Wednesday, September 21, 2011

Kerajaan Negeri Salur Dana Atasi Banjir

Wednesday, 21 September 2011 | Ruangan: Berita

SUNGAI BULOH 21 SEPTEMBER : Kerajaan Selangor akan mengeluarkan dana khas bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan Kuang bagi memastikan kejadian sedemikian dapat diatasi.

Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Hasan Mohamed Ali berkata, bajet itu hanya akan dikeluarkan selepas pihaknyamenerima laporan hasil kajian yang dibuat Jabatan Pengairan Selangor (JPS) berhubung bencana banjir yang berlaku baru-baru ini lapor Sinar Harian.

Katanya,bajet itu dijangka akan diperuntukkan kepada JPS negeri untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sungai bagi mengelakkan banjir selewat-lewatnya November akan datang.

“Langkah pembaikan meliputi tiga fasa iaitu jangka pendek,pertengahan dan panjang untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai banjir kilat yang berlaku disifatkan terburuk dalam tempoh sepuluh tahun dikatakan berpunca daripada limpahan sungai di kawasan terbabit.

Tambahnya, pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan termasuk JPS,Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah dibuat dan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.


No comments: