m/s 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H).
Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H):
“Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, -Allah memelihara daripada itu semua!-. Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya”. (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)
Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.
Mengkritik Teks
Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta.
Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: “Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar”. Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah ini dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik. Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan.
Riwayat ini ditolak; pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus. Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut.
Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. ‘Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:
“Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)”. (‘Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar аѕ-Salam/1990M).
Tafsiran
Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhianat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.
Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah –jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran.
Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.
Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.