Gempar!! Selangor Di Serang
Hari ini gerak kerja BN untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat telah bermula. Di khabarkan seramai 240 orang wakil rakyat daripada BN telah pun digerakkan ke Kuala Selangor. Permukiman yang berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini diadakan dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Kalau dengar gerak kerja yang dilancarkan oleh Najib ni memang 'gerun'. Seolah-olah nak selamatkan selangor daripada lanun. Bermacam-macam usaha dibuat bagi mengembalikan negeri terkaya di malaysia ni ke tangan BN. Adakah setiap gerak kerja yang dibuat UMNOBN mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti yang telah nyanyuk ni?? Adakah rakyat semakin lupa kejahatan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor sebelum-sebelum ini?? Khir Toyo dengan Skandal Rumah mewahnya, Mohd Taib dengan skandal kewangan yang lari masuk Australianya, Abu Hassan dengan skandal Rogol Menantunya??
Adakah rakyat pejam mata ketika Khir Toyo hulurkan penyapu sebagai hadiah kepada Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 yang lalu?? simbolik penyapu ni tandanya beliau mahukan kebersihan tapi adakah Dr Khir itu sendiri bersih?? Adakah kebanyakan Menteri Besar dari UMNOBN ni amanah?? masyarakat kita mengaggap penyapu ini sebagai sial..nahh!! kini sial telah pun berpatah balik kepada beliau. Rasakan penangan sial wahai Khir Toyo.
Kini Timbalan Pengerusi BN Selangor Noh Omar pula akan berperanan yang kononnya sebagai bakal Calon Menteri Besar sekiranya BN dapat tawan kembali dari Pakatan Rakyat. Inilah salah seorang dari tiga Menteri yang disebut Khir Toyo supaya beliau di penjarakan sekiranya BN mahu menawan kembali Selangor. Apa pun gerak kerja yang dibuat BN, Pakatan Rakyat jangan ambil mudah. Ini soal kebajikan dan masa depan rakyat. Gendang telah dipalu.
Rakyat Selangor khususnya dan malaysia amnya jangan biarkan lagi negara ini diperintah oleh penyamun dan penyangak-penyangak yang sentiasa dahaga, kebulur dan tidak pernah puas dengan harta kekayaan yang ada. Kemenangan Pakatan Rakyat perlu dipertahankan.
Sumber: Siasahkini
No comments:
Post a Comment